Showing posts with label Ozzy Osbourne. Show all posts
Showing posts with label Ozzy Osbourne. Show all posts

Saturday, July 26, 2025

Goodbye to Romance

Saya bukanlah peminat tegar Ozzy Osbourne.  Pendedahan saya kepada Black Sabbath hanya bermula pada era Dio. Namun, seperti kebanyakan remaja yang terjebak dengan muzik rock pada awal 80an, saya tidak dapat lari dari mendengar muzik solo beliau.

Album - album seperti Blizzard of Ozz (1980), Diary of a Madman (1981), Bark at the Moon (1983) dan The Ultimate Sin (1986) adalah soundtrack zaman saya membesar.

Perubahan dalam selera muzik serta pengunduran Jake E. Lee menyebabkan saya kurang mengikuti perkembangan beliau selepas dari itu.

Walaubagaimanapun tiada siapa yang boleh menafikan yang beliau adalah antara punca tercetusnya Heavy Metal.


Thank you for the music

John Michael "Ozzy" Osbourne (3 December 1948 – 22 July 2025)


Tuesday, May 27, 2025

Night Ranger

Sempena ulang tahunnya yang ke 36

Night Ranger - Greatest Hits (26/05/1989)

Kebelakangan ini banyak pula membeli cd band-band AOR 80an yang mengembalikan kenangan awal remaja. Night Ranger adalah satu darinya. 

"Sister Christian" adalah sebuah yang lagu cukup melekat di kepala walaupun agak takut juga dengan perkataan "Christian" di tajuk lagunya. Kemudiannya bila lagu "Goodbye" dari album berikutnya pula menjadi hit, Night Ranger mula menjadi salah satu band yang diminati.

Ketika itu tak tahu pun apa itu genre “AOR”, tapi yang penting, ia sedap. Kemudiannya baru tahu tentang Jack Blades yang kemudiannya menyertai Damn Yankees, dan juga Brad Gillis yang menggantikan Randy Rhoads dalam album live Ozzy, Speak of the Devil.

Mereka sememangnya sebuah band yang hebat. Tapi cukuplah sekadar dengan album "Greatest Hits". Tak larat dah kalau nak beli kesemuanya...


Thursday, January 5, 2023

No More Tears

Pembelian sempena diskaun black friday November tahun lalu... 

Ozzy Osbourne - No More Tears (1991)

Tak beli dan tak mengambil tahu langsung ketika tahun ianya dikeluarkan. Ianya lebih kepada selera muzik yang berubah dan kekangan kewangan seorang pelajar. Di tambah pula dengan tiadanya rakan-rakan lain yang membeli untuk dipinjam.

Satu-satunya lagu yang saya tahu dari album ini adalah Mama, I'm Coming Home. Itu pun kerana video clipnya sering diputarkan di tv (rancangan MTV dan Chanel V di tv Singapura). Lagunya yang berentak balada yang pada pendengaran saya pada ketika itu agak meleweh menyebabkan ianya agak kurang diminati.

Cumanya ketika sedang berkira-kira untuk membeli album terbaru dari beliau (Patient Number 9) tempohari, saya terpanggil untuk mendengar album ini. Cdnya lama dah dibeli. Tetapi seperti banyak juga cd-cd yang lain, ianya hanya menjadi perhiasan di rak. Dan tak sangka pula saya jatuh minat pada pendengaran kali pertama. Dan tak pasal-pasal pula terjebak untuk membeli versi piring hitam...heheh...

Entah mengapa lagu yang dulunya saya rasa lembek dan mendayu (Mama, I'm Coming Home), kini terasa segar pula. Tambah-tambah jika mendengar versi live. Kerja gitar Zakk Wylde memberikan tenaga kepada lagu tersebut. Saya rasa saya patut tarik balik kata-kata saya duluya yang tak minat dengan Zakk. Imej kuat Jake E. Lee sebagai gitar hero pada ketika mungkin antara yang mejadi penyebab. Namun sejak semakin berusia matang, pemikiran semakin terbuka.

Semakin dengar semakin suka dengan kesemua lagu-lagunya. Semuanya sedap. Tak hairanlah kalau Lemmy yang terlibat dalam menulis 4 buah lirik mengatakan yang beliau mendapat lebih banyak royalti darinya berbanding album-album Motörhead sendiri.

Saya akan cuba untuk mendengar album yang seterusnya pula. Harap-harap tak la sedap sangat. Jahanam kalau semua mahu di"piring hitam"kan...hahaha...


Saturday, November 26, 2022

Patient Number 9

 Lagi calon album pilihan untuk tahun 2022...


Ozzy Osbourne - Patient Number 9

Ingatkan Ordinary Man pada tahun 2020 adalah album terakhir dari beliau. Memandangkan usia dan keadaan kesihatan beliau, Tak sangka pula tahun ini ada lagi yang terbaru.

Tambah menarik ianya lebih bagus dari Ordinary Man. Bagus bagi saya bukanlah hanya dari segi kesedapan melodi lagu-lagunya tetapi juga susunan muziknya. Mungkin juga atas faktor kembalinya Zakk Wylde yang sudah serasi dengan beliau atau berkemungkinan juga kerana nama-nama besar yang menjadi gitaris undangan.


Sebenarnya nama-nama besar digunakan sebagai pemuzik undangan adalah perkara biasa untuk album-album Ozzy. Contohnya untuk album ini ada Robert Trujillo dan Duff McKagan di posisi bass manakala Chad Smith dan Taylor Hawkins di drums. Tetapi yang menjadi lebih menarik adalah barisan gitaris undangannya. Selain Zakk Wylde dan Andrew Watt (penerbit dan pemain gitar untuk album Ordinary Man), album ini juga menampilkan lagenda gitaris seperti Jeff Beck, Tony Iommi, Eric Clapton dan tak ketinggalan juga Mike McCready dari Pearl Jam

Lagu-lagu yang menampilkan Jeff Beck dan Eric Clapton adalah pilihan saya dari album ini. Lagu-lagu lain pun sedap, tetapi lagu-lagu yang menampilkan mereka berdua lebih mudah melekat di dalam kepala.

