Showing posts with label Bon Jovi. Show all posts
Showing posts with label Bon Jovi. Show all posts

Thursday, October 10, 2024

Forever

 Lagi yang terkini di pasaran...

Bon Jovi - Forever (2024)

Saya suka beberapa lagu dari album sebelumnya (2020). Sebab tersebut dan gambar cover album terbaru yang menarik hati membuatkan saya membeli cd ini tanpa cubaan di Spotify.

Bon Jovi dah lama berubah. Mereka bukan lagi "long hair rock n roll band". Makanya tak perlu untuk berharapan tinggi. Tanpa Richie Sambora, sound gitar berdistorsi bukanlah lagi tumpuan utama.

Mereka kini lebih kepada band pengiring Jon yang memainkan muzik pop rock dengan pengaruh country seperti Bruce Springsteen.

Ianya bukanlah tak sedap. Banyak sahaja lagu yang sedap. Jon masih banyak idea. Tetapi bagi yang gemar dengan muzik Bon Jovi yang asal ianya sesuatu yang agak payah juga untuk di hadam. Maklumlah genrenya sudah berbeza..


Tuesday, February 6, 2024

Gila Format - Bon Jovi

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 21hb Januari yang lalu...

Bon Jovi - Bon Jovi (1984)

Sebenarnya ini adalah kali ketiga menulis tentang album ini. Kali pertama pada tahun 2009>SINI< dan keduanya 10 tahun yang (ulangtahun yang ke 30) >SINI<.

Tidak apa lagi yang nak diceritakan. Semuanya boleh dibaca pada 2 entri tersebut. Cuma yang berbezanya dalam tempoh 10 tahun tersebut album ini telah berjaya saya "gila format' kan. Cuma susunannya terbalik. Biasanya dari kaset beranak ke cd dan lp...tetapi kali ini dari cd menjadi lp dan akhir sekali kaset.

Sesuatu yang menarik menarik tentang album-album awal Bon Jovi adalah kerja gitar Richie Sambora. Ini adalah zamannya yang lagu-lagu Bon Jovi masih menonjolkan beliau sebagai seorang shredder.

Selain Slippery When Wet, album pertama Bon Jovi ini sememangnya mempunyai nosltagia yang tersendiri. Runaway kerana ianya adalah lagu pertama Bon Jovi yang saya dengar dan tahu. Manakala "She Dont Know Me" akan sentiasa mengingatkan saya kepada "crush" zaman sekolah yang tak kesampaian.


Monday, July 17, 2023

Rawak - Destination Anywhere

Rawak adalah cd/lp yang dibeli secara rawak yang tiada perancangan awal tetapi dibeli bersama-sama dengan cd/lp yang memang dicari kerana ianya secara purata akan dapat menjimatkan kos postage dan adakalanya percuma...

Jon Bon Jovi - Destination Anywhere (1997)

Jujurnya tak pernah ambil tahu pun sebelum ini. Satu-satunya lagu yang pernah dengar adalah "Midnight in Chelsea". Tak berminat dengan lagu tersebut menyebabkan tak rasa ada keperluan untuk mendengar lagu-lagu yang lainnya.

Bila terjumpa di Shopee yang cd ini dijual dengan harga serendah RM14.85 dengan pos percuma bila dibeli dengan cd-cd lain. Maka rasa tak rugi pun untuk mencuba.

Tetapi...saya gagal untuk mendengarnya tanpa skip. Selain lagu "Janie, dont take your love to town" yang kedengaran seperti lagu-lagu balada Bon Jovi era 90an, lagu-lagunya lainnya adalah lagu-lagu balada pop alternative mendayu yang pada saya meletihkan. Ianya jauh berbeza dengan album solo beliau yang pertama (Blaze of Glory) dan juga bukan seperti album-album Bon Jovi.

Maka secara rasminya, cd ini akan terus masuk ke rak dan ntah bila akan disentuh semula Pembelian secara rawak sememangnya tidak semua akan menjadi...


Wednesday, January 27, 2021

2020

 Ini bukan pasal tahun 2020. Tapi album terbaru dari Bon Jovi

Bon Jovi - 2020 (2020)

Lama dah tak beli album-album dari Bon Jovi. Yang betul- betul beli dan dengar adalah These Days (1995). Album-album selepas dari itu memang tak minat. Ini yang susahnya bila band dah berubah tetapi peminatnya tidak.

