Showing posts with label 1975. Show all posts
Showing posts with label 1975. Show all posts

Tuesday, July 29, 2025

Sabotage

Remembering my youth - 50th anniversary

Black Sabbath - Sabotage (28/07/1975)

Tak ada kenangan dengan album ini. Mendengarnya secara penuh pun mungkin pada sekitar penghujung 80an ataupun awal 90an. 

Black Sabbath saya bermula dari era Dio. Dan saya lebih mengemari Ozzy zaman solo. Namun album ini mengandungi salah satu lagu Black Sabbath yang saya suka, Symptom of the Universe.


Tuesday, July 13, 2021

Toys in the Attic

 Pendengaran WFH...

Aerosmith - Toys in the Attic (1975)

Kurang tahu dan tak mengikuti sangat tentang Aerosmith di tahun 70an. Lebih biasa dengan zaman MTV mereka (Permanent Vacation - Pump - Get a Grip). Kalau pun pernah dengar, itu pun juga adalah melalui MTV. "Sweet Emotion" dan "Dream On" adalah antara yang selalu dimainkan. Zaman awal 90an, MTV adalah milik mereka.

Lama dah beli cd ini. Tetapi hanya terperap didalam rak. Di beli kerana adanya lagu "Sweet Emotion". Salah satu lagu kegemaran peribadi. Perbincangan tentang mereka di dalam group whatsapp rakan-rakan blogger menyebabkan rasa terpanggil unuk mendengarnya secara lebih serious. Ternyata ianya sebuah album yang bagus. "Walk This Way" versi asal juga terdapat di dalam album ini.

Ianya agak berbeza dengan Aerosmith di zaman MTV. Bunyi rock 70annya memang pekat. Vokal Steven Tyler juga agak berbeza. Selain "Sweet Emotion" dan "Walk This Way" yang sememangnya popular, Lagu-lagu seperti "Toys in the Attic", "Uncle Salty" dan balada "You See Me Crying" pun sedap. Iramanya melekat dan bermain-main di dalam kepala.

Saya bukanlah pengemar tegar muzik rock 70an. Tetapi ada beberapa diantaranya yang saya suka. Dan Toys in the Attic telah pun menjadi salah satu darinya. Misi seterusnya adalah mencari album pertama pertama (1973) mereka pula. Sudah semestinya kerana adanya lagu "Dream On".



Friday, January 3, 2020

Dua Kosong Satu Sembilan



2019 yang berlalu… blog pun tak lah seaktif macam dulu. Tetapi selagi ada sedikit semangat dalam diri, memang akan cuba untuk terus menulis. Tengok kat statistik, pembaca pun semakin berkurangan. Senang cerita, berblog memang dah ketinggalan zaman…

Cerita peribadi pun jarang dah tulis kat sini. Layan cerita -cerita hobi sahaja. Antara hobi yang tak boleh berhenti adalah membeli fizikal muzik. Tak kira lah cd, lp dan paling tak sangka membeli kaset kembali.

Tetapi pembelian utama memang tetap cd. Nak kata dengar semua pun sebenarnya tidak juga. Malah lebih banyak ketikanya menggunakan secara atas talian seperti Spotify ataupun YouTube. Ianya lebih mudah terutamanya dalam hal mencari. Tekan "search", taip nama… terus jumpa. Berbanding termenung depan rak mencari mana dan di mana letak cdnya tersebut. Itu belum guna lp atau pun kaset. Jenuh nak menukar dari side A pergi ke side B.

Mungkin inilah namanya hobi. Beli, simpan dan tayang....hahaha...Nak kata pencen tu memang tak la...tak minat mancing, tak minat golf. Ini satu sahaja yang minat. Selagi ada rezeki,memang akan terus membeli...

Kongsi sedikit apa yang di beli sepanjang tahun 2019. Kalau cd-cd baru terbitan 2019 memang selalu dah kongsi kat sini. (itu pun ada lagi yang tertinggal). Tapi tak semua lah. Banyak sangat kot sampai tak ingat apa yang di beli...hahaha...


