Showing posts with label 1981. Show all posts
Showing posts with label 1981. Show all posts

Friday, August 19, 2022

High 'n' Dry

Beberapa minggu lepas dalam menunggu ketibaan album baru Def leppard, sempat pula "TER"beli piring hitam yang ini.


Def Leppard - High 'n' Dry (1981)

Kenangan tentang album adalah kerana ianya adalah kaset asli (orang puteh) yang pertama saya beli. Sebelum itu semuanya adalah versi cetak rompak terutamanya jenama Apache.

Membeli kasetnya dulu pun adalah secara cuba jaya. Kedai kaset di pekan Ulu Tiram tempat saya mengabiskan duit belanja sekolah untuk membeli kaset amat jarang atau rasanya memang tak ada pun menjual kaset asli (original). Tetapi menjelang tahun 1988, dengan kempen membasmi cetak rompak yang lebih meluas, mereka mula menjual kaset-kaset asli tak kira yang berbahasa melayu mahupun inggeris.


High 'n' Dry adalah antara kaset original yang pertama di jual di kedai tersebut. Kalau ingatan saya masih betul, kaset asli berbahasa inggeris dijual pada harga RM11.00 dan berbahasa melayu pada RM9.00. Ini adalah harga pelanggan biasa (regular customer), kalau tak biasa memang tak akan dapat dengan harga diskaun tersebut.

Ketika itu, tak pernah dengar pun High 'n' Dry. Tetapi disebabkan jenama "Def Leppard", maka timbulnya rasa teruja untuk membeli. Maklumlah zaman sebelum internet dan tinggal pula di ceruk Felda memang kehidupan macam katak bawah tempurung.


Mulanya agak kurang berminat. Ketika itu agak kurang masuk dengan muzik yang berpaksikan ACDC. Tetapi lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia, mula jatuh minat. Tambah pula apabila Def Leppard sediri semakin berubah menjadi pop dan komersial, sound dan lagu-lagu era awal ini terasa lebih menarik.

Sebagai peminat, kita sememangnya terpaksa menerima perubahan. Suka atau tidak, terpulang kepada selera masing-masing. Tetapi yang pastinya tanpa Pete Willis dan Steve Clark, Def Leppard tak mungkin akan dapat kembali kepada sound muzik yang sebegini.

Switch 625 akan sentiasa menjadi salah satu lagu instrumental kegemaran...



Tuesday, January 25, 2022

Kembara

 Hiburan hari-hari terakhir bekerja dari rumah...

Kembara - Kembara (1981)

Satu lagi kapsul masa. Tak pernah memiliki kasetnya. Ketika itu saya (10 tahun) dan abang yang 4 tahun lebih tua biasanya hanya meminjam kaset kawan-kawan. Maklumlah kami tak berduit untuk membeli. Kaset pertama kami adalah 2 tahun selepas itu (Michael Jackson - Thriller)

Masih teringat-ingat membelek dan mencari apa agaknya makna di sebalik gambar covernya. Selain album ini, gambar cover Sejuta Wajah - Sweet Charity serta Pusingan ke 2 - Flybaits akan sentiasa membawa saya kembali ke tahun 1981.

Kalau nak kira lagu yang ada kenangan adalah "Ekspress Rakyat". Pernah secara bidan terjun kena paksa dengan cikgu untuk menyanyikan lagu ini bersama 3 rakan lain untuk audition wakil kelas ke konsert sekolah. Nasib baik tak terpilih. Hahaha...

Tetapi kalau lagu yang paling digemari adalah "Hati Emas". Walaupun pada ketika itu belum lagi pandai tentang rock tetapi lagu-lagu yang ada bunyi gitar memang akan sentiasa terasa dekat di hati. Maklumlah pada ketika itu pun dah didedahkan oleh abang dengan lagu-lagu Scorpions, Deep Purple, Whitesnake, UFO dan Rainbow walaupun tak tau pun lagu-lagu begitu adalah lagu rock.

Selain 2 lagu tersebut, ada beberapa lagu seperti "Senandung Buruh Kasar" dan "Lagu Untuk Seorang Ibu" yang saya boleh ikut menyanyi sama walaupun dah bertahun tak dengar. Semua ini adalah kenangan zaman kanak-kanak. Sedar tak sedar perkara ini dah 41 tahun berlalu. Kalaulah mesin masa DMC DeLorean benar-benar wujud....


Sunday, September 12, 2021

Maiden Japan

Layanan sambil menunggu Senjutsu yang entah bila sampai...

Iron Maiden - Maiden Japan (EP asal 1981) - keluaran semula The First Ten Years 1990

Dulu-dulu ketika zaman sekolah (80an) sekadar dapat melihat gambar Ep ini di majalah. Memang tak ada jual di sini dan langsung tak pernah berpeluang untuk dengar sehinggalah zaman internet. 

Bila keluar versi "The First Ten Years" pada tahun 1990 , tak berkemampuan pula nak beli. Ketika itu masih bergelar siswa. Sekali lagi hanya mampu melihat gambar covernya di majalah.

Dah tua-tua begini barulah berpeluang mendengar dan memegangnya secara fizikal. Versi cd adalah cetakan dari Russia. Bak kata pepatah tiada akar, kayu pun berguna juga. Tak silap dibeli pada 2 tahun yang lalu. Manakala versi piring hitam pula adalah hadiah dari Deaf.

Bila dah ada tu nak kata selalu dipasang tidak juga. Tetapi ianya lebih kepada suka membelek-belek gambar covernya yang seolah-olah satu kapsul masa yang membawa saya kembali ke tahun-tahun 80an...



