Showing posts with label Obituary. Show all posts
Showing posts with label Obituary. Show all posts

Monday, April 14, 2014

World Demise

Yang dah 20 tahun...


Obituary - World Demise (1994)

Sebut Obituary benda pertama yang terbayang adalah suara vokalistnya John Tardy. Benci atau suka, suara growl dia memang sangat pelik tetapi dalam masa yang sama sangat unik. Teringat masa pertama kali mendengar "Slowly We Rot" semasa saya sedang menuntut di ITM (sekitar 1989 atau 1990). Rasa menyampah, meluat tapi dalam masa yang sama macam ketagih pulak nak dengar lagi dan lagi.

Suara mencebik (meminjam kata-kata Dr Bentara) dia tu sebenarnya adalah highlight utama untuk Obituary. Tak percaya cuba anda menyanyi bersama. Memang susah lah kan. Entah apa-apa la lirik yang dia sebut. Pernah terbaca yang mereka sengaja tidak meletakkan lirik dalam inlay kaset/cd mereka kerana bagi mereka suara John adalah salah satu instrumen untuk Obituary. Mana ada orang letak tab gitar dalam inlay kan?.

Pada saya kemuncak mereka adalah ketika album "Cause of Death". (antara album death metal kegemaran saya). Walaupun dari segi jualan, 'The End Complete' adalah yang paling laris tetapi saya rasakan ianya seperti mereka telah turun satu langkah. Ianya seakan-akan membantutkan momentum Obituary. Hasilnya apabila mereka meriliskan "World Demise", saya rasakan seolah-olah "magik" mereka telah tiada. Mungkin ianya hanya saya, tetapi yang pastinya Obituary terus tengelam selepas dari ini.

Mungkin juga faktor semasa, tahun 1994 adalah antara tahun-tahun penghujung untuk "Gelombang pertama death metal". Walaupun begitu "World Demise" masih tetap berbunyi Obituary. Mereka tidak berubah banyak. Mungkin ada sedikit elemen death metal moden 90an bersama sedikit pengaruh industrial. Yang lainnya masih Death Metal acuan Obituary yang biasa kita dengar. Lurus tetapi tetap bagus. Tiada yang lebih tiada yang kurang.



Monday, January 10, 2011

Cause Of Death

Ada banyak album yang aku suka masa zaman2 kaset dulu tapi masih tak berjaya nak upgrade ke cd...salah satunya darinya adalah kaset ni Obituary - Cause Of Death



Walaupun sepatutnya aku buat entry ni tahun lepas...sempena 20 tahun dah usia kaset ni...tapi disebabkan masa yang tak mengizinkan dan kekadang tercanguk depan PC tapi idea tetap tak nak keluar...maka sekarang la waktunya...aku dah beberapa kali try nak upgrade kaset ni...tapi selalunya gagal...sebab utamanya tak pernah terjumpa yang murah...mahal2 ni tak larat la aku...

Tahun 1990 adalah tahun2 dimana muzik Death Metal mula mengambil alih tahta extreme metal dari muzik Thrash....salah satu yang benar2 mendapat perhatian aku adalah Cause Of Death...sememangnya ini adalah salah satu album death metal kegemaran aku...memang aku suka sesangat...

Mula tau pasal Obituary masa aku kat ITM...album Slowly We Rot...tu jam ada sorang kawan aku rajin lukis logo Obituary ni...tapi masa tu aku tak berapa berminat sangat sehinggalah pertama kali aku dengar Cause Of Death...paling tertarik sekali bila dapat tau master shredder James Murphy (Death) menyolo dalam album ni...pergh!!!...memang best solo2 dia dalam album ni...melodic abis...ada sapa2 nak bankang aku kata James Murphy bukan antara shredder terbaik genre death metal???...iskh...solo dia memang awesome beb!

Satu lagi yang menariknya Obituary ni bagi aku adalah vocalistnya John Tardy...unik la suara dia...susah nak tiru oo...tak reti aku nak explain growl dia ni...tak kisah la kalau tak paham apa bunyi butir yang disebutnya...kekadang rasa macam nak menyampah tapi dalam diam2 suka...boleh gitu...haha...aku rasa John Tardy la signature Obituary...tanpa growl dia tu dah bukan bunyi Obituary la...



Produksi album ni memang aku suka...tip top...aku memang suka Scott Burns produce...tengok ajer la album2 Sepultura dan Death kan...ntah mana pergi la mamat ni sekarang ek...sound dia memang clean...jelas sebijik2...ada orang kata Death Metal tak boleh sound camgini...ni sound untuk album komersil...tapi Scot Burns dia pedulik apa...dengarkan jer la drums Donald Tardy....tersangat la best...boleh buat rasa nak gugur jantung....

Salah satu sebab lain yang buat aku suka album ni adalah kerana riff2 thrashnya...tak kisah la yang laju...yang slow...semua catchy belaka...tidak selaju Slowly We Rot...Cause Of Death lebih teknikal...lebih groove...mungkin kerana faktor James Murphy kot...bagi aku inilah album terbaik dari Obituary...lagu2 seperti Chopped In Half, Cause Of Death, Infected, Body Bag memang antara lagu terbaik dalam genre death metal....lagu Circle Of The Tyrants pun kekadang aku rasa lebih syok dari versi ori Celtic Frost...mungkin pasal vocal John Tardy yang unik tu kot...

satu lagi kan...aku selalu rasa cover album ni macama ada kena mengena jer ngan cover2 album Sepultura...thanks to wiki...selepas 20 tahun baru lah aku tau yang pelukisnya orang yang sama...dan cover album ni sepatutnya digunakan untuk album Arise...hmmm...patut la gaya lukisannya seakan2 sama...memang cantik cover album ni...kalau la aku ada tshirtnya.....

apa2 pun album ni memang best..recommended!