Tak ada apa lagi yang nak diharapkan dari Ozzy. Dia selamanya adalah lejen. Setiap album atau lagu baru dari beliau adalah bonus. Tabik hormat kerana beliau masih terus berkarya. Salut!


Thursday, January 6, 2022

Blizzard of Ozz

 Memori awal remaja...

Ozzy Osbourne - Blizzard of Ozz (1980) - vinyl reissue 2011

Antara koleksi terkini dalam simpanan. Kalau dulunya semua kenangan akan cuba di"cd"kan. Tetapi kini semenjak kembali meriahnya pengeluaran piring hitam, ada kenangan yang cuba pula di"piring hitam"kan. Sayangnya saya tidak pernah memilikinya dalam versi kaset (dulunya sekadar kaset kompilasi) makanya tak dapatlah Blizzard of Ozz untuk di"giler formatkan".

Ini semua adalah kenangan di sekitar tahun 85-86 ketika baru mula untuk terjebak dengan muzik rock. Walaupun pada ketika Duran Duran masih menjadi idola, lagu-lagu seperti Mr Crowley dan Crazy Train telah mula membuka minda kepada muzik heavy metal.

Blizzard of Ozz akan sentiasa dikenang sebagai album yang mengenalkan Randy Rhoads kepada dunia. Salah seorang gitar hero yang agak sukar untuk dicari ganti.


Tuesday, November 16, 2021

Bark At The Moon

Sempena ulang tahun yang ke 38 pada 15hb November yang lalu...

Ozzy Osbourne - Bark At The Moon (1983)

Kali pertama mendengar lagu dari album ini adalah lagu "So Tired" dari kaset kompilasi lagu-lagu pop kepunyaan abang. Pernah diceritakan dalam penulisan saya dari tahun 2013 di >SINI<.

Makanya tak perlulah diceritakan secara mendalam tentang pendapat saya terhadap album ini. Penulisan kali ini lebih kepada nak memberitahu yang album ini telah pun berjaya saya piring hitamkan. Sayangnya saya tidak pernah mempunyainya dalam bentuk kaset. Tak bolehlah nak masuk entri Gila Format.

Selain dari mengada-ngada cari penyakit nak kumpul versi piring hitam, tujuan asal beli adalah kerana kurang berpuashati dengan gambar cover kecil versi re-master cd yang saya miliki. Pernah bercadang nak membeli versi cd dengan gambar cover penuh tetapi agak susah juga nak jumpa dengan harga mampu milik. Tetapi apabila terjumpa versi piring hitam yang masih berkeadaan elok di Discogs dengan harga dibawah RM100 rasanya ianya lebih berbaloi dimilik berbanding versi cd.

Saya sering mempunyai "nilai sentimental" terhadap Jack E. Lee. Walaupun diakui yang Randy Rhoads adalah gitaris terbaik yang pernah Ozzy miliki. Tetapi zaman remaja saya adalah zaman Jake E. Lee sebagai "poster boy". Mana mungkin saya tidak mengidolakan beliau sebagai gitar hero saya. Solo beliau dalam "So Tired" adalah salah satu contoh solo yang penuh jiwa...



Saturday, August 8, 2020

Ordinary Man

Layan album-album terbitan terkini...


Ozzy Osbourne - Ordinary Man (2020)

Sejujurnya lama dah tak mengikuti perkembangan album-album Ozzy. Kali terakhir yang betul-betul dengar adalah No Rest for the Wicked (1988) . Selepas itu sekadar dengar gitu-gitu. Kalau ada beli pun hanya Scream (2010). Itupun ketika jualan murah di Popular BookStore dengan harga RM9.90. Tetapi terus simpan dalam rak tanpa dengar pun.

Selepas di war-warkan berkemungkinan ini adalah album terakhir beliau. Maklumlah umur beliau pun dah 71 tahun. Rasa memang patut pula album ini di beli. Tak bolehlah nak di bandingkan dengan zaman kegemilangan tahun 80an dan awal 90an. Memang dah banyak yang berubah. Tetapi pemuziknya adalah muka-muka lama. Kecuali pemain gitar, Andrew Watt (saya tak kenal), Duff Mckagan - bass (Guns N Roses), Chad Smith - drums ( Red Hot Chili Peppers) dan pemain gitar jemputan, Slash (Guns N Roses) dan Tom Morello (Rage Against the Machine) adalah nama-nama besar dari zaman tersebut.


Tanpa Zakk Wylde bukan lah masaalah besar. Ozzy tetap Ozzy. Walaupun nampak dah vokalnya di mamah usia. Lagu-lagunya pun lebih lembut. Tak apa lah. Tak perlu meminta yang berlebihan. Beliau pun telah banyak memberi sejak berpuluh tahun yang lalu.

Under The Graveyard dan Scary Little Green Men adalah antara lagu yang menarik. Duet dengan Elton John dalam Ordinary Man pun ok. Tapi lagu track terakhir duet beliau dengan Pat Malone tu yang buat kacau. Mengarut!

Tak apa lah Atok Ozzy. Tak ada yang perlu dikesalkan jika dia memilih untuk bersara. Anda tetap seorang lagenda!




Monday, March 20, 2017

Tribute

Yang dah 30 tahun dah usianya semalam, 19th Mac


Ozzy Osbourne Randy Rhoads - Tribute (1987)

Dah 30 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Ketika itu ianya diterbitkan bersempena ulang tahun kematian Randy Rhoads yang ke 5. Bermakna hari ini dah 35 tahun dah beliau meninggalkan kita.