Wednesday, September 13, 2017

Nightflight



Budgie - Nightflight (1981)

Lama dah cari cd ini. Dulunya agak susah nak jumpa walaupun dalam e-bay. Tetapi kebelakangan ini, sejak adanya versi remasterd 2013, banyak dah nampak dalam ebay walaupun harganya agak mahal. Mendapatkannya dengan harga mampu milik adalah satu bonus.

Sebenarnya tak pernah pun dengar lagu-lagu dari album ini kecuali "I Turned To Stone". Membelinya semata-mata kerana sukakan lagu tersebut. Kali pertama dengar melalui kaset kompilasi Kerrang! versi Apache (pernah cerita dulu kat >SINI<) terus jatuh hati. Salah satu lagu yang tak jemu-jemu dengar walaupun ulang banyak-banyak kali. Melodinya...solo gitarnya...susunan muziknya...build up lagunya...vokalnya....arghhh....memang sedap. Salah satu lagu kegemaran sepanjang zaman.


Dulunya ketika ada versi MP3 pun setakat layan "I Turned To Stone". Bila dah ada cd baru betul-betul dengar keseluruhannya. Ternyata lagu-lagu yang lainnya pun boleh tahan. Seiring dengan perkembangan semasa ketika itu, muzik mereka juga terikut-ikut dengan gaya NWOBHM. Peminat era 70an mereka pastinya kurang gemar. Tetapi untuk saya yang bermula dari sini dan sukakan genre NWOBHM, Nightflight memang sebuah album yang cukup memuaskan hati.



Monday, February 27, 2012

Point Of Entry

Sepatutnya aku dah start cerita pasal album2 dari tahun yang belakangnya 2...tapi sebab Judas Priest baru main kat Spore...review Deaf kat >SINI<...teringat pulak aku kat album yang dah berusia 31 tahun ni...



Judas Priest - Point Of Entry (1981)

Aku mula betul2 follow Judas Priest ni masa tahun 87 kalau tak silap...masa zaman album Priest...Live!...sejak tu aku mula menjejaki album2 yang sebelumnya...terutama lagu2 yang ada dari album live tersebut...Point Of Entry bukanlah menjadi keutamaan memandangkan aku cuma tau lagu Heading Out To The Highyway...keutamaan sudah tentu album2 seperti Screaming for Vengeance, Defenders of the Faith, Killing Machine/Hell Bent for Leather dan British Steel...tambah2 pulak banyak review cakap album ni tak berapa best...

Tapi sebagai seorang cdholic...selagi tak complete discography sesuatu band tu memang rasa macam tak puas hati...kecuali la band tu dah berubah arah dan aku tak minat langsung...contohnya aku takder pun Metallica St. Anger...so akhirnya aku terbeli jugak Point Of Entry ni...



Bila dah dengar...memang aku bersetuju ngan  review2 yang cakap album ni tak berapa best...rasanya selain Heading Out To The Highway...cuma Desert Plains dan Solar Angels yang buat aku tertarik...lain2 biasa2 ajer...macam filler pun yer jugak...kekadang rasa macam tak caya pulak album ni diterbitkan di antara British Steel dan Screaming for Vengeance...aku rasa Turbo yang orang kata pop tu pun lagi best...Point Of Entry ni apa kurangnya...sound memang pop pun...cumanya tak guna synthesizer jer...kekadang buat aku teringat band2 AOR zaman 70an macam Foreigner...contohnya kat lagu "Turning Circles"...mungkin terlampau cepat sangat masuk studio selepas meletupnya British Steel kot...idea dah kering agaknya...

Tak banyak yang boleh aku cerita pasal album ni...pasal aku tak berapa minat...kesimpulannya...toksah lah beli jika korang bukannya kipas susah nak mati Judas Priest...





Thursday, February 16, 2012

duran duran

Last entry album yang patutnya aku publish tahun lepas...(pasni nak start album2 yang tahun belakangnya 2 pulak...)



Duran Duran - Duran Duran (1981)

Pada sapa2 yang follow blog ni dari awal sure tau yang aku memang peminat Duran Duran...tak kira la berapa banyak cd metal yang aku ada atau aku dengar...Duran Duran tetap ada satu tempat khas dalam hati aku...huhuhu...

Ini adalah album pertama dorang...diterbitkan selepas era Punk mula merundum di UK...ketika itu band2 di UK majoritinya terbahagi kepada 2....samada menjadi heavy guitar oriented (New Wave Of British Heavy Metal)...ataupun kearah muzik bersoundkan synth-pop (New Romantics)...walaupun Duran Duran sebenarnya pecahan dari band Punk...John Taylor,Roger Taylor dan Simon Le Bon semuanya asal punk...Andy Taylor pulak mat rock...tapi mereka memilih untuk bersama2 ngan Nick Rhodes yang lebih cenderung ke arah New Romantics...

Begitu jugak ngan aku...walaupun penghujung 70an lagi aku dah dengar Scorpions,Deep Purple,UFO dll...ntah kenapa...pengaruh dari abang aku mungkin...awal 80an tu aku terjebak jugak dengan New Romantics atau pun jugak di panggil New Wave ni...


Bagi aku 1st album dorang ni memang menarik...pasal masih boleh dengar lagi pengaruh punknya...bunyi gitar Andy pun masih jelas...masih ada sikit solo gitar...kalau nak banding album Seven & The Ragged Tiger ke atas...dah jadi fully synthesizer sound...antara sebab kenapa Andy Taylor blah dari Duran Duran selepas tu...

