Sunday, March 31, 2019

Power Plant

Yang dah 20 tahun pada 29hb Mac yang lalu..


Gamma Ray - Power Plant (1999)

Ini adalah antara tahun-tahun yang saya sedang kemaruk dengan power metal. Mendengar bermacam-macam band sehingga rasa tepu. Masalah utama genre ini ialah kebanyakan band akan kedengaran seolah-olah sama.

Mula merasa sedikit jemu dengan genre ini berberapa tahun kemudian. Majoritinya menjadikan band seperti Helloween sebagai rujukan.


Gamma Ray juga adalah salah satu darinya. Tapi tak boleh lah nak cakap ianya klon Helloween. Kerana sememangnya Kai Hansen adalah dari Helloween. Tambahan pula mereka adalah antara yang terawal. Adalah "soft spot" kat situ.

Power Plant adalah antara album terbaik untuk tahun 1999. Terutamanya jika anda pengemar genre power metal. Semuanya secukup rasa. Lagu-lagunya memang mudah menangkap. Catchy. Memang sedap.


Tidak dapat dinafikan sememangnya Gamma Ray adalah antara yang terbaik dari berpeluh atau mungkin beratus band power metal yang ujud pada ketika Itu.

*versi cd adalah reissue tahun 2002 dengan cover yang berlainan.








Wednesday, March 27, 2019

Big Bad Wolf JB 2019

Macam dah lama rasanya Big Bad Wolf tidak diadakan di Johor. Kali terakhir kalau tak silap adalah pada tahun 2015. Tak ada lah nak cari buku sangat pasal rasa macam baru lagi 2, 3 bulan lepas pergi yang di The Mines, KL.

Kali ini lokasinya bukan seperti biasanya di Danga City Malls. Kalau tak silap lokasi tersebut dah tutup. Kali ini ianya diadakan di Mydin Mall Mutiara Rini, Skudai. Ikut pendapat peribadi tempat ini agak kurang selesa. Maklumlah tengah musim panas ni, memang rasa bahang bila ianya di buat di tempat letak kereta walaupun ianya berbumbung.


Tak bercadang nak beli tapi akhirnya terbeli juga. Dua-dua buku ni memang tak jumpa di The Mines tempohari.


Yang ni tak banyak cerita. Nampak. Terus sambar. Apa-apa pasal Iron Maiden memang sapu jer la....


Tapi tujuan sebenar pergi ke sini sebenarnya adalah untuk ini. Selain nak beli buku yang mengimbau zaman remaja ni...


Tetapi yang utamanya nak jumpa pelukisnya. The one and only..the legendary heavy metal cartoonist, Tuan Gayour. Rasanya kali terakhir bersua muka dengan beliau dalam 20++ tahun yang lepas. 1996 atau 1997 di Plaza Kotaraya, JB.

Beliau adalah antara hero dan idola dari zaman remaja. Lama juga dah rasanya berkenalan di alam maya. Blog, Instagram, fb dan akhirnya dapat jua bersua muka.



Tabik tuan... maaf tak boleh nak borak panjang...ada rezeki...Insya Allah boleh jumpa lagi...




Sunday, March 24, 2019

Penyanyi



Alleycats - Penyanyi (1979)

Dah 40 tahun rupanya. Entah mana perginya masa ni semua ya. Sekejap jer rasanya.

Membelek cd ini mengembalikan ingatan saya ke ruang tamu rumah keluarga di zaman kanak-kanak. Masih terbayang-bayang mendengarnya sambil membelek-belek inlay kaset. Masih teringat-ingat bau kertas kilat inlaynya. Masih terkenang-kenang iramanya yang keluar dari set hi-fi abah. Kami bukan lah orang berada. Abah hanya seorang peneroka felda. Tapi benda-benda elektronik dan teknologi ni memang abah tak pernah kalah. Rumah kami sentiasa menjadi antara yang pertama ada tv, tv warna, peti ais, pemain video VHS dan lain-lainnya. Ianya hobi abah dan mungkin satu cara untuk beliau menghargai dirinya. Satu perkara yang sedikit sebanyak turun juga ke anaknya.


