Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Saturday, November 14, 2020

Best of Belantara

 Mengimbau kenangan...


Belantara - Best of (2001)

Nak cerita sedikit sejarah pasal cd ni. Dulunya ketika cd ini diterbitkan pada tahun 2001, agak susah juga nak carinya di kedai. Merata kedai cd seluruh Johor Bahru di cari tapi tak jumpa. Entahlah, mungkin nama Belantara agak kurang dikenali. Kedai cd pun tak berani nak ambil stock.

Masa tu bila ternampak iklan di surat khabar yang Universal Music akan mengeluarkan 15 siri cd best of, dan salah satu adalah best of Belantara memang rasa sangat teruja. Maklumlah ini kali pertama album Belantara di"cd"kan. Tapi itulah.. puas ulang alik kedai cd tapi tak jumpa. Yang selalu jumpa hanyalah Best of Search, M Nasir, Kembara, Alleycats dan Headwind. Cari juga Desire, tapi tak jumpa juga. Ada lah satu kedai tu yang kat tingkat 1 Angsana (dah tutup kedai ni) ada jual siri koleksi ni dengan banyak tajuk. Tapi tetap tak ada Belantara. Yang ada hanya Junction. Beli lah juga. Junction pun tak pernah jumpa dalam betuk cd pada ketika itu. Tapi Belantara... Desire tetap tak ada..

Akhirnya minta tolong yang jaga kedai tu tanya supplier. Dia telepon supplier pun memang tak ada stock. Kalau nak juga kena booking dari KL, seminggu baru dapat. Dan akhirnya selepas seminggu, berjaya juga cd ini dimilik. Tapi disebabkan teruja nak cd Belantara, lupa pula nak tanya cd Desire. Akhirnya sampai kesudah tak pernah ada cd Best of Desire...hahaha...


Tapi tak lah rasa suka sangat dengan track list nya. Majoritinya lagu slow. Paling hampa tak ada lagu "Dewi". Entah siapa lah yang tukang pilih track list. Pastinya dia bukanlah peminat Belantara. Tapi itulah... bak kata orang, tak ada rotan,  akar pun berguna juga...

Satu yang bagusnya tentang cd ini, walaupun beberapa tahun lepas akhirnya kesemua album Belantara berjaya di"cd"kan. Tetapi ternyata cd best of inilah yang paling bagus soundnya. Kerana inilah satu-satunya yang sumbernya dari yang asal bukannya dari piring hitam... tapi tu lah... kenapa tak ada lagu "Dewi"??????????....




Sunday, October 11, 2020

Twisted Wires & the Acoustic Sessions...

 Antara yang terkini berjaya dimiliki..


Tesla - Twisted Wires & the Acoustic Sessions... (2011)


Mereka adalah yang pertama menghasilkan album rakaman secara unplugged melalui album Five Man Acoustical Jam (1990) sebelum ianya menjadi satu trend di awal 90an dulu. Kejayaan album tersebut mendorong MTV untuk melakukan perkara yang sama.

Tahun 2011, mereka kembali dengan idea yang sama. 5 daripada lagu-lagunya telah dirakamkan pada tahun 2005 ketika Tommy Skeoch masih bersama mereka, Lagu lagu lainnya pula adalah rakaman sekitar tahun 2010 dan 2011 yang menampilkan gitaris baru mereka, Dave Rude bersama-sama gitaris asal, Frank Hannon berserta 2 buah lagu baru. 

Memang sedap. Suara serak serak kasar Jeff Keith semakin lunak. Susunan muzik dan permainannya memang tip-top. Mereka membuktikan sekali lagi yang mereka adalah pemuzik yang hebat dalam menyusun lagu-lagu mereka menjadi lagu-lagu akustik. Yang paling menarik bila lagu-lagu berat seperti Hang Tough, Edison Medicine, Into The Now dan lain-lain berjaya di "stripped-down" dan di akustikkan dengan jayanya. Kalau lagu-lagu yang balada macam What You Give, Changes, A Lot to Loose tu lagi lah pula bertambah-tambah sedap.

Peminat Tesla memang kena ada album ini. Yang jenis pening dengan bunyi distortion gitar pun memang patut dengar album ini. Memang lazat... Klasik!