Antara highlight dari album ni dah tentu2 lagu popular Planet Earth dan Girls on Films...tapi sebenonya banyak lagi yang menarik terutamanya lagu yang guitar oriented contohnya macam Anyone Out There...tapi dulu2 1st time dengo...aku cukup tertarik ngan lagu intrumental Tel Aviv...sedap.

Sekali sekala...layan guilty pleasure macam ni pun best jugak...



Tuesday, February 14, 2012

Sejuta Wajah

Lagi pasal album yang patut entrinya aku publish tahun lepas



Sweet Charity - Sejuta Wajah (1981)

Diam tak diam...dah 31 tahun rupanya....album ni memang buat aku terkenang zaman budak2...apa yang aku ingat...masa tu aku 10 tahun...zaman baru nak berjinak2 ngan muzik...tapi ianya bukanlah satu priority...mandi paya dan menyauk ikan adalah aktiviti yang lebih menyeronokkan...dan inilah jugak tahun2 yang aku mula kenal gitar...

Sejuta Wajah adalah pengenalan rock melayu yang ke 2 bagi aku selepas Pelarian....walaupun impaknya tak lah besar macam selepas aku dengar Cinta Buatan Malaysia...tapi di sini lah bermulanya aku pandai sebut rock...conteng buku dan beg sekolah dengan perkataan rock...curi2 pinjam gitar kapok abang aku time dia takder...pengaruh Sweet Charity pada budak2 melayu zaman tu memang besar....terutama belah2 Jb yang selalu follow radio Singapura...dan ketika ini jugak lah budak2 remaja yang lebih tua kat kawasan aku sibuk belajo gitar...buat band nak jadi rocker...dapat main kat majlis kawin pun dah kira hebat tu....so tak hairan la kenapa zaman2 penghujung 70an awal 80an memang berlambak2 band rock dari Johor...

tapi aku masa tu lum lagi terpengaruh sepenuhnya ngan bendalah lagha ni...Maklum la Sejuta Wajah ni bukanlah sebuah album heavy rock pun...malah lagu dorang yang popular masa tu macam Jangan Tunggu Lama Lama tu tak rock mana pun...sama jer macam ko dengo Carefree atau pun Black Dog Bone...tapi tu jam aku lebih layan Sudirman dan Alleycats (bapak aku ada beli kaset2 ni)...cumanya aku cukup tertarik ngan kaver album ni dan Pelarian...nengok kaver 2 album ni pun dah cukup buat aku kata ini lah rock....

Di bandingkan ngan Pelarian...aku lebih suka Sejuta Wajah...semua lagunya best...sound pun raw...album ni sedikit rojak...ada yang heavy...yang slow...yang psychedelic...yang bunyi2 kemelayuan dan dangdut pun ada....zaman ni elemen dandgut mesti ada...korang pernah dengo Kingdom In Rock...tu lagi dasat dangdutnya...heheh...

1-Sejuta Wajah (A Husaini Ajmain)
lagu slow yang menarik...sambungan lagu kamelia dari album Pelarian...bunyi keyboard kat permulaan tu sedap...mengingatkan aku pada gaya Ken Hensley (Uriah Heep)...lagu wajib tau kalau korang pandai main gitar zaman tu...cuma yang aku tak taunya...rupanya solo kat lagu ni ciplak dari lagu UFO "Belladonna"....1st time dengo lagu "Belladonna" (beberapa tahun selepas dengo Sejuta Wajah) aku macam cam solo Michael Schenker tu...rupanya kat lagu ni...zaman 80an memang copy mengcopy ni perkara biasa kot...mungkin zaman tu tak semua orang berpeluang dengo lagu omputeh...so kalau copy pun orang tak perasan sangat...agaknya la....

2-Jalan Malam (A Husaini Ajmain)
Mungkin lagu ni ada influence dari Santana...atau maybe rockdangdut indon zaman 70an...tapi yang nyatanya ada bunyi macam reggae...tapi bila betul2 dengo macam keronchong pun yer jugak...lirik jenis humour memang trend Sweet Charity ketika itu kot...cekidot lagu macam Bulat Bulat...lagu fav kawan aku kat sekolah rendah...suka betul dia nyanyi part..."raba...raba...nanti masuk longkang..."

3-Asmara (A Husaini Ajmain)
Satu lagi lagu slow...antara lagu yang paling aku suka dari album ni...ada orang kata macam Rod Steward...tapi pada aku macam Styx...atau mungkin pasal keyboardnya tu macam Uriah Heep...band2 rock  melayu zaman dulu memang banyak pengaruh Uriah Heep...try Ella & The Boy (1st album) dan aku pernah baca Man Kidal main keyboard pun pasal nak main lagu Uriah Heep...ni pun solonya macam aku pernah dengar...tapi tak boleh recall kat mana...tapi tak kisah la...lagu ni memang sedap...best.

4-Raja Kumbang (copyright controlled)
satu lagi kemestian band2 zaman 70an awal 80an...mesti ada lagu cover version...ni lagu asal nyanyian Achmad Albar (God Bless)...tapi dianya versi dangdut...Sweet Charity menge"rock"kan lagu ni...sama kes macam "Kamelia"...sekali lagi keyboard ala2 Ken Hesley kat permulaan lagu...syok gak layan dangdut rock ni

5-Cinta Pura Pura (A Husaini Ajmain)
Sebuah lagu jenis up tempo ballad...lagu yang Rosli Mohalim tunjuk skill...banyak solo gitar kat lagu ni...tapi lagu yang paling kurang aku suka dari album ni..

cd rilisan semula ni kalau ada maklumat pasal pembikinan album ni sebenarnya lebih menarik...sayangnya benda2 camgini tak akan berlaku dalam industri muzik Malaysia...sykt rakaman lebih pada nak RM...bukannya warisan sejarah muzik tu sendiri...


