Lambat sikit buat tribute. Sibuk dengan hal-hal duniawi yang lain...
"Inilah dia lagu rock...". Berpuluh tahun yang lalu (terasa tua nya 😁) ketika kali pertama mendengar lagu "Tom Sawyer", itulah ayat atau kata-kata dari rakan-rakan atau abang-abang yang lebih tua. Kita masa tu bukannya paham apa. Budak-budak umur 8 atau 9 tahun lah kan. Yang kita tahu hanya lah nak berkubang mandi paya...
"Tom Sawyer" adalah antara lagu rock terawal yang di dengar. Ianya juga antara penyebab terjebak meminati muzik rock. Tapi nak kata minat sangat Rush... Tak juga. Cd mereka pun sekadar ada 2 yang di dalam simpanan. Tetapi bagi mat rock yang membesar pada penghujung 70an dan awal 80an, Rush dan Neil Peart adalah nama-nama yang pastinya terlintas dalam sejarah hidup walaupun mungkin ada yang tak pernah dengar pun lagu-lagunya.
Ketukan drums dan lirik-lirik beliau akan terus segar dalam ingatan...
Secara kebetulan, tengah nak buat entri ni boleh pula tertengok movie I Love You, Man (2009) lakonan Paul Rudd (Ant-Man) dan Jason Segel (How I Met Your Mother) di Astro. Kedua-dua kerektor dalam filem ini adalah peminat Rush. Terpampang besar poster album cover 2112 di dinding garage tempat lepak mereka. Rush sendiri ada membuat penampilan istimewa dengan lagu Limelight. Filemnya biasa biasa sahaja tetapi yang membuatkan saya menontonnya sampai habis pun disebabkan faktor Rush.
Disebabkan itu, hilang dah idea untuk menulis pasal albumnya...hahaha...
Ok la...tak ada la apa sangat kenangan dengan album ni. Dengar Rush secara serius pun baru beberapa tahun yang lalu. 2112 adalah album mereka yang kedua saya dengar selepas Moving Pictures. Tetapi yang pastinya ia membuatkan saya lebih berminat untuk mendengar album-album yang mereka yang lainnya.
Tak pasti siapa yang memulakan idea untuk konsep album. Tetapi 2112 adalah salah satu konsep album yang memberikan banyak pengaruh besar kepada band-band rock/metal lain yang untuk mengikutinya.
Jika anda tidak boleh menerima lagu progressif rock yang berdurasi 20 minit panjang maka ini bukannya album untuk anda. Namun begitu lagunya sedap-sedap belaka. Geddy Lee, Alex Lifeson dan Neil Peart sememangnya pemuzik yang hebat. Memang power trio!!
Secara peribadinya, dalam kategori progressif rock 70an, Rush berada dikedudukan teratas bagi saya. Mungkin kerana muzik mereka lebih mirip kepada hard rock berbanding band lain seperti Pink Floyd contohnya.
Mungkin itu penyebab utama kenapa muzik mereka lebih mudah untuk saya hadam
Hari tu semasa "mengali piring hitam" di Skudai Parade, ternampak LP Rush - Signals. Kondisi cover agak teruk. Tetapi dengan harga cuma RM20 (ori bukannya pirate) agak berbaloi juga. Tetapi yang paling tak disangka-sangka bila melihat isi di dalamnya.
Tak sangka pula isinya bukan piring hitam Rush. Tetapi album Infiniti dari kumpulan Belantara. Tak cakap banyak terus beli. Walaupun agak lama juga uncle kedai tu memikirkan apakah patut beliau menjualnya dengan harga RM20. Tetapi setelah berborak perihal muzik besama beliau akhirnya beliau bersetuju. "You're very lucky" katanya. Mana ada orang jual lp band rock melayu walaupun dah takder cover dengan harga RM20.
Kondisinya pun ok. Tiada masalah. Memang happy la. Walaupun ini bukannya album kegemaran saya dari mereka. Kalau dapat 1st album ataupun Srikandi Di Sisi tak tau lah lagi macam mana dia punya happy.