Friday, October 2, 2020

Pandemonium

 Antara yang terkini dalam simpanan.

Loudness - Pandemonium (2001)

Tak ambil tahu dan tak mengikuti langsung tentang album ini pada tahun ianya di keluarkan. Loudness terakhir yang saya dengar dan beli secara fizikal adalah Heavy Metal Hippies (1994). Mungkin sebab utamanya kerana album-album selepas itu agak sukar untuk di dapati. Berkemungkinan besar memang tak masuk pun ke pasaran Malaysia.

Yang ini lagilah susah. Pandemonium memang asalnya dikeluarkan hanya untuk pasaran Jepun. Sekarang ni dah hidup zaman tanpa sempadan mudah la sikit nak dapat. Ianya adalah album kedua selepas klasik line-up (Akira Takasaki, Minoru Niihara, Munetaka Higuchi dan Masayoshi Yamashita) melakukan reunion. 

Tetapi ini bukanlah Thunder in the East, Lightning Strikes mahupun Hurricane Eyes. Loudness pada ketika ini sudah jauh berubah. Mereka juga terpengaruh dengan situasi muzik pada zaman tersebut. Tetapi mereka sebenarnya tidak lah menjadi komersil. Malah sebaliknya. Album ni soundnya lebih berat dan keras. Tak ada satu pun lagu balada. Memang nampak ada pengaruh Pantera dan alternatif metal. Ada juga yang lagunya ke arah thrash metal. 

Awalnya agak susak juga nak hadam. Kurangnya rif-rif melodic yang biasa kita dengar dalam Loudness. Tetapi setelah masuk 4,5 kali pendengaran rasa sedap juga. Ianya sebuah album yang "grower". Solo-solo gitar Akira pun tetap berbisa. Kebelakangan ini terngiang-ngiang pula melodi lagu "inflame" dalam kepala. Nampaknya kena cari juga rilisan Loudness yang lainnya pada zaman ini...


Monday, April 2, 2018

MAY 25th Anniversary

Lama dah cari...akhirnya...


MAY  - 25th Anniversary Discography Limited Edition (2011)

6 tahun kot cari...sejak Deaf buat entri >NI < Akhirnya berjaya juga dimiliki. Bukan 2nd hand...tapi baru siap berbungkus.


Kalau nak baca dengan lebih terperinci dan nak tengok banyak gambar,boleh pergi ke blog Deaf. Kat sini tampal sikit-sikit dah lah..


Secara ringkasnya boxset ini mengadungi buku bergambar sejarah kumpulan MAY dari awal penubuhannya hinggalah ke ulangtahun ke 25 mereka. Disertakan juga sebuah cd rakaman album terbaru mereka pada ketika itu berserta sekeping dvd wawancara mereka dan 2 video clip.


Asalnya dulu memang tak pernah tau pun kewujudan boxset ni. Pernah nampak di kedai cd versi digipak. Ingatkan ianya sekadar album kompilasi koleksi terbaik mereka sempena 25 tahun. Baca blog Deaf baru tahu rupa-rupanya ia adalah sebuah album baru.


Memang berbaloi la boxset ni. 100++ mukasurat yang penuh dengan gambar warna warni. Paling seronok bila dapat tengok gambar-gambar lama tahun 80an. Nostalgia sungguh.


Rasanya merekalah satu satunya kumpulan rock yang mengeluarkan buku biography bergambar seperti ini. Patut yang lain pun buat. Khazanah muzik negara ni semua. Amy Search dulu pernah keluar cerita nak buat buku autobiography. Tapi sampai sekarang senyap. Rosli Mohalim ada. Nak kena beli juga yang tu nanti.


Satu nak pesan. Kalau terjumpa orang jual. Sila beli kerana ianya adalah satu pembelian yan berbaloi-baloi terutamanya kalau anda peminat kumpulan MAY khususnya dan peminat rock melayu amnya.