6-Hilang Gelap Terbitlah Terang (Copyright Controlled)
Satu lagu yang agak popular jugak dari album ni...lagu slow...ni pun cover version...tak sure dari sapa...mungkin indon...tapi yang pastinya intro dia tu pun ciplak jugak...pernah dengar lagu "A Little Help from My Friends - Beatles"...tapi yang versi Joe Cocker punya..."With A Little Help From My Friends"....tapi ciplak pun ciplak la...lagu ni memang sedap...antara favourite aku...karaoke pun best ni...heheh..

7-Jangan Lama Lama (Munif/Yadid & Lahki)
lagu ni cukup popular dulu2 kat radio Singapura...dan lagi popular kat majlis2 kerja kawin...dan tak lupa jugak untuk membahan kawan2 yang lambat kawin....heheh...
satu lagi lagu dangdut rock...ada yang kata ni pun lagu asal dari Achmad Albar dan God Bless...tapi tak sure pulak aku...tapi kalau dari segi ala2 dangdutnya tu...mungkin betul kot...

8-Di Tahun 2000 (Sweet Charity/S Milda)
Salah satu dari 2 lagu ciptaan Sweet Charity...so tak hairan lah jika ini lagu yang paling heavy dari album ni...lain2nya majoriti ciptaan A. Husaini Ajmain...sapa dia ni aku pun tak sure...tapi dialah penerbit album ni...dan nama dia selalu aku terjumpa pada lagu2 zaman 70an ...Othman Hamzah contohnya...dan kalau aku tak silap penyanyi Singapura Imran Ajmain tu adalah anaknya...kira dia macam M.Nasir bagi Search la...
Yang menariknya...masa dulu2 time dengo lagu ni terbayang macam mana la yer keadaan masa tahun 2000 nanti...tapi pejam celik pejam celik dah 2012 pun sekarang....cepatnya masa berlalu....
TAPI...satu yang aku nak cakap...lagu ni pun ada bab ciplaknya...cuma dengo lagu Whitesnake - Medicine Man...ada part riff dan solo dia memang sebijik....heheh...

9-Sharifah Aloya (S Milda)
Macam yang aku cakap...album ni memang rojak...lagu arab padang pasir pun ada...tapi sedap la pulak...ni pun dulu selalu radio singapura bukak...bapak aku suka lagu ni...heheh...tapi jangan tak caya...ni pun ada part yang ciplak...tak caya try cari Rainbow lagu Danger Zone...cekidot riff dan solonya....
btw...S Milda ni satu lagi nama yang dulu2 selalu aku jumpa kat lagu2 era 70an dan awal 80an...sapa dia ni...laki2 ker pompuan memang aku tak tau...sayangnya sejarah muzik melayu ni memang takder sapa yang rajin nak  mendokumenkan sejarahnya....

10-Sentosa (Sweet Charity)
lagu rancak pasal Pulau Sentosa...tapi yang aku nak cerita...lagu ni pun ciplak...try dengar Rush - The Spirit Of Radio...intro dia memang sebijik....walaupun banyak orang kutuk bab ciplak ni...takder originality...tapi pada aku takder hal...takat cedok sikit2 pastu adjust kekadang jadi lebih best dari versi asal (contoh solo kat Debunga Wangi lebih kena dari Prodigal Son)...kira menarik dan kreatif jugak la...bukannya cedok satu lagu kan...kalau satu lagu...tapi lepas tu tak mengaku...tu memang patut kena kutuk..tapi ramai jugak yang cedok sikit2 ni pun tak nak mengaku...lalasannya kebetulan...heheh

Apa2 pun aku memang respek Sweet Charity...dorang memang legend...dan Sejuta Wajah adalah album dorang yang paling aku suka...tambah2 gambo kaver dia tu...kalau kat kaset macam betul2 je kaset tu retak...lama aku duk menatap kaver dia tu masa bebudak dulu...

apa2 pun ni bab ciplak mengciplak ni hanya pandangan peribadi aku ajer...kalau silap harap ampun...aku ada mesej FB Rosli Mohalim masa nak buat entri ni...banyak jugak kemusykilan pasal album ni aku tanya...dia ada jawap...tapi sayangnya dia akan hanya jawap semua soalan2 aku tu satu hari nanti...tunggu bila2 dia free....so nak buat camner...kita tunggu jer la...kalau ada jawapan selanjutnya dari dia...aku akan buat entri nanti...apa2 hal terimakasih abang Rosli Mohalim...





Tuesday, December 27, 2011

High 'n' Dry

Lagi album nostalgia yang dah genap 30 tahun...



 Def Leppard - High 'n' Dry (1981)


Kalau aku tak silap...High 'n' Dry adalah 1st kaset ori omputeh aku...sebelum tu macam biasa la...cap apache...yearghhh...apache rules!!!!...zaman hujung 80an tu kaset ori omputeh reganya dalam RM11 kalau aku tak silap...sebenonya aku mencari kaset Pyromania...pasal zaman aku kenal Def Leppard adalah zaman album Pyromania...tapi dah kedai kaset kat pekan Ulu Tiram tu jual kaset ni jer...aku pun sambo jer la...(sayangnya kaset tu dah hilang...member pinjam tak pulang...)