Terjebak membeli cd ini kerana ada lagu-lagunya yang "jiwa"nya membawa kita kembali ke era Bon Jovi di awal 90an. Lagu "Blood in the water" seolah-olah lagu dari album Keep the Faith/These Days. Solo gitarnya juga mempunyai "rasa" solo Richie Sambora. "Story of Love" pula melodinya mengingatkan saya kepada lagu kumpulan Soul Asylum.

Ada la 2, 3 lagu lain yang melodinya sedap. "Limitless", "Do What You Can"... Tapi jangan harap ianya sebuah album hard rock seperti dulu-dulu. Bon Jovi sekarang hanyalah sebuah band pop rock yang muziknya mungkin kedengaran seperti Bruce Springsteen ataupun John Mellencamp.

Tanpa Richie Sambora, Bon Jovi hanyalah seperti album solo Jon Bon Jovi yang muziknya menampilkan Tico Torres dan David Bryan ...


 

Wednesday, July 15, 2020

Speedy's Coming

Bukan pasal Scorpions. Tapi nak cerita tentang kedai Speedy yang buat jualan diskaun sempena nak tutup. Bukanlah pelanggan tetap mereka. Dulu-dulu rajin la juga pergi. Tetapi sejak-sejak Speedy ni lebih banyak jual dvd berbanding cd, memang tak rajin dah. Tambah pula kebelakangan ni banyak cd cina dan korea jer pun dorang jual. Memang dah tak kumpul movie sejak pupusnya zaman vcd. Makanya memang jarang dah singgah Speedy.

Tapi diskaun punya pasal, singgah la juga Speedy di Mid Valley SouthKey. Yang kaki movie rasanya memang berbaloi. Ada yang 10 keping dvd = RM10, ada yang 7 = RM35. Yang cerita-cerita series memang hampir nak terbeli juga. Memang murah. Dah pegang-pegang Northern Exposure, tapi disebabkan tak ada S01 dan S02 tak jadi beli. Tapi bila balik rumah rasa nyesal pulak tak beli...hahaha...


Cd memang tak ada yang best. Tapi dari pulang dengan tangan kosong beli juga lah box set cd pirate made in china dengan harga promosi 2 keping = RM30.


Bon Jovi memang pasal tak ada lagi cd ini dalam simpanan manakala Guns N' Roses pula pasal semata-mata nampak cantik covernya.


Kotak cantik. Cdnya pun cantik ala-ala piring hitam. Tapi bab inlay memang memang hampeh. Ntah awek cina mana la dah masuk ganti Axl Rose dan Slash...kah kah kah...



Wednesday, January 10, 2018

Monday, August 29, 2016

Slippery When Wet

Sempena 30 tahun (18hb Ogos 1986) album yang menjadi nostalgia untuk saya...


Bon Jovi - Slippery When Wet (1986)

Setiap orang ada tempat bermula. Seperti entri di >SINI< Slippery When Wet adalah tempat bermulanya saya menjadi seorang yang kemaruk membeli muzik. Dari kaset ke cd dan kini merapu ke piring hitam.


Ketika album ini keluar, saya baru terjebak dengan muzik rock. Seingat saya kali pertama mendengar lagu You Give Love A Bad Name adalah dalam rancangan radio Casey Kasem American Top 40. Lupa dah di siaran radio mana tetapi sejak itu saya mula terpengaruh dengan Bon Jovi. And the rest is history. Walaupun 2, 3 tahun kemudiannya saya mula pula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrim, namun Bon Jovi akan sentiasa ada tempatnya di hati saya.



Ianya mengembalikan kenangan di zaman sekolah. Mendengarnya hampir setiap hari sehinggakan naik hafal kesemua lagu-lagunya. Menonton tape VHSnya beramai-ramai. Terkial-kial belajar intro lagu "Wanted Dead Or Alive". Berangan nak jadi rock star. Ini adalah zamannya heavy metal dan rock masih tiada beza.  Tak kisah sangat pasal genre. Ini juga zamannya Richie Sambora masih melakukan apa yang seorang gitar hero patut  lakukan. Sesungguhnya saya rindukan zaman tu.




Friday, June 19, 2015

These Days

Lupakan sekejap pasal album baru Iron Maiden yang akan terbit September ini, tetapi yang ini pasal band yang akan datang ke Malaysia pada September ini.

