Showing posts with label Exodus. Show all posts
Showing posts with label Exodus. Show all posts

Thursday, July 10, 2025

Gila Format - Impact Is Imminent

Remembering my youth - 35th anniversary

Exodus - Impact Is Imminent (21/06/1990)

Satu lagi soundtrack zaman remaja. Ianya tak sepopular album-album sebelumnya. Bukan yang terbaik dari mereka tetapi meninggalkan banyak sentimental value. Ini adalah antara kaset asli terawal yang dibeli ketika sedang menuntut di IPTA. Sudah semestinya menggunakan duit pinjaman belajar.


Riff laju, agresif dan sound yang berat. Ianya adalah thrash yang kasar. Cuma mereka kurang riff yang mudah melekat. Dan banyak lagu yang terasa terlalu panjang menyebabkan adakalanya menjadi bosan.
Tapi kalau dah memang minat thrash dan Exodus, ini bukanlah suatu masalah.

Thrash Under Pressure!


Monday, June 13, 2022

Force of Habit

 Sambung lagi cerita pasal album dari 30 tahun yang lalu (1992)…


Exodus - Force of Habit (1992)

Entah kenapa hampir kesemua nama besar thrash bermuhasabah diri pada awal tahun-tahun 90an (haha.) Exodus juga tidak terkecuali.

Dulu selalu nampak ianya di kedai kaset. Gambar covernya yang agak unik dan lain dari yang lain seolah-olah memanggil-manggil untuk di beli. Tetapi entah kenapa setiap kalinya tetap juga tak dibeli. Mungkin juga pada ketika itu dah terdengar yang ianya bukanlah seperti muzik Exodus yang biasa. Makanya album ini juga senasib dengan album-album thrash terbitan tahun 1992 yang lain yang tidak didengar pada tahun ianya diterbitkan.

Kalau tak silap kali pertama dengar adalah selepas 2000an (era MP3). Ketika itu minda dah disetkan bagaimana muzik Exodus yang sepatutnya. Walaupun ada lagunya yang sedap tetapi mendengarnya hanyalah sambil lalu.


Mendengarnya secara betul hanyalah selepas cdnya dibeli beberapa tahun yang lalu. Nak kata minat, memang ada lagunya yang bagus terutamanya 2 track pertama, "Thorn in My Side" dan "Me Myself & I,". Tetapi agak letih juga untuk menghabiskan satu album bila ada lagu yang agak panjang dan kedengaran agak berulang-ulang.

Ianya adalah percubaan Exodus untuk menjadi trendy dan komersial. Rentak lagunya lebih perlahan. Cumanya mereka masih bertahan tanpa lagu ballad. Mungkin vokal Steve "Zetro" Souza tidak sesuai untuk lagu-lagu begitu walaupun beliau dikerah untuk lebih "menyanyi" di dalam album ini. Satu yang menarik adalah solo-solo gitar dari Gary Holt. Ianya lebih melodic walaupun rif-rif lagunya agak simple.

Exodus yang berbeza. Tambah pula dengan adanya lagu cover yang agak janggal (Bitch - Rolling Stones dan Pump It Up - Elvis Costello). Walaupun janggal, ianya menjadi...


Monday, February 28, 2022

Persona non grata

Lagi album terbitan 2021....

Exodus - Persona Non Grata (2022)

Album kedua selepas kembalinya Steve "Zetro" Souza kepangkuan Exodus. 7 tahun selepas album yang terakhir, Blood In, Blood Out (2014). Ianya tertangguh kerana komitmen Gary Holt kepada Slayer, Lee Altus kepada Heathen dan penyakit kanser kepada drummer mereka, Tom Hunting.

Tetapi ianya penantian berbaloi untuk anda pengemar Exodus khususnya dan thrash metal secara amnya. Mereka adalah orang tua yang betul-betul thrash sampai tua. Selepas 12 album pun mereka masih tak pernah menghasilkan lagu ballad. Kalau yang biasa dengar Exodus pasti tahu yang thrash mereka adalah yang jenis laju, brutal dan berada di dalam sempadan death metal. Trademark mereka sejak bertahun-tahun.

Persona Non Grata tidak berada jauh dari Blood In, Blood Out. Sangat sesuai untuk yang dahagakan lagu-lagu thrash yang laju dan berat. Kalau ada nak komplen pun mungkin akan rasa sedikit letih kerana durasi albumnya yang agak panjang untuk genre yang sebegini.


Monday, February 11, 2019

Fabulous Disaster

Ulangtahun ke 30 pada 30hb Januari yang lalu.



Exodus - Fabulous Disaster (1989)

Kurang nilai nostalgia dengan album ini. Tak pernah ada dan tak pernah dengar pada ketika itu. Tak jumpa kasetnya di kedai dan tiada kawan yang ada untuk di pinjam. Antara album yang hanya dapat di baca ulasannya di majalah.