Seorang gitaris yang cukup berbakat. Gitar hero saya di zaman awal remaja. Tetapi hanya tahu tentang beliau selepas beliau tiada. Pernah cerita berkenaan album ini 5 tahun yang lalu >SINI< dan berkenaan Randy Rhoads >SINI<.

Selain dari vokal Ozzy yang dah di "touch-up", lain-lainnya adalah asli. Apa yang dipersembahkan pada ketika itu adalah apa yang dapat kita dengar dari album ini. Ianya adalah bahan bukti tentang kehebatan kerja gitar Randy. Ada antara solo-solonya kedengaran lebih menarik dari  solo lagunya yang asli.


Jika anda tertanya-tanya apa yang hebatnya tentang Randy hinggakan Ozzy dan Sharon sendiri sentiasa bercerita perkara baik-baik sahaja tentang beliau hingga ke hari ini, sila dengar album ini...








Monday, February 22, 2016

The Ultimate Sin

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ni, 22hb Februari....


Ozzy Osbourne - The Ultimate Sin (1986)

1986 adalah tahun hebat untuk heavy metal. Tahun yang saya mula benar-benar terjebak. The Ultimate Sin adalah salah satu darinya.

Tidak seperti album-album Ozzy yang sebelumnya. Album ini saya dengar pada tahun ianya diterbitkan. Maka ianya lebih bernostalgia berbanding album-album sebelumnya. Memang tak boleh lupa kenangan ber"air guitar" menggunakan raket badminton ketika lagu "Shot in the Dark" dimainkan, Biasalah zaman masa budak-budak baru nak "up".

Album ini mengenalkan saya kepada Jake E. Lee. Mungkin agak sukar untuk beliau mengantikan tempat Randy Rhoads. Harapan yang terlampau tinggi. Tetapi saya bukannya pendengar Ozzy dari zaman Randy, makanya itu bukan satu masalah untuk saya. Cara beliau memang tidak sama dengan Randy. Beliau dengan cara beliau sendiri. Saya tidak mengikuti sangat muzik Ozzy selepas beliau di pecat. Mungkin ianya tanda protes dari saya terhadap Ozzy. Heh!..


The Ultimate Sin muziknya agak komersial. Banyak bunyian keyboards. Tetapi tiada siapa yang boleh menafikan kerja gitar Jake E. Lee. Solo-solonya memang hebat. Pada saya itulah tarikan utama album ini selain melodi lagu-lagunya yang sedap-sedap. Lagu kegemaran saya sudah semestinya "Killer of Giants". Selepas 30 tahun pun masih tak jemu-jemu untuk didengar.

Album ini juga mengingatkan saya kepada zaman tape video VHS "The Ultimate Ozzy". Syiok tengok Jake E. Lee punya gelek. Tu yang terus ber"air guitar" depan cermin tu. Hahaha....

Best!



Thursday, May 15, 2014

Throwback Thursday : US Festival 1983 - Heavy Metal Day



Lama dah cari dvd ni. Tak sangka pula boleh jumpa. Selain dari Dortmund Rock Pop Festival - 1983, memang teringin nak ada ada dvd ni. Versi sedut memang dah ada dah. Akhirnya terjumpa juga dengan harga RM19.90 di Harris Bookstore, AEON Tebrau City Shopping Centre JB.

Sayangnya versi yang ini tak cukup sempurna. Tiada Motley Crue. Kualiti gambar dan soundnya pun lebih kurang sama macam versi sedut. Nak buat macama...ini pun bukannya official release. Kalau tak silap satu-satunya official release dvd festival ini hanyalah "US Festival 1983 Days 1 – 3". Tapi tak best pun. Day 1 (New Wave Day) dan Day 3 (Rock Day) tu artisnya tak berapa menarik sangat. Lainlah kalau ada Duran Duran ker apa. Tambah pula Day 2 (Heavy Metal Day) cuma tunjuk Judas Priest, Scorpions dan Triumph sahaja.


Tapi dvd ni kira ok la dari takder. Sayangnya satu band tu cuma 2,3 lagu sahaja. Tapi kalau nak tengok set list penuh band-band ni boleh cuba cari kat youtube. Melambak ada.

Rasanya cuma Quiet Riot, Triumph dan Judas Priest ( bonus dvd dalam 30th Anniversary Screaming for Vengeance) sahaja yang pernah officially keluarkan persembahan mereka dalam bentuk dvd. Yang lain-lainnya setakat bootleg. Van Halen mungkin tak akan kot. David Lee Roth malam tu memang kelaut. Tapi dorang memang kaya la. Show malam tu jer dapat US1.5 juta. Pernah masuk dalam 1984 Guinness Book of World Records sebagai artis termahal bayaran dalam sejarah. Hebat!

Antara yang menarik dapat tengok antara persembahan terawal Jake E. Lee dengan Ozzy. Semua pun lagu zaman Randy Rhoads. Pasal lagu-lagu zaman dia belum keluar lagi pada masa tu.

Best!



“It was the day new wave died and rock n’ roll took over” - Vince Neil




Wednesday, October 9, 2013

Bark at the Moon

Sempena 30 tahun...


Ozzy Osbourne - Bark at the Moon (1983)

Kali pertama terbaca nama Ozzy Osbourne adalah pada lagu "So Tired" dalam satu kaset kompilasi lagu-lagu pop yang abang saya beli kalau tak silap pada tahun 1984 atau 1985. Di letakkan bersama-sama lagu-lagu seperti seperti "No More Lonely Nights - Paul McCartney", "Infatuation - Rod Stewart","Desert Moon - Dennis DeYoung" dan lain-lain yang membuatkan saya beranggapan Ozzy Osbourne itu adalah penyanyi pop. Tambahan pula lagu "So Tired" tu jenis meleweh yang tak rock langsung.