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini (19hb June)


Bon Jovi - These Days (1995)

Sesuai dengan tajuknya, Bon Jovi seolah-olah menyedarkan peminat mereka yang seperti saya bahawa mereka tidak akan lagi menoleh kebelakang.

Sejujurnya, saya agak susah untuk menerima Bon Jovi yang baru. Saya masih bernostalgia dengan album-album zaman 80an mereka. Disebabkan itu, ini adalah album terakhir dari mereka yang benar-benar saya "follow". Saya berhenti mendengar Bon Jovi selepas dari ini.


Sebenarnya album ini bukanlah tak bagus. Jon dan Richie masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang bagus. Masalahnya pada ketika itu (1995), saya masih berdarah muda. Masih dahagakan lagu-lagu mereka yang berat dan rock n roll. Tetapi mereka telah menjadi "mellow". Banyak lagu-lagu yang berentak perlahan. Mereka telah menjadi AOR dengan pengaruh blues.

Tetapi sejak-sejak bertambah muda (heheh..), kembali semula mendengar album ini, saya rasakan agak menarik juga. Seperti saya sekarang, muzik mereka juga lebih matang. Sususan muzik yang lebih bagus. Lebih asyik terutamanya bila mendengar lagu-lagu balada mereka seperti "This Ain't A Love Song", "Something For The Pain", "My Guitar Lies Bleeding In My Arms", "Lie to Me", "It's Hard Letting You Go dan beberapa buah lagu lain lagi.


Suka tak suka, saya tetap mempunyai "soft spot" kepada mereka. Bon Jovi adalah antara band rock terawal yang saya dengar bila saya mula meminati muzik rock dan metal. Tambah menarik, anak perempuan sulong saya juga sukakan lagu-lagu mereka. Satu-satunya band yang kami boleh dengar bersama-sama. Yang lain tu dia dengar K-Pop...saya layan Iron Maiden...heheh...





Friday, March 27, 2015

7800° Fahrenheit

Yang genap berusia 30 tahun pada hari ini, 27hb Mac.


Bon Jovi - 7800° Fahrenheit (1985)

Bon Jovi memang sentiasa ada tempat yang istimewa pada saya. Tak kira metal hantu atau ketika sedang melaui zaman true sekalipun, saya tetap mempunyai "soft spot" kepada mereka. Maklumlah selain Iron Maiden, mereka adalah antara cinta pertama saya kepada muzik heavy metal. (dulu-dulu Bon Jovi pun masuk kategori heavy metal)



7800° Fahrenheit tidak pernah saya dengar pada tahun ianya diterbitkan. Maklumlah album pertama Bon Jovi saya adalah "Slippery When Wet (1986)".  Penghujung 80an dulu, ketika lagu "In and Out of Love" dimainkan oleh DJ Lyn Saadon dalam rancangan radionya "Rock On One" (Radio One Singapore - dah tak ujud kot stesen radio ni) saya sangkakan ianya dari album baru. Maklumlah zaman belum ujudnya internet. Jenuh juga mencari album ini kerana memang tak pernah jumpa kasetnya pada ketika itu walaupun versi "apache". Tapi sekarang dah boleh eksyen la...dah ada versi cd dan lp...heheh...


Lagu- lagu dari album ini kebanyakannya pertama kali saya dengar melalui video clip dari tape video VHS Bon Jovi Slippery When Wet. Zaman tu hampir hari-hari duduk mengadap video tu bila balik dari sekolah. Sesekali dapat tengok band rock memang kemaruk. Sekarang senanglah semua dah ada kat youtube.



Saya memang sukakan Bon Jovi pada zaman ini. Soundnya agak kasar dan mentah. Straigh hard rock/heavy metal bukannya AOR atau country rock macam zaman sekarang. Richie Sambora  pun masih pakai gitar cabang-cabang la kan. Tak rasa pun muzik mereka akan kembali ke zaman ini. Mereka dah "move on". Tambah-tambah Richie Sambora  pun dah blah. Saya sahaja yang tetap bernostalgia.

Kenangan zaman sekolah...



Wednesday, November 19, 2014

Sudah cukup sudah...




Cukup dah...tajuk yang lain tak berapa nak minat...nasib juga bukan pengumpul format kaset...kalau tak... memang parah!!!... 

Amaran : Jangan jadikan ini hobi anda...heheh...