Satu-satunya lagu yang dapat didengar dari album ini pada masa itu hanyalah "The Toxic Waltz". Itu pun tak ingat dari mana. Mungkin juga kaset kompilasi dubbing dari rakan-rakan. Betul-betul dapat dengar album ini sepenuhnya hanyalah ketika zaman wujudnya MP3. Maka kesannya tidaklah mendalam seperti apa-apa album yang didengar ketika tahun ianya di edarkan.


Tetapi yang pastinya mungkin ini percubaan mereka untuk lebih komersial. Peluang untuk masuk MTV. Lagu-lagunya lebih melodic dan catchy dari abum-album sebelumnya. Ada lagu-lagunya yang mengingatkan saya kepada Anthrax. Terutama bahagian backing vokalnya.

Sebuah album thrash yang bagus. Tetapi lagu-lagunya bagi saya agak kurang konsisten. Ada yang biasa-biasa sahaja. Mungkin itu antara penyebab yang mereka tidak berjaya menjadi Big 4 of thrash.


Everybody do THE TOXIC WALTZ !!


Tuesday, December 26, 2017

Bukan dari The Big Four

Bila malas dan tiada idea untuk menulis, maka akan keluarlah entri-entri riak cdwi.. 😀

10 album terbaik thrash yang bukan dari Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mengikut loudwire.com. Seperti biasanya lain orang akan lain pendapatnya.


10 - Overkill - The Years of Decay (1989)
9 - Annihilator - Alice in Hell (1989)


8 - Death Angel - Frolic Through the Park (1988)
7 - Suicidal Tendencies - Lights, Camera, Revolution (1990)


6 - Flotsam & Jetsam - Doomsday for the Deceiver (1986)
5 - Dark Angel - Time Does Not Heal (1991)


4 - Nuclear Assault - Handle with Care (1989)
3 - Kreator - Extreme Aggression (1989)


2 - Exodus - Bonded by Blood (1985)
1- Testamant - The Legacy (1987)

Semua ni sebenarnya berpuluh tahun kumpul. Membeli apa yang suka. Tak kisahlah versi apa. Yang penting janji ada. Kadang-kadang bila buat entri macam ni baru perasan apa yang kita tak ada. Extreme Aggression pun hanya setakat versi NSR rupa-rupanya. Tapi yang pastinya Frolic Through the Park adalah misi ebay saya yang seterusnya.






Monday, October 23, 2017

Pleasures of the Flesh

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 7hb Oktober yang lalu...


Exodus - Pleasures of the Flesh (1987)

Album pertama yang menampilkan Steve "Zetro" Souza di posisi vokal. Selepas kejayaan Bonded By Blood, nama Paul Baloff sudah menjadi lejen dan seakan maskot untuk die hard Exodus. Maka sudah pastinya bukan mudah untuk Steve Souza diterima. Di tambah pula Pleasure of the Flesh soundnya lebih bersih, lebih lembut berbanding Bonded By Blood. Maka ramai juga yang kurang gemar dengannya.

Tetapi bagi saya ini adalah album peralihan untuk mereka. Album mencari arah. Exodus kembali dengan sebuah lagi album thrash lejen selepas dari ini. Namun begitu untuk saya, ini sebuah album yang bagus juga. Masih aggresif dan menyengat terutamanya di bahagian gitar. The H-Team (Gary Holt dan Rick Hunolt) tidak mengecewakan. Banyak rif dan gitar harmoni yang sedap. Paling menarik adalah solo gitar kembar mereka yang kini lebih melodic.


Pleasure of the Flesh bolehlah dianggap antara album thrash yang menampilkan solo-solo gitar yang terbaik. Secara keseluruhannya... ia bagus. Tetapi tidaklah cukup bagus untuk menjadi salah satu album terpenting dalam sejarah thrash.




Friday, July 31, 2015

Bonded by Blood

Album lejen thrash yang dah 30 tahun...


Exodus - Bonded By Blood (1985)

Orang kata tak cukup thrash la kalau tak pernah dengar Bonded By Blood. Betul lah tu. Mereka adalah antara yang terawal membawakan gaya muzik yang dikenali sebagai thrash. Ada yang kata mereka lah penciptanya.

Sayangnya mereka tidak di iktiraf sebagai the big 4 of thrash. Tidak pasti dimana silapnya. Mungkin the big 4 tersebut hanya merujuk kepada nilai komersial. Jualan terbanyak. Mungkin juga...

Tetapi ramai yang beranggapan kesilapannya bermula dari Bonded By Blood. Masalah dengan syarikat rakaman menyebabkan album ini tertangguh pengedarannya. Kalau ianya diedarkan setahun lebih awal (saing atau lebih awal dari album-album the big 4 yang lain) besar kemungkinan penerimaan terhadap mereka adalah berlainan.