Yang ini pembelian yang paling digemari. Lama dah cari. Dulu hanya ada kaset. Itu pun ada yang hanya setakat kaset dubbing. Zaman belajar, mana lah nak ada duit sangat. Ni dah tua-tua ni bila ada rezeki yang lebih, jumpa...memang terus upgrade ke cd.


Yang ini dulunya setakat setakat dapat tengok kat rak kedai kaset. Nak beli tak cukup duit. Ada pula yang setakat baca kat majalah. Benda-benda yang boleh mengimbau kenangan silam kalau terjumpa memang tak akan dilepaskan...


Ini pun sama kes. Ada yang dulunya tak pernah nampak pun ada di jual di Malaysia. Memang mengharapkan ihsan kawan-kawan untuk berpeluang dengar. Terutamanya kawan-kawan yang ada abang belajar luar negera. Masa tu mana lah ada youtube atau spotify. Kaset dubbing dan cetak rompak menjadi pilihan.


Antara yang rare dan underated. Heavy metal asli 80an sebegini sememangnya dah sebati dalam hati. Tak kisahlah apa pun evolusi muzik zaman kini, Akhirnya muzik yang begini juga yang akan tetap dicari.


Biarlah orang nak kata apa. Tak up to date pun tak apalah. Selera sememangnya dah tersangkut di era heavy metal 80an. Tak boleh move on dah... Memang dah stuck kat situ...


Cukuplah setakat ini. Banyak lagi kalau nak kongsi gambar pembelian cd tahun 2019.  Ini suku pun tak sampai...hahaha...




Monday, December 21, 2015

A Night at the Opera

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 40...


Queen - A Night at the Opera (1975)

Dulunya mencari album ini kerana lagu "Bohemian Rhapsody". Tetapi sebenarnya ia bukanlah sekadar itu. Banyak lagi lagu-lagu yang bagus di dalamnya. Queen di tahun 70an memang tidak mengecewakan. Memang terbaik.

Dengan angka terkini sebanyak 12 juta unit terjual diseluruh dunia, maka sudah semestinya ini bukannya calang-calang album. Ramai yang mengangap ini album terbaik mereka. Saya tidak menyangkal walaupun album sebelum ini, Sheer Heart Attack (1974) pun sedap juga.



Muzik mereka agak complicated sebenarnya. Tetapi yang jadi mudah hadam adalah kerana melodinya yang sangat sangat catchy. Mungkin kalau nak cerita bagaimana bentuk muziknya, pada saya A Night at the Opera adalah "multi-layered overdubbed" heavy metal guitar works yang diadun dengan "complex vocal parts" dan dimainkan secara opera dengan pengaruh progressif rock n roll 70an. Amacam...boleh faham tak?..hahaha...

Tetapi yang pentingnya, ia bukanlah sekadar album yang mengandungi lagu epik "Bohemian Rhapsody". Tetapi lagu-lagu lain sama bagus. Dari yang bersound metal macam "Death on Two Legs" ke pop macam "You're My Best Friend", yang syahdu macam "Love of My Life". Semua pun best. "Lazing on a Sunday Afternoon"..." I'm in Love with my Car"...ahh semua best la...





Thursday, November 5, 2015

Ritchie Blackmore's Rainbow

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada bulan Ogos yang lalu...



Ritchie Blackmore's Rainbow (1975)

Dah pernah buat cerita pasal album ni dahulu. >SINI<

Secara ringkasnya, ini adalah album yang mengenalkan saya kepada Rainbow atau untuk lebih tepat lagu dari album ini (Temple of the King) lah yang mengenalkan saya pada Rainbow. Zaman budak-budak sekolah rendah dulu agak kabur dan konpius dengan status Ritchie Blackmore. Dia ni Rainbow atau Deep Purple. Zaman tiada internet dan tinggal di ceruk kampung. Berita artis barat ni biasanya hanya dapat dari mulut ke mulut. Itu yang kadang-kadang itu ceritanya agak mengarut. Dah lah kita budak-budak, orang tipu pun kita percaya.