***terimakasih Portdy kerana maklumkan jualan boxset ini di FB.  🤗






Thursday, February 20, 2014

Sirens/The Dungeons Are Calling

Last dari draf yang terperuk dari tahun lepas...(yang lain...delete jer la...)

album dan EP yang kalau versi asalnya dah mencapai usia 31 dan 30 tahun


Savatage - Sirens And The Dungeons Are Calling - The Complete Session (2011)

Sebenarnya teringin nak ada cd versi asing-asing antara "Sirens" (1983) dan EP "The Dungeons Are Calling" (1984) terutamanya yang Sirens 2002 Silver Anniversary Edition. Tapi sayangnya agak susah nak dapat dan kalau ada pun harganya mahal dan selalu kalah bid. Dapat cd yang campur kedua-duanya ni pun dah kira ok lah. Siap ada bonus track "In the Dream" (acoustic version).

"Sirens" dan "The Dungeons Are Calling" ni sebenarnya dirakamkan serentak. Asalnya untuk diriliskan dalam satu album. Tetapi memandangkan terlebih lagu...tak muat nak sumbat dalam satu LP. Maka dipecahkan menjadi dua. Satu album dan satu EP. Nak cerita lanjut pasal rakaman album ni boleh baca cerita bergambar yang ditulis oleh Jon Oliva kat bawah.

Click to enlarge
Saya sememangnya peminat tegar Savatage terutamanya zaman rock opera mereka. "Sirens/The Dungeons Are Calling" adalah zaman-zaman innocent mereka. Low budget production. Muziknya gaya heavy metal 80an dengan sound yang raw dan lagu-lagunya pula agak straight forward. Tiada unsur progressif power metal mahupun rock opera yang menjadi trademark mereka di kemudian hari. Tetapi yang nyatanya kehebatan Criss Oliva dah nampak semenjak dari sini. Tak payah la cerita pasal dia. Sudah semestimya saya akan bias. Mendiang sememangnya gitar hero saya...tabik!..



Saya suka kesemua lagu-lagunya terutamanya "Sirens", "Holocaust", "I Believe", "Twisted Little Sister" dan "Out on the Streets" dari album "Sirens" manakala "The Dungeons Are Calling", "By The Grace Of The Witch", "Visions" dan "City Beneath the Surface" dari EP "The Dungeons Are Calling".

Cuma sayangnya saya agak terlambat untuk mendengar album ini. Savatage saya cuma bermula dari zaman opera mereka bermula dari album "Gutter Ballet". Maklumlah zaman tu mana nak jumpa. Takper lah...bak kata orang Ulu Tiram "Better late than never".

Khas untuk mereka yang sukakan sound raw heavy metal 80an. This is heavy metal and it rules!!!

Terbaik!




Friday, January 4, 2013

Tower Heist





Tower Heist (2011)

Saya baru sahaja menonton filem ini di HBO. Saya tak pasti kenapa saya tak perasan akan kewujudan filem ini dulu. Melihat kepada bintang2 yang terlibat (Ben Stiller,Eddie Murphy,Matthew Broderick,Casey Affleck dll) membuatkan saya tertarik untuk menontonya.

Walaupun ceritanya bukanlah terbaik sangat. Twistnya pun dah dapat saya agak dari awal tetapi gandingan pelakon2 bintang ini berjaya membuatkan saya terhibur. Ternyata lawak Ben Stiller dan Eddie Murphy kembali menjadi selepas beberapa filem mereka kebelakangan ini kurang menarik minat saya terutamanya filem2 Eddie Murphy.

Selain mereka, kredit juga patut diberikan kepada Alan Alda kerana watak jahatnya memang sangat berkesan. Tower Heist bukanlah sebuah filem komedi yang akan diingati tetapi jika anda tak tau nak buat apa musim2 hujan begini, mungkin cerita ini sesuai untuk untuk mengabiskan masa.



Wednesday, November 28, 2012

Drive



Drive (2011)

Berdasarkan ratingnya yang tinggi di IMDB, mungkin ramai jugak yang tidak akan bersetuju dengan saya.

Menurut wikipedia, filem ini bergenre neo-noir crime drama. Tak kisah la apa pun term nya, tapi bagi saya ianya sedikit membosankan terutama dalam 30-45 minit awalnya. Saya gagal selama 3 kali untuk menghabiskannya kerana tertidur. Kurangnya aksi dan watak utamanya hanya diam tanpa dialog berulang2 kali membuatkan jalan cerita ini menjadi tersangat lembap.

