Showing posts with label Anthrax. Show all posts
Showing posts with label Anthrax. Show all posts

Tuesday, August 23, 2022

Gila Format - Persistence of Time

Sempena ulang tahunnya yang ke 32 pada 21hb Ogos yang lalu...

Anthrax - Persistence of Time (1990)

Ini adalah kenangan ketika menuntut di ITM Segamat. Zaman muzik thrash betul-betul sedang berada di kemuncak. Persaingan dengan album-album thrash lain yang keluar pada tahun yang sama menyebabkan Persistence of Time bukanlah satu album yang kasetnya kekal lama di dalam walkman jenama Philips kepunyaan saya. Seasons in the Abyss, Rest in Peace, Never Neverland, Lights...Camera...Revolution!, Act III, Coma of Souls dan berderet lagi album thrash yang bagus bergilir-gilir untuk menghabiskan bateri walkman. Itu belum campur lagi kaset-kaset album heavy metal dan hard rock. 

Penyudahnya Persistence of time bukanlah sebuah album yang betul-betul diminati. Tambahan pula durasi beberapa lagunya yang panjang sememamangnya agak meletihkan. Tetapi lagu-lagu berdurasi pendek seperti Belly of the Beast dan Got the Time tetap melekat di dalam hati. Ianya menjadi berbaloi untuk sebuah lagi album kenangan yang patut di"gila format"kan.

Versi kaset seperti kebiasaannya pada zaman tersebut adalah dari duit Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor. Pandai-pandai lah bajet nak hidup dengan membeli kaset.


Versi cd dah tak boleh nak ingat beli di mana. Kalau berdasarkan keadaanya cd dan covernya, berkemungkinan besar ianya cd terpakai dari ebay. 

Versi piring hitam pula dibeli melalui Facebook. Ianya adalah versi reissue tahun 2014.




Wednesday, October 27, 2021

Stomp 442

Layanan rawak bekerja dari rumah...album yang menyambut ulangtahun ke 26 pada 24hb Oktober yang lalu...

Anthrax - Stomp 442  (1995)

Kalau sebut Anthrax zaman John Bush, satu-satunya lagu yang boleh diingati hanyalah "Only". Bila Joey Belladonna keluar dan kemudiannya Dan Spitz, rasa teruja nak dengar muzik Anthrax dah tak ada. Tetapi sebagai seorang yang kaki membeli kaset, apabila menjengah kedai kaset tetap juga dibeli kasetnya walaupun hanya sekadar untuk di letak di rak.

Jujurnya memang tak dengar pun kasetnya pada ketika itu. Mungkin adalah sekali dua putar, tetapi rasa tak masuk dengan arah tuju Anthrax pada ketika itu. 90an adalah zaman yang menyedihkan jika anda pengemar muzik metal 80an. Banyak band-band kegemaran mengubah muzik mereka menjadi groove metal, grunge dan alternative. Anthrax pun terpalit sama. Malah mereka menjemput Dimebag Darrell untuk menyolo dalam salah satu lagu mereka.

Mendengarnya sekarang dengan pemikiran yang lebih terbuka sememangnya berbeza berbanding 26 tahun yang lalu. Tak adalah nak kata sekarang suka, tetapi adalah juga satu dua lagunya yang rasa ok. Kalau dulu memang semua pun tak suka..haha...

Lagu yang menjadi track pertama, "Random Acts Of Senseless Violence" dan mungkin 2 singles dari album ini. "Fueled" dan "Nothing" serta balada "Bare" antara yang rasanya boleh masuk. Tetapi untuk menjadi album yang suka atau selalu diputar memang tak lah. 

Tetapi yang menarik dari album ini adalah gambar covernya. Ianya adalah hasil kerja tangan Storm Thorgerson. Nama yang cukup sinonim dengan gambar cover album-album Pink Floyd. Asalnya gambar ini adalah untuk album solo kedua Bruce Dickinson, "Balls To Picasso". Tetapi oleh kerana Bruce Dickinson tak mampu nak bayar, ianya menjadi kepunyaan Anthrax.

Friday, February 12, 2021

The Beavis and Butt-Head Experience

 Kenangan dari zaman remaja...

MTV's Beavis And Butt-Head - The Beavis and Butt-Head Experience (1993)

Kadang-kadang ada satu lagu atau album yang mengingatkan kita kepada seseorang atau keadaan yang tertentu. Entah kenapa album (kaset) ini mengingatkan saya kepada kereta saya yang pertama. Ianya kereta 2nd hand Toyota Corolla 1.6GL 1987 putih dengan plat no. JAY1017.