Malah pada ketika itu saya tidak tahu pun yang menyanyi adalah Ronnie James Dio. Lama selepas itu baru tahu. Temple of the King adalah salah satu lagu wajib bagi budak-budak zaman itu ketika hendak belajar bermain gitar. Saya pernah pandai memainkannya. Tetapi sekarang rasanya memang dah lupa dah...


Banyak lagu best...banyak lagu kenangan ketika zaman kanak-kanak ribena...jika anda sukakan hard rock 70an...atau sukakan petikan gitar Ritchie Blackmore...atau sukakan suara Ronnie James Dio...ni memang patut ada dalam koleksi anda.

Best!




Sunday, October 11, 2015

Come Taste the Band

Yang menyambut ulangtahun ke 40 semalam, 10hb Oktober...


Deep Purple - Come Taste the Band (1975)

Ramai berpendapat yang Deep Purple Mk IV bukanlah Deep Purple yang sebenar. Ia hanya sekadar projek band bagi David Coverdale, Glenn Hughes, Tommy Bolin yang dibantu oleh Jon Lord dan Ian Paice.

Mungkin ada kebenarannya. Kerana Come Taste the Band sememangnya berbeza dengan album-album sebelumnya. Kalau anda mengharapkan Machine Head atau In Rock pasti anda akan kecewa. Memang tak akan ada rif-rif macam lagu "Highway Star", "Space Trucking", "Burn" ataupun "Stormbringer" sekalipun.


Tommy Bolin bukanlah seorang gitaris yang berlatarbelakangkan hard rock. Dia langsung tak sama dengan Ritchie Blackmore. Malah memang dia tak mahu sama pun. Dia tetap dengan cara dia yang lebih blues,funk dan fusion. Maka memanglah album ini berbeza, malah agak berbeza juga dengan album sebelum ini, Stormbringer yang agak funky.

Makanya adakah album ini tak best? Tak juga. Berbeza tak semestinya tak bagus kan. Bergantung juga kepada selera masing-masing. Tetapi yang jadi masalahnya , Come Taste the Band adalah Deep Purple yang telah berevolusi hingga hampir hilang identitinya. Nak buat macamana, tanpa Ritchie Blackmore, makanya David Coverdale, Glenn Hughes dan Tommy Bolin lah yang menerajui hala tuju Deep Purple. Mereka bukanlah anggota yang asal. Maka ada logik juga bila ada yang berpendapat yang ini adalah band projek mereka bertiga.

Sebenarnya kalau anda sukakan rock 70an dengan rif yang lebih blues, funk dan grovy, mungkin anda akan sukakan ini. Ada beberapa lagu contohnya "Dealer", "I need Love", "Drifter" dan "Love Child" yang mengingatkan saya kepada Whitesnake di era awal kemunculan mereka. Memang itulah hala tuju David Coverdale pun.

Lp versi lanun yang dibeli dengan harga RM18

Antara hightlightnya pada saya adalah Glenn Hughes juga menyanyikan 2 lagu. Salah satu darinya, "Gettin' Tighter" berbunyi sangat funky. Sesuatu yang cukup berbeza dengan Deep Purple yang biasa. "This time Around" juga menarik. Membuktikan kehebatan vokal beliau, tambah menarik bahagian kedua lagu ini mengandungi instrumental Owed to "G" yang membuktikan pula kehebatan Tommy Bolin.

 Saya memang sukakan Tommy Bolin. Abum solo beliau Private Eyes memang best. Sayangnya beliau mati muda. Gaya hidup rockstar telah membunuh beliau. Kalau tak mungkin juga Deep Purple MK IV ni boleh pergi lebih jauh lagi...




Thursday, September 10, 2015

Alive!

"You wanted the best, and you got it!..." 

Sempena 40 tahun usianya hari ini..10hb September,


KISS - Alive! (1975)

Zaman dulu-dulu selalu terbaca antara album kegemaran dan pengaruh besar kepada ramai gitaris rock dan metal adalah KISS Alive! Nama-nama besar seperti Scot Ian (Anthrax), Dimebag Darrell (Pantera) (sekadar menyebut beberapa nama yang telintas) malah gitaris 90an seperti Tom Morello (Rage Against the Machine) dan Mike McCready (Pearl Jam) juga menamakan album ini sebagai salah satu pengaruh besar mereka.

