Showing posts with label MSG. Show all posts
Showing posts with label MSG. Show all posts

Saturday, September 10, 2022

Universal

 Antara yang terkini dalam pasaran...

Michael Schenker Group - Universal (2022)

Ini adalah album kedua beliau selepas kembali menggunakan nama Michael Schenker Group. Kali terakhirnya adalah tahun lepas (Immortal). Memang aktif betul. Hampir setiap tahun ada sahaja album studio atau live baru dari beliau walaupun menggunakan pelbagai nama.

Dari pendengaran telinga saya, album kali ini adalah lebih sedap berbanding Immortal. Mungkin ianya hanya perasaan saya sahaja. Saya agak kurang gemar dengan band yang menggunakan pelbagai pemuzik/penyanyi untuk sesuatu album. Tetapi apabila majoriti lagu-lagunya kali ini dinyanyikan oleh Ronnie Romaro,  barulah rasa yang ianya seperti sebuah band yang sebenar. Bukan lagi sekadar projek band. Tambahan pula Ronnie akan menyanyi untuk tour Michael Schenker Group.

Namun begitu album ini tetap menampilkan beberapa vokalis jemputan seperti Michael Kiske, Gary Barden dan Ralf Scheepers. Yang menariknya juga, bekas anggota Rainbow seperti Bobby Rondinelli (drums), Bob Daisley (bass) dan Tony Carey (keyboards) turut juga dipanggil untuk memainkan beberapa lagu khas tribute untuk Rainbow.

Suatu yang menarik tentang Michael Schenker walaupun beliau adalah seorang gitaris yang hebat, setiap album beliau tidak terlampau menonjolkan kehebatan kerja gitar semata-mata. Beliau lebih mengutamakan melodi lagu itu sendiri. Ini menjadikan album-album beliau boleh dinikmati oleh semua golongan bukan hanya setakat peminat gitar.

Tidak dinafikan yang beliau adalah hero gitar saya. Album ini sememangnya akan bertambah sedap jika anda boleh menikmatinya tanpa terlalu bernostalgia dengan hasil kerja beliau ketika bersama UFO mahupun MSG yang awal.


Tuesday, November 6, 2018

Resurrection

lagi album baru 2018...

Michael Schenker Feast - Resurrection (2018)

Blog orang tua lama (๐Ÿ˜€) maka ceritanya tak habis-habis pasal orang tua...haha..tapi sekurang-kurangnya kali ini ianya berkenaan sesuatu yang baru.

Iyer..album baru dari gitaris lagenda, Michael Schenker. Salah seorang hero dari zaman awal remaja. Logo tulisan MSG and gitar V adalah antara logo terawal band rock yang cukup terkesan dihati. Buku, meja dan dinding sekolah habis menjadi mangsa.


Orang tua ni memang tak reti nak pencen. Masih produktif. Paling menarik karya terbaru beliau ini turut disertai oleh orang-orang tua lejen yang lain ๐Ÿ˜€. Semua vokalis hebat yang pernah berkolaborasi dengan beliau turut menyumbangkan suara. Gary Barden, Graham Bonnet, Robin McAuley dan juga Doogie White. Memang hebat-hebat belaka. Malah fanboy beliau, Kirk Hammett turut menyolo untuk satu lagu.

Tiada komplen. Semua lagu bagus. Michael masih mampu menghasilkan lagu-lagu dan kerja gitar yang baik. Namun begitu saya sedikit bias kepada lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Robin McAuley. Dari dulu saya memang sukakan zaman McAuley Schenker Group. Zaman 80s glam metal. Lagu-lagunya mengingatkan saya kepada zaman tersebut.

Akhir kata, ini sebuah lagi album yang bagus untuk 2018. Tapi biasalah, album-album sebegini sememangnya untuk peminat lama. Nak dapatkan peminat dari generasi baru mungkin agak sukar.