Setahun selepas itu, ketika saya mula kemaruk dengan muzik rock baru lah kenal siapa dia Ozzy Osbourne. Masa tu barulah tahu yang "So Tired" tu lagu rocknya rupa-rupanya. Padanlah solo gitarnya bagus. Saya ingatkan itu solo Randy Rhoads. Maklumlah zaman susah nak dapat info. Saya terjebak mendengar Ozzy pun kerana Randy Rhoads. Walaupun begitu, zaman saya mula menjadi mat rock adalah zaman Jake E. Lee. Maka sudah semestinya beliau juga termasuk di dalam senarai gitar hero saya.


Bark At The Moon adalah percubaan Ozzy untuk kembali selepas kematian Randy. Mengambil Jake E. Lee yang pada ketika itu langsung tidak dikenali adalah satu keputusan yang tepat. Walaupun memang susah lah nak lawan Randy Rhoads. Cara permainannya pun tak sama. Tapi beliau juga bukan setakat seorang gitaris yang bagus tetapi juga seorang pencipta lagu yang baik. Ada rumours yang mengatakan lagu-lagu dari BATM adalah ciptaan mereka bertiga bersama Bob Daisley walaupun kredit hanya diberikan kepada Ozzy seorang. Mungkin juga mereka telah dibayar untuk tidak menuntut kredit tersebut. Ternyata Jake E. Lee berjaya meneruskan karier gemilang Ozzy.

Walaupun sebenarnya album kegemaran saya di zaman Jake E. Lee adalah The Ultimate Sin (1986) tetapi BATM juga sangat bagus. Mungkin yang lebihnya The Ultimate Sin adalah kerana nilai sentimentalnya. Mendengar album tersebut sewaktu ianya diriliskan.


Lagu-lagu seperti "Bark at the Moon", "You're No Different", "Now You See It (Now You Don't)"  dan "So Tired" adalah antara lagu wajib Ozzy. Tetapi entah kenapa saya cukup suka dengan melodi "Centre of Eternity". Sedap!

Satu yang saya rasa kurang hanyalah kerana bunyi keyboard yang terlalu mendominasi. Lain takder nak komplen. Solo-solo Jake E. Lee memang ada kelasnya tersendiri. Saya tak rasa Zakk Wylde mempunyai feel sebagus beliau. Namakan saya satu solo feeling abis Zakk yang boleh lawan solo Jake dalam "So Tired". Ada?...entahlah mungkin saya tak tahu kerana saya tak follow pun Ozzy selepas zaman Jake.

Randy > Jake > Zakk  period!


*tak suka betul cd remastered version ni pasal gambar kavernya kecik sangat





Friday, June 29, 2012

Scream

Kesinambungan dari entry cd murah RM9.90 di beli dari Popular City Square, Johor Bahru



Ozzy Osbourne - Scream (2010)

Kalau tak kerana murah...mungkin aku tak akan dengar atau ada cd ni...sejujurnya aku stop dengar Ozzy selepas zaman Jake E Lee...last album studio Ozzy yang aku ada dan betul2 follow adalah The Ultimate Sin...terus terang aku tak minat Zakk Wylde...dan aku tak minat mana2 album Ozzy zaman dia...satu2nya hasil kerja Zakk yang aku follow hanyalah Pride And Glory...tu pun pasal James LoMenzo...

Mungkin secara kebetulan pulak...album ni takder dia...penggantinya Gus G ni menjadi pembakar semangat untuk aku dengar album ni...aku suka hasil kerja dia bersama Firewind...mungkinkah Scream akan ada pengaruh power metal?...sebenonya itulah yang aku harapkan

Tapi selepas 2 round dengar...aku kechewa...Gus G dah jadi klon Zakk...ada banyak lagu yang jelas macam Zakk...rupanya hasil dari pen"google"lan...baru aku paham kenapa...Gus G tak terlibat langsung dalam penulisan dan arah tuju muzik Scream...semuanya telah disiapkan oleh Kevin Churko...producer/co-writer untuk album ni...dan kabonya lagu2 ni secara asanya telah dimainkan oleh Zakk....Gus G cuma memainkan semula bahagian Zakk...maka tak hairan la kalau bunyinya macam Zakk...

inlay pun takder gambo band member...nampak macam kali ni Ozzy tak mau sapa2 pun overshadow dia...

Hasinya album ni so..so...ajer...aku tak paham apa point Ozzy buang Zakk kononnya tak mau lagi bunyi macam Zakk...tapi langsung tak bagi peluang Gus G untuk contribute dalam penulisan dan arah tuju muziknya....hasilnya takder beza pun kalau Zakk yang main....sama jer...

Aku ada terbaca yang Ozzy cakap Scream ni kembali ke ala Black Sabbath...ok...ada sikit2 la...tapi secara keseluruhannya lebih kepada modern rock/industrial + heavy sounding guitar...mungkin nak tarik pendengar muda kot...suara Ozzy pun banyak guna effect...bab ni boleh maaf dan aku faham...umur dia dah masuk 60++ kan..

Kesimpulannya...kalau terjumpa yang reganya RM9.90...mungkin boleh beli la...kalau tak baik kumpul duit beli album2 dia zaman Randy Rhoad atau Jake E Lee...





Monday, March 19, 2012

Tribute

Oleh kerana hari ni 19hb Mac...kebetulan pulak genapnya 30 tahun peristiwa kemalangan kapal terbang yang meragut nyawa Randy Rhoads...jom cerita pasal album ni...