Wednesday, September 24, 2014

Wordless Wednesday : Slippery When Wet





merujuk kepada posting pertama saya untuk tahun 2014 >SINI<  akhirnya album klmj ini berjaya juga saya miliki dalam bentuk vinyl....




Tuesday, August 5, 2014

Bon Jovi

Sempena 30 tahun dah usianya…


Bon Jovi – Bon Jovi (1984)

Album pertama Bon Jovi yang tidak menjemukan. Ianya berbeza dengan muzik yang mereka mainkan sekarang. Sayangnya mereka telah berubah tetapi saya tidak. Mungkin saya yang terlalu bernostalgia. Sememangnya selera muzik saya tersangkut di tahun 80an.

Lagu “She Don’t Know Me” akan sentiasa mengembalikan memori zaman sekolah menengah saya. Video clipnya dari tape video VHS Bon Jovi – Slippery When Wet telah saya tonton berulang-ulang kali hampir setiap hari hingga naik hafal liriknya walaupun pada ketika itu tidak mempunyai kasetnya.



Tape video tersebut adalah antara tape video terawal yang saya tonton kepunyaan abang selepas keluarga saya mempunyai pemain VHS di rumah. (Tak berapa ingat...mungkin pada tahun 1987 atau 1988). Tetapi yang menariknya kisah lagu tersebut mengingatkan saya kepada rakan perempuan di sekolah yang wajahnya mirip seperti Phobe Cates tetapi oleh kerana tidak berani memulakannya sehinggalah beliau berpindah sekolah. Akhirnya melepas. Heheh...

Mungkin itu juga jadi penyebab kenapa album ini sangat bernostalgia walaupun saya tidak pernah mempunyai kasetnya sehinggalah membeli cd ini beberapa tahun yang lalu.

Untuk ulasan saya dari tahun 2009 sila klik >SINI<





Thursday, April 17, 2014

Crossroads

entri terjangkit yang tidak sengaja...

album kompilasi yang dah berusia 20 tahun...dan boleh juga dikatakan antara album kompilasi kegemaran....


Bon Jovi - Crossroads (1994)

Tak kisah lah orang nak kata apa. Bon Jovi akan sentiasa mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri kepada saya. Mungkin yang true akan mencebik. Tetapi saya peduli apa....(James Hetfield yang dulunya tulis "Kill Bon Jovi" pada gitarnya pun akhirnya mengunakan khidmat Bob Rock, producer Bon Jovi)

Ini bukan untuk rebiu sangat. Semua lagu Bon Jovi terutamanya zaman-zaman awal 90an dan kebawah memang semuanya sedap-sedap. Tak percaya?...Cari...beli...pinjam atau download untuk percaya.




Dulunya saya mempunyai versi kaset. Sayang dah hilang ntah kemana. Rasanya ini adalah album yang sesuai untuk sesiapa mula mengenali Bon Jovi. Boleh dikatakan semua lagu popularnya ada. Pada saya popular tak semestinya best. Banyak lagi lagu mereka yang best terutamanya di zaman-zaman awal mereka.

Bon Jovi pada saya ada 4 era...

1 - Bon Jovi ST (1984) dan 7800° Fahrenheit (1985) - zaman mereka dianggap heavy metal

2 - Slippery When Wet (1986) dan New Jersey (1988) - zaman kemuncak hair metal

3- Keep The Faith (1992) dan These Days (1995) - zaman hard rock 90an

4 - Crush (2000) dan album-album yang berikutnya - zaman pop rock dan country

Walaubagaimanapun, saya tak cukup tegar untuk mendengar mereka di zaman yang ke 4. Yang itu mungkin boleh cari Portdy ataupun Deaf....heheh...

Nak tengok macamana rupa cd Crossroad 3-disc box set "Deluxe Sound & Vision" boleh rujuk blog Portdy kat >SINI<.





Wednesday, January 1, 2014

First...

Entri pertama untuk 2014...




"No one will ever remember their first download but you will always remember your first record."



(Jangan tak percaya Slippery When Wet adalah 1st kaset album penuh yang aku beli guna duit belanja sekolah masa tahun 1987 dulu. Sebelum tu hanya kaset best of atau lagu kompilasi atau pinjam abang atau dubbing kawan-kawan punya...)