Kalau sememangnya watak Ryan Gosling ni dimaksudkan untuk menjadi bosan dan kayu...rasanya beliau berjaya menjiwai wataknya dengan cemerlang. Walaubagaimanapun aksi2 di pengakhiran ceritanya saya rasa agak menarik.

Tapi awas...walaupun tajuknya Drive...ia bukanlah cerita pasal lumba kereta seperti Fast & Furious dan seangkatan dengannya...



Saturday, October 27, 2012

Salmon Fishing in the Yemen



Salmon Fishing in the Yemen (2011)

Tajuk filemnya buruk dan tak sedap...tapi filemnya ok...apatah lagi pelakon utamanya  adalah Ewan McGregor...dia memang jarang menghampakan saya...kali terakhir lakonan berkesannya yang saya tonton adalah "The Ghost Writer"...

Kali ni beliau berpasangan dengan Emily Blunt...bila pasangan ada chemistry...cerita jenis romantik komedi macam ni akan menjadi bertambah menarik...secara ringkas kisahnya berkisar kisah Pak Arab kaya...dalam realitinya dia akan beli kelab bola...tapi dalam cerita ni dia mengupah seorang konsultan dan seorang pegawai kerajaan British yang pakar pasal ikan untuk membina kolam ikan salmon di padang pasir Yemen...

Rating yang tinggi membuktikan filem romatik komedi British memang jarang mengecewakan...pastikan filem ini berada dalam list genre romatik komedi yang patut anda tonton...


**yang lawaknya ramai pulak yang percaya...sampaikan Yemen Tourist Board terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi yang sebenarnya tak ujud pun kolam ikan salmon ni kat sana... :-D


Wednesday, October 17, 2012

The Lincoln Lawyer

Movie yang ditonton di Astro HD



The Lincoln Lawyer (2011)

Jarang benar nak jumpa cerita bertemakan perundangan yang tak sedap...tambah2 kalau ianya di adaptasi dari novel popular dan pelakonnya utamanya adalah Matthew McConaughey...

Filem berdasarkan novel oleh Michael Connelly ni berkisarkan seorang peguam bela licik yang di upah untuk membela kes anak seorang hartawan hartanah yang pada mulanya hanya di anggap sebagai kes biasa tapi sebaliknya berkaitan dengan kes lamanya dan menyebabkan keluarganya terancam...

Banyak twist dan turn menyebabkan ceritanya jadi menarik...tapi the real star kat sini pada saya adalah Matthew McConaughey...nampaknya Matthew memang bersesuai membawakan watak seorang peguam...sesapa pernah tengok lakonannya dalam "A Time to Kill"...filem adaptasi novel John Grisham yang juga beliau berlakon sebagai peguam pasti akan bersetuju...

Kalau anda sukakan cerita2 courtroom drama...jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ni...REKOMENDED!


Monday, October 15, 2012

The Cabin in the Woods




The Cabin in the Woods (2011)

Mulanya ingatkan ianya hanyalah sekadar sebuah filem horror biasa...iyer la formula biasa filem horror yang berkali2 dah kita tengok...sekumpulan anak muda mengabiskan cuti hujung minggu dengan menginap di rumah terpencil dalam hutan dan diganggu hantu...siap ngan adegan klise stesen minyak terpencil dengan pemilik yang aneh....tapi anda tersilap jika mengangapnya begitu...

Separuh perjalanan cerita kita akan sedar bahawa ianya bukanlah filem horror yang biasa...Satu idea baru yang sangat kreatif...memang tak terpikir pun pada awalnya..ritual pengorbanan manusia di zaman moden?...tak leh cerita banyak nanti spoiler...

TCITW mungkin bukannya salah sebuah horror filem yang menakutkan...tapi yang pastinya ianya adalah salah satu dari yang terbaik.


Thursday, September 27, 2012

Elevator

Elevator (2011)


Apa yang sanggup anda lakukan jika anda bersama 8 orang yang lain terperangkap dalam lift..dan salah seorang daripadanya mempunyai bom yang menunggu masa untuk meletup...dengan tajuknya pun dah boleh anggap ceritanya pasal apa...straight to the point...takder twist yang melampau.

