Sebenarnya lama dah album ini berjaya di"giler format"kan. Tetapi asyik terlupa nak menulis tentangnya. Beli dimana dan bila pun dah lupa. Bersempena dengan ulangtahunnya yang ke 35 maka sepatutnyalah ianya ditulis. Tetapi ini versi ringkas. Kalau nak baca cerita panjang lebar bolehlah cari entri lama yang ditulis 14 tahun yang lalu.
Ini sememangnya soundtrack zaman remaja. Antara album thrash kegemaran yang banyak meninggalkan kenangan. Kasetnya dulu berbulan berputar di walkman. Who's To Blame menjadi inspirasi Gayour untuk cerita bersiri beliau di majalah Gelihati. Antara album yang tak pernah miss diputarkan setiap tahun.
Lagi seisi mendengar muzik sambil berkerja dari rumah...
Sacred Reich - Surf Nicaragua EP (1988)
Lama dah cari EP ni. Sejak-sejak kali pertama tahu mengenai kewujudannya pada tahun 1990. Selalu baca ulasan yang bagus-bagus di majalah dan fanzine tetapi tak berjaya nak dengar. Faham-faham sahajalah zaman sebelum wujudnya internet. Semuanya kena cari secara fizikal. Kalau rakan-rakan pun tak ada memang tak adalah jawapnya. Bukannya ada dijual di kedai.
Ini adalah antara yang terawal di cari sejak bermulanya zaman internet dan MP3 pada penghujung 90an dalu. Tetapi secara fizikalnya baru sahaja dapat di miliki pada penghujung tahun lepas. Akhirnya selepas 30 tahun pencarian.
Ini memang klasik American thrash. Memang makanan. Tak ada apa yang tak suka berkenaannya. Lagu yang menjadi tajuk EP ini pun dah buat rasa berbaloi untuk membeli cdnya. Mungkin cover War Pigs - Black Sabbath versi mereka bukanlah yang terbaik, tetapi lagu-lagu lainnya memang buat hangguk kepala.
Sila cuba...itupun kalau anda sukakan American Thrash!...
Sesuatu yang menarik apabila band-band metal/thrash 80an membuat kemunculan semula adalah mereka tidak lagi memikirkan pasal populariti atau mencari peminat baru. Tidak seperti di tahun-tahun 90an di mana arah muzik mereka di paksa untuk mengikuti apa yang sedang popular pada ketika itu. Hasilnya ramai yang hanyut entah kemana. Sacred Reich adalah salah satu darinya.
Ini adalah kemunculan mereka yang pertama sejak kali terakhirnya dengan album Heal pada tahun 1996. Tiada lagi beban untuk mereka menjadi trendy. Phil Rind dan rakan-rakan bermain seperti Sacred Reich yang sebenar. Mungkin ianya tidaklah sehebat album "Ignorance" atau pun "The American Way". Tetapi sekurang-kurangnya Awakening lebih thrash dari 2 album terakhir mereka di tahun 90an
Bukanlah sesuatu yang baru dan tiada juga sebarang kejutan. Ianya hanya sebuah album dari sekumpulan orang tua lama untuk peminat mereka yang juga orang tua lama untuk sama-sama meraikan kenangan silam mereka. Tetapi untuk golongan yang lebih muda, yang tak merasai zaman kegemilangan mereka. Inilah dia perisa thrash metal awal 90an yang boleh mengimbau ke zaman tersebut.
Antara kegemaran untuk kategori album "comeback" 2019. Padu!
Sacred Reich ketika album The American Way adalah sebuah band thrash yang hampir sampai ke garisan kejayaan. Sayangnya jaraknya yang agak terlalu lama untuk mengeluarkan Independent disamping genre thrash metal yang semakin merundum di tahun 1993, mereka tenggelam.
Walaubagaimanapun, mereka sentiasa mempunyai soft spot di dalam hati saya. Saya suka "Surf Nicaragua" manakala "Who's To Blame" adalah antara lagu yang rakan sebilik saya (semasa di ITM) suka walaupun dia bukanlah peminat metal. Tambahan pula ianya menjadi inspirasi brother Gayour untuk siri kartun popularnya "Siapa Yang Harus Disalahkan".
Tapi itu album lama mereka, Independent sedikit berbeza. Tempias sound 90an juga melanda mereka. Mungkin kerana producernya adalah orang yang sama menerbitkan Alice In Chain - The Dirt. Lagu-lagu mereka lebih perlahan atau mid tempo. Tapi bukanlah bermakna tak bagus. Masih thrash walaupun sedikit terpengaruh budaya groove ala Pantera. Lagu-lagu seperti "Independent", "Supremacy", "Free" dan mungkin juga "I Never Said Goodbye" adalah lagu yang bagus. Saya suka. Sayangnya ianya tidak konsisten. Phil Rind masih bagus vokalnya walaupun semakin berisi.
Sebuah album thrash 90an yang menariknya sebenarnya. Tapi tak lah mencapai tahap klasik. Hanya sekadar tidak menghampakan. Boleh la...