Masa beli tu memang aku tak familair ngan High 'n' Dry...kecuali lagu "Bringin' On The Heartbreak"...ada member dubbingkan...rasanya memang lagu ni yang paling popular dari album ni kan...sampaikan Mariah Carey pun pernah kaver lagu ni...pada aku "Bringin' On The Heartbreak" adalah contoh lagu slow rock yang betul2 rock...aku memang suka lagu2 slow yang jenis cengini...clean electric guitar plucking..(memang susah nak jumpa kat slow rock sejak 90an hingga sekarang kan??..balik2  jenis plucking akustik gitar jer kan...hampeh...) dan satu lagi distortion gitar...bukan leleh keyboard cuma part solo baru nak distortion gitar...arghh!!!...harap korang paham maksud aku...mungkin aku patut buat entry pasal ni...

Berbalik pada High 'n' Dry...dulunya aku tak suka sangat...pasal terlampau AC/DC...maklumlah penerbitnya  pun pernerbit "Highway To Hell" dan "Back In Black"...Robert John "Mutt" Lange...abis sound album ni pun dah macam AC/DC...tak caya try dengar title track "High 'n' Dry" atau pun "Let It Go"...memang bunyi Angus Young...tapi selepas 20++ tahun ni...aku rasa best pulak...sama best macam Pyromania...tu hari drive malam sambil layan cd ni...rasa macam asik nak tekan minyak jer dia punya syok...awas...jangan memandu sambil mendengar album2 macam ni...heheh..

Dulunya masa 1st time dengo...selain "Bringin' On The Heartbreak"...lagu pertama yang menangkap kat telinga aku adalah instrumental "Switch 625"...syok betul gandingan Steve Clark dan Pete Willis ni...ok...walaupun dorang teknikal tak sehebat solo2 Phil Collen...tapi perlu diakui...selepas Pete Willis kena tendang...Steve Clark mati...Def Leppard dah jadi merapu meraban...




So kalau korang nak dengo Def Leppard yang raw...yang rocked...zaman2 NWOBHM...ini memang rekomended...memang banyak lagu2 sedap...terutamanya side A kalau kat kaset..."Let It Go", "Another Hit And Run", "Lady Strange", "Mirror,Mirror"...nak lagi best cari cd rilisan 1984 macam aku punya ni..ada 2 bonus track "Bringin' On The Heartbreak" - remix version (masih mengekalkan solo Pete Willis walaupun rakaman video clip letak muka Phil Collen) dan  "Me and My Wine"...ni 2 lagu bonus memang berbaloi..

Apa2 pun mendengar Pyromania dan High 'n' Dry...membuatkan aku terpikir betapa bagusnya band ni satu masa dulu...kenapa la sekarang boleh jadi hampeh....perasaan sama yang aku rasa kalau aku mendengar Ride The Lightning mau pun Master Of Puppets...iskh....

beli Pyromania...pastu beli ni....REKOMENDED!

Sunday, December 25, 2011

Escape

Sempena 30 tahun dah usia album ni...




Journey - Escape (1981)

Aku tau Deaf suka band ni...abang aku pun sama...dari beliau lah aku kenal Journey...masa tu (awal 80an)..aku pun tak rock lagi...tapi kami adik beradik memang into muzik omputeh...hari2 layan Radio 1 Singapore...salah satu lagu yang popular time tu adalah lagu2 Journey..mula ambik tau pasal Journey bila abang aku beli kaset  Frontiers..gitarist dia Neal Schon jadi penyebab mengapa aku suka Journey... tapi bila masuk pertengahan 80an...aku mula giler heavy metal...Journey pun aku tinggalkan...

Tapi bila masuk pertengahan 90an...zaman aku slow down dengan metal2 ni semua...kebetulan Journey pun buat reuinon dengan album Trial By Fire...aku mula balik dengar Journey...tu jam aku cari balik 3 album dorang yang paling aku familiar...Escape, Frontiers dan Raised On Radio...tapi tak dapat cari cdnya sehinggalah beberapa tahun yang lepas...cd Escape aku ni adalah edisi special edition 2005...ada bonus track...kira best la...banyak gambo2 tour semua...





Aku ada terbaca orang tulis "Journey are the masters of guilty pleasure bands"...sedikit sebanyak aku setuju....sapa la yang tak cair dengar lagu2 AOR cengini kan... walaupun Escape bukanlah fav album Journey aku...tapi album ni la yang buat dorang terkenal seluruh dunia...3 lagu masuk carta ("Dont Stop Believing", "Who's Crying Now" dan "Open Arms")...1.4 juta copy terjual satu dunia...kita hanyalah golongon minoriti kalau nak kata album ni tak best...

Mereka patut berterimakasih kapada Glee...rancangan tv ni la yang buat budak2 generasi sekarang kenal Journey..sampaikan anak pompuan aku pun tetiba kenal Journey...padahal dah bertahun dah cd Journey ni ada kat rak cd...patut Glee kaver lagu Iron Maiden pulak...baru la anak aku tetiba nak dengar Maiden....hahaha...


Tapi aku tak minat pun lagu "Dont Stop Believing" tu...bagi aku Escape ada 2 lagu yang aku cukup suka...tak kisahlah kalau peminat tegar Journey suka "Who's Crying Now" atau "Open Arms"...tapi bagi aku kalau lagu slow...aku suka "Still They Ride"..terutama part gitar solo Neal Schon tu...mengingatkan aku kenapa aku suka beliau at the 1st place...sampaikan projek band dia  macam Bad English dan Hardline pun aku follow...memang feel la dia punya solo....


