Antara cd terbitan tahun 2020 yang dah dalam simpanan...
Metal Church - From the Vault (2020)
Lama dah tak mengikuti perkembangan Metal Church. Kepayahan untuk mendapatkan kaset/cd mereka di pasaran tempatan dan "lost" seketika dalam mengikuti perkembangan dunia metal di pertengahan 90an menyebabkan kurang mengambil tahu tentang mereka.
Dulunya pun tahu dan teruja nak dengar muzik mereka kerana cerita-cerita di majalah tentang bekas gitaris mereka, John Marshall yang pernah menjadi guitar tech untuk Metallica dan pernah juga bermain live bersama Metallica ketika James Hetfield patah tangan.
Mula mendengar mereka pun hanya sekitar tahun 1990. Itupun sekadar lagu "Watch the Children Pray" dan sekali imbas kaset "Blessing In Disguise". Tak beli pun kasetnya. Sekadar dengar gitu-gitu dari kawan. Zaman tu manalah berduit nak beli macam-macam.
Hanya mula betul-betul mendengar mereka ketika zaman Mp3 dan pandai membeli di ebay. Tetapi lebih tertumpu kepada 4 album pertama mereka. Memang tak tahu pun yang vokalis mereka Mike Howe pernah keluar dan kini telah kembali. Tetapi setelah terbaca tentang album ini dan percubaan di spotify, rasa tak teragak-agak untuk terus membeli.
Ini bukanlah sepenuhnya album baru. Ianya adalah gabungan lagu-lagu baru, live, B-sides dari album sebelumnya dan lagu-lagu lama mereka yang diberi nafas baru. Terdapat juga 3 lagu cover dari band 70an. Yang paling menarik sudah tentunya lagu cover "Nazareth - Please Dont Judas Me".
Mendengar 4 lagu barunya mengingatkan kembali betapa mereka sememangnya band yang bagus. Memang sedap. Melodic metal yang catchy. Mungkin mereka tak cukup thrash, tetapi ianya lagu-lagu heavy metal atau mungkin juga dipanggil sebagai American power metal yang sangat berkualiti. Tak sabar pula nak tunggu album baru mereka.
Hmmmm...Tak pasal-pasal kena Meng"ebay" album sebelumnya, "Damned If You Do (2018)" ....