Sunday, April 23, 2017

The Ultra-Violence

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 23hb April...


Death Angel - The Ultra-Violence (1987)

Album yang mengimbau kenangan zaman remaja. Salah satu yang pertama kali dengar dah suka. Mungkin pada ketika itu sangat terpengaruh dengan band-band thrash dari Bay Area. Apa sahaja yang keluar dari sana memang akan terus suka.

Tetapi tak boleh dinafikan Death Angel memang best pun. Memang sedap. Straight forward thrash. Laju, catchy dan ada juga yang berbunyi seperti Metallica. Maklumlah demo mereka sebelum ini pun Kirk Hammet yang terbitkan. Pengaruhnya dah tentu ada.


Seperkara yang menarik perhatian adalah tentang umur mereka yang hanya belasan tahun ketika album ini dirakamkan. (Andy Galeon - drummer hanya 14 tahun). Tambah pula mereka kesemuanya berketurunan Filipina. Berdarah Asia. Dah tentu-tentulah kita yang dari Asia Tenggara pun tumpang bangga.

Tak padan dengan usia. Skill muzik mereka mengalahkan yang lebih berusia. Hebat! Rif dan melodi yang catchy. Solo solo gitar yang berhantu. Produksinya pun boleh tahan. Mereka memang berbakat besar. Sayangnya nama mereka tidak menjadi besar seperti yang sepatutnya.

Track pilihan - "Voracious Souls", "Mistress of Pain", "Thrashers", "Evil Priest"

Mat thrash patut ada album ni. Wajib!




Friday, April 21, 2017

Shell V-Power Ferrari 1:38 model Cars Collection

Selain mengumpul muzik secara fizikal dan sedikit bahan bacaan, saya juga pernah mempunyai beberapa hobi yang lain. Salah satunya adalah ini…


Tak ingat dah dari tahun berapa. Mungkin 2006 dan 2008. Malas pula nak mengoogle. Dulu memang rajin beli bila Shell buat promosi model kereta Ferrari macam ni. Tak pasti sekarang ada lagi ker tak. Dah jarang isi minyak Shell. Berapa RM sebijik pun dah tak ingat...


Sebenarnya ni ada 2 set dari tahun yang berlainan. Pun dah tak boleh ingat kereta yang mana dan dari set tahun yang mana. Rasanya semua complete. Cuma tak ada yang special edition warna kuning. Yang tu kalau tak silap kena beli minyak hitam baru boleh dapat.


Dulu simpan dengan elok. Siap letak dalam gerobok cermin. Cantik berkilat. Sayangnya setiap kali hari raya, atau kawan-kawan yang bawa anak bertandang. Habis semuanya dikerjakan budak-budak. Anak sendiri pun tak pernah berani sentuh tapi anak-anak orang pula yang terlebih. Paling geram bila mak bapanya pula buat muka tak bersalah. Geram punya pasal akhirnya simpan semua dalam stor. Habis cerita.


Kalau ikut yang tercatat di bahagian bawah kereta ;

Baris hadapan dari kiri ke kanan
575 GTC, F40, F2005, 599 GTB Fiorano, FXX, FXX Evoluzione, 360 Challenge Stradale

Baris belakang dari kiri ke kanan
F430, 250 GTO, F40 Challenge, F50, Enzo Ferrari, Superamerica, 360 Spider


Hobi yang ini memang dah mengendur....tapi kalau tahu Shell ada buat promosi macam ni lagi...memang konpem la akan dibeli...haha..


*tengah pikir nak letak kat mana benda-benda ni semua...stor pun dah sesak sampai tak boleh nak masuk...





Wednesday, April 19, 2017

Sin After Sin

Yang 40 tahun pada 8hb April yang lalu...


Judas Priest - Sin After Sin (1977)

Kali pertama mendengarnya secara penuh adalah melalui cd mp3 discography Judas Priest yang di beli di sebuah kedai buku di Desa Pandan lebih kurang 20 tahun yang lalu. Masa beli tu tak tahu pun apa itu MP3. Pelik juga kedai buku ada jual cd rock. Ingatkan seperti cd biasa. Rupanya ia hanya boleh dimainkan di komputer sahaja (pada ketika itulah). Zaman bermulanya era MP3.