Gambar hasil Google


Ianya dibeli pada penghujung tahun 1993. Ketika itu saya baru mendapat jawatan tetap yang stabil dengan salah satu anak syarikat milik kerajaan negeri Johor. Duit mukanya ditanggung oleh Abah. Maklumlah baru berkerja. Mana nak ada duit simpanan. Keluarga kami tidak mempunyai kereta. Orang Felda lah katakan. Disebabkan saya tinggal bersama kelurga, makanya ianya juga menjadi kenderaan rasmi untuk kami sekeluarga. Salah satu sebab yang lainya, abah tak mahu saya menjadi mat rempit kalau membeli motor...hahaha..

Duit gaji ketika itu RM1,200.00. Ansuran keretanya mungkin kalau tak silap dalam sekitar RM360 hingga ke RM410. Dah tak boleh nak ingat dah. Nasib juga tiada sewa rumah. Sesak nafas jugaklah nak tunggu hujung bulan bila baki duitnya di jolly sakan dengan membeli kaset, tengok wayang dan belanja aweks...hahaha..

The Beavis and Butt-Head Experience (kaset) ini dibeli sekitar penghujung 1993. Zaman yang tengah kemaruk nak pegang stering. "99 Ways To Die" dari Megadeth adalah antara lagu yang di ulang -ulang dengar ketika memandu pada waktu itu. Cher dengan lagu "I Got You Babe" juga menjadi memori pada waktu.

Entah tak ingat sangat lagu yang lainnya. Anthrax dengan cover Beastie Boys, "Looking Down the Barrel of a Gun" pada saya agak membosankan. Sekali dua buat lagu rap memang ok. Tetapi bila dah 3 kali jadi menyampah pula. Satu lagi lagu yang menarik dari album ini adalah Aerosmith - "Deuces Are Wild".

Akhirnya selepas 27 tahun dan 4 kereta yang berikutnya berjaya juga mememilikinya dalam bentuk cd. tak pernah tengok pun siri kartun Beavis and Butt-Head ni di tv. Memang tak akan masuk tv Malaysia pun cerita yang macam ni. Tv Singapura pun tak ada. Tetapi soundtrack nya memang agak popular juga pada ketika itu.



Tuesday, August 7, 2018

Kings Among Scotland



Anthrax - Kings Among Scotland (2018)

Tak banyak ada album live dalam simpanan. Tapi bila dapat tahu yang Anthrax akan memainkan keseluruhan album Among The Living dalam rakaman ini, ianya sesuatu yang perlu dimiliki. Memilih versi cd berbanding dvd, kerana saya selalu gagal untuk menonton habis dvd konsert. Selalu tertidur di pertengahan jalan....tak tahu mengapa...faktor usia agaknya...hahaha...


Album ini mengandungi 2 disc. Satu disc album Among The Living manakala satu lagu mengandungi lagu-lagu lain sempena promosi album terkini merka, For All Kings. Perlu diakui yang Among The Living bukan sahaja salah satu album terbaik Anthrax, malah mungkin ianya juga adalah antara album terbaik dalam genre thrash. Sempena ulangtahun ke 30, keputusan mereka untuk memainkan album ini secara keseluruhan mengikut turutan album adalah suatu yang sangat mengujakan.

Tiada komplen. Produksi tip top. Sound jelas. Malah sound bass Frank Bello jelas kendengaran. Mereka adalah antara band yang makin tua makin berisi. Memang mantap. Vokal Joey Belladonna tak mengambarkan usianya. Charlie Benante sekali lagi membuktikan beliau adalah drummer terbaik genre thrash. Memang padu!.


Saya sedikit was-was dengan gitaris baru mereka, Jon Donais. Aura Dan Spitz masih melekat dalam memori. Tetapi sebaik sahaja mendengar rakaman live ini, saya akui yang beliau sememangnya layak untuk bersama Anthrax. Gandingan beliau bersama Scott Ian memang serasi.

Ok la..kalau ada nak komplen pun cuma pasal tiadanya lagu dari album Persistence of Time. Tetapi lagu-lagu seperti A.I.R, Madhouse, Medusa, Be All End All, Antisocial dan keseluruhan lagu-lagu dari Among The Living pastinya akan mengimbau kenangan zaman remaja. Memang best!.


*satu lagi yang menarik adalah gambar covernya...tribute untuk Kiss Rock And Roll Over. Pengaruh besar untuk mana-mana mat metal yang hidup dizaman awal 80an...