Ozzy Osbourne - Randy Rhoads Tribute (1987)

Bila cerita pasal album live...ntah kenapa aku selalu terlupa pasal album ni...padahal Randy Rhoads adalah salah seorang gitar hero aku...entri aku pasal RR kat >SINI<...1st time dengar kalau tak silap tahun 1988...kaset pinjam...tak beli pun...mungkin ketika itu aku dah mula tinggalkan Ozzy sejak Jake E Lee kena tendang menyebabkan aku kurang berminat ngan apa2 rilisan baru Ozzy...

Bila zaman cd melanda...zaman2 aku selalu melepak kat Tower Records, KL Plaza (tahun 97 ker 98 camtu)...zaman tu aku mula upgrade koleksi kaset2 aku ke cd...aku beli 5 sekaligus cd Ozzy zaman Randy Rhoads dan Jake E Lee termasuklah cd ni...time tu lah baru aku dengar betul2 album ni...aku rasa kalau tak pasal Ozzy dah overdubbed suara asal dia...dah tak jadi ori...album ni masuk antara album live favourite aku...



Iyer jangan tak caya...Ozzy memang dah touch-up bab vokal dia...tu pasal kita dengar macam perfect je...takder off key langsung....banyak fan kata kalau nak dengar rakaman yang asli...kena cari bootleg "Bats Head Soup"...live rekoding 11 May 1981 kat Music Hall, Cleveland, Ohio...kerana kabarnya majoriti rakaman dari album Tribute ni diambil dari master tape bootleg ni...mungkin En Deaf tau...dia pakar bab2 bootleg ni...

walaupun bahagian vokal kena touch-up...tapi part bass dan drum tak kena kacau macam kes cd2 lain Ozzy versi remastered 2002...mungkin pasal Rudy Sarzo dan Tommy Aldridge takder isu saman menyaman...so Ozzy tak kacau...selain part gitar RR...aku rasa rythm section dari Rudy dan Tommy jugalah adalah yang terpenting...bagi aku inilah line up terbaik Ozzy...sayangnya line up ni takder studio album...



Tapi sudah semestinya yang patut jadi tumpuan utama cd ni adalah kerja gitar Randy Rhoads...memang best...takder touch up2...takder overdub...maklum la masa album ni diterbitkan dia dah takder dah pun...senang cerita ini adalah  bukti kenapa aku, Ozzy sendiri dan beribu lagi peminat menjadikan Randy ni sebagai gitar hero mereka...

Try dengar kerja gitar dia dalam lagu2 seperti I Dont Know...Crazy Train...Mr Crowley terutama part solo last tu...dan nak lagi best try dengar solo panjang dia kat lagu Sucide Solution...ataupun akustik ala2 klasikal untuk lagu mak dia Dee (versi ni lebih panjang dari versi studio album)...malah lagu2 macam Iron Man, Children Of The Grave dan Paranoid rasa macam lagi best pulak dari versi asal Black Sabbath...padahal RR pernah cakap dia tak minat pun Black Sabbath...simple sangat gitarnya kata dia...hahaha....cuba dengar riffing dia kat Children Of The Grave ataupun solo simple kat Paranoid...memang kalah Tony Iommi...huhuhu....pada aku the best cover version untuk lagu2 tu...


cd aku ni versi 1995...booklet dlm nipis ajer...mungkin versi Darkshahrulez punya lagi best kot...lagi tebal...lagi banyak gambo...

Akhir kata...pada sapa2 yang masih ragu2 pasal Randy Rhoads...cakap banyak pun tak guna...dengar je la sendiri...abis cerita...

Kabarnya Guitar World ada riliskan biography dia...tapi nengok dari reganya yang sampai USD100 tu...tak mampu la aku nak belinya...tapi aku tengah cuba nak cari buku Rudy Sarzo Off The Rails : Aboard the Crazy Train in the Blizzard of Ozz...kalau boleh yang Collector's Edition...pasal ada banyak tambahan gambo terutamaya dari Ross Halfin...sambil tu pulak ada 2 buah buku biography yang ada kena mengena pasal RR pun dalam pembikinan...satu daripada Kelly Garni...kawan masa kecil dan original bassist untuk Quiet Riot...dan satu lagi dari Bob Daisly...pemain bass untul Blizzard Of Oz...banyak pulak pemain bass semua nak buat buku biography...apa2 pun tengah tunggu jugak kot2 Dr Ben nak trade buku Crazy Train: The High Life And Tragic Death Of Randy Rhoads dia tu....heheh

btw...Classic Rock Megazine dalam isu terbaru dia pun ada buat tribute untuk RR...dan ada pulak fan dalam FB dah scan untuk sapa2 yang tak berpeluang nak beli...
http://norest4thecollectors.x10hosting.com/pdf/pdf234.pdf

Thank you for the music Mr Randall William Rhoads!




Friday, February 17, 2012

God Bless Ozzy Osbourne

Movie atau documentary yang sempat aku nengok minggu lepas...



God Bless Ozzy Osbourne (2011)

Bukan kat wayang ataupun tv....tapi download....satu lagi kisah pasal Ozzy Osbourne...kali ni dihasilkan oleh anak beliau sendiri...Jack Osbourne

Nak kata best...tak jugak...kalau korang dah follow Ozzy sejak zaman Black Sabbath lagi...takder apa yang baru...semua korang dah tau...tambah2 pulak kalau dah pernah baca buku I am Ozzy...lebih kurang sama jer...cuma yang ni bergambo...ok la...ada jugak footage2 live yang rare...interview ngan anak2 dari bini pertama dia...ngan Amiee (anak dia yg tak masuk rancangan realiti tu)...lain2 the same old story...