Satu lagi adalah lagu "Mother,Father"...pada aku ni lagu paling terbaik dari Escape...lagu yang ada unsur2 progressif rock...genre asal muzik Journey sebelum kemasukan Jonathan Cain (Keyboards)...mungkin Journey takder jodoh ngan progressif rock...Jonathan Cain benar2 mengubah hala tuju Journey...tapi apa ada hal...AOR ni la yang buat dorang terkenal dan kaya...sekali lagi dengarkan petikan gitar Neal Schon kat lagu ni...memang terbaik la..



Neal Schon ngan gaya rambutnya tu sekali pandang dah macam Brian May la pulak kan...heheh



Apa2 pun...memang aku dengar Journey pasal Neal Schon....dialah satu2nya gitar hero aku yang bukan dari kalangan band heavy metal...tapi mungkin  dulu2 Journey di labelkan dalam kategori tu jugak kot...kalau tak...tak kan lah Dio panggil beliau untuk projek Hear 'n Aid kan....


Tapi pada aku la...Journey dan album Escape ni la yang patut diberikan kredit ...atau disalahkan (ikut selera korang)...bila band2 macam Bon Jovi dan banyak lagi band2 hair metal tu gunakan formula Escape dan berjaya...tetiba muzik pop-friendly hard rock...atau pun pop metal...atau tak kisah la apa korang nak panggil meletup masa penghujung 80an dulu...semuanya memang pasal Jouney...


Wednesday, December 14, 2011

Breaker

Aku nak sambung lagi cerita pasal album2 yang sambut anniversary 10,20,30,40 tahun pada tahun 2011 ni...kali ni jom layan yang 30 tahun...



ACCEPT - BREAKER (1981)

Aku mula kenal Accept masa zaman kaset Apache (pertengahan 80an)...tambah pulak tu jam aku ada saputangan yang ada logo Accept...tapi 1st album yang aku betul2 dengar adalah "Balls To The Wall"...kawan sekelas aku kasi pinjam...dengar memang wau!!!...best...start tu mula dengar album2 lain dorang...tapi semuanya pinjam atau dubbing...satu2nya kaset Accept yang aku ada adalah album live "Staying A Life"...(ntah mana pegi hilang dah sekarang...)

Cd ni aku beli 3 tahun yang lepas...ni versi 2 dalam 1 (Breaker dan I'am A Rebel)...sayangnya cd ni jenis inlay sekeping...memang hampeh...terasa macam nak beli cd Breaker yang sebenar...tapi bila memikirkan ini bukanlah album Accept kegemaran aku...tak jadi la...aku lebih suka Balls To The Wall, Restless And Wild ataupun Metal Heart...

Walaubagaimanapun Breaker bukanlah tak best...ini adalah permulaan mereka menjadi heavy...hilang dah sikit2 klon ACDC dorang tu...sound pun raw...ada beberapa lagu yang memang giler heavy...speed metal pun iyer jugak...jangan lupa...ini tahun 1981...rasanya Iron Maiden KILLERS dan Venom WELCOME TO HELL jer yang lebih heavy...dengarkan Starlight, Breaker dan Run If You Can...memang gegar!!!

Tapi yang slacknya...beberapa track awal tu jer la yang heavy...beberapa lagu yang lainnya jenis2 hard rock...pengaruh ACDC masih belum hilang sepenuhnya...apa nak buat...suara Udo Dirkschneider ni memang macam Bon Scott...perbandingan tu tetap ada...tapi lagu slow Cant Stand The Night tu walaupun orang kata cheesy...tapi aku suka...ada la kelainan suara dia...sedap jugak bila dia bawak lagu slow...teringat memori zaman kaset apache bila dengar lagu ni...

Accept ni satu identiti dia yang tak berubah ialah part2 melodic masa chorus mereka...try dengar lagu2 macam "Run If You Can" dan "Feeling"...memang sedap...apa2 pun aku suka gitarist dia....Wolf Hoffman...sangat underated berbanding ngan gitarist2 jerman yang lain....walaupun Accept ni main 2 gitar...kebanyakan solo memang Wolf yang main...cuma kat lagu "Starlight" kita boleh dengar twin gitar solo antara dia ngan Jörg Fischer...

lastly...beli jika anda dah ada Balls To The Wall, Restless And Wild dan Metal Heart...kalau lum...cari n 3 dulu...

Wednesday, October 27, 2010

Diary Of A Madman

Membaca buku autobiography Ozzy membuatkan aku ketagih nak dengar semula lagu2 beliau..aku dah pernah cerita pasal Blizzard Of Ozz..so kali ni nak cerita album solo ke 2 beliau Diary Of A Madman...



Tahun depan...genap 30 tahun dah album ni (dengar cerita Sony nak keluarkan special edition sempena 30th anniversary ni...cantik gak tu...tambah menarik edisi kali ini adalah edisi asal...bass dan drum dimainkan oleh Bob Daisley (Rainbow,Uriah Heep) dan Lee Kerslake (Uriah Heep)...bukannya seperti versi cd remaster rilisan tahun 2002..atas sebab kes saman menyaman...bass dan drum dirakamkan semula oleh Robert Trujillo (Suicidal Tendencies,Metallica) dan Mike Bordin (Faith No More)...tapi nasib aku punya ni versi tahun 1995...

Secara peribadinya...Diary Of A Madman dan Blizzard Of Ozz adalah 2 album Ozzy yang paling aku suka sekali...lagu2nya memang banyak meninggalkan nostalgia pada diri aku dan yang paling best dah tentu2 lah pasal ini lah 2 album yang gitarisnya adalah Randy Rhoads...salah seorang gitar hero aku....sayangnya beliau mati terbunuh kerana kemalangan kapalterbang semasa tour untuk album ni...


ni line-up tour sebenarnya..Rudy Sarzo (bass) dan Tommy Aldridge (drums)



Aku rasa album ni memang betul2 tunjuk kehebatan Randy...ianya tidaklah seheavy Blizzard Of Ozz...kali ni lebih slow skit...tapi jelas boleh dengar pengaruh klasikal dalam solo2 beliau...contoh paling ketara kat intro lagu Diary Of A Madman...ianya diakui oleh Ozzy sendiri dalam bukunya...pengaruh dari lagu Mozart...

