Showing posts with label Styx. Show all posts
Showing posts with label Styx. Show all posts

Thursday, September 5, 2024

Desert Moon

Yang menyambut ulang tahun ke 40...

Dennis DeYoung - Desert Moon (1984)

"Desert Moon" dari Dennis DeYoung adalah lagu yang mengembalikan memori saya ke zaman budak-budak. Ketika itu muzik yang didengar oleh abang adalah apa yang saya sebagai adik terpaksa dengar. Maklumlah berkongsi bilik. 

Selain lagu-lagu new wave yang sedang popular pada ketika itu, beliau juga mempengaruhi saya untuk mendengar lagu-lagu rock AOR yang beliau minat. Dan Styx adalah salah satu darinya. Dari situlah pengenalan saya kepada Dennis DeYoung.

"Desert Moon" adalah album solo pertama penyanyi Styx, Dennis DeYoung. Dan lagu yang menjadi tajuk album tersebut menjadi lagu "one hit wonder" kepada beliau. Melodinya yang mudah menangkap menyebabkan ianya adalah antara lagu kegemaran sepanjang zaman untuk saya. 

Cd ini dibeli semata-mata kerana lagu tersebut. Kurang berminat dengan lagu-lagu lainnya. Hasil kerja beliau bersama Styx lebih menarik. 


Monday, August 16, 2010

Man of Miracles

Bulan puasa ni rasa malas gila nak update blog...kering idea betul la...tapi dah tu hari tercerita pasal Damn Yankees dan Tommy Shaw dari kumpulan Styx...teringat pulak aku lagu2 lama Styx...terutama era sebelum Tommy Shaw join...maza zaman2 70an dulu...lagipun dah lama tak cerita pasal muzik 70an kan...



Sebelum ni aku kenal Styx untuk era tahun2 80an ajer dengan lagu2 popular dorang macam "Mr Roboto", "Don't Let It End", "Show Me The Way"...tak tau pulak dorang ni dah lama ujud dari awal2 tahun 70an lagi...beberapa tahun lepas masa aku mencari mp3 best of dorang terjumpa pulak aku satu koleksi best of dorang dari era 70an...sekali dengar jer aku terus tergoda...layan sungguh....dari situ aku mula meminati lagu2 era 70an dorang dan mula menyedut setiap satu album mereka...

Salah satu lagu yang menarik minat aku...ni kes sekali dengar terus jatuh cinta...adalah lagu Man Of Miracles dari album yang sama tajuknya iaitu album no 4 Styx dari tahun 1974...(ramai antara korang lum ada pun time ni kan...hehe)

lagu ni memang jauh berbeza degan zaman AOR mereka...macam 2 kumpulan yang berbeza pulak...lagu ni mempunyai unsur2 epik/progressif rock yang kuat...dengan organ semua...sikit2 macam Black Sabbath pun ada...kira 70's power metal kot...memang best la...aku suka sound gitar dan drum dia...tak caya try layan ni..



banyak lagi lagu2 dorang yang best dari zaman2 tu...antaranya "You Need Love", "Lady", "I'm Gonna Make You Feel It", "Best Thing" dll...try la korang dengar...bagi aku Styx ni one of the greatest band to never make it big...period !!!