Sunday, June 24, 2018

cd 2018

Diam tak diam...tahun 2018 dah nak habis separuh...banyak juga album-album best yang keluar pada tahun ni. Nak beli semua memang tak larat...cari apa yang minat dengan harga yang mampu milik. Selain Judas Priest - Firepower dan Loudness - Rise To Glory yang dah pun di buat entrinya. Ini antara yang terkini berjaya dimiliki...



Anthrax - Kings Among Scotland  /  Orphaned Land - Unsung Prophets & Dead Messiahs  /   Dimmu Borgir - Eonian  /  Stryper - God Damn Evil


Nanti bila ada kerajinan, akan cuba untuk ditulis setiap satunya...tapi tak tau la ntah bilanya 😀





Wednesday, January 3, 2018

Wordless Wednesday : 30 tahun






*bila kemalasan dan idea tak datang...maka akan timbullah entri-entri riak cdwi seperti ini..haha...





Tuesday, May 2, 2017

For All Kings

Dari tahun lepas....


Anthrax - For All Kings (2016)

Membesar di zaman thrash yang asal, tidak dapat tidak saya akan sentiasa mempunya soft spot untuk Anthrax. Walaupun mereka tidak sesetan Slayer, tidak seteknikal Megadeth dan tidak juga sepopular Metallica, tetapi mereka akan tetap ada di atas singgahsana "The Big 4 of Thrash".

Kembalinya Joey Belladona ke pangkuan Anthrax ibarat sirih pulang ke gagang. John Bush memang bagus. Tetapi untuk peminat seperti saya ianya bukan Anthrax yang sebenar. Muzik mereka pada zamannya juga agak berlainan.


Banyak juga band yang melakukan re-union tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Tetapi Anthrax telah membuktikannya melalui Worship Music pada tahun 2011. Saya tidak mengharapkan lebih tetapi For All Kings telah melebihi jangkaan. Tak sangka pula ianya lebih bagus dari Worship Music.

Pada saya tiada band thrash lain yang melodi lagu-lagunya sesedap mereka. Mereka adalah raja untuk melodic thrash metal. Singalong chorus yang catchy. Kini dengan kembalinya Joey Belladona, tahta tersebut memang sukar untuk digugat. Vokalnya masih seperti dulu.


For All Kings benar-benar mengembalikan semangat Anthrax di tahun 80an. Semua lagu sedap. Bagi sesiapa yang jiwanya tersangkut di era 80an (seperti saya), album ini pasti tidak mengecewakan. Ini adalah apa yang kita mahu dari mereka. Ianya secukup rasa.

Kalaulah mereka dapat memanggil semula Dan Spitz tentu lebih menarik. Tidak menafikan kehebatan gitaris baru mereka, tetapi barisan klasik ini pasti lebih mengujakan.

Selain Dystopia, ini adalah pilihan album terbaik saya untuk tahun 2016. Best!





Saturday, April 8, 2017

Thrash 2016/2017




Ini semua adalah lebih baik dari "Hardwired... to Self-Destruct"...


P/s: sebenarnya 5 dari cd-cd ni baru jer beli...tu yang saje nak eksyen riak cdwi...haha...



Wednesday, March 22, 2017

Among The Living

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 22hb Mac...



Anthrax - Among The Living (1987)

Kalau bercerita perihal Anthrax, ada 2 album yang sangat terkesan di jiwa. Dari segi nostalgianya mungkin State Of Euphoria. Kerana ianya album  (kaset) Anthrax saya yang pertama. Tetapi kalau yang paling diminati sudah tentu-tentunya Among The Living yang menjadi pilihan hati.

Memori pertama tentangnya adalah menonton tape video vhs Oidivnikufesin N.F.V. kepunyaan kawan sekolah. Ketika itu tak pernah dengar pun Among The Living. Malah ianya adalah pengenalan pertama saya kepada Anthrax.

Ada beberapa lagu yang memikat hati ketika menonton video tersebut. Aksi Joey yang memakai headdress ala Red Indian ketika lagu Indians adalah momen yang saya tak boleh lupa bila bercerita pasal Anthrax selain seluar pendek paras lutut mereka dan topi depannya di lipat ke atas yang menjadi ikutan saya.



Tak pernah ada kasetnya. Tak pernah jumpa dan tak pastinya sama ada ianya ada di jual di kedai kaset pada ketika itu. Tak ingat dah dari mana dan siapa punya kaset yang dipinjam. Tetapi yang pentingnya terus jatuh hati bila kali pertama mendengarnya.

Kesemua lagunya sangat catchy. Riffs gitar thrash yang sangat kental. Memang semua lagu boleh hangguk kepala. Mungkin ini adalah salah satu contoh album thrash yang sebenar benarnya.