Ketika itu Alleycats memang tengah popular. Lagu Senandong Semalam memang tengah meletup-letup di carta lagu radio Singapura. Malaysia lambat sikit kan baru Alleycats ni popular. Masa tu baru darjah dua. Manalah pandai nak beli kaset. Duit sekolah pun takat 20 sen  atau 30 sen sehari. Teringin nak ada kaset Carefree atau Black Dog Bone. 2 nama yang tengah top pada masa itu. Tapi nak mintak abah belikan memanglah tak berani. Selalu juga ikut abang tumpang dengar piring hitam lagu-lagu ni di rumah jiran.

Abah ada juga lah beli muzik. Tapi tak pernah beli kaset. Dia lebih kepada piring hitam dan kemudiannya  katrij. Tapi dia beli lagu-lagu zaman dia lah. 60an Dan 70an. Macam kita sekarang. Mana lah nak beli lagu-lagu budak sekarang...haha... Yang ini pun dia tak beli. Tapi terjumpa dalam sebuah teksi yang dia naik. Mungkin dah jadi rezeki kami. ­čśÇ


Album ini, seperti album-album lain sezamannya memang penuh dengan lagu saduran. Tapi zaman tu manalah tau. Suka betul dengan lagu "Bersembunyi" dan "Bayangkanlah", rupa-rupanya ia adalah saduran dari "One Way Ticket" - Neil Sedaka/Eruption dan "Dust in the Wind" - Kansas. Banyak lagi contohnya "Kasih Mu" dari "Hot Stuff" - Donna Summer, "Selamat Berbahagia" dari "Happy Anniversary" - Little River Band dan lain-lain lagi yang malas pulak nak mengoogle.

Satu yang menarik, album ini mengenalkan saya kepada M.Nasir. Kesemua lagu-lagu dari album ini liriknya ditulis oleh beliau. Saya pernah terbaca yang beliau pada ketika itu sememangya berkerja dengan Polygram sebagai penulis lirik. Kemudiannya baru lah saya mendengar Kembara.

Ini adalah satu-satunya cd Alleycats yang ada dalam koleksi. Membelinya kerana memori. Tidak tau album-album yang lainnya kerana selepas dari ini saya telah mula mendengar band-band seperti Kembara, Blues Gang, Sweet Charity, The Unwanted, Kingdom In Rock dan lain-lain dan kemudiannya terpangaruh pula dengan lagu-lagu inggeris zaman New Wave seperti Duran Duran.




Saturday, March 16, 2019

Helping Hands...Live & Acoustic at the Masonic

Terkini dalam simpanan.


Metallica - Helping Hands...Live & Acoustic at the Masonic (2019)

Ini bukan cd official. Rasanya tidak dikeluarkan pun dalam bentuk cd. Hanya dalam bentuk piring hitam. Tapi tu lah... Nak beli piring hitam tak berapa nak mampu. Russian press cd pun jadilah. Tu pun boleh tahan mahal juga harganya kalau di eBay.

Untuk sedikit info, album ini di rakamkan secara live pada 3hb November tahun lalu di San Francisco Masonic Auditorium. Ianya bertujuan untuk mengumpul Dana bagi tabung All Within My Hands Foundation, satu pertubuhan kebajikan yang diasaskan oleh Metallica 


Yang menariknya ianya bukan sekadar rakaman live biasa. Tetapi sebuah album penuh live rasmi secara acoustic sepenuhnya. Memang agak berlainan dengan album live Metallica yang lainnya 

Selain lagu-lagu mereka yang di'acoustic'kan, mereka juga memainkan berberapa lagu cover seperti Blue ├ľyster Cult’s “Veteran of the Psychic Wars”, Bob Seger’s “Turn the Page”, Nazareth’s “Please Don’t Judas Me”, Dan Deep Purple’s “When a Blind Man Cries”


Menarik juga sesekali mendengar lagu lagu berat Metallica tanpa distortion. Macam dah jadi lagu Country pun yer juga.




Tuesday, March 12, 2019

Gila Format - Cherry Pie


Warrant - Cherry Pie (1990)



Satu lagi yang berjaya di "gila format" kan. Tapi ini bukanlah album kegemaran seperti gila format yang lainnya. Ianya lebih kepada nasib terjumpa tanpa disengajakan.

Versi cd memang dah lama dibeli untuk koleksi Warrant. Ianya lebih kepada nilai nostalgia dan beberapa lagu yang menarik didalamnya. "Uncle Tom's Cabin" contohnya.