Friday, December 28, 2012

Keep The Faith

Lagi album yang menyambut ulangtahun ke 20


Bon Jovi - Keep The Faith (1992)

Album ini sedikit mengecewakan saya. Bon Jovi sudah berubah baik dari segi imej dan juga lagunya. Imej berambut pendek dan lagu2nya yang lebih cenderung ke arah pop rock membuatkan saya kurang mengemarinya.

Persaingan dengan band grunge/alternative 90an sememangnya memberikan kesan kepada majoriti band2 metal/hard rock 80an. Nampaknya Bon Jovi juga tidak terkecuali. Mungkin Metallica telah mengajar mereka.



Album ini bermula dengan lagu yang agak OK tetapi agak merundum bila menuju ke penghujungnya. Lagu2 seperti "I Believe", ''Keep the Faith", "I’ll Sleep When I’m Dead" dan ''In These Arms" masih dapat menarik perhatian saya walaupun ianya bukan lagi seperti Bon Jovi yang lama. Manakala "If I Was Your Mother" pula jelas menunjukkan pengaruh muzik alternatif 90an telah melanda mereka. Dan lagu2 slow mereka pula...arghhhh..."Bed Of Roses" memang boleh buat saya menguap. Walaubagaimanapun saya cukup tertarik dengan lagu "Dry County". Lagu epik yang panjangnya 9 minit lebih  ni sangat sesuai jadi soundtrack filem Young Guns kalau ada bahagian ke 3.

Bon Jovi telah pun berada kemuncaknya dan Keep The Faith adalah album yang telah melepasi zaman tersebut. Walaubagaimanapaun ianya masih sebuah album pop rock yang bagus jika nak dibandingkan dengan album2 mereka yang berikutnya.



***kalau anda perasan, ayat yang digunakan di header blog adalah di ambil dari salah satu lirik lagu dari album ini.




Wednesday, June 13, 2012

Have a Nice Day

Ni aku baru beli kat Popular minggu lepas...



Bon Jovi - Have a Nice Day (2005) - Deluxe Limited Edition

1st kaset yang satu album bukannya lagu campur2 atau best of  yang aku beli guna duit belanja sekolah masa tahun 1987 dulu adalah Slippery When Wet....dan mungkin ramai yang tak tau...ayat kat header blog aku ni aku cilok dari lagu Bon Jovi...so sudah semestinya tak kira apa genre pun lagu yang aku dengar....Bon Jovi ni tetap ada sentimental valuenya pada aku...

Jujurnya aku stop beli album dorang sejak album These Days (1995)....lepas tu aku dah tak berapa nak follow dorang pasal aku dah tak minat arah tuju muzik mereka yang baru...tapi bila jalan2 kat Popular City Square, JB minggu lepas....di sebabkan kedai tu akan ditutup untuk kerja2 ubahsuai pada pertengahan bulan ni...ada beberapa cd yang dorang jual dengan harga cuma RM9.90....tambah2 pulak cd Have A Nice Day ni bukan cd Malaysia edition maupun cd edisi biasa....ni deluxe limited edition siap dengan dvd....dengan harga yang serendah tu....memang aku tak pikir panjang la...best ker tak best...sambar ajer la...



Ini 1st time aku dengar secara keseluruhan album ni...ada la jugak beberapa lagu yang aku pernah dengar dan tengok kat radio atau tv...ternyata dari segi penulisan lagu...Jon dan Richie tetap macam dulu...lagu2 yang melodic dan sedap2 belaka...walaupun suara Jon bukanlah sehebat masa muda2 dulu....tapi sayangnya yang aku nak komplen sebagai seorang yang follow Bon Jovi dari tahun2 80an adalah kemana menghilangnya riff2 dan solo2 panjang Richie???....Sayang sungguh...seorang shredder yang yang sehebat Richie kini hanya bermain muzik pop....rasa macam membazir jer bakat dia...sama kes macam Vivian Campbell kat Def Leppard....

Ternyata keputusan aku untuk meninggalkan muzik Bon Jovi yang baru adalah tepat....selagi mereka tidak kembali ke era Bon Jovi ST dan 7800° Fahrenheit (zaman dorang masih dianggap heavy metal) atau Slippery When Wet dan New Jersey (zaman dorang dianggap sebagai hair metal walaupun di telinga aku bukan...) ataupun Keep The Faith dan These Days (zaman hard rock 90an)....dan selagi mereka bermain pop rock ala2 U2 maupun Bruce Springsteen yang kurang gitar oriented....memang malas la aku nak follow....