Tapi masa tu tak dengar sangat pun. Tak berapa suka dengar lagu menggunakan komputer. Tetapi tahu juga beberapa lagunya terutama yang terdapat di dalam kompilasi "Metal Works 73-93". Paling biasa dah tentu-tentunya "Dissident Aggressor" kerana ianya di bawakan oleh Slayer dalam album mereka "South Of Heaven".


Mendengarnya secara betul bila dapat memiliki cdnya beberapa tahun yang lalu. Ianya Judas Priest yang sedikit berbeza dari yang biasa di dengar di era leather jacket mereka di tahun-tahun 80an. Penerbitnya pula adalah Roger Glover dari Deep Purple. Banyak juga lagu-lagunya yang ke arah proggresif rock 70an. Lagu "Last Rose of Summer" walaupun agak janggal di telinga saya yang hanya mula mengikuti mereka dari era 80an tetapi ianya memang mengasyikkan. Lazat.

Tetapi lagu-lagu seperti "Sinner" dan "Dissident Aggressor" telah mula menampakkan arah tuju mereka di masa hadapan terutamanya trade mark gitar solo berkembar KK dan Glen. Tetapi yang menarik perhatian adalah ketukan drummer jemputan mereka, Simon Phillips. Memang power!



Monday, April 17, 2017

Rintangan Hidup Dunia LP

Keluaran semula piring hitam rock melayu yang terkini di pasaran.


Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia (Lp Reissue 2017)

Ini suatu yang mengujakan. Terutamanya jika anda membesar dengannya. Selain Search dan Battle Of The Bands, Rusty Blade adalah antara yang terawal meghasilkan album di era kebangkitan rock melayu di pertengahan 80an dahulu. Mereka adalah heavy metal melayu yang sebenar.

Sayangnya rasa teruja itu sedikit luntur apabila  melihat gambar covernya. Gambar yang blur masih boleh diterima. Tetapi gambar yang salah memang tak patut berlaku. Saya dah terbayangkan gambar Flying V Hitam Putih dan posing maut Yantzen. Tetapi apa yang ada adalah gambar dari album Ikrar Perwira. Ingatkan saya seorang yang perasan. Tetapi seorang rakan turut menghubungi saya mengatakan perkara yang sama. Nampaknya saya tidak keseorangan walaupun rasanya ramai lagi pembeli yang lainnya tidak perasan atau tidak ambil peduli atau memang tak tahu.

Gambar yang sepatutnya adalah seperti kaset di atas.

Rasanya dengan harganya yang agak mahal (RM190), perkara sebegini sememangnya tidak patut berlaku. Bagaimanakah benda yang sepatutnya menjadi khazanah negara boleh di buat secara lewa. Adalah pihak pengeluar hanya ingin mengambil kesempatan.

Dalam gatefold pun gambar line-up Ikrar Perwira. Hampeh betul. Beg tu tak dapat pun tak apa. Bukannya boleh simpan lama. Kos tu pergi kat kualiti cover lagi elok. Satu lagi...Gatefold dengan piring hitamnya keluar dari atas...agak ganjil kan?...

Satu lagi...Kat lagu tulis 1987...tapi kat bawah tu tulis 1986...semak kat kaset tulis 1987...mana yang betul? typo?....

Kadang-kadang rasa malas nak cakap banyak. Nanti ada yang kata dah untunglah tu ada. Tak suka...tak payah beli. Tapi kalau tak ditegur perkara-perkara sebegini akan sentiasa berulang-ulang. Kami bukan sekadar casual listener...bukan juga beli untuk sekadar penuhkan rak. Tapi kami adalah peminat yang membesar bersama muzik mereka. Perkara yang mungkin di anggap kecil oleh sesetengah pihak adalah amat besar bagi kami. Minat kami sepatutnya juga dihormati.




Ok la...apa-apa pun terimakasih kepada pihak yang terlibat. Nak beli lp yang asal memang harganya tak masuk akal. Semoga perkara sebegini di ambil perhatian. Nasib juga soundnya boleh tahan,

Tu la...bising-bising pun beli juga semua format...dan suka la kan...tapi sampai bila nak kena tipu?