Friday, May 30, 2014

The Story Of Michael Schenker

Album kompilasi gitar hero yang dah capai 20 tahun...



Michael Schenker ‎– The Story Of Michael Schenker (1994)

Ketika saya budak-budak dahulu (penghujung 70an), sebelum Yngwie Malmsteen atau Eddie Van Halen menjadi pengaruh bagi budak-budak melayu di kampung saya untuk bermain gitar dan menjadi Mat Rock. Ritchie Blackmore dan Michael Schenker adalah Gitar Hero yang awal.


Saya juga begitu. Walaupun ketika itu tak paham pun rock tu apa dan selalu konpius Michael Schenker ni Scorpions ker UFO?....dan MSG pulak band mana?  Zaman belum wujud teknologi internet lah kan. Tapi zaman sekarang ni kalau masih ada yang tak pasti dan baru teringin mencuba muzik Michael Schenker, mungkin kompilasi ini adalah antara yang dapat membantu.


Menampilkan lagu-lagu beliau sepanjang kariernya ketika bersama UFO,Scorpions, Michael Schenker Group dan yang terakhir McAuley Schenker Group. Dari rock 70an hinggalah ke era hair metal. Semuanya pun best.


Cumanya patut ada lagu-lagu Scorpions era Lonesome Crow (sebelum dia join UFO). Kalau ada "In Search of the Peace of Mind" pun ok jugak. Yang lain-lain tu takder lah nak komplen sangat. Walaupun banyak lagi lagu-lagu zaman UFO yang sedap-sedap. Tapi kalau nak letak semua tak cukup pulak kalau nak sumbat dalam 1 disc. Kan...







Tuesday, December 3, 2013

Built to Destroy

Lagi album klasik rock yang dah 30 tahun...


Michael Schenker Group - Built to Destroy (1983)

Saya sememangnya peminat Michael Schenker. Tetapi jika bercerita pasal MSG, saya lebih biasa dengan versi M = McAuley berbanding versi M = Michael. Maklumlah saya mula benar-benar kemaruk mendengar muzik rock hanya pada penghujung 1985 atau awal 1986.

Built to Destroy ini pun rasanya saya dengar hanya pada penghujung tahun 80an. Ketika budak-budak dulu saya selalu konpius yang mana satu MSG yang mana satu UFO dan yang mana Scorpions. Michael Schenker ni main band apa sebenarnya...maklum lah zaman tak boleh nak google.

Built to Destroy pada saya bolehlah disamakan seperti Rainbow era 80an. Kedua-dua gitaris hebat era 70an ini, Ritche Blackmore dan Michael Schenker seolah-olah bersaing untuk menembusi pasaran USA. Malah MSG juga pernah mengunakan khidmat vokalis Rainbow, Graham Bonnet. Entah apa kes agaknya Graham Bonet ditendang dan Micheal mengambil semula  Gary Barden. Nampaknya Ritche dan Michael berebut siapa yang lebih pop...lebih AOR...demi pasaran USA.


Bukanlah nak kata tak best. Album ni sangat best sebenarnya. Pengaruh UFO dan Scorpions zaman 70an  masih kedengaran. Lagu-lagu melodic hard rock dengan catchy chorus ditambah pula dengan solo-solo Michael yang lazat. Cuma soundnya terlalu pop. Kemasukan keyboardist  Andy Nye (pernah bermain untuk Sheena Easton) banyak mendominasi. Beliau juga terlibat dalam majoriti penciptaan lagu. Hasilnya sound gitar Michael agak terkebelakang. Sebenarnya sound komersial ini memang disengajakan. Khas untuk menembusi pasaran USA.

Namun begitu jika anda mempunyai cd remasterd version seperti saya, anda berpeluang mendengar versi asal. Versi UK. Versi yang sound gitarnya lebih raw. Lebih rock. Pilihan ditangan anda versi mana yang anda lebih suka. Michael Schenker sendiri memilih versi USA. Versi yang lebih komersial. Saya pula tidak menjadi hal. Lagu-lagu seperti "Captain Nemo", "Rock My Nights Away", "Systems Failing" dan yang menjadi kegemaran saya "Red Sky" tetap best walau apa versi pun. Cuma mungkin versi UK tu lebih umphh!!!