Dvdnya mengandungi 6 lagu dari persembahan live dari Atlantic City tahun 2004...semua lagu2 ni bukannya dari era 80an yang aku tau....so...mungkin sekali ni jer la aku bukak dvdnya... :P

Dan aku rasa mereka memang tak akan balik pun ke 3 zaman tersebut....so aku stay jer la kat Bon Jovi era 80an....


Wednesday, August 25, 2010

Blaze Of Glory

Bulan puasa ni cerita pasal album2 yang rilek jek jer la...sebuah lagi album dari tahun 1990...album solo Jon Bon Jovi...Blaze Of Glory..



Semasa album ni keluar masa tahun 1990 tu...aku tak beli pun kaset ni...maklum la tu jam tengah thrash...album camgini bukan priority...tapi dah terdengar budak depan bilik aku tu asik la bukak tiap hari2...menangkap pulak kat telinga aku...akhirnya terminat lak aku...

Blaze of Glory ni adalah album solo pertama Jon Bon Jovi...mendengar album ni terasa macam kita di zaman Wild Wild West..memang kuat feel koboinya...memang tepat betul album ni menjadi soundtrack untuk cerita koboi Young Gun 11...aku pernah terbaca yang Jon memang meminati cerita2 koboi...so memang takder masaalah la untuk beliau membuat satu album yang bertemakan begitu...

Sebenarnya dalam album Bon Jovi pun dah boleh nampak kecenderungan Jon pada koboi ni...contoh terbaik lagu Wanted Dead Or Alive dari album Slippery When Wet...lagu ni kalau letak kat album Blaze Of Glory pun memang masuk la...dalam dokumentari Behind The Music VH1 pun ada cakap yang Jon dan Richie Sambora pernah bercadang nak buat satu album Bon Jovi yang bertemakan koboi...ni masa tahun 80an dulu...tapi tak menjadi...mungkin idea2 dari projek tu Jon simpan sehinggalah pelakon Emilio Estevez yang memegang watak Billy The Kid dalam filem Young Gun 11 tu mahukan lagu Wanted Dead Or Alive sebagai lagu tema...sebaliknya 10 lagu baru yang Jon bagi..and the rest is history la...



Aku layan kesemua lagu dari album ni...semua best...antara yang patut di beri perhatian dah tentu2 lah lagu yang pernah menduduki carta no 1 top 100 Billboard... "Blaze Of Glory" dan single ke 2..."Miracle"...tapi ada sebuah lagi lagu yang cukup aku suka..."Santa Fee"...vocal Jon memang tahap terbaik la untuk lagu ni..

Dan buat pertama kalinya jugak...Jon tidak diiringi oleh Bon Jovi semasa di studio rakaman (tapi kat Accademy Award...Jon perform Blaze Of Glory bersama2 Bon Jovi)...pemuzik yang bermain untuk album ni pun bukan calang2...antaranya Jeff Beck dan Robbin Crosby (Ratt) untuk gitar dan Randy Jackson (American Idol) untuk bass dan artis2 undangan seperti Elton John dan Little Richard...



Dah tercerita pasal soundtrack...macamana pulak movienya?...hmmm...sebenarnya dah lama sangat...aku pun dah lupa macamana ceritanya....seingat aku ni cerita pasal Billy The Kid...aku ni kecik2 dulu cukup suka tengok cerita2 koboi (tahun2 80an kalau tak silap TV2...aku dah lupa setiap hari apa akan main cerita2 koboi ni...terutama cerita2 John Wayne)...dan seingat aku cerita ni tak menghampakan aku...so rasanya best la kot...sumpah aku memang dah lupa...hehehe...pelakon2 pun hebat2 kan..Emilio Estevez,Kiefer Sutherland,Christian Slater,Lou Diamond Phillips...nanti la ada masa sedut dan tengok balik...

apa2 pun walau kalau korang tak suka cerita koboi sekali pun...tapi untuk sountrack ni memang takder sebab la untuk tak suka...recommended!!!


"Yoo hoo....I'll make you famous."

Sunday, October 11, 2009

Bon Jovi st



Kali pertama aku dengar lagu Bon Jovi kalau tak silap adalah pada tahun 84..bukan satu album tapi satu lagu dari satu kaset kompilasi lagu2 popular tahun tersebut..aku dah lupa apa tajuk kaset tu tapi yang masih aku ingat dalam banyak2 lagu pop new wave dalam tu ada 4 lagu yg guitar oriented yang benar2 aku minat dan selalu ber”air guitar” ataupun raket badminton di jadikan gitar bila dengar lagu2 tersebut..