Lama dah teringin untuk memiliki cdnya, tetapi tak berjaya sehinggalah mengenali estocks_deutschland melalui ebay.com.my. Memang murah. Double disc harga tak sampai pun RM20. Sangat berbaloi-baloi. Padanlah sekarang mereka tidak lagi menjual di ebay.com.my. Hanya ada di ebay.de. Bermakna tak jual dah untuk Malaysia. Memang tak untung. Kos pos pun mereka tak lepas.

KISS Alive! memang best. Ada lagunya yang pada pendengaran saya lebih best dari versi studio. Ace Frehley memang tip top. Dengarkan solo-solo beliau (contoh : Parasite). Maka tak hairanlah jika dia menjadi idola kepada ramai gitaris rock/metal yang lain.


Walaupun begitu khabarnya album ini telah melalui proses ubah suai (overdubs) secara besar-besaran. Hingga ada yang mengatakan hanya ketukan drum Peter Criss satu-satunya rakaman asal yang tidak di usik. Lain semua dah kena "touch-up". Tapi tak kisahlah. Banyak album live yang lain pun melalui proses yang sama. Nak dengar yang "real", sila dengar "bootlegs". Mungkin kerana ini adalah KISS...(love them or hate them)...maka ianya menjadi isu.

Kalau anda pertama kali hendak mendengar KISS, dari anda perabis duit membeli 3 album awal mereka. Lebih baik anda beli ini. Kerana Alive! mengandungi lagu-lagu terbaik dari 3 album awal tersebut. Malah lagu-lagu live ini lebih bertenaga rasanya berbanding versi studio.

Maklumlah KISS sememangnya band yang lebih seronok ditonton berbanding hanya mendengar. Dengan imej, kostum dan showmanship bertenaga mereka. Ditambah pula dengan segala jenis pyrotechnics, memang bestlah kalau dapat tengok live. Sayangnya kita di Malaysia rasanya memang tak akan berpeluang untuk menikmatinya.


"You keep on shouting...shouting...I wanna rock and roll all night and party every day!!!"




Monday, August 24, 2015

Physical Graffiti

Klasik rock n roll yang dah 40 tahun usoanya pada februari yang lalu...


Led Zeppelin - Physical Graffiti (1975)

Saya bukan peminat tegar mereka. Sekadar mendengar secara kasual. Sedari dulu lagi saya tidak didedahkan dengan muzik mereka. Mula mendengar mereka hanya pada awal 90an melalui seorang rakan ketika menuntut di ITM. Itu pun tidak berapa nak masuk.

Physical Graffiti adalah album ke 2 Led Zeppelin saya selepas IV. Hanya baru-baru ini terasa hendak cuba mendegar muzik mereka secara lebih mendalam. Sama kes seperti ACDC. Sayangnya muzik mereka tak semudah ACDC.


ACDC muziknya straight heavy rock n roll/ blues yang "BOOM" terus depan muka. Manakala Led Zeppelin walaupun muziknya juga rock n roll dan blues, tetapi ianya pelbagai. Agak progressif. Ada ketikanya agak santai dan ada yang agak mellow dan meleweh. Saya memang agak sukar untuk menerima muzik yang terlampau meleweh. Ini menyebabkan agak susah juga pada mulanya untuk menghadamkan muzik mereka.

Pada selera saya, Physical Graffiti bukannya mudah. Tak semudah menyukai gambar covernya yang menarik (antara penyebab utama cd ini dibeli, kalau dapat versi lp tentu lebih menarik, lebih besar lebih jelas). Kebanyakannya lagu-lagunya jenis meleweh. Selain "Kashmir" (pada pandangan saya antara lagu terbaik mereka selain Stairway to Heaven), saya tidak pernah mendengar lagu lainnya.