Walaupun documentari ni menceritakan kisah beliau dari lahir sampai ke harijadinya yang ke 60...tapi seperti jugak kat buku I'm Ozzy...kisah pasal muziknya hanyalah sehingga kematian Randy Rhoads...langsung tak sebut pasal Jake E Lee...aku pun tak pasti apa yang dia tak puas hati sangat dengan Jake E Lee...Zakk Wylde pun takat footage 2,3 minit...tak paham aku kenapa dia tak suka cerita perhal muzik beliau selepas zaman Randy Rhoads...

Zaman selepas tu lebih kepada cerita2 peribadi beliau...masalah dadah..mabuk...sharon...realiti tv...iyer aku paham ni documentary pasal diri Ozzy...bukannya Ozzy the band....tapi cerita2 pasal ni memang dah banyak sangat ko boleh jumpa kat mana2...kan lagi menarik kalau dia lebih ceritakan pasal muzik...band2 member....pada aku itu lebih menarik...

Tak rekomen untuk yang dah otai pasal Ozzy...untuk budak2 baru...mungkin sesuai...tapi apa ada hal...benda free...takat download dan bazirkan 2 jam lebih masa tido anda...boleh la kot...


Friday, November 5, 2010

I am Ozzy



Selain dari buku Mustaine A Heavy Metal Memoir...buku ni memang lama dah aku teringin nak baca...maklum la Ozzy ni banyak kisah2 kontroversi dia kan...nak jugak dengar dari mulut dia sendiri...bila terjumpa kat ebay rega pun murah...terus ajer la aku menekan tetikus..

Secara jujurnya...aku bukanlah peminat tegar Ozzy...aku tak berapa minat suara dia...minat aku pada Ozzy pun hanyalah semata2 kerana Randy Rhoads....Black Sabbath pun aku lebih suka zaman Dio...tambah isu2 berkaitan wife dia tu kan...kekadang buat rasa nyampah kat dia...dan aku rasa buku ini lah peluang Ozzy untuk menukar perspektif aku selama ni tehadapnya...



Dengan masa lapang aku yang agak terhad...dekat sebulan jugak la aku amik masa nak abis...padahal buku ni sebenarnya buat aku rasa nak abiskan time tu jugak...memang menarik gaya penceritaannya...terutamanya pada bab2 awal kisah penubuhan Black Sabbath dan karier solonya bersama Randy Rhoads...sayangnya diseparuh terakhir ianya lebih banyak mengisahkan masalah keluarga dan ketagihan arak dan dadah beliau...jangan salah anggap...aku tau ini autobiography beliau...dah tentu2 lah dia akan bercerita hal2 begini...tapi sebagai peminat muzik rock macam aku...tentulah aku mengharapkan dia akan bercerita lebih detail perihal muzik beliau...lagu2...band..gitaris2...seperti mana detailnya dia cerita pasal penubuhan Black Sabbath....sayangnya tak der...adalah sepatah 2 ayat dia sebut pasal Zakk Wylde (gitaris yang paling lama ngan beliau)...dan aku tak ingat langsung dia ada sebut pasal Jake E Lee...ntah ada ker...sayang kan...kalau ada cerita2 pasal ni semua tentu lebih menarik....atau mungkin akan ada buku no 2???...



walaubagaimanapun...memang aku rekomen la buku ni...Ozzy ni memang lawak orangnya...banyak kali jugak aku tersengih2 sesorang ketika membaca...memang tak boring la...tapi yang pastinya aku dapat rasa betapa sukanya beliau kepada Randy Rhoads...segala yang baik2 jer dia cerita pasal Randy...

So kalau korang nak tau cerita disebalik isu black magik/setan ngan Black Sabbath...lagu2 yang double meaning bila rekod dimainkan secara terbalik...gigit kepala kelawar...kes bunuh diri peminat pasal lagu Suicide solution...siapa Sharon Osbourne...siri tv The Osbourne...dll mitos pasal Ozzy...dalam buku ni memang ada jawapannya...dan yang bestnya banyak isu2 ni di cerita secara lawaknya oleh Ozzy...kalau ikut apa yang Ozzy sendiri cakap...dia ni 24 jam kepala high memanjang...terer jugak dia dapat ingat ek cerita2 lama dia ni...


pertemuan yang mencetuskan black sabbath


kesimpulannya...memang perspektif aku sikit berubah...terutamanya pasal bini dia tu...So kalau terjumpa buku ni kat mana2...pinjam...beli...dan baca...tak kisahla la korang bukan peminat Ozzy atau rock pun...RECOMMENDED!


***aku cuba curi2 masa...membaca sebuah buku dalam sesuatu masa...terutama buku2 autobiography...kat dalam simpanan sekarang ada 3...Scar Tissue oleh Anthony Kiedis , Wild Boy: My Life in Duran Duran oleh Andy Taylor dan Open oleh Andre Agassi...mana ek nak baca dulu?

tapi yang paling tak sabo...aku tengah menanti abang posmen antar buku Abang Mus...heheh..







Wednesday, October 27, 2010

Diary Of A Madman

Membaca buku autobiography Ozzy membuatkan aku ketagih nak dengar semula lagu2 beliau..aku dah pernah cerita pasal Blizzard Of Ozz..so kali ni nak cerita album solo ke 2 beliau Diary Of A Madman...



Tahun depan...genap 30 tahun dah album ni (dengar cerita Sony nak keluarkan special edition sempena 30th anniversary ni...cantik gak tu...tambah menarik edisi kali ini adalah edisi asal...bass dan drum dimainkan oleh Bob Daisley (Rainbow,Uriah Heep) dan Lee Kerslake (Uriah Heep)...bukannya seperti versi cd remaster rilisan tahun 2002..atas sebab kes saman menyaman...bass dan drum dirakamkan semula oleh Robert Trujillo (Suicidal Tendencies,Metallica) dan Mike Bordin (Faith No More)...tapi nasib aku punya ni versi tahun 1995...