Kalau tak kerana Randy...rasanya karier Ozzy dah lama berkubur dah...walaupun aku lebih suka Blizzard Of Ozz terutamanya pasal ada lagu2 macam Mr Crowley dan Crazy Train...tapi Diary Of A Madman bestnya lebih pada guitar work Randy...kalau korang gitarist...atau minat gitar hero...ini album memang wajib la...bagi aku hasil terbaik dalam kariernya yang singkat tu...

Lagu yang paling best pada aku dah tentu2 la Diary Of A Madman...aku cukup suka susunan muzik dan gitar work lagu ni...semuanya yang best2 pada lagu ni...sememangnya Randy adalah gitaris dan komposer yang bagus...dalam buku autobiography Ozzy ada sebut di malam sebelum kejadian Randy cakap nak stop main lepas album ni...nak sambung belajar...gi university...rupanya itu la petanda dia memang nak pergi selama2nya...



Lain2 yang aku rekomen...Over The Mountain (heavy riff...solo shredding yang buat aku terngaga...klasik arr!!)...Flying High Again (lirik aku blur..tapi rasanya pasal dadah...lagu poppy sikit...tapi solo memang awesome!!), You Can't Kill Rock & Roll (antara anthem zaman sekolah aku...mula slow...part separuh jadi heavy...salah satu fav lagu ozzy aku..), Believer (lagu ballad...walaupun tak sekuat Goodbye To Romance...tapi tetap menarik...terutama solo Randy dan S.A.T.O (lagu heavy...sekali lagi rif dan solo menarik dari Randy)

Memang aku puji melambung ni...maklum la dia sememangnya salah seorang gitar hero aku...album2 selepas tu dah tak sehebat 2 album ni...walaupun aku masih boleh terima Ozzy zaman Jake E Lee...tapi zaman Zakk Wylde memang aku dah kurang berminat...

Sedikit trivia...kalau korang pernah dengar FF (Flying Funeral)...band rock 80's dari Singapura...band awal Maman Teacher's Pet...ada satu lagu tu (aku lupa dah tajuknya)...sebijik tiru lagu Diary Of A Madman...

Next...review buku Ozzy...tu pun tengok berapa cepat aku boleh khatam la..
sikit preview citer Ozzy masa audition Randy..

Tuesday, April 6, 2010

Killers

Album ke2 dalam siri tribute Iron Maiden aku adalah jugak merupakan album ke2 dorang bertajuk Killers…



walaupun album ni diterbitkan pada tahun 1981…tapi aku cuma berpeluang memilikinya hanya pada tahun 1987…maklum la…aku betul2 mula minat rock masa tahun 86…sebelum tu dah dengar2 jugak…dah minat jugak…tapi masih tak tinggal Duran Duran lagi…dan belum pandai nak beli kaset sendiri lagi…harap abang aku punya jer…tambahan pulak zaman tu mana nak cari kaset2 metal ni kan…bermula tahun 86,87 baru melambak2 kaset pirate keluaran Apache…time tu kalau gi kedai kaset memang rambang biji mata tengok dereten kaset2 apache ni…tu jam memang giler hari2 tak makan simpan duit sekolah semata2 nak beli kaset2 tu semua…

walaupun takder kasetnya…tapi aku dah dengar jugak la keseluruhan album masa zaman kecoh2 Lefthanded dengan Debunga Wangi masa zaman Battle Of The Band cilok solo lagu Prodigal Son tu…ada seorang member sekelas aku yang ada kaset ori Killers ni bawak gi sekolah…so ramai2 la dengar lagu Prodigal Son ni guna walkman…time tu la aku merasa dengar full album Killers ni..



tapi yang betul2 aku mula tau pasal Killers masa tahun 82 la..ada sorang budak kampung aku ni…tu jam aku tengah giler BMX…budak ni setiap kali bawak BMX mesti pakai t-shirt hitam gambar cover album Killers ni…suka aku tengok gambo hantu pegang kapak tu…tu jam mana tau lagi hantu tu namanya Eddie…itulah pertama kali aku tau pasal Iron Maiden…lagu2nya pun tak pernah dengar….geng2 BMX aku pun bukan panggil Iron…tapi Iran Maiden…hehehe..




Standard la...album2 lama ni mesti cover sekeping lipat 2 ajer...lirik pun takder...

Tapi kawan aku tu bukan mat rock pun…sepupu dia yang kat Spore tu yang rocker…aku rasa dia la orang pertama yg ada tshirt Maiden kat kampung aku atau mungkin JB kot…kesana kemari dia pakai…jeles jer aku nengok…nasib zaman tu aku masih giler Duran Duran…dah tak pernah dengar pun lagu maiden tu macamana…kalau tak maunya aku suh mak aku belikan tshirt camgitu…tapi dari dia la banyak jugak aku dapat pinjam kaset2 rock sepupu dia..KISS, Earthshaker, Deep Purple, Scorpions dll…tu jam kaset2 rock camgini kat Spore senang dapat…betul tak Deaf?