**Agak-agak boleh tak minta dorang buat semula cover dengan gambar line-up yang betul?...macam rasa tak puas pulak tengok cover yang ini.




Saturday, April 15, 2017

Metal

Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada hari esok, 16hb April...


Annihilator - Metal (2007)

Saya pengemar Annihilator. Tetapi agak ketinggalan dengan album-album mereka di penghujung 90an dan awal millennium. Zaman thrash tidak lagi trendy, albumnya pun tak masuk pasaran Malaysia. Maka memang susah lah nak dapat.

"Metal" adalah percubaan pertama saya untuk mencari semula Annihilator. Dan ianya tidak mengecewakan. Di zaman nu-metal sedang berleluasa. Annihilator terus menerus menghidupkan obor thrash metal cara lama. Saya pernah terbaca yang Dave Mustaine pernah mengatakan yang "Muzik metal masih selamat" apabila mendengar anak beliau memainkan album ini di dalam kereta. Kalau Abang Mus sendiri dah "approved". Siapa lah saya untuk menidakkannya.

Yang menarik tentang "metal" ianya menghimpunkan ramai artis metal terutamanya yang berasal dari Kanada sebagai jemputan. Steve "Lips" Kudlow (Anvil) , Alexi Laiho (Children Of Bodom), Jeff Loomis (Nevermore), Jesper Strömblad (In Flames), Angela Gossow (Arch Enemy), Michael Amott (Arch Enemy), Corey Beaulieu (Trivium), Willie Adler (Lamb of God) dan lain-lain lagi.


Ada beberapa lagu yang membawa ke arah 3 album pertama. Teknikal thrash dengan solo bergulung adalah makanan asasi Jeff Waters. "Clown Parade" dan "Army of One" adalah antara lagu yang memikat hati.

Yang menariknya, agak sukar untuk Jeff Waters mengekalkan ahli yang sama. Tetapi line-up ini adalah antara yang terlama. Berjaya kekal untuk 3 album. Seperti yang diketahui umum, drummer mereka, Mike Mangini menyertai Dream Theaters kemudiannya.

Mungkin secara keseluruhannya album ini agak tidak konsisten. Tetapi muzik sebegini di tahun 2007 adalah satu kenikmatan buat saya.

Best!



Thursday, April 13, 2017

Prime Domestic

Tak pergi ke showcase...tapi dapat ole-ole dari sahabat yang pergi ke sana...


Prime Domestic - Cd single (2017)

Nak baca ulasan tentang showcase mereka sila klik blog Deaf >SINI<

Ini pengenalan mereka kepada dunia. Diterbitkan sendiri oleh Jo Branko. Ada 3 lagu, dua ciptaan Jo dan 1 ciptaan beliau bersama Hillary Ang. Satu rancak, satu mid tempo dan satu lagu perlahan. Produksi dan sound pun sedap. Bagus!

Kalau ikut selera telinga tuan tanah, 2 lagu yang jadi pilihan adalah "Tekno Dewata" dan "Sedingin Pluto". Yang perlahan, "Satukan Impian" agak kurang berkenan. Biasa biasa sahaja. Kurang melekat melodinya.


Tak ada apa nak komplen sangat. Ini cuma pengenalan. Tunggulah nanti album penuhnya. Cuma ada satu perkara nak sentuh...

Saya kurang ambil tahu perihal Aweera sebelum ini. Tak pasti bagaimana cara vokalnya. Cumanya sedikit menganggu apabila lengok beliau seolah-olah terikut-ikut gaya Awie. Harapnya beliau ada cara yang tersendiri...

Apa-apa pun ini permulaan yang bagus. Tak sabar nak tunggu album penuh. Support!


**thaks Deaf...semoga bertambah2 lagi rezekinya...



Tuesday, April 11, 2017

Geng Cuci Masjid



Geng Cuci Masjid - Kembara 3 Sahabat Mengejar Diri Dan Tuhan-Nya - Annas Aiman Jaffry

Pernah dengar pasal mereka di radio. Pernah juga terbaca pasal mereka di facebook. Makanya tidak teragak-agak untuk membeli bukunya bila terjumpa.