Tahun 1990 adalah tahun muzik thrash berada di kemuncak sebelum jatuh terduduk selepas tu...di tahun2 tu jugak banyak betul album2 thrash diterbitkan tapi tak semuanya best tapi antara yang menarik perhatian aku adalah album Sacred Reich - The American Way..
Tambahan pulak selepas mendengar lagu Surf Nicaragua yang aku minat sesangat dari EP mereka sebelum tu...kemunculan album ni memang ditunggu2...walaupun album ni tak la seheavy EP Surf Nicaragua maupun 1st album mereka Ignorance....ianya lebih kepada mid-tempo thrash dengan elemen groove (mengingatkan aku pada Light..Camera..Revolution) tapi album ni tetap menjadi salah satu album favourite thrash aku..
Sacred Reich ni ramai yang kata klon Metallica...tidak dinafikan la...muzik dorang memang banyak pengaruh Metallica...tapi untuk album ni mereka cuba untuk lari dari imej Metallica...hasilnya lahirlah salah sebuah album penting dalam sejarah thrash...sekurang2nya bagi diri aku la...lagu2nya agak simple...tak payah pening2 kepala...chorus pun catchy2 belaka....so memang senang la nak hadam...
lagu Who's To Blame rasanya lagu yang paling popular dari album ni sehinggakan brother Gayour pun menjadikan lagu ni sebagai sumber inspirasi beliau untuk menghasilkan siri popular "Siapa Yang Harus Disalahkan" di komik Gelihati suatu ketika dulu...memang menarik lagu ni...tak jemu aku dengar sampai sekarang...
Love...Hate, Crimes Against Humanity dan The Way It Is adalah antara lagu2 yang aku suka dari album ni...suara garau vocalistnya Phil Rind memang sesuai untuk lagu2 thrash...dan satu lagi yang menarik bagi aku adalah pemain drum mereka...Greg Hall...memang mantap la...kalau nak tau aku pernah terbaca yang dia la pilihan utama Slayer untuk menggantikan Dave Lombardo suatu masa dulu...
Lagu lain yang menarik perhatian aku adalah lagu yang menjadi title track The American Way...ntah kenapa setiap kali dengar lagu ni mesti aku teringat lagu "We Didn't Start The Fire dari Billy Joel"...ada sikit2 persamaan melodinya...mungkin secara kebetulan kot...
last sekali tak sah kalau tak sebut last track dari album ni...31 Flavor...sebuah lagu berunsur rap dan funk...yang tak thrash pun...tapi sedap...so tak kisah la apa muzik sekalipun kan...kalau sedap layan jer la...macam dalam lirik lagu ni kan...
so don't be an ignorant fool...there's so much music for you to choose so don't just be a metal dude...it's cool fool
bagi aku asalkan jangan dangdut,dance dan hip hop dah ler...heheh..
Aku tengah bz sekarang ni...auditor pun tak balik2 lagi...tapi gian pulak nak berblogging...haha..
Aku tertarik ngan kata2 En Deaf dalam komen beliau sebelum ini..."zaman sekarang terlampau genre based...contoh - ada orang nak jaga imej Metal dia, kena kutuk lagu2 jenis lain gay la apa la...Nasib baik aku exposed ngan muzik zaman dulu bukan sekarang...its all about songs, janji lagu sedap.."
Aku setuju...aku dulu walaupun metal...boleh je layan lagu2 pop...bukan takat Duran Duran, A-ha...Cyndy Lauper...Debbie Gibson...NKOTB dan Tommy Page pun ok ajer...hahaha...janji jangan dangdut dan tecno sudah la...ni dua lagi payah aku nak hadam dari progersif... :P
Tapi budak sekarang...kalau Metal...nak ngaku dengar My Chemical Romance pun malu...nanti jadi Mat Emo kelar tangan la pulak kan...tak tr00....haha...
tak kisah la...telinga memasing...suka hati la nak dengar apa...tak der sapa nak paksa pun...cuma kalau citer bab ni..aku teringat lagu 31 Flavors dari Sacred Reich...sapa sangka...band thrash metal boleh keluar lagu camgini...dan best pulak tu..hehe..
31 FLAVORS
Vanilla is smooth chocolate is kickin' strawberry is sweet all deserve a hearty lickin' have em all three scoops piled high variety is the spice of life Well you can have soft serve and hard sugar cones root beer floats or my banana split do you like nuts or some sticky whip creme come lick it off and be my dairy queen I love the Chilis freaky, uplift, mother's milk Faith No More Mike Patton's voice is smooth as silk Metallica's music makes me want to rage Sting's lyrics have something to say Jimi Hendrix plays guitar like a no one else Black Sabbath Ozzy's voice is sick as hell Prince, Fishbone, NWA these are the things that I like to play Mr. Bungle is so very cool so don't be an ignorant fool there's so much music for you to choose so don't just be a metal dude it's cool fool
nah...layan pulak dia punya lagu...x der pulak version vc atau live...