Ini adalah kali ke 2 dalam tempoh setahun ni aku tengok cerita pasal orang terperangkap dalam lift...tak boleh nak salahkan kalau aku asyik terbayangkan filem Devil (2010)...tapi tak boleh nak samakan Elevator dengan Devil...yang ni lebih di alam nyata...tak ada unsur2 horror super natural...walaupun ada sedikit adegan ganas berdarah di penghujungnya...tapi dari segi suspennya aku rasa Devil lagi bagus...

Cerita yang pada aku so so ajer la...agak slow terutama pada awalnya...lebih rekomenkan Devil jika nak tengok cerita pasal terperangkap dalam lift.








Monday, September 24, 2012

UNITED

Sempena me"lauk"kan liverpool malam tadi....hahaha...



UNITED (2011)

Berdasarkan kisah benar the "Busby Babes" dan trajedi  Munich 1958...Jika anda penyokong Manchester United seperti saya...konpem anda akan beremosi selepas menontonnya....

Tapi terdapat jugak sedikit kontroversi kenapa ianya lebih menumpukan kepada cerita Jimmy Murphy (penolong pengurus) bukannya Sir Matt Busby sendiri....sehinggakan anak beliau Sandy Busby membantah cerita ini kerana padanya Sir Matt Busby digambarkan seolah2 sebagai seorang gangster bukannya pengurus bolasepak...

Walaubagaimanapun...jika anda peminat United...dah tentu2 lah wajib tengok...tapi kalau bukan...tak kisahla anda liverpool ker apa...malah yang tak minat bola pun memang aku rekomen untuk tengok...

"At United we strive for perfection, if we fail we might just have to settle for excellence - Sir Matt Busby"


"Anyone can buy a team and trophies, but only the greatest teams will be respected for creating a legacy"

UNITED ! UNITED ! UNITED !



Tuesday, September 18, 2012

The Woman in the Fifth

Lagi antara movie yang baru aku tengok...


The Woman in the Fifth (2011)

Ceritanya menarik...pelakonnya pun bagus...tapi pernah tak anda rasa frust mengabiskan 85 minit dalam hidup anda menonton filem tapi pengabisnya anda tak paham satu apa pun?...Ini lah yang aku rasa bila menonton filem ni...so...boleh tak sapa2 yang dah tengok filem ni terangkan pada aku....

Kesimpulannya...jika nak mencabar minda...silalah tonton filem ni...


Tuesday, September 4, 2012

The Good Doctor

Lagi filem yang aku tonton sepanjang ramadhan yang lalu...

The Good Doctor (2011)


A young doctor goes to unconscionable extremes in order to remain in the service of a female patient with a kidney disorder.

Filem drama yang agak gelap...menganggu dan creepy....mengisahkan seorang doktor muda yang sanggup melakukan perkara yang diluar batasan semata2 untuk mendapatkan respek dari boss, rakan sekerja dan ketua jururawat...watak antihero...yang tak tau nak kata jahat tak jahat atau nak benci tak benci...

Orlando Bloom...seorang lagi pelakon lelaki yang aku suka...terutama wataknya dalam "Elizabethtown" (rekomended)...agak sesuai ngan watak Dr Martin Ploeck dalam cerita ni...muka baik dan innocencenya tu mengundang rasa kasihan kepada wataknya...

tak pandai nak bagi rating...tapi Patut Tonton!


Monday, September 3, 2012

50/50

Filem yang aku tengok sepanjang ramadhan lalu...

50/50 (2011)


Kisah seorang pemuda berusia 27 tahun yang aktif...mengamalkan gaya hidup sihat...tidak merokok...tetiba disahkan menghidap kanser....bagaimanakah dia harus menghadapi hari2 mendatang setelah mengetahui peluang untuk terus hidup cuma 50/50...

Bunyinya agak sedih...tapi cerita ni sedikit lawak sebenarnya...terutama dengan adanya raja lawak Seth Rogen berlakon sama....Ceritanya menang menarik...apatah lagi pelakon utamanya adalah salah seorang pelakon muda kegemaran aku...Joseph Gordon-Levitt...mula minat lakonan beliau dalam filem (500) Days of Summer (rekomended)...tambah suka watak beliau dalam filem Hesher...