Tapi zaman2 tu…aku tak tau pun Killers ni vocalistnya Paul Di'Anno…iyer la zaman2 aku celik Maiden dah Bruce Dickinson dah…padan la lain jer bunyinya…apa2 pun walaupun lambat beli album ni…tapi lagu2 macam Wrathchild,Killers dan Purgatory aku dah biasa layan dah…pasal dulu aku ada kaset pirate kompilasi yang ada lagu2 dari zaman 1st album sampai Piece of Minds.

Walaupun Killers bukanlah antara favourite album Maiden aku tapi banyak jugak la lagu dari album ni yang aku suka..antaranya Wrathchild,Killers,Purgatory, Murders In The Rue Morgue dan Prodigal Son …cd version ni aku beli pada Julai 1998...di Muzika Kotaraya, JB...dulu kan ada keluar semua 10 album Iron Maiden dari 1st album sampai Fear Of The Dark dengan edisi picture disc plus bonus cd...kononnya nak kumpul semua...tapi tak larat nak beli sekaligus..beli sikit2 sebulan satu...tapi tak berjaya la pulak...banyak tajuk yang gagal aku jumpa...Killers adalah salah satu yang berjaya aku beli...zaman tu pulak dah dapat anak satu...konon2nya nak pencen dah beli kaset/cd ni...so takder la aku beriya2 cari...rupa2nya tak pencen2 pun sampai sekarang...heheh..


antara yang sepecialnya rilisan ini adalah pasal bonus cd ni....

kesimpulannya...kalau Somewhere In Time...album paling aku suka...Killers pulak adalah yang pertama yang buat aku tau pasal kewujudan Iron Maiden...walaupun tu jam tak pernah dengar pun lagu2 dorang...

Wednesday, November 11, 2009

To Fast For Love


Motley Crue?..sapa tak kenal yer tak?..influnce besar bagi mat2 rock tahun 80an...kalau tak..tak kan la SYJ,Bloodsheed dll tu semua tu terpengaruh abis…aku sendiri pun apa kurangnya…walaupun di awal 80an dulu..aku tengok gambo2 Motley Crue ni kat majalah aku ingatkan dorang band pompuan ala2 Bananarama….huhuhu…maklum la zaman tu aku lum rock dan tak pernah dengar pun lagu dorang lagi..

1st time dengar tahun 85 atau 86...album kompilasi..terus aku tertawan…dan 3 album terawal dorang To Fast For Love, Shout At The Devil dan Theatre Of Pain terus buat aku melekat…tapi untuk kali ini aku nak citer pasal 1st album dorang To Fast For Love..(terimakasih untuk Bro Rocksport yang membawa bersama2nya 4 keping cd Motley Crue dari London ketika beliau bercuti balik kampung ke Malaysia bulan Ramadhan yang lalu…thanks bro..jasa mu dikenang )

To Fast For Love dikeluarkan secara underground pada tahun 1981..maka agak sukar nak mendapatkan album ni dulunya..aku pun mendengar album ni secara penuhnya hanya pada penghujung 80an tetapi majority lagunya memang aku dah familiar dari kaset kompilasi cap Apache yang aku beli dulu.

Oleh kerana ini bukannya big budget punya production..sound dalam album ini memang raw dan kasar..tapi aku memang suka sound macamgini..betul2 punya 80’s sound..lagunya pula kebanyakannya keras tapi sangat catchy…kena pulak suara Vince Neil yang bak kata Abang Ben dalam reviewnya “suara gedik”…haha..gedik yang boleh buat kita melekat…makin lama makin syok pulak…huhu..Inilah bermulanya zaman glam rock..walaupun diketika itu tak ujud pun istilah ni…



Album ini mengandungi 4 lagu wajib Motley Crue..lagu2 yang menjadi trademark mereka sebelum mereka berubah arah kepada blues influnce dalam album Girls,Girls,Girls..album yang buat aku berubah hati dan kurang berminat pada mereka..kalau anda nak berkenalan dengan Motley Crue…dengarkan 4 lagu dari album ni Live Wire, Take Me To The Top, Piece Of Your Action dan To Fast For Love..ni semua memang lagu2 rock kapak..kalau dengar SYJ di zaman Battle Of The Band…anda tau la dari mana dorang dapat influnce tu..


Untuk bebudak black metal..jangan ingat imej korang ganas sangat...tahun 81 lagi Motley Crue dah berimej conteng2 dan setan2 ni...huhu

Disamping 4 lagu yang jadi anthem zaman aku sekolah dulu tu…lagu lain yang perlu juga di ambil perhatian pada aku adalah Public Enemy #1 dan Merry-Go-Round…tetapi mintak maaf la kalau korang nak lagu slow...album ni memang tak der lagu ballad…tapi tak usah bimbang...lagu2 dorang memang catchy..

Satu yang menariknya Motley Crue ni lagu2nya majority di cipta oleh pemain bass mereka Nikki Sixx…tak banyak kan band2 yang teraju utamanya pemain bass..lain yang cukup terkenal tentu-tentulah Steve Haris Iron Maiden la kan..



Tak kisah la kalau generasi sekarang cakap album macam gini pussy dan wimp..tapi kalau korang membesar dizaman tersebut..korang tau la berapa besarnya pengaruh Motley Crue kat budak2 zaman tu…kalau tak kerana dorang…mugkin aku masih stuck kat Duran Duran je kot.

Aku try cari youtube versi video clip tapi semuanya under copyright...so layan la je la versi live ni...kalau vocal Vince ni ada skit2 ke laut...paham2 je la...dia kalau live memang ada sedikit hancus..hehe..tapi kalau korang perasan la...dedulu SYJ time BOTB punya tour...sebijik dressing camgini..