Tetapi yang lp dan kaset lebih kepada kebetulan terjumpa dengan harga yang agak munasabah. Versi lp dibeli dari seorang rakan di suatu acara jualan di Nusajaya. Manakala versi kaset pula hanya beberapa minggu lepas terjumpa di Facebook.



Senang cerita, mana-mana album walaupun bukanlah kegemaran, kalau terjumpa dengan harga yang munasabah dan ada pula nostalgianya...memang ter"gila format"lah jawapnya...



Thursday, March 7, 2019

No Sacrifice, No Victory

Yang dah 10 tahun pada 20hb Februari yang lalu....


HammerFall - No Sacrifice, No Victory (2009)

Ada sedikit perasaan “softspot” kepada mereka. Hammerfall dan Rhapsody adalah antara 2 band yang membuatkan saya kembali mendengar dan membeli muzik metal selepas sedikit “lost” pada penghujung tahun-tahun 90an.

Mereka adalah antara yang paling aktif menghasilkan album. Ini album mereka yang ketujuh. Satu masalah yang sering dihadapi oleh band-band power metal adalah untuk mengekalkan momentum setelah mereka menghasilkan album-album yang boleh dikatakan sebagai mencapai kemuncak kerjaya mereka.

Selepas Glory to the Brave (1997) dan Legacy of Kings (1998), dan mungkin juga Renegade (2000). Agak sukar juga untuk mereka mengekalkan formula muzik mereka tanpa membuatkan pendengar menjadi jemu. Bagi pendengar casual. Muzik mereka pastinya akan berbunyi seolah-olah sama. Tiada perubahan.


Sebenarnya inilah masalah untuk semua band yang berkonsepkan sebegini. Lagu-lagunya memang kedengaran catchy dan mungkin juga ada yang kata cheesy. Tetapi untuk ianya melekat dalam kepala agak payah juga. Jenis bila dengar rasa ok. Tetapi bila habis, tiada satu lagu pun yang boleh teringat dalam kepala.

Begitu juga dengan No Sacrifice, No Victory. Lagu-lagunya memang sedap. Melodi dan Rif yang sangat catchy. Tetapi ia memerlukan pendengaran yang berulang-ulang kali.

Hanya untuk die-hard HammerFall dan power metal. Yang baru nak bermula, sila cari Glory to the Brave atau pun Legacy of Kings.





Saturday, March 2, 2019

Triumphant Hearts

Antara yang terkini dalam simpanan...

Jason Becker - Triumphant Hearts (2018)

Satu perkataan. Kagum! Itulah yang boleh disimpulkan tentang kegigihan dan semangat kental Jason Becker. Walaupun beliau tidak lagi boleh bermain gitar disebabkan penyakit ALS. Beliau berjaya merealisasikan irama yang bermain-main di minda beliau menjadi sebuah album.

Hasil crowd funding dari peminatnya, album ini berjaya diterbitkan pada 7hb Disember yang lalu. Semua lagu adalah ciptaan beliau yang dizahirkan hanya melaluinya pergerakan mata. Banyak nama-nama besar dalam dunia gitar turut terlibat membantu. Marty Friedman, Joe Satriani, Steve Vai, Uli Jon Roth, Chris Broderick, Steve Morse, Michael Lee Ferkins, Paul Gilbert, Neal Schon, Greg Howe, Jeff Lomis, Richie Kotzen, Gus G, Joe Bonamassa dan lain-lain lagi.


Lagu-lagunya bukanlah menumpukan kepada solo gitar semata-mata. Bak kata Jason sendiri, album ini bukanlah untuk menunjuk kehebatan dan mencari populariti, sebaliknya ia lebih kepada mencari kewarasan dalam dirinya yang lumpuh keseluruhan anggota.

Di sebalik solo-solo hebat guitar hero yang terlibat, ada juga lagu-lagu yang berbunyi seperti muzik tradisional Jepun. Pangaruh dari Marty Friedman mungkin.


Terdapat juga lagu yang menggunakan rakaman lama ketika beliau bersama Cacophony dan David Lee Roth.

Secara keseluruhannya memang sedap. Kalaulah lah beliau masih boleh berrmain lagi...

A true guitar hero. Respek!