Secara peribadinya...Diary Of A Madman dan Blizzard Of Ozz adalah 2 album Ozzy yang paling aku suka sekali...lagu2nya memang banyak meninggalkan nostalgia pada diri aku dan yang paling best dah tentu2 lah pasal ini lah 2 album yang gitarisnya adalah Randy Rhoads...salah seorang gitar hero aku....sayangnya beliau mati terbunuh kerana kemalangan kapalterbang semasa tour untuk album ni...


ni line-up tour sebenarnya..Rudy Sarzo (bass) dan Tommy Aldridge (drums)



Aku rasa album ni memang betul2 tunjuk kehebatan Randy...ianya tidaklah seheavy Blizzard Of Ozz...kali ni lebih slow skit...tapi jelas boleh dengar pengaruh klasikal dalam solo2 beliau...contoh paling ketara kat intro lagu Diary Of A Madman...ianya diakui oleh Ozzy sendiri dalam bukunya...pengaruh dari lagu Mozart...

Kalau tak kerana Randy...rasanya karier Ozzy dah lama berkubur dah...walaupun aku lebih suka Blizzard Of Ozz terutamanya pasal ada lagu2 macam Mr Crowley dan Crazy Train...tapi Diary Of A Madman bestnya lebih pada guitar work Randy...kalau korang gitarist...atau minat gitar hero...ini album memang wajib la...bagi aku hasil terbaik dalam kariernya yang singkat tu...

Lagu yang paling best pada aku dah tentu2 la Diary Of A Madman...aku cukup suka susunan muzik dan gitar work lagu ni...semuanya yang best2 pada lagu ni...sememangnya Randy adalah gitaris dan komposer yang bagus...dalam buku autobiography Ozzy ada sebut di malam sebelum kejadian Randy cakap nak stop main lepas album ni...nak sambung belajar...gi university...rupanya itu la petanda dia memang nak pergi selama2nya...



Lain2 yang aku rekomen...Over The Mountain (heavy riff...solo shredding yang buat aku terngaga...klasik arr!!)...Flying High Again (lirik aku blur..tapi rasanya pasal dadah...lagu poppy sikit...tapi solo memang awesome!!), You Can't Kill Rock & Roll (antara anthem zaman sekolah aku...mula slow...part separuh jadi heavy...salah satu fav lagu ozzy aku..), Believer (lagu ballad...walaupun tak sekuat Goodbye To Romance...tapi tetap menarik...terutama solo Randy dan S.A.T.O (lagu heavy...sekali lagi rif dan solo menarik dari Randy)

Memang aku puji melambung ni...maklum la dia sememangnya salah seorang gitar hero aku...album2 selepas tu dah tak sehebat 2 album ni...walaupun aku masih boleh terima Ozzy zaman Jake E Lee...tapi zaman Zakk Wylde memang aku dah kurang berminat...

Sedikit trivia...kalau korang pernah dengar FF (Flying Funeral)...band rock 80's dari Singapura...band awal Maman Teacher's Pet...ada satu lagu tu (aku lupa dah tajuknya)...sebijik tiru lagu Diary Of A Madman...

Next...review buku Ozzy...tu pun tengok berapa cepat aku boleh khatam la..
sikit preview citer Ozzy masa audition Randy..

Wednesday, November 18, 2009

Blizzard Of Ozz

Khas untuk Jairo…Blizzard Of Ozz – Ozzy Osbourne.



Ketika dia awal2 tahun 80an dulu..aku agak kurang familiar dengan Black Sabbath..kerana di kampung aku dulu..kalau sebut rock omputeh..kami lebih biasa dengan Deep Purple,Scorpions,Rainbow dan UFO…maka aku agak kurang kenal sapa tu Ozzy Osbourne..sehingga la pada satu hari dalam tahun 1984 atau 1985..di sebuah kedai kaset di pekan Ulu Tiram (kedai ni dari kedai kecik..tokey dia bujang jaga kedai dgn mak dia…sampai dia dah kawin..kedai dah maju dan besar dan sekarang anak dia pun dah jadi amoi…masih ujud lagi… walaupun sekarang dah penuh lagu indon dan dia pun dah tak kenal aku lagi…aku pun dah lupa apa nama kedai kaset ni..err ..tapi kedai ni memang banyak kenangan…tempat aku kenal banyak band2 rock 80an, sumber kaset apache, tempat dubbing lagu dan jugak kedai tempat aku praktis “memanjangkan tangan”..ala..zaman bebudak nakal..ada la skit2 cilok kaset kat situ…*adik2, anak2..jangan ikut perangai tak elok ni :P*

Meleret2 pulak cerita aku..hehe..kat situ la 1st time aku dengar lagu Mr Crowley…terkesima seketika aku (pergh..ayat..hehe) …betul2 best dia punya gitar work..terus jatuh cinta…and the rest is history la..



Blizzard Of Ozz asalnya diterbitkan pada tahun 1981…album solo pertama Ozzy selepas beliau ditendang dari Black Sabbath...sesapa yang ada cd remastered ni sila check terbitan tahun bila….pasal cd yang diterbitkan pada tahun 2002 bukan sahaja remastered tetapi juga re-recorded version…kenapa re-recorded?..kerana part asal bass yang dimainkan oleh Bob Daisley dan drum oleh Lee Kerslake telah dirakam semula oleh Robert Trujilo (bass) dan Mike Bordin (drum) gara2 masalah saman menyaman duit royalty oleh meraka berdua…

Nasib cd aku ni versi remastered asal yang diterbitkan pada tahun 1995..kira muziknya ori la…pasal ada yang kata production rerecorded version tak best…tapi bagi aku album ni memang masterpiece Ozzy dan Randy Rhoads…so tak kisah la kalau korang tak dapat versi yang asal…janji petikan gitar asal Rhandy tidak diusik..itu sudah cukup puas bagi aku..mungkin nasib Ozzy dipertemukan dengan Randy…kerana sebelum tu ada beberapa gitaris yang dikaitkan dengan projek solo Ozzy ni antara George Lynch (Dokken)…tapi akhirnya Randy yang terpilih…memang diakui…petikan gitar Randy la antara faktor yang menyebabkan album ni berjaya menaikan semula karier Ozzy..