Buku yang menceritakan pengalaman tiga orang sahabat yang berjalan kaki selama 239 hari, sejauh 2,353 kilometer dan berkhidmat di 140 buah masjid di 11 buah negeri si Semenanjung. Sebuah coretan pengalaman yang sangat menarik, menguji kesabaran dan menggetarkan dada.


Saya adalah seorang yang sukakan road trip. (walaupun mereka berjalan kaki). Kisah-kisah yang sebegini sememangnya menarik minat saya untuk membaca. Apatah lagi pengembaraan mereka disertakan dengan tujuan yang murni. Tak ramai kot yang terpikir nak buat macam ni. Salut!

Membaca tentang cabaran-cabaran yang mereka hadapi ada masanya rasa macam nak menitis air mata. Kesabaran dan ketabahan mereka sepanjang perjalanan sememangnya sesuatu yang perlu dicontohi. Ianya mengingatkan pengalaman saya sendiri mengelilingi Semenanjung selama seminggu ketika zaman muda remaja. Juga secara bertiga. Yang berbezanya kami berkereta dan berkelana tanpa tujuan sekadar berjalan melihat tempat orang. Sedangkan perjalanan mereka penuh dengan makna.

Tabik!






Saturday, April 8, 2017

Thrash 2016/2017




Ini semua adalah lebih baik dari "Hardwired... to Self-Destruct"...


P/s: sebenarnya 5 dari cd-cd ni baru jer beli...tu yang saje nak eksyen riak cdwi...haha...



Friday, April 7, 2017

Gila Format - Whitesnake 1987

30 tahun dah hari ini...7 hb April...

Whitesnake - Whitesnake (1987)


Satu lagi kenangan dari zaman sekolah. Banyak nostalgianya. Tawny Kitaen dalam trilogy video clipnya memang melekat dalam ingatan...haha...

Ini adalah album yang membawa David Coverdale & Cos ke puncak kejayaan. Ianya juga adalah antara kerja gitar terbaik dari John Sykes. Sayang gandingan mereka berdua tidak berkekalan.

"Still Of The Night" akan sentiasa menjadi salah satu lagu kegemaran sepanjang zaman. Kenangan sebegini bila terjumpa dengan harga yang agak munasabah, memang tak akan teragak-agak untuk di "gila format" kan.

http://berteromber.blogspot.my/2009/08/1987.html





Monday, April 3, 2017

Killing Technology

Yang 30 tahun hari ini, 3 hb April..


Voivod - Killing Technology (1987)

Antara album yang membuatkan saya terpaku bila kali pertama mendengarnya. Ianya sebuah album thrash yang berlainan. Pelik dan unik. Progressif thrash yang berkonsepkan angkasa lepas. Tak rasa semua orang boleh terima. Tetapi kalau sememangnya kena dengan selera, Killing Technology adalah antara yang terbaik dari 30 tahun yang lalu.

Ianya bukanlah sempurna. Terutamanya soundnya yang agak tenggelam (muddy). Tetapi ianya bersesuaian dengan muziknya. Agak sukar nak hadam pada awalnya. Sama kes ketika mula mendengar album Angel Rat. Tetapi bila rif-rifnya dah melekat di kepala. Ianya menjadi satu ketagihan.


Voivod bukanlah satu band yang terikat dengan satu genre. Mereka sering berubah dari satu album ke album yang lainnya. Killing Technology adalah fasa ke 2 dalam evolusi muzik mereka. Dari old school thrash dengan pengaruh Venom/Motorhead mereka berubah kepada thrash yang lebih progressif. Ianya lebih jelas pada 2 album berikutnya (Dimension Hatross dan Nothingface). Tetapi berubah lagi kemudiannya pada album Angel Rat dan seterusnya.

Saya masih gagal untuk mendapatkannya dalam bentuk cd. Harganya masih diluar kemampuan. Khabarnya dah ada versi deluxe ecition. Ianya salah satu wish list yang belum kesampaian.

Saya tinggalkan entri ini dengan kata-kata dari Jason Newsted yang saya setuju 100%... : "Fans of Voivod are real music fans. They're practiced and seasoned listeners. You have to be a little more than the everyday sort of music listener to really get into Voivod."