Kesimpulannya...Patut Tonton!!





Saturday, December 31, 2011

By Invitation Only

Penutup cerita pasal cd bagi tahun 2011...


By Invitation Only - Michael Schenker Group (2011)

Sepanjang tahun 2011...ini lah satu2nya cd terbitan 2011 yang aku ada...Megadeth Th1rt3en pun aku takder lagi...macam kurang berminat pulak nak explore album2 baru...aku seperti peminat Liverpool...hidup dalam sejarah...heheh...

Ada 3 sebab kenapa aku beli cd ni...pertamanya ini Michael Schenker...gitar hero aku sejak zaman remaja...keduanya...harga dapat murah (RM20)...itu sudah semestinya la kan...dan last...sila perhatikan list mereka yang terlibat dalam cd ni...

Vokal
Robin McAuley (McAuley Schenker Group)
Sebastian Bach (Skid Row)
Joe Lynn Turner (Deep Purple, Rainbow, Yngwie Malmsteen's Rising Force)
Jeff Scott Soto (Yngwie Malmsteen's Rising Force, Axel Rudi Pell)
Tim “Ripper” Owens (Yngwie Malmsteen, Judas Priest, Iced Earth)
Mark Slaughter (Slaughter)
Tommy Shaw (Styx, Damn Yankees)
Gary Barden (MSG)
Paul Di’Anno (ex-Iron Maiden)

Bass
Jeff Pilson (Dokken, Dio)
Rudy Sarzo (Quiet Riot, Ozzy Osbourne, Whitesnake, Dio, Blue Öyster Cult)
Tony Franklin (Blue Murder)
Mike Inez (Ozzy Osbourne, Alice In Chains)
Phil Soussan (Ozzy Osbourne)

Drums
Brian Tichy (Whitesnake, Billy Idol)
Aynsley Dunbar (Whitesnake, UFO, Journey)
Simon Wright (Dio, AC/DC)
Vinny Appice (Black Sabbath, Dio)
Eric Singer (KISS)

Perhatikan antara senarai lagu2nya pulak
"Run To The Hills" (Iron Maiden)
"Save Yourself" (McAuley Schenker Group)
"Finding My Way" (Rush)
"Doctor Doctor" (UFO)
"War Pigs" (Black Sabbath)
"Money" (Pink Floyd)
"Out In The Fields" (Gary Moore)
"Hair of the Dog" (Nazareth)



iyer..ni bukan lah album lagu2 baru MSG...tapi lagu2 kaver...kira konsepnya lebih kurang macam Malmsteen Inspiration...cumanya macam tak kena letak MSG...pasal ni projek album antara Michael ngan artis2 jemputan...mungkin kehendak syarikat rakaman...tapi apa ada hal...guna MSG ker apa...semua pun tau...tak kira siapa pemuzik maupun vokalistnya...MSG adalah Michael Schenker...

Nak kata best ker tak best...ikut memasing la...ada yang tak suka lagu kaver...pada aku ok la...Michael Schenker punya kerja gitar memang tetap power...antara gitar hero yang sampai tua pun aku masih follow...tapi ada lagu yang aku rasa dah overated...banyak sangat orang kaver...contohnya Doctor Doctor...walaupun ni lagu dia dan Jeff Scott Soto nyanyi...tapi yang asal jugak tetap melekat kat telinga aku....berbeza pulak ngan Hair Of The Dog....ni pun banyak orang kaver...tapi bagi aku versi MSG ni best...mungkin pasal Paul Di’Anno yang nyanyi kot...lama dah tak dengo suara orang tua ni kan...

Album ni pasal muziknya..aku takder masalah...semua musician power2 la kan...cuma bab vokalistnya la...kekadang aku rasa Robin McAuley tak sesuai nyanyi lagu Run To The Hills...suara dia tak ganas...mungkin kalau Sebastian Bach yang nyanyi lagi power...

Cd ni khas untuk pengemar Michael Schenker macam aku...untuk yang lain aku tak rekomen..