Showing posts with label Nuclear Assault. Show all posts
Showing posts with label Nuclear Assault. Show all posts

Friday, September 11, 2020

Survive

 


Nuclear Assault - Survive (1988)

Tak rasa album ni pernah masuk Malaysia pada penghujung 80an dulu. Nuclear Assault yang pertama nampak kat kedai kaset adalah album Handle With Care. Tak taulah kat tempat lain. Sekurang-kurangnya kat JB dan Segamat memang tak pernah nampak.

Mendengarnya buat kali pertama pada masa sekarang tidak akan sama ketika mendengarnya buat pertama kali pada penghujung 80an atau awal 90an. Kalau ikut "standard" sekarang, muzik mereka adalah generic thrash atau thrash metal yang biasa. Tetapi ketika penghujung 80an, muzik begini agak segar terutamanya untuk peminat thrash yang baru terjebak seperti saya.

Laju, kasar dan pada masa yang mempunyai riff dan solo-solo gitar yang agak melodic. Tetapi sesuatu yang menarik atau kelainan yang unik bagi saya adalah vokal John Connelly. Jeritannya agak lain dari yang lain. Perlu diingatkan juga, beliau juga boleh menyolo dengan baik. Ianya menjadikan Nuclear Assault antara band thrash yang mempunyai dual gitar solo.


Secara jujurnya saya lebih banyak mendengar Handle With Care berbanding album mereka yang lainnya kerana secara nostalgianya ia adalah album Nuclear Assault saya yang pertama dan tshirt rock saya yang ketiga selepas Metallica dan Helloween 😊. Tetapi kebelakangan ini rasanya album ini lebih menjadi pilihan utama jika teringin nak mendengar Nuclear Assault.

Sayangnya mereka tidaklah sepopular rakan sekampung mereka Anthrax. Tetapi untuk peminat thrash metal seperti saya, susah untuk menidakkan yang mereka adalah antara 10 band thrash yang terbaik di dunia..


Tuesday, December 26, 2017

Bukan dari The Big Four

Bila malas dan tiada idea untuk menulis, maka akan keluarlah entri-entri riak cdwi.. 😀

10 album terbaik thrash yang bukan dari Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mengikut loudwire.com. Seperti biasanya lain orang akan lain pendapatnya.


10 - Overkill - The Years of Decay (1989)
9 - Annihilator - Alice in Hell (1989)


8 - Death Angel - Frolic Through the Park (1988)
7 - Suicidal Tendencies - Lights, Camera, Revolution (1990)


6 - Flotsam & Jetsam - Doomsday for the Deceiver (1986)
5 - Dark Angel - Time Does Not Heal (1991)


4 - Nuclear Assault - Handle with Care (1989)
3 - Kreator - Extreme Aggression (1989)


2 - Exodus - Bonded by Blood (1985)
1- Testamant - The Legacy (1987)

Semua ni sebenarnya berpuluh tahun kumpul. Membeli apa yang suka. Tak kisahlah versi apa. Yang penting janji ada. Kadang-kadang bila buat entri macam ni baru perasan apa yang kita tak ada. Extreme Aggression pun hanya setakat versi NSR rupa-rupanya. Tapi yang pastinya Frolic Through the Park adalah misi ebay saya yang seterusnya.






Tuesday, October 18, 2016

Game Over

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 7hb Oktober yang lalu...


Nuclear Assault - Game Over (1986)

Album yang berkongsi harijadi dengan Reign In Blood. Walaupun pengaruh, kesan dan popularitinya tidak sebesar Reign In Blood tetapi ianya tetap sebuah album penting untuk genre thrash.

1986 sememangnya antara tahun gemilang untuk thrash metal. Banyak betul album album menarik dari genre ini diterbitkan pada tahun tersebut. Yang bestnya kesemua mereka mempunyai sound yang berbeza antara satu sama lain. Tambah pula Nuclear Assault datang dari pantai timur USA (New York). Sudah semestinya pengaruh hardcore ada dalam muzik mereka. Maklumlah scene hardcore di New York memang cukup hebat pada ketika itu. Mungkin ada juga yang menganggap Game Over dalam kategori muzik crossover tetapi pada saya ianya masih pekat pengaruh metalnya jika hendak dikatakan begitu.


Seperti Reign In Blood, Game Over juga agak lambat saya dengar. Kalau tak silap di awal tahun 90an. Nuclear Assault yang pertama saya adalah album Handle With Care. Satu lagi yang unik tentang Nuclear Assault pada saya adalah vokal John Connelly. Memang lain dari yang lain. Ada masanya saya terbayangkan thrash dengan vokal ACDC.

Mereka tidaklah sepopular jiran sekampung mereka, Anthrax. Nuclear Assault pun tertubuh selepas pengasasnya Dan Lilker ditendang dari Anthrax. John Connelly juga pernah bersama Anthrax. Malah mereka juga agak ketinggalan dari segi populariti dan jualan album berbanding dengan sebuah lagi band thrash pantai timur US iaitu Overkill.

Namun begitu, mereka tetap ada tempatnya dalam sejarah thrash metal dan Game Over sudah semestinya album yang patut anda tahu jika anda berminat dengan thrash metal.




Friday, July 12, 2013

Something Wicked

Lagi thrash yang dah 20 tahun


Nuclear Assault - Something Wicked (1993)

Penat nak tulis benda yang sama. Era 90an adalah era nyawa-nyawa ikan thrash. Majoriti yang mengaku thrash telah pun berevolusi. Nuclear Assault juga tidak terkecuali.

Dengan tiadanya watak penting Nuclear Assault, Dan Lilker dan gitarist Anthony Bramante, ramai yang seolah-olah mengabaikan album ini. Tetapi jangan silap. Album ini agak bagus sebenarnya. Mungkin ini bukanlah seperti "Handle With Care". Tetapi jika anda peminat Abang Mus dan menyukai album seperti "Countdown to Extinction", pasti anda mudah memahami album ini. Dari segi teknikal permainannya memanglah Megadeth bukannya lawannya...tetapi dari feel dan soundnya memang menuju ke arah itu. Banyak lagu dan solonya yang betul-betul mengingatkan saya kepada Megadeth. Nampaknya John Connelly adalah mat metal di bawah kem Mustaine...heheh..

Something Wicked adalah salah satu album yang saya cari bila ada masa dan ketikanya saya teringinkan lagu-lagu  thrashy yang melodic dan tidak terlalu laju dan keras. Sesuatu yang saya suka mereka tidak cuba untuk menjadi groove ala Pantera. Nuclear Assault tetap Nuclear Assault walaupun mereka menjadi perlahan.

Track pilihan - "Something Wicked", "Another Violent End","Behind Glass Walls", "No Time".

Terbaik dari East Coast Thrash...hanya ketinggalan sedikit di belakang Anthrax dan Overkill semestinya.