Tetapi selepas berulang kali dengar, Ianya benar-benar meresap dalam jiwa. Contohnya, lagu "In the Light". Asalnya agak susah nak masuk. Agak meleweh. Tetapi selepas beberapa pendengarn, melodinya melekat kat kepala. Solo dan melodi gitar dalam lagu ini memang menusuk kalbu. Ini adalah antara lagu kegemaran saya dari Physical Graffiti.


Kalau tidak biasa dengan muzik sebegini, agak letih juga utuk menghabiskannya. Maklumlah panjang. Ada 2 disc. Saya lebih menyukai disc yang pertama terutamanya kerana lagu "Kashmir" dan sebuah lagu rancak yang sangat best, "Trampled Under Foot".

Amat berbaloi untuk dimiliki terutamanya kerana hasil kerja gitar Jimmy Page yang sangat-sangat ohsem.

Terbaik!






Thursday, July 30, 2015

Toys in the Attic

Yang 40 tahun...


Aerosmith - Toys in the Attic (1975)

Bukanlah peminat besar Aerosmith. Hanya mula mendengarnya di penghujung tahun 80an. Tetapi lagu "Sweet Emotion" yang pernah saya tonton video clipnya di dalam salah satu rancangan MTV di tv Singapura pada awal tahun 90an telah melekat melodinya di kepala. Sempat saya rakam video clips tersebut (zaman tape video VHS) dan menontonnya berulang-ulang kali.

Lama juga mencari mencari album ini sehinggalah pandai menggunakan e-bay. Tidak sangka pula lagu-lagu mereka dari zaman 70an sangat sedap. Ada masanya rasa lebih sedap dari zaman hair/glam metal 80an mahupun zaman "I Don't Want to Miss a Thing" 90an mereka.



Muziknya memang agak berbeza. Band-band rock 70an sememangnya mempunyai feel yang agak berlainan terutamanya dalam pengaruh blues dan rock n roll yang agak kuat. Aerosmith juga begitu.

Tambah menarik Toys in the Attic mengandungi sebuah lagi lagu terawal Aerosmith yang penah saya tahu, "Walk This Way".  Pada saya, versi tanpa rap ini lebih menarik dari versi bersama RUN DMC. Selain itu lagu yang menjadi tajuk album, "Toys in the Attic" sekali dengar pun dah melekat melodinya di kepala.

Jika anda gemarkan muzik rock 70an, Toys in the Attic adalah salah satu yang patut anda miliki walaupun anda bukannnya pengemar Aerosmith.

Best!











Wednesday, June 24, 2015

Welcome to My Nightmare

Lagi album klasik yang menyambut ulangtahun ke 40.


Alice Cooper: Welcome to My Nightmare (1975)

"Welcome to my nightmare. I think you're gonna like it. I think you're gonna feel you belong."

Mula mendengar muzik Alice Cooper hanya pada penghujung 80an. Album Trash (1989). Sebelum tu hanya pernah dengar nama. Tetapi ketika saya kanak-kanak agak keliru juga dengan imej conteng muka antara beliau dan KISS. Pernah satu ketika dahulu saya ingatkan beliau adalah anggota KISS.

Beliau bolehlah dikatakan sebagai antara pengasas genre shock rock/horror rock dengan persembahan live yang penuh theateritical. Tetapi disebabkan hanya mendengar muzik beliau di zaman 80an, saya agak kurang "feel" dimanakah yang dikatakan shock rock/horror rock tersebut. Maklumlah muzik beliau dizaman 80an lebih terarah kepada muzik glam/hair metal. Beliau adalah seorang sentiasa berubah mengikut zaman.


Tetapi selepas mendengar Welcome to My Nightmare, barulah saya faham. Mendengarnya dengan lampu terpadam di waktu malam adalah suatu pengalaman yang menarik. Terutamanya lagu "Steven". Ianya mengingatkan saya kepada zaman budak-budak bila kali pertama mendengar lagu "Melissa" dari Mercyful Fate. Juga dengan lampu terpadam, Sungguh seram!