Kalau versi kaset…side A dia memang sampai sekarang tak jemu2 aku dengar…3 lagu fast I Don’t Know, Crazy Train dan Suicide Solution memang best…paling best part gitar worknya la terutamanya Crazy Train..kalau check kat wiki…solo lagu ni dipilih kat no 9 terbaik oleh pembaca Guitar Word dan lagunya pulak no 9 terbaik dalam list VH1 40 greatest metal songs..dan bagi aku sendiri riff Rhandy kat awal lagu ni memang best giler…tak jemu2 dengar..

Begitu jugak dengan I Don’t Know dan lagu yang menjadi kontroversi suatu masa dulu Suicide Solution...lagu2 ni memang kagum aku gitar worknya…terus terang aku cakap aku tak berapa minat suara Ozzy…tapi yang buat aku tertarik pada album ni semata2 pasal Randy Rhoads…tu pasal selepas beliau mati…aku mula skit2 tinggalkan Ozyy dan langung tak follow beliau di zaman Zakk Wylde..

Tapi album ni bukan pasal gitar semata2…Sapa kata keyboard bukan instrument untuk heavy metal?..Dengarkan lagu slow “Goodbye To Romance”…memang feel la…ni bukan lagu cintan sebenarnya..tapi lagu yang ditujukan Ozzy khas untuk Black Sabbath…sekali lagi Randy membuktikan kehebatan beliau…solo beliau bukan hanya untuk lagu2 fast sahaja…lagu slow pun feel giler…begitu juga dengan lagu instrumental akustik “Dee”



Side B pulak dimulakan dengan lagu all time fav. aku..Mr Crowley…sekali lagi membuktikan keyboard juga relevan untuk heavy metal…dengarkan lah intro berhantu keyboard oleh Don Airey ni…pergh..lagu ni solo dia memang berhantu..terutama part2 last lagu tu…aku hafal sebijik2 dalam hati…Cuma nak menyolo dengan gitar sebenar je aku tak reti….hehe..memang terbaek!

Sayangnya 3 lagu last No Bone Movies, Revelation dan Steal Away aku agak kurang minat…bukan pasal tak best…tapi lebih kepada aku kurang mendengar lagu2 ni…tapi aku suka juga part last lagu slow Revelation tu…manakala 2 lagi lagu tu chorus dia agak boring pada aku..

Kesimpulannya pada aku album ni lagu2nya sangat catchy…gitar work yang gila babas best dan antara album heavy metal yang aku rekomen korang beli..mungkin aku agak bias kerana Randy Rhoads tu memang gitar hero aku..tapi kalau ditanya pendapat aku..itulah jawapannya.

Crazy Train Live with Randy semestinya



Mr Crowley Live...juga dengan Randy



Goodbye To Romance (A Randy Rhoads tribute)

Monday, January 19, 2009

Gitar Hero 3

sambung lagi citer pasal gitar hero...



Randall William "Randy" Rhoads
Dec 6, 1956 - March 19, 1982

Seorang lagi gitaris hebat...sayangnya mati muda...masa beliau berumur hanya 25 thn..kemalangan kapal terbang...

aku start minat beliau bila 1st time dengar lagu Mr Crowley...dasat sungguh gitar dalam lagu tu...bila aku ada album Blizzard Of Ozz...baru aku tau sapa yg empunya gitar tu...sayangnya masa aku dapat tau pasal beliau...beliau telah pun meninggal dunia...aku start dengar Ozzy masa 84,85 kot...iyer la zaman dulu mana ada internet nak download...kaset pun susah nak dapat hinggalah munculnya zaman kaset apache...

Antara hasil kerja beliau yg aku suka ialah Mr Crowley,I Dont Know, Crazy Train,Suicide Solution,You Cant Kill Rock and Roll,Diary Of A Madman,Over The Mountain,SATO dan nanyak lagi la...dan tak lupa jugak satu lagu slow rock yg feeling abis dia punya solo...Goodbye To Romance.

Selepas beberapa tahun kemudian..zaman era dah ada internet..baru aku berpeluang mendengar hasil kerja awal beliau bersama Quite Riot...ternyata zaman tu lagi beliau memang dah hebat...dan aku rasa dalam ramai2 gitarist Ozzy...Randy adalah yg paling best.

aku memang suka betul gitarist yg pakai V...nampak cool ajer...baru Metal...hehe...
ni polka-dot flying V memang trademark dia la..

JacksonRR5 ni pun cantik ahh..salah satu custom made untuk Randy



Ni tribute video untuk Randy....layannnn




"Apparently Ozzy went through every player in L.A. after he quit Black Sabbath, and I never knew about it. I never looked for outside things; I was stuck in a rut. To be honest, I wasn't a big Black Sabbath fan. They were great for what they did, and obviously they did it well and made it huge. I respect that. I don't want to get into it too much, but I wasn't a big fan. I'm not sure why I got into Ozzy's band. Possibly he knew a certain sound he was looking for, and all of these other players tried to show off too much. I just started making a few harmonics. Perhaps it was my personality, because I was real quiet. I still don't know. I was 22 when I joined his band."