Lagu lagu seperti "Among the Living", "Caught in a Mosh", "I Am the Law", "Indians" dan lain-lain sehingga kini masih menjadi antara thrash anthem untuk saya.

Rekomended!




Friday, September 23, 2016

Gila Format - State Of Euphoria

Dah lama tak buat gila format...

Anthrax - State of Euphoria (1988)




Gambar covernya adalah antara sebab kenapa album ini patut saya "gila format"kan. Memang tertarik sejak kali pertama melihatnya.

Tetapi sebab yang paling utamanya adalah kenangan zaman remaja. Ianya adalah antara album yang membuatkan saya terjebak dengan thrash metal. Sehingga sekarang intro Be All, End All sahaja sudah cukup mengujakan setiap kali saya mendengarnya.


http://berteromber.blogspot.my/2009/11/state-of-euphoria.html




Wednesday, April 20, 2016

Stomp 442

Lagi dari tahun lepas...yang dah pun 21 tahun...


Anthrax - Stomp 442 (1995)

Seperti yang saya katakan dalam beberapa entri yang lepas, pertengahan 90an adalah tahun-tahun yang agak mengecewakan untuk peminat heavy metal dan thrash seperti saya. Semua berubah. The Big Four pun terpalit sama.

Paling mengecewakan pada saya adalah Anthrax. Mereka adalah antara yang lantang menyalahkan grunge apabila muzik thrash tidak lagi mejadi popular. Tetapi di dalam masa yang mereka juga terikut-ikut untuk menjadi "sell out". Pada saya mereka memang berhak untuk ditengelamkan oleh band seperti Nirvana dan Alice In Chains.

Walaupun agak berlainan. tetapi album sebelumnya "Sound of White Noise" masih boleh menark hati saya. Tetapi Stomp 442 memang benar-benar mengecewakan. Langsung tak boleh nak masuk walaupun mendengarnya berulang-ulang kali 21 tahun yang lalu mahupun sekarang.


Tambah kurang menarik Dan Spitz juga tidak lagi bersama-sama. Beliau adalah idola gitaris thrash zaman remaja saya. Muka handsome dan ada gaya. Hahaha...T shirt 3 quarter American Football beliau menjadi beliau menjadi ikutan saya.

Walapun mereka menjemput Dimebag Darrell untuk menyolo dalam lagu  "King Size"  dan "Riding Shotgun"  tetapi solo-solo beliau bukanlah solo catchy seperti Dan Spitz yang sudah sebati dalam jiwa. Saya meninggalkan Antrax selepas dari album ini.






Tuesday, February 2, 2016

Speak English Or Die

Lagi dari tahun lalu...yang menyambut ulang tahun ke 30 31


Stormtroopers of Death (S.O.D.) - Speak English Or Die (1985)

Ada satu ketika dulu saya agak kemaruk juga mendengar muzik yang dipanggil sebagai Crossover terutamanya D.R.I. Seronok juga bila mendengar muzik thrash dirojakkan dengan hardcore punk. Kalau D.R.I adalah band yang sebenar, S.O.D pula hanya band suka-suka.

Ianya adalah band projek Scott Ian dan Charlie Benante dari Anthrax. Turut serta adalah Billy Milano dan Dan Lilker (Nuclear Assault) yang juga bekas pemain bass Anthrax untuk album Fistful of Metal.

Mendengar album ini anda sememangnya kena berfikiran terbuka. Liriknya memang agak kurang ajar dan offensive. Membaca lirik "Fuck the Middle East" memang rasa panas juga di hati. Lirik lagu "Speak English or Die" memang terasa agak racist. Tetapi menurut Dan Lilker, lirik-lirik dari album ini hanyalah joke semata-mata. Hanya satira. Memang sengaja dibuat begitu. Not to be taken seriously. Ada juga lirik-lirik mereka yang jenis lawak.



Kalau diabaikan bab liriknya, lagu-lagu dari album ini memang enjoy abis. Riff-riff thrash yang buat kita hangguk kepala. Memang layan. Antara highlightnya pada saya adalah ketukan drums Charlie Benante. Memang padu. Saya jarang menyukai lagu-lagu yang tiada solo gitar. Tetapi S.O.D adalah suatu pengecualian.

Jika anda pernah mendengar Anthrax - Attack of the Killer B's,  lagu-lagu seperti "Milk (Ode to Billy)" dan "Chromatic Death" adalah di ambil dari album ini.