Tentu menarik jika dapat menonton persembahan album ini secara live. Dikhabarkan yang album ini sememangnya ditulis untuk persembahan pentas. Memang banyak unsur-unsur drama dan theateriticalnya.

Seperti yang saya katakan, Alice Cooper gemar mengikut zaman. Album ni cukup kuat pengaruh psychedelic rock 70an, Antara lagu yang menarik perhatian saya adalah "The Black Widow" dan lagu balada "Only Women Bleed".


Untuk pengetahuna umum, sebenarnya ini adalah album solo pertama beliau. Sedikit "konpius" kerana sebelum dari ini Alice Cooper adalah nama sebuah band. Dah ada 7 buah album pun sepanjang tahun  1969 hingga 1973. Bila berpecah, beliau, si vokalis (Vincent Damon Furnier) menggunakan nama Alice Cooper sebagai nama beliau sendiri.

Untuk yang berminat, gambar di atas adalah petikan dari buku "Fade to Black: Hard Rock Cover Art of the Vinyl Age" yang ditulis oleh Martin Popoff dan Ioannis. Harap-harap boleh dibaca.





Monday, June 15, 2015

Straight Shooter

Yang menyambut ulangtahun ke 40...


Bad Company - Straight Shooter (1975)

Bad Company adalah antara pengenalan pertama saya terhadap muzik. Kaset mereka yang bertajuk Run with the Pack (1976) adalah antara kaset terawal yang pernah saya tengok, pegang dan belek. Ianya kepunyaan bapa saudara saya (Pak Alang) yang pada ketika  itu (pertengah tahun 70an) tinggal bersama-sama dengan keluarga saya.

Apabila beliau berpindah, kaset tersebut di tinggalkan di rumah. Saya sekadar membeleknya tanpa berpeluang untuk mendengarnya, Maklumlah pada ketika itu rumah kami tidak mempunyai cassette player sebaliknya cuma ada pemain piring hitam. Sayangnya bila sudah mempunyai cassete player (awal 80an) kaset tersebut pula telah hilang entah kemana. Sampai kesudah saya tidak pernah mendengar bagaimana muziknya.


Bad Company bolehlah dikatakan sebagai supergroup, Paul Rodgers dan Simon Kirke dari Free, Mick Ralphs dari Mott the Hoople dan Boz Burrell dari King Crimson. Tetapi saya sekadar tahu lagu-lagu klasik mereka tetapi tidak pernah mempunyai apa-apa rilisan dari mereka sehinggalah terjebak dalam dunia piring hitam. LP Straight Shooter ini dibeli dengan harga RM18. Memang murah pasal ianya bukanlah asli (gambar cover pun lain). Yang menariknya ia juga megandungi lagu-lagu terbaik dari album pertama "Bad Company - 1974".

Selain lagu-lagu klasik biasa mereka seperti "Rock Steady", "Ready for Love" dan "Bad Company". Ini adalah kali pertama saya benar-benar menghayati lagu-lagu lain mereka. Tak sangka, ianya memang sedap. Lagu-lagu seperti "Feel Like Makin' Love" memang lazat. Rock 70an dengan pengaruh blues yang penuh berjiwa.

Tiada lagu yang mengecewakan. Vokal Paul Rodgers memang "power". Jika anda gemarkan hard rock 70an, 2 album awal mereka "Bad Company" dan "Straight Shooter" memang sangat-sangat saya rekomen.

Terbaik!...sekarang saya patut cari Run with the Pack (1976) pula.



Monday, April 13, 2015

Balada Seorang Biduan

Yang dah 40 tahun...


Broery Bersama 4 Nada - Balada Seorang Biduan (1975)

Pernah kata dulu...bila dah terjebak main piring hitam ni pastinya tak kiralah jika anda metal hantu sekalipun akan tetap terjebak juga dengan lagu-lagu pop 60an atau 70an.

Nak buat macamana dah piring hitam ni memang ujudnya pada zaman tersebut. Walaupun pada saya rock/metal dulu baru piring hitam...tapi adakalanya layan juga dengar lagu-lagu yang macam ni.