Satu lagi teori berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai satu lagu yang betul-betul kuat (standout). Lagunya best tetapi tiada yang betul-betul senang nak melekat kat kepala. Atau mungkin sahaja atas faktor pemecatan Paul Baloff. Nyanyian (jeritan?) beliau memang lain. Samada anda suka atau menyampah terus.

Tetapi yang pastinya Bonded by Blood adalah salah satu penanda arah untuk thrash. Rif hangguk kepalanya menjadi trademark. Shredding guitar solo "H-Team" menjadi ikutan. Mungkin mereka (Gary Holt and Rick Hunol) adalah jawapan thrash kepada twin gitar solo heavy metal seperti K.K. Downing/ Glenn Tipton ataupun Dave Murray/ Adrian Smith.

Cuba dengar "And Then There Were None", kalau kepala anda tidak terhangguk hangguk mengikut iramanya. Anda memang bukan mat thrash.

Hebat!






Friday, September 24, 2010

Impact Is Imminent

Sempena kepada sapa2 yang akan turun Singapura pada 28hb ni untuk tengok Exodus Live...jom layan album ke 4 Exodus...Impact Is Imminent...sebuah lagi album2 dari tahun 1990...



Jujurnya aku bukan la die hard Exodus..dalam banyak2 band thrash yang selain big 4 seperi Testament,Overkill,Death Angel,Sacred Reich dll (sekadar menyebut beberapa band dari US sahaja)...Exodus adalah yang paling kurang aku follow...berdasarkan 2 perkara...pertamanya suara vocalist Steve "Zetro" Souza...(yg era Paul Baloff dan vocalist baru Rob Dukes aku tak nak sentuh...pasal aku suka Bonded By Blood dan aku langsung tak follow Exodus selepas Force Of Habit...) ntah la aku telinga aku agak kurang masuk dengan suara Souza ni...keduanya muzik mereka yang terlampau tipikal thrash...terutamanya sound bay area mereka yang pekat,simple dan tidak teknikal...

Aku tak mau cerita pasal Bonded By Blood (one of the most influential thrash album ever made)...tapi kalau di era Steve Souza...aku mungkin lebih suka Fabulous Disaster...tapi Impact Is Imminent adalah album Exodus yang paling bernostalgia kepada aku...ini adalah kaset Exodus yang pertama aku beli...yang lain2 tu semuanya pinjam...tapi disebabkan pada tahun 1990 tu banyak giler album2 best diriliskan termasuklah Rust In Peace dan Seasons In The Abyss menyebabkan kaset ni agak kurang aku dengar pada awalnya...



walaubagaimanapun...album ni grower...mulanya aku tak berapa suka...tapi lama kelamaan best jugak...banyak jugak riff2 yang catchy...sepatutnya The H Team ni deserve greater recognition...album ni pun dorang yang produce...terutaman si Gary Holt la...bagi aku dia lah tulang belakang Exodus....walaupun dorang berdua Gary dan Rick Hunolt (mamat ni pun anak buah Joe Statriani kan...sama macam Kirk Hammet,Alex Skolnick..)...bukanlah yang jenis teknikal solo bergulung sangat...main simple straight thrash ajer...tapi sound gitar dan riff2 dorang memang sedap...

Ada yang komplen sound album ni kurang mantap...sedikit sebanyak aku setuju...sepatutnya album ni lebih baik...maklum la ni album pertama dorang ngan label besar...sound bass agak tenggelam...tapi sound gitar sedap...drum pun power abis...ni penampilan pertama John Tempesta (White Zombies,Testament) bersama Exodus...hasilnya tidaklah mengecewakan...

Lagu pilihan aku dah tentu Impact Is Imminent, AWOL, Thrash Under Pressure dan Only Death Decide...lain2 pun ok...album ni agak catchy sebenarnya...paling senang nak hadam kalau 1st time dengar thrash berbanding album2 awal dorang...mungkin pasal album ni agak slow down sedikit...cuma yang tak bestnya...semua lagu seakan2 sama...tak banyak kelainan yang kekadang membuatkan rasa bosan kalau nak dengar dari awal sampai abis tanpa skip...



walaubagaimanapun...bagi aku album ni kira ok ajer la...kalau nak banding banyak lagi album2 yang lahir sekitar tahun 1988 hingga 1991 (tahun kegemilangan thrash)...mungkin album ni agak ketinggalan...tapi kalau korang nak dengar macammana bunyinya sound thrash sejati dari Bay Area...Impact Is Imminent patut masuk list...

Apa2 pun...Exodus tak pernah sold out beb...part ni aku respek!!!

sapa2 yang gi Singapura 28hb ni...enjoy and Do The Toxic Waltz!!!!...

err...aku suka dengar Brother Bo pasang quote dari Paul Baloff setiap kali masa penutup rancanagn Vicious Volume kat Radio Ria tu...

"HEAVY MUST STAY TOGETHER!! ALL OTHERS MUST DIE!"