Friday, October 30, 2015

Spreading The Disease

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 30hb Oktober


Anthrax - Spreading The Disease (1985)

Pengenalan saya kepada Anthrax adalah "State of Euphoria" pada tahun 1989. Sejak dari itu memang teringin benar untuk mendengar album lainnya. Baju Spreading The Disease yang dipakai oleh Rosdan (vokalis Bloodshed) dalam inlay/poster album Samarkand (tahun 1988) menguatkan lagi keinginan saya untuk mendengarnya. Sayangnya kekangan kewangan seorang pelajar dan kesulitan untuk mendapatkan materialnya menyebabkan saya hanya mula mendengar album ini ketika saya melanjutkan pelajaran di ITM (sekitar tahun 1990)


Walaupun masih kuat pengaruh NWOBHM, album ini adalah penanda arah hala tuju baru Anthrax bersama vokalis baru mereka Joey Belladona. Muzik Thrash mereka bukanlah terlalu laju. Tetapi rif-rif dari Scott Ian memang mebuatkan kita terhanguk kepala.

Walaupun "Spreading The Disease" bukanlah album kegemaran Anthrax saya, tetapi lagu-lagunya memang sedap. Lagu "A.I.R." adalah signature atau acuan bagi Anthrax bagi beberapa album mereka yang mendatang. Dengar muzik sebegitu dah tau dah...itu pastinya Anthrax


Tetapi pilihan utama saya adalah lagu "Medusa". Suka betul saya lagu ni suatu masa yang lalu.. Sampaikan pernah terpikir kalau ada band, hendak menamakannya sebagai "Medusa". Tetapi pada masa itu kalau tak silap dah ada dah band dari Singapura yang menggunakan nama tersebut.

Kena ada jika anda peminat thrash. Joey Belladona adalah vokalis terbaik dari kesemua vokalis The Big Four.



Sunday, February 15, 2015

Armed & Dangerous

Yang menyambut ulang tahun ke 30 bulan ini...lagenda thrash...


Anthrax - Armed & Dangerous (1985)

EP pengenalan untuk Joey Belladonna dan Frank Bello. Klasik line-up yang paling digemari. Seperti Fistful of Metal, ianya masih dipengaruhi oleh NWOBHM dan Judas Priest. Maklumlah lagu-lagunya adalah dari zaman Neil Turbin dan Danny Lilker. Belum jelas sound "thrash" mereka.

2 lagu dari Fistful of Metal ("Metal Thrashing Mad" dan "Panic") yang dirakamkan semula secara live (dalam studio..bukannya konsert) membuktikan keupayaan vokal Joey Belladonna memang jauh lebih baik dari vokal asal Neil Turbin. Line-up ini menjadikan Anthrax cukup hebat untuk 3, 4 album mereka yang mendatang.


Cumanya saya agak kurang berkenan bila mereka merakamkan "God Save the Queen", cover dari Sex Pistols. Pada saya suara Joey Belladonna agak kurang sesuai dengan Punk. Mereka sepatutnya membiarkan Scott Ian yang menyanyi. Attack of the Killer B's membuktikan Joey lebih berkesan dengan cover lagu rock "Parasite - Kiss" dan Scott dengan cover lagu punk "Protest and Survive - Discharge". Tetapi walaupun begitu ianya jauh lebih baik dari vokal Dave Mustaine dengan Anarchy In The U.K. (huhuhu...)

Untuk cd terbitan tahun 1992, ada 2 lagu bonus iaitu "Soldiers of Metal" dan "Howling Furies" yang diambil dari singles "Soldiers of Metal" terbitan tahun 1983. Kedua-dua adalah dari nyanyian asal Neil Turbin.

EP ini hanya untuk peminat Anthrax mencukupkan koleksi. Tak perlu ada jika anda hanyalah sekadar pendengar "casual".




Tuesday, September 9, 2014

Fistful of Metal

Lagenda thrash yang dah berusia 30 tahun...


Anthrax - Fistful of Metal (1984)

Lama dah cari cd ni. Akhirnya berjaya juga dimiliki awal tahun tempohari. Album pertama mereka yang satu-satunya menampilkan Neil Turbin sebagai vokalis dan Dan Lilker (Nuclear Assault) sebagai pemain bass.

Bukanlah album yang sesuai jika anda baru hendak mengenali muzik Anthrax. Ia sedikit berbeza dari zaman klasik line-up "Belladona,Ian,Benante,Spitz,Bello" mereka. Maklumlah ketika ini genre thrash baru hendak bermula. Fistful of Metal adalah antara album terawal dalam kategori tersebut.