Nampaknya memang trend agaknya zaman 70an penyanyi solo mempunyai band. Baru ni tahu Broery Marantika pun dulunya ada band. Dan paling utamanya baru tahu lagu Kisah Seorang Biduan nyanyian Dahlan Zainuddin tu rupanya bukan lagu asal. Ingatkan yang ini lagu asal. Rupa-rupanya yang ini pun bukan. Lagu asal adalah juga lagu Indonesia ciptaan Sam Bimbo. Boleh cari kat youtube.

Sejujurnya kalau bukan kerana piring hitam, memang payahlah untuk saya mendengar lagu-lagu sebegini. Sekali sekala ok lah. Saya bukannya pengumpul piring hitam. Saya tetap berpegang rock/metal dahulu...barulah piring hitam...




Thursday, March 26, 2015

Scorpions....lagi

Merujuk kepada entri >SCORPIONS< tempohari


yer...telah pun berjaya dimiliki...heheh...(giler pantas pos dari jerman ni...tak sampai 2 minggu dah sampai)

p/s...En. Ijau...saki baki viral masih ada...huhu...


Monday, November 21, 2011

Force It

Lagi pasal album rock 70an kegemaran aku...kali ini sekali lagi ke tahun 1975.



UFO - Force It (1975)

Zaman aku kanak2 semasa sekolah rendah...di penghujung 70an awal 80an...imej Michael Schenker dengan gitar Flying V memang sesuatu yang aku terbayang2...terasa betapa "cool"nya kalau aku dapat beraksi macam tu...biasanya raket badminton lah yang menjadi mangsanya...walaupun ketika tu aku tak paham sangat rock tu apa sebenonya...

Seingat aku..kat kampung aku...sebelum era Malmsteen...cuma ada 2 nama jer yang mat2 rock sebut kalau pasal gitar...Ritche Blackmore dan Michael Schenker (kalau melayu Rosli Mohalim la...) ni 2 nama memang pengaruh besar kat budak2 melayu zaman tu...pasal tu band2 dorang Deep Purple, Rainbow, Scorpions dan UFO memang sentiasa disebut2 pada zaman tu...dan dari situ lah aku mula mengenali UFO..

Doctor Doctor adalah lagu yang mengenalkan aku kepada UFO...tapi album Force It lah yang buat aku mula2 minat UFO...terus terang aku tak pernah memiliki apa2 rilisan ori UFO sebelum aku membeli cd ni...aku cuma tau lagu2 UFO melalui kaset2 dubbing sahaja...malah aku lebih familiar dengan Michael Schenker era MSG berbanding UFO...maklum la zaman aku betul2 giler rock...UFO dah bukan dengan Michael Schenker lagi pun...tapi semuanya berubah pada penghujung 80an bila aku bertemu dengan seorang rakan yang die hard UFO...start dari situ aku mula dengar UFO secara betul...dan dari situ lah aku menjadi peminat UFO...



Force It adalah album ke 2 Michael Schenker bersama UFO...aku rasa line-up bersama Michael Schenker ni lah yang paling best...paling klasik...dari Phenomenon (1974) hinggalah Strangers in the Night (1979) semua pun best...dan Force It adalah antara yang paling best dari era tu...kalau tak...takkan dari 15 lagu album live Strangers in the Night... ada 5 lagu ("Shoot Shoot", "Mother Mary", "This Kids", "Let It Roll", and "Out In The Street") dorang ambik dari album ni..

Album ni memang best dari mula sampai abis...Kombinasi Schenker/Mogg memang banyak menghasilkan karya2 klasik UFO tak kira dari segi lagu..lirik hinggalah suara unik Mogg ataupun shredder Schenker...Highlight album ni pada aku dah tentu2 lah kerja gitar Michael Schenker...cuba dengar lagu2 seperti "let it roll", "shoot shoot", "Mother Mary","this kids'"...pergh!!!...meleleh...tu lum dengo solo dia dalam lagu slow "high flyer" dan "Out in the streets"....terbayang2 flying V melayang2 di udara...memang dasat!!!


ini adalah kaver sebeno Force It...sajer aku gunakan kaver belah dalam album yg dah di censored kat atas tu supaya tak menggangu perasaan pembaca blog berlabel "U" aku ni...album tahun2 70an memang banyak gambo kaver yang kontroversi



btw...aku dulu main bass...selain Steve Harris,Clif Burton dan Rudy Sarzo...idola bassist aku adalah Pete Way...tu pasal aku follow dia sampai Waysted...cekidot lagu "Dance your life away"...lemak berkrim sound bass dia...

