Showing posts with label Bolt Thrower. Show all posts
Showing posts with label Bolt Thrower. Show all posts

Wednesday, June 17, 2020

War Master

Antara cd yang di dengar ketika WFH beberapa minggu yang lalu..


Bolt Thrower - War Master (1991)

"Don't judge a book by it's cover". Mungkin ini tagline paling sesuai untuknya. Dulu ketika kali pertama melihat cover kasetnya di kedai, ingatkan ianya adalah sebuah album heavy metal atau power metal seperti Manowar. Gambar viking memang sinonim dengan album power metal. Rupa-rupanya jauh panggang dari api.

Bolt Thrower bukan power metal bervokal high pitch. Mereka adalah death metal bervokal growl. Zaman remaja sedang kemaruk dengan muzik yang ekstrim, muzik sebegini sememangnya apa yang di cari-cari.

Tetapi jujurnya War Master bukanlah album kegemaran saya pada ketika itu. Tahun 1991 memang banyak album-album death metal dan thrash di pasaran. Macam-macam pilihan yang ada bila ke kedai kaset. Saya memerlukan mood tertentu untuk mendengarnya. Masalah utama bagi saya adalah temponya. Walaupun muziknya berat, tetapi kebanyakan bukanlah jenis yang laju. Saya mempunyai sedikit masalah untuk hadam muzik yang agak doomy. Dengan War Master, kena bersabar sebelum laju...hahaha...

Tetapi itulah yang sebenarnya menjadikan War Master lebih mudah hadam bagi sesetengah orang yang lain. Tetapi perlu di akui, bahagian melodiknya memang sedap untuk hangguk kepala. Memang layan. Ianya juga adalah satu keunikan bagi Bolt Thrower selain mempunyai pemain bass wanita.


Friday, June 29, 2018

In Battle There Is No Law!

Yang 30 tahun pada 12hb Jun yang lalu..


In Battle There Is No Law! - Bolt Thrower (1988)

Tak pernah dengar semasa ianya diterbitkan 30 tahun yang lau. Hanya mula kenal Bolt Thrower ketika zaman War Master (1991).

Mendengar album ini mengembalikan ingatan saya ke zaman remaja (zaman true 😀). Zaman teruja mencari kaset/demo band-band yang lebih ekstrem. Gambar covernya sahaja sudah cukup mengembalikan ingatan ke zaman tersebut. Zaman tak kisah pasal sound. Tak kisah jika ianya sumbang. Yang penting ianya brutal. Ianya ribut. Haha…

Album ini adalah contoh terbaik. Tak kisah lah jika ketukan drumnya sedikit sloppy. Sound mendap. Tetapi album bajet rendah seperti ini sudah cukup sempurna untuk peminat die-hard metal fan. Sudah cukup memberikan daya tarikan. Sudah cukup untuk menjadikannya sebagai klasik.


In Battle There Is No Law! hanyalah sebuah album death metal yang biasa-biasa sahaja. Bukanlah penanda aras tetapi ianya adalah batu asas untuk muzik Bolt Thrower yang lebih hebat di kemudiannya.

Ianya bukanlah doomy old school death metal Bolt Thrower seperti sekarang. Tetapi seperti kebanyakan band-band death metal sezamannya, ianya dipengaruhi muzik grindcore dan punk.

Untuk yang suka bergenre, mungkin muzik sebegini bolehlah dikategorikan sebagai grinding death metal atau mungkin juga crusty death metal. Entahlah…janji enjoy sudah…