Ini bukanlah thrash sepenuhnya tetapi sekadar permulaan untuk ke arah itu. Lagu yang terawal menggunakan perkataan thrash sebagai tajuknya "Metal Thrashing Mad" pun masih pekat pengaruh NWOBHM. Lagu kaver Alice Cooper "I'm Eighteen" walaupun agak menarik tetapi agak janggal kalau ianya hendak dipanggil thrash.

Vokal Neil Turbin tidaklah sehebat Joey Belladona. Adalah iras-iras klon campuran Rob Halford dan Paul Di'anno. Tetapi yang menarik perhatian saya adalah ketukan drum Charlie Benante. Memang power. Dan tak lupa juga solo shred melodic Dan Spitz contohnya dalam lagu  "Panic" dan "Subjugator.

Lagu-lagunya boleh tahan. Laju dan raw soundnya. "Metal Thrashing Mad" yang sering mereka bawa dalam konsert-konsert mereka sehingga sekarang adalah lagu pilihan saya. Sekali dengar pun dah terpikat. Walaupun begitu saya rasakan ianya tidak cukup kuat untuk menjadi sebuah "debut album" klasik seperti album-album lain yang seangkatan dengannya contohnya Kill Em All, Show No Mercy, Bonded by Blood mahupun Feel the Fire.



Tuesday, June 3, 2014

Live - The Island Years

Antara album live kegemaran dari 20 tahun dulu..


Anthrax - Live - The Island Years (1994)

Walaupun album ni sebenarnya hanya untuk melengkapkan kontrak. Soundnya pun tak berapa nak best. Tetapi ianya tetap sebuah album yang berbaloi untuk dimiliki. Terutamanya untuk peminat Anthrax yang sukakan klasik line-up mereka. Joey Belladonna/Scott Ian/Dan Spitz/Charlie Benante/Frank Bello

Tambahan pula ini adalah satu-satunya album live rasmi dari mereka pada zaman tersebut. Bolehlah dikatakan mengandungi kesemua lagu-lagu popular mereka. 8 darinya dirakamkan secara live di konsert mereka di California pada tahun 1991 manakala selebihnya adalah rakaman live depan penonton dari dalam studio untuk suatu program khas radio pada tahun 1992.


4 lagu live dari dalam studio tu soundnya lebih sedap. Walaupun kurang feelnya "live"nya. Lagu-lagu tersebut adalah "I Am the Law", "Metal Thrashing Mad", "In My World" dan  "Now It's Dark". Sayangnya tiada pula lagu "Among the Living".

Manakala yang live konsert tu sudah semestinya saya nak dengar bagaimana kolaborasi antara mereka dengan Chuck D dan Public Enemy. Ternyata "Bring the Noise" memang best bila dinyanyikan secara live. Terbaik!

Masih mencari album ini dalam bentuk cd. Memang sesuai untuk dijadikan koleksi. Tambahan pula saya sememangnya peminat solo-solo gitar dari Dan Spitz. Pernah terpengaruh memakai jersey American Football semata-mata kerana beliau sering memakainya.




Friday, May 10, 2013

Sound of White Noise

Lagi yang dah 20 tahun


Anthrax - Sound of White Noise (1993)

Majoriti band metal 80an berubah bila memasuki era 90an. Anthrax juga tidak terkecuali. Malah yang lebih memeranjatkan mereka bukan setakat berubah style muzik, mereka juga berubah vokalist. Sesuatu yang agak ganjil kerana di waktu itu mereka sedang berada di puncak.

Walabagaimanapu penganti Joey Belladona bukanlah calang2 orang. John Bush juga adalah seorang vokalist yang baik...kalau tak...tak kan lah Metallica pernah melamar beliau. Suara dan cara nyanyiannya juga agak berbeza dengan Joey. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Nampaknya Anthrax benar-benar mahukan perubahan.



Walaupun Sound of White Noise tidak lah sepopular Black Album atau sehebat Countdown to Extinction...tetapi untuk telinga saya ianya lebih baik dari Divine Intervention. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Itu terpulanglah selera masing-masing.

Pada saya ianya jenis "grower"...makin lama dengar...makin sedap. Asalnya dulu agak kurang berminat juga terutamanya adanya sound grunge dalam muzik mereka. Dengarkan "Black Lodge"...kan dah macam Alice In Chain jer bunyinya (producer pun sama). Tapi lagu-lagu seperti "Only" (sudah semestinya) dan lain-lain lagu dari side A zaman kaset terutamanya seperti  "Potters Field" , "Room for One More", "Packaged Rebellion", "Hy Pro Glo" menjadikan saya melekat kepadanya.