Try dengar album ni...konpem korang tak menyesal...dan jangan kata aku tak bagi amaran...korang mungkin akan menjadi ketagih untuk mendengar UFO lagi dan lagi...

REKOMENDED!

Monday, November 14, 2011

Ritchie Blackmore's Rainbow

kebelakangani aku banyak dengar rock 70's...salah satu album pilihan aku adalah album terbitan dari tahun 1975..



Ritchie Blackmore's Rainbow (1975)

Ketika album ni rilis...aku kecik lagi dan tak tau apa2 pun...tapi macam aku cakap sebelum ni...Rainbow adalah salah satu antara band terawal mengenalkan kepada muzik rock...walaupun aku tak tau apa2 pasal album ni pada awalnya...tapi Lagu "Temple Of The King" adalah salah satu lagu rock terawal yang pernah aku dengar...

Seingat aku...masa aku sekolah rendah...awal2 80an...tahun 81,82 gitu...selain lagu2 Deep Purple dan Scorpions...antara lagu wajib bila belajo main gitar adalah Hotel California - Eagles, Wonderful Tonight - Eric Clapton dan Temple Of The King...tau ni kira nak boleh kerek kat kawan2 sekolah la...



Tu jam dengar Rainbow adalah kerana Ritche Blackmore...Deep Puple punya penangan...seingat aku masa tu aku tak kenal pun siapa penyanyi Rainbow tu...beriya2 menghafal lagu Temple Of The King...tapi tak tau pun tu suara Dio...masa dia join Black Sabbath dengan album Heaven & Hell tu baru lah aku kenal siapa dia Dio...

Album ni tak jauh dari pengaruh Deep Purple...terutamanya album Machine Head dan Burn...cuma liriknya berkisahkan fantasi...biasala lirik Dio...kisah dungeons & dragons dia ni mungkin jugak bermula dari album ni...ntah la...aku tak pernah dengar Elf...band asal Dio tu...album ni pun sebenonya dimainkan oleh anggota Elf...tolak gitaristnya la...

Dari 9 lagu...cuma satu lagu jer yang aku tak berkenan...iaitu "If You Don't Like Rock 'n' Roll"...lain2 memang best...tersangatlah best...terutamanya lagu track pembukaan..."Man On The Silver Mountain"...ni sampai last hayat dia pun Dio sentiasa nyanyi lagu ni live...so kalau korang tak pernah dengo lagu ni...tak yah gelar diri mat rock...heheh...

Dulunya aku ingat lagu "Temple Of The King" lah lagu slow yang paling best dari Rainbow...tapi bila dengar "Catch The Rainbow"...ternyata aku silap...ini lagi best...tapi tak tau kenapa setiap kali aku dengar "Catch The Rainbow"...aku terbayang David Coverdale...napa ek?...mungkin lagu ni ada feel Deep Purple zaman Coverdale kot...



Satu lagi yang menarik pasal album ni...dah tentu2 kerja gitar Ritche Blackmore...dan itu sememangnya sebab utama orang nak dengo Rainbow at the 1st place...tak kisah macamana pun perangai dia...tapi dari segi main gitar...memang dia antara yang terbaik...semua solo2 dia dalam ni best...terutama try layan "Still I'm Sad"...memang terbaik...

Ntah la ek...zaman 70an punya rock memang banyak yang best...walaupun aku giler ngan rock 80's...tapi mendengar rock 70's ni memang feel dia lain...tiga album Rainbow zaman Dio semuanya best...dan ini sememangnya REKOMENDED!