Saturday, December 31, 2011

By Invitation Only

Penutup cerita pasal cd bagi tahun 2011...


By Invitation Only - Michael Schenker Group (2011)

Sepanjang tahun 2011...ini lah satu2nya cd terbitan 2011 yang aku ada...Megadeth Th1rt3en pun aku takder lagi...macam kurang berminat pulak nak explore album2 baru...aku seperti peminat Liverpool...hidup dalam sejarah...heheh...

Ada 3 sebab kenapa aku beli cd ni...pertamanya ini Michael Schenker...gitar hero aku sejak zaman remaja...keduanya...harga dapat murah (RM20)...itu sudah semestinya la kan...dan last...sila perhatikan list mereka yang terlibat dalam cd ni...

Vokal
Robin McAuley (McAuley Schenker Group)
Sebastian Bach (Skid Row)
Joe Lynn Turner (Deep Purple, Rainbow, Yngwie Malmsteen's Rising Force)
Jeff Scott Soto (Yngwie Malmsteen's Rising Force, Axel Rudi Pell)
Tim “Ripper” Owens (Yngwie Malmsteen, Judas Priest, Iced Earth)
Mark Slaughter (Slaughter)
Tommy Shaw (Styx, Damn Yankees)
Gary Barden (MSG)
Paul Di’Anno (ex-Iron Maiden)

Bass
Jeff Pilson (Dokken, Dio)
Rudy Sarzo (Quiet Riot, Ozzy Osbourne, Whitesnake, Dio, Blue ร–yster Cult)
Tony Franklin (Blue Murder)
Mike Inez (Ozzy Osbourne, Alice In Chains)
Phil Soussan (Ozzy Osbourne)

Drums
Brian Tichy (Whitesnake, Billy Idol)
Aynsley Dunbar (Whitesnake, UFO, Journey)
Simon Wright (Dio, AC/DC)
Vinny Appice (Black Sabbath, Dio)
Eric Singer (KISS)

Perhatikan antara senarai lagu2nya pulak
"Run To The Hills" (Iron Maiden)
"Save Yourself" (McAuley Schenker Group)
"Finding My Way" (Rush)
"Doctor Doctor" (UFO)
"War Pigs" (Black Sabbath)
"Money" (Pink Floyd)
"Out In The Fields" (Gary Moore)
"Hair of the Dog" (Nazareth)



iyer..ni bukan lah album lagu2 baru MSG...tapi lagu2 kaver...kira konsepnya lebih kurang macam Malmsteen Inspiration...cumanya macam tak kena letak MSG...pasal ni projek album antara Michael ngan artis2 jemputan...mungkin kehendak syarikat rakaman...tapi apa ada hal...guna MSG ker apa...semua pun tau...tak kira siapa pemuzik maupun vokalistnya...MSG adalah Michael Schenker...

Nak kata best ker tak best...ikut memasing la...ada yang tak suka lagu kaver...pada aku ok la...Michael Schenker punya kerja gitar memang tetap power...antara gitar hero yang sampai tua pun aku masih follow...tapi ada lagu yang aku rasa dah overated...banyak sangat orang kaver...contohnya Doctor Doctor...walaupun ni lagu dia dan Jeff Scott Soto nyanyi...tapi yang asal jugak tetap melekat kat telinga aku....berbeza pulak ngan Hair Of The Dog....ni pun banyak orang kaver...tapi bagi aku versi MSG ni best...mungkin pasal Paul Di’Anno yang nyanyi kot...lama dah tak dengo suara orang tua ni kan...