Kekuatan album ni pada saya terletak pada lagu-lagunya yang catchy selain suara John Bush sendiri. Sememangnya perbezaan SOWN dengan album-album awal Anthrax adalah suara John Bush. Saya rasakan  suara beliau agak kurang sesuai kalau menyanyikan lagu high pitch thrash ala Joey. Perubahan ketara Anthrax ni memang sebenarnya mengikut kesesuaian suara beliau. Dan pada saya ianya berjaya.

Walaupun saya lebih mengemari Anthrax yang lama...zaman Joey...zaman thrash...tetapi saya tak boleh menafikan SOWN sememangnya yang terbaik untuk Anthrax era John.




Wednesday, May 11, 2011

Attack Of The Killer B's

Sambung cerita pasal album2 dari tahun 1991...kali ni sebuah lagi album yang kasetnya dulu antara yang selalu berputar dalam walkman philips aku...memang aku suka album ni...Anthrax - Attack Of The Killer B's



Di antara Big Four Of Thrash Metal...rasanya Anthrax lah yang paling unik...dorang lain dari yang lain...mana nak jumpa Jamez Hetfield pakai seluar pendek...Dave Mustaine nyanyi rap atau pun Tom Araya nyanyi lagu lawak...sebab tu ramai tak anggap Anthrax ni band thrash yang serius...

Attack Of The Killer B's adalah koleksi lagu2 B side Anthrax...kira lebih kurang macam album "Hidden Treasures" dari Megadeth...tapi yang jadi unik dan berbezanya...ni memang sebuah album rojak...macam2 genre ada...boleh jer layan rap...hard core punk...country & western...thrash...surf malah balada rock leleh pun ada...



Rasanya album ni lebih pada citarasa Scott Ian...banyak lagu dia nyanyi sendiri...tambah pulak tu jam dorang ngan Joey Belladona dah start gaduh2...dan ini merupakan album last Joey bersama Anthrax...

Seingat aku beli cd ni kat Tower Record KL Plaza..tahun 1997 dulu...tu jam time dapat gaji jer memang aku turun sana...zaman tu Tower Record ada bahagian metal...(sekarang punya Tower Record ada tak??...) pernah sekali tu time dapat bonus aku borong cd sampai 10 keping sekaligus....giler ahh...nasib tu jam orang rumah aku duk JB...aku kat KL...kalau tak mampus kena bebel...heheh...



Ok...sedikit bebelan aku pasal lagu2nya...

"Milk (Ode to Billy)" dan "Chromatic Death"
-Lagu cover dari S.O.D...band side projek Scott Ian dan Charlie Benante..sedikit berbeza dari versi asal dan aku rasa vocal Joey Belladonna lebih best dari Billy Milano...ok..aku bias... :P

"Bring the Noise" dan "I'm the Man '91"
- aku tak minat rap...tapi 2 lagu ni memang sedap....terutamanya Bring The Noise (kolaborasi dengan Chuck D dari Public Enemy)...menyebabkan tetiba aku rasa nak layan rap...pinjam kaset member aku yang hantu rap...Public Enemy,NWA,Run DMC,Beastie Boys dll...tapi ternyata muzik rap ni memang tak masuk kat kepala aku...akhirnya aku kembali ke pangkal jalan...heheh...btw I'm the Man tu versi asal EP tahun 1987 lagi best...

"Keep It in the Family" dan "Belly of the Beast"
- Ni 2 lagu live...dua2 lagu dari album sebelumnya...Persistence of Time...lagu2 yang membuktikan suara Belladona memang power time live...



"Startin' Up a Posse"
- Scott Ian nyanyi...lagu yang bunyi macam country & western tapi part chorus terus hardcore...ni dulu2 kalau bukak kasetnya kat rumah aku kat kampung....terus aku slowkan volumenya...nak mampus kalau mak aku dengar bunyi pompuan mengerang tu...hehehe

"Protest and Survive" (Discharge cover) dan "Sects" (Trust cover)
- ni 2 sampai sekarang aku tak pernah dengar versi asalnya...aku kurang berminat ngan hardcore punk ...tapi dua2 ni ok..heavy...tapi aku harap kan Sects lebih kurang macam Anti-Social (ni pun cover dari Trust)..tapi takat ok jer la...

"Parasite" (Kiss Cover)
- walau apa orang nak kata Kiss sememangnya menjadi pengaruh besar kat mat2 metal 80an...dan lagu ini adalah antara jawapan mengapa...sedap arr lagu2 Kiss kalau soundnya diberatkan macam gini...btw...suara Joey Belldona > Gene Simmons...heheh..