Run To You – Bryan Adam, Love Somebody – Rick Springfield, Sister Christian – Night Ranger dan Runaway – Bon Jovi

Itulah pertama kali dengar Bon Jovi…menarik jugak lagu Runaway tu..tapi itu sajalah yg aku tau pasal Bon Jovi sehingga lah pada tahun 86 bila lagu You Give Love A Bad Name dari album Slippery When Wet meletup…time tu baru lah tau macamana rupanya dan sapa2 dia anggota band Bon Jovi tu..



Tapi aku bukan nak citer pasal Slippery When Wet (ni lain kali citer..tungguuu…) tapi pasal 1st album Bon Jovi yang tajuknya jugak Bon Jovi..album ni aku dapat dengar penuh hanya pada tahun 88 atau 89..tapi aku dah familiar dengan sesetengah dari lagu2nya dari bonus video clip yang ada dalam tape VHS Slippery When Wet dulu..

First time nengok video clip dalam VHS tu aku dah terminat dah ngan lagu She Don’t Know Me..sebuah lagu yang sederhana rancak..satu2nya lagu dalam sejarah Bon Jovi yang bukan dorang cipta sendiri..memang layan lagu ni..



Antara highlight cd ni sudah tentunya lagu Runaway...dengar ceritanya dan seperti yg tertulis kat booklet cd ni...lagu ni bukanlah dimainkan oleh Richie,Alec,David dan Tico...tapi dimainkan oleh pemuzik undangan kerana lagu ini adalah lagu pertama yg dirakamkan oleh Jon untuk mendapatkan kontrak syarikat rakaman...tak tau la samada lagu ni dirakamkan semula ataupun sememangnya versi asal..Richie,Alec,David dan Tico hanya menyertai Bon Jovi selepas lagu Runaway dirakamkan..

Bagi aku ini adalah antara album terbaik Bon Jovi..kalau nak dengar muzik Bon Jovi yang kasar…mentah…berat…bukan rock leleh dan country macam sekarang..ataupun solo2 membunuh Richie Sambora..bukannya malu2 nak menyolo macam sekarang..inilah album yang patut di cari..inilah zamannya mengapa Richie Sambora dianggap salah seorang gitar hero yang hebat.

Banyak lagu2 yang menarik antaranya 2 lagu yang boleh dikatakan paling heavy dalam album ni iaitu Roulette dan Get Ready…Roulette tu dia punya beat buat aku teringat lagu Langit Dan Bumi – Search pulak.. Tiada lagu slow meleleh..yang paling hampir pun rasanya lagu Love Lies..dapat dirasakan inilah signature untuk lagu2 slow Bon Jovi selepas itu..

Tapi selain lagu Runaway..dan lagu2 yang aku sebut tadi..sebuah lagi lagu yang aku cukup minat adalah Shot Through The Heart…rasanya kalau lagu ni muncul di zaman Slippery When Wet pastinya lagu ni juga boleh menjadi popular sebaris dengan You Give Love A Bad Name dan Living On A Prayer..



Kekurangan album ini?..rasanya dari segi lirik la..majoritinya lirik cintan bodoh ajer...tapi kalau nak dikira dari segi melodi lagu yang catchy tu…rasanya boleh dimaafkan la lirik2 ni…hehe..

Kesimpulannya kepada sesapa peminat Bon Jovi yang bermula dizaman 90an ke atas..aku rekomen 1st album ni…mungkin takder lagu2 leleh macam zaman Keep The Faith ke atas..tapi lagu2 hard rocknya tetap melodic dan catchy dan mungkin korang akan paham kenapa peminat2 zaman 80’s macam aku lebih suka Bon Jovi yang lama…sebuah “long hair heavy rock n roll band” (definasi Jon sendiri yang aku terbaca kat satu interview majalah satu masa dulu) bukannya band rock leleh,country dan anti solo macam sekarang.

Aku tinggalkan 3 lagu versi live dari cd ni..semuanya dari zaman2 awal kemunculan mereka..layan..

Runaway live Tokyo 1985


Shoot through the heart Tokyo 85


She Dont Know Me 84