Ini adalah salah satu kaset yang aku hampir2 lupa aku ada...terimakasih
En Ijau...kerana ko suruh aku cari cdnya...baru teringat pasal album ni...Ramli Sarip A live...

Album yang diterbitkan pada tahun 1999 ni dikatakan dirakamkan secara live di Synchrosound Studio...tak sure pulak aku rakaman ni ala2 mini konsert ker apa...tak der info pulak kat kaset ni..tapi pemuzik2 pengiringnya memang antara yang terhebat kat Malaysia/Singapura..
Arwah Samad (lefthanded) - Guitar
Wan Ahmad (Sweet Charity) - Guitar
Hamid (Black Dog Bone) - Bass
Tom (Revolver),Yazit (Search) - Drums

Oleh kerana aku bukanlah follower tegar Ramli Sarip pada zaman solonya (aku cuma ada kaset Perjalanan Hidup...tu pun ntah dah hilang kemana kasetnya)..aku tak sure track list album ni di ambil dari album2 mana (mungkin
En Portdy boleh tolong buat penjelasan)...atau mungkin jugak ada lagu baru...kalau lagu2 Sweet Charity tu aku tau la..
Side A
Tahun 2000
Jejak Ke Syurga
Munafik
Blues Felda Blues
Perjalanan
Side B
Irama Kasih
Akal Vs Jiwa
Blues Bee
Hujan
Tuhan Yang Tahu

Untuk entry ni aku telah cuba untuk mendengar semula lagu2 dari kaset ni...maklum la dah lama...dah tak ingat dah...sayangnya kondisi kaset ni dah tak berapa elok..dah la bunyi tenggelam..bunyi kriak kriok pulak...setelah 2,3 kali usaha aku mencuci head radio kaset aku tak berjaya...aku give up la..ni la masalah kaset kalau tersimpan lama...tu yg kalau ada mana2 kaset yg aku suka aku cuba upgradekan ke cd..
kalau ikut kata kat inlay kaset ni yang ditulis oleh Bob Lokman...album ni diterbitksn selepas Ramli Sarip menjadi tak rock dengan album Syair Timur...dah berkonsep nusantara..so album ni dibuat khas untuk membuktikan yang Ramli Sarip masih berjiwa rock n roll...kira rock sampai tua la tu...hehe

sayangnya...aku dah tak berapa ingat lagu2nya...tapi lagu yang paling lekat kat kepala aku dah tentu2 lagu "Blues Felda Blues"...maklum aku anak felda la kan...tambah2 pulak lagu ni dulu2 DJ Isma Halil Hamzah selalu bukak kat rancangan radio tengahmalam dia tu..radio THR eh?..lupa ahh...lirik dia tu kena betul kat anak2 felda macam aku...tapi lagu ni asalnya dari album mana ahh?..
Lain2 tu aku tak ingat la..so susah aku nak komen...kalau tak silap aku kalau nak dengar solo2 dasat Arwah Samad...boleh try dengar album ni..antara penyebab aku suka kaset ni dulu pasal arwah Samad la..
Untuk En. Ijau...bulan december lepas ada orang jual cd ni kat mudah.com...bulan lepas aku tanya dah sold out dah katanya...tak der rezeki ko la gamaknya..kedai cd sekitar jb memang tak jumpanya..Last...kalau tak silap dulu Ramli Sarip ada pernah keluar boxset dalam dia ada 4 kaset kan...aku ada beli 2 daripada 4 tu...tajuknya Litar Api Rock dan Muzik Jalan Terus kot...yang lagi 2 tu lagu2 slow dan irama Malaysia aku tak minat...sayangnya tak jumpa pulak aku cari kasetnya..dah hilang kot.