"Pipeline"
- ni aku suka...lagu surf yang diheavy kan...terasa macam bercanda kat tepi pantai sambil surfing ngan ombak besar...huhu..

"N.F.B. (Dallabnikufesin)"
- lagu balada yang meleleh...kalah lagu Spring/Spoon/Scoin tu semua...memang aku suka la...Dan Spitz punya solo memang syahdu...kalau dorang buat banyak2 lagu camgini...abis Bon Jovi tak leh cari makan...hahaha..

aku suka ayat Scott Ian pasal lagu ni...ni aku tampal...

Four chords, the words : love,rain,crying,love,sweet,love,together...did i mention the word love? the magic formula that makes...a ballad, except, ours doesn't have such a happy ending. (you can probably figure that out by the title). Originally instead of the way it ends now, i wanted her to die slowly from cancer but that was bad karma, so we went for the truck. All the crying is real. Charlie plays 12 string,Scott plays a 6 string, and Danny played the lead. We wrote it in 19 seconds and the really fucked up thimg is this, what we consider to be a complete joke, other bands have based their whole careers on. oh well, it's free world, and everyone is allowed to suck if they want to.

p.s if anyone is offended by this song they're an idiot.

Friday, April 22, 2011

Last Action Hero

Baru2 ni tertengok pulak cerita Last Action Hero kat Astro...apa yang aku ingat dulu (tahun 1993)...selepas Terminator 2...ini lah filem Arnold Schwarzenegger yang ditunggu2...(serius susah betul nak eja nama mamat ni...siap kena google..heheh..)

Tapi bila filem ni main kat panggung...rasa nyesal lak nengok...memang hampeh...tapi ada satu benda yang aku suka pasal Last Action Hero...soundtrack dia...giler best..



Yang paling aku suka dalam soundtrack ni ialah Angry Again dari Megadeth...Satu lagu ni pun aku rasa dah cukup berbaloi untuk aku beli kaset ni...dan lagu ni memang takder kat mana2 album studio Megadeth kecuali Hidden Treasures dan album kompilasi...Angry Again bagi aku anytime je boleh beat mana2 lagu dari Countdown to Extinction...period!

Lagu lain yang best...Big Gun - ACDC...walaupun aku bukannya fan ACDC...banyak lagu dia susah aku nak hadam....tapi ini antara lagu pop dorang yang aku boleh layan...mungkin pasal terlampau kerap sangat ternengok video klip dia kat MTV tv singapore dulu...

What The Hell Have I - Alice In Chains...ni pun meletup gak kat MTV time tu...tapi aku kurang masuk la...ntah la...lemas aku lagu2 yang jenis moody gini...satu2nya lagu Alice In Chains yang masuk kat benak aku cuma "Would?"..(ni pun dari soundtrack jugak kan...)

Dream On - Aerosmith...aku memang tak jemu ngan lagu ni...dulu2 puas aku cari dari album mana la lagu ni...iskh..zaman2 takder internet la kan...soundtrack ni jer la yang dapat aku layan lagu ni...beli cd Big Ones pun frust takder lagu ni...

Two Steps Behind - Def Leppard...ni wife aku suka lagu ni...lepas More Than Words - Extreme meletup...semua pun nak buat stail unplugged camgini...1st time nengok kemunculan Vivian Campbell...ingatkan lepas ni Def Leppard semakin best...sekali.....aduh...pesal la dorang tak ambik John Sykes jer???..

Poison My Eyes - Anthrax...kira ok la...layan jugak..bunyi macam lagu2 dari Sound of White Noise...

Real World - Queensrÿche...lagu ballad ni pun sedap...ciptaan bersama Michael Kamen...tak kenal Michael Kamen??..klik >SINI<....dulu mula2 ambik masa gak nak hadam...



lagu2 lain tu aku tak berapa ambik pot sangat...walaupun aku suka Tesla...tapi lagu dia kat soundtrack ni tak berapa menarik pada aku...complete track listing adalah seperti berikut

1."Big Gun" - (AC/DC)
2."What the Hell Have I" - (Alice in Chains)
3."Angry Again" - (Megadeth)
4."Real World" - (Michael Kamen and Queensrÿche)
5."Two Steps Behind" - (Def Leppard)
6."Poison My Eyes" - (Anthrax)
7."Dream On" - (Aerosmith)
8."A Little Bitter" - (Alice in Chains)
9."Cock the Hammer" - (Cypress Hill)
10."Swim" - (Fishbone)
11."Last Action Hero" - (Tesla)
12."Jack and the Ripper" - (Michael Kamen & Buckethead)


Kesimpulan...filemnya sucks...tapi soundtracknya ROCKS!!!