Tak sia-sia la berjam-jam membelek lp kat kedai tu. Nampaknya lepas ni setiap Lp tu tak kira apa tajuknya...kena la kot check dulu apa isinya...kot-kot ada rezeki lagi...heheh...
Next project....tengah cuba untuk membuat sleeve covernya secara DIY.
Ni bukan pasal movie Jackie Chan tu ataupun Kereta Toyota Rush...cuma semenjak 2menjak ni aku banyak dengar lagu2 dari kumpulan RUSH...ni semua bermula bila member aku yg teman aku gi konsert Search tu hari mintak tolong aku downloadkan diskography mp3 Rush..erk..apa barang...die hard King Diamond nak dengar Rush...telinga orang tua jawap beliau..haha...
Aku pun curi2 dengar la sambil2 download tu...hmmm...ternyata telinga aku pun dah tua...haha...sekali dengar terus berkenan...terus terang sebelum ni aku tak ambik tau sangat pasal Rush...yang aku tau lagu Tom Sawyer ajer...maklum la Rush ni main progresif rock...bab2 progresif aku malas skit nak dengar...takut susah nak hadam...ambik contoh Dream Theater je la...jenuh berulang2 kali dengar baru suku je hadam...tapi Rush lain skit...maybe pasal dia bukan metal macam Dream Theater...dia lebih pada rock..senang la sikit..
Rush ni band trio dari Canada...ditubuhkan sejak thn 68..Geddy Lee (Bass,Keyboard,vocal),Alex Lifeson (gitar) dan Neil Peart (drum)...dorang main progresif rock...Three pieces band yang kalau nengok live main macam 5,6 orang...kira memang lagend la...album pun dah terjual lebih 40 juta unit worldwide...info lain check je kat sini.
atok2 Rush gambar terkini...yang atas tu zaman memuda...perhatikan Geddy Lee...double neck gitar biasa la tengok...ni double neck bass tu...perghhh...
aku tak der la dengar semua album dorang...banyak giler...kat 20 album...tak larat aku...tapi aku suka album2 zaman pertengahan 70an..time ni lagu dorang panjang2 dan berkonsep...kebanyakan bertemakan sains fiction dan angkasalepas..album2 pertengahan 80an banyak guna synthesizer..kurang menarik pada aku...
tapi album yang aku nak cerita kat sini ialah Moving Picture...di terbitkan pada tahun 1981..aku rasa ni la album dorang yg paling terkenal dan berjaya...lagu Tom Sawyer pun ada dalam ni...time ni dorang dah start buat lagu yang radio friendly...takder dah lagu yang panjang berjela..lagu2 dari album ni agak catchy.. tapi tak jugak sekali telan dah hadam..ermmm..kalau korang paham maksud aku la...tapi lirik2 dia memang mencabar minda tul la...jenuh aku nak paham tapi tak paham2...Neil Peart ni bukan terer main drum ajer...buat lirik pun dasat..
Track List 1-Tom Sawyer 2-Red Barchetta 3-YYZ 4-Limelight 5-The Camera Eye 6-Witch Hunt 7-Vital Signs
lagu2 pilihan aku dalam album ni adalah Tom Sawyer (sudah semestinya),Limelight dan Vital Signs...pasal apa...ni yang paling senang la melodi dia tangkap kat kepala aku..dan lagu instrumental YYZ pun best jugak..Red Barchetta pun gerek...tapi menuju ke saparuh lagu..aku dah susah nak tangkap...lain2 pun ok...cuma kena tabahkan hati...dengar ulang2..terutama The Camera Eye yang panjang 11 minit lebih tu...
So kalau korang boleh layan Dream Theater...aku rasa tak de hal la nak layan Rush...satu yang respek band2 progresif ni dorang memang terer2...tak caya layan la lagu Tom Sawyer ni...hebat!