Album ni pasal muziknya..aku takder masalah...semua musician power2 la kan...cuma bab vokalistnya la...kekadang aku rasa Robin McAuley tak sesuai nyanyi lagu Run To The Hills...suara dia tak ganas...mungkin kalau Sebastian Bach yang nyanyi lagi power...

Cd ni khas untuk pengemar Michael Schenker macam aku...untuk yang lain aku tak rekomen..

Wednesday, June 2, 2010

One Night At Budokan

Dah Deaf tersebut pasal Cozy Powell...teringat aku satu hasil kerja mendiang yang aku suka...MSG One Night At Budokan...album live ni dirakamkan pada tahun 1982 di Budokan,Tokyo...selalu betul band2 omputeh ni buat rakaman live kat Budokan ni kan...kalau la aku tersesat ke Tokyo...selain nak jumpa Maria Ozawa (heheh..) teringin bebeno aku nak nengok mana rupa la Budokan ni..



Tu hari Bro Gayour pun ada sebut album2 live penghujung 70an dan awal 80an yang best seperti Scorpions Tokyo Tapes, AC/DC If You Want Blood You've Got It, Motorhead No Sleep 'till Hammersmith", Whitesnake Live At Hammersmith,Deep Purple Made In Japan...ni aku tambah satu lagi yang pada aku antara yang terbest...MSG One Night At Budokan ni memang benar2 membuktikan kehebatan permainan gitar Michael Schenker khasnya...

Aku sememangnya peminat Michael Schenker sejak dari zaman Scorpions....tambah pulak lagu2 era beliau semasa zaman UFO memang biasa aku dengar kecik2 dulu...sapa tak tau lagu Doctor Doctor, Rock Bottom tu semua kan...pasal Michael Schenker la aku minat gitar berbentuk V...tak kisah walau apa zaman...dia tetap setia dengan V kan...salah seorang gitar hero aku zaman bebudak dulu..



Album ni mengandungi lagu2 dari 2 album awal Michael Schenker Group dan satu lagu UFO...lagu wajib Michael...Doctor Doctor...walaupun album ni keluar pada tahun 1982...aku cuma berpeluang mendengarnya pada zaman MSG yang "M"nya dah jadi McAuley...yang menariknya bagi aku pasal banyaknya lagu2 dari 1st album macam Armed And Ready,Cry For The Nations,Victim Of Illusion,Into The Arena dll...pada aku album 1st dia...The Michael Schenker Group lah yang paling best dalam banyak2 rilisan MSG...

kalau korang gitarist...atau peminat gitar...memang patut dengar album ni....cuba dengarkan solo2 Michael contohnya dalam lagu Lost Horizon...aku bukan nak bias...tapi kalau korang cakap tak hebat jugak...tak tau la aku...aku serender la....susah nak cakap mana satu lagu best...pasal hampir semuanya aku suka...tapi antara yang jadi highlight adalah Courvoisier Concerto....

Ada khabar2 angin yang cakap vocal Gary Barden dalam cd ni kena redubbed....dia gemuruh...1st time nyanyi depan 10,000 orang...tak boleh nyanyi...biasa la tu...memang banyak album2 live ni kabarnya kena touch up sana sini....tapi yang pasti petikan Michael dalam ni memang live....tu yang penting...



Dah tercerita pasal Michael....lupa pulak pasal Cozy Powell...aku rasa produksi album ni bunyi ketukan drum dia agak terkedepan...maka makin menyerlah la bunyi drum Cozy...memang tak dinafikan mendiang adalah antara yang terbaik la...

Aku cuma ada satu komplen je pasal cd ni...setiap kali nak dengar mesti nak kena tinggikan volume...ntah la...sama kes macam Live Evil....album2 live lama ni sound dia slow la...kena cari versi remastered kot baru bunyi dia kuat...tak sure pulak aku cd ni ada tak versi remastered..

satu lagi yang menarik...dengarkan Doctor Doctor versi MSG live ni...berbeza dari versi UFO tapi kekadangnya aku rasa lebih best...terbaik!