Tuesday, November 12, 2019

Dominion




HammerFall - Dominion (2019)

HammerFall adalah antara pengerak utama kepada kebangkitan semula muzik heavy metal di penghujung 90an terutamanya di benua Eropah.

Sedar tak sedar ini adalah album studio mereka yang ke sebelas. Mereka adalah jenis band yang tidak banyak berubah dan tidak sangat berevolusi. Saya adalah penyokong kepada band yang sebegini. Mungkin ianya akan menjadi sedikit clichรฉ dan tepu. Tetapi kalau itu formula yang berjaya, kenapa perlu diubah. Berubah tidak semestinya bagus. Kelainan pun tidak semestinya sedap.


Dominion adalah untuk peminat setia HammerFall. Bukanlah yang terbaik tetapi tidak juga mengecewakan. Tetapi ianya lebih baik dari 2, 3 album sebelumnya. Bagi saya, HammerFall ni sedapnya lebih kepada melodinya yang catchy dan solo-solo gitarnya. Semua ciri-ciri tersebut memang ada dalam Dominion. Cuma kali ini lagu power ballad nya agak lambat juga untuk melekat.

Tak kisahlah kalau ada yang kata cheesy. Tapi itulah kelebihan HammerFall. Ada masanya sangat poppy tetapi dalam masa yang sama ianya memang metal. Heavy Metal!



Saturday, November 9, 2019

Exposed




Vince Neil - Exposed (1993)

Beli cd ini kerana 2 sebab yang bersangkutan dengan filem yang ditonton semula di Astro beberapa hari yang lepas

Satu - Encino Man. Teringat awal 90an dulu selalu tengok video clip "You're Invited (But Your Friend Can't Come) dari soundtrack filem tersebut dalam rancangan MTV Asia di tv Singapura.

Dua - Top Gun. Rasa kemaruk semula dengan petikan gitar Steve Stevens dalam instrumental Top Gun Anthem. Rujuk >SINI<. Ok album ni tiada lagu Top Gun. Tetapi album ini gitarnya dimainkan oleh Steve Stevens.

Untuk sedikit trivia, album ini ada 3 cerita.

Yang pertamanya adalah side projek Vince Neil (selepas keluar dari Motley Crue) bersama anggota Damn Yankees (Kecuali Ted Nugent). Sebab itu ada beberapa lagu ciptaan Jack Blades dan Tommy Shaw. Lagu "You're Invited (But Your Friend Can't Come)" juga adalah lagu mereka. Malah versi di dalam soundtrack Encino Man pun dimainkan oleh 3/4 dari band member Damn Yankees (Jack Blades, Tommy Shaw dan Michael Cartellone ). Tetapi versi album ini dirakamkan semula bersama Steve Stevens.


Yang kedua pula projek beliau bersama Phil Soussan (Ozzy Osbourne). Ada beberapa lagu ciptaan Phil yang asalnya untuk Ozzy dimuatkan di dalam album ini. Tetapi ianya juga tak kesampaian.

Akhirnya semua lagu-lagu tersebut dikumpulkan menjadi album solo Vince Neil yang kemudiannya disudahkan beliau bersama bekas gitaris Billy Idol, Steve Stevens. Bagi yang tak tahu, solo gitar dalam lagu Dirty Diana - Michael Jackson juga dimainkan oleh beliau.

Ada lagu yang berbunyi seperti era Dr Feelgood, Sister of Pain contohnya. Album ini bukan sahaja sesuai untuk yang sukakan lagu-lagu melodic hard rock dan vokal Vince Neil. Tetapi ianya juga untuk sesiapa yang sukakan shredding solo dari Steve Stevens. Hebat!






Thursday, November 7, 2019

Gila Format - BPR Bisa

Keluaran semula piring hitam yang terkini di pasaran…


Bumi Putera Rockers - Bisa (1988) - keluaran semula lp 2019


Seperti kebiasaan versi reissue, ianya di keluarkan dalam bentuk gatefold. Ada lirik dan sedikit info tetapi tiada gambar. Dan seperti biasa juga, kualiti gambar covernya memang sedikit mengecewakan. Tak sharp dan kusam. Satu lagi nak komplen, gambar covernya tu tak penuh (dah beli boleh lah komplen...kah..kah..kah...)


Tetapi sesuatu yang menarik adalah piringnya. Ianya jenis transparent berwarna kristal. Memang cantik. Khabarnya buatan dari Sweden. Memang lawa. Bab ni memang berbaloi.

cukup dah jadi gila format
Tetapi yang pastinya...membeli kenangan adalah sesuatu yang mahal. Hmmmmm....sedih ๐Ÿ˜ข

#hatigembirapoketmenangis



Sunday, November 3, 2019

Steeler

Antara yang terkini dalam koleksi...


Steeler - Steeler (1984)

Jangan keliru. Yang ini band Axel Rudi Pell bukannya Yngwie Malmsteen. Dua-dua pun guna nama sama. Dua-dua pun gitaris yang hebat. Kalau nak solo-solo laju bergulung, pergi cari Steeler Malmsteen. Tetapi kalau mahukan heavy metal 80an yang raw dan melodic, ini lah albumnya.

Pertama kali dengar ingatkan Iron Maiden. Suara vokalisnya memang mirip kepada Paul Di'Anno. Twin gitar solonya pun sedap. Tak popular gitaris yang lagi satu tu. Tetapi Axel Rudi Pell ni memang menjadi bila buat album solo.


Walaupun saya "kipas susah nak mati" Malmsteen, tetapi untuk nama Steeler, saya memilih versi band asal Jerman ini. Terutamanya pada album ini. Solo-solo yang melodic. Sound raw, laju dan bunyi heavy metal 80an yang sejati. Semua lagu sedap tetapi yang jadi pilihan di hati adalah "Hydrophobia" (entah mengapa terbayangkan Megadeth) dan power ballad, "Fallen Angel".

Lazat!




Thursday, October 31, 2019

Follow The Blind

Ini sambungan dari entri Demon - The Unexpected Guest...


Blind Guardian – Follow the Blind (1989)

Sebenarnya lagu "Don't Break The Circle" kali pertama saya dengar bukanlah dari Demon. Tetapi versi cover dari Blind Guardian. Asalnya ingatkan ini versi asal. Selepas ada cdnya, barulah tahu siapa penyanyi asal.

Kalau kena pilih, saya lebih suka versi Blind Guardian. Ianya lebih laju. Tetapi versi Helter Skelter pun boleh tahan juga. Maklumlah, versi itu lebih awal saya dengar dari kedua-duanya... Hahaha...

Sedikit berkenaan album Follow The Blind. Seperti album pertama mereka, Battalions of Fear, album ini juga berkonsepkan speed metal. Memang agak berbeza dengan arah muzik mereka sekarang.

Bukan yang sekarang tak best, tetapi selera saya lebih terarah kepada muzik mereka pada zaman ini. Memang raw. Lagu "Banish From Sanctuary" dan "Valhalla" adalah antara yang paling diminati.




Monday, October 28, 2019

The Unexpected Guest

Antara yang baru di miliki...


Demon - The Unexpected Guest (1982)

Demon adalah antara band yang berada di dalam pergerakan New Wave Of British Heavy Metal yang muncul pada penghujung 70an dan awal 80an. Tak mengikuti dan tak berapa minat pun. Tetapi ada satu lagu mereka yang cukup berkenan di hati. Tajuknya "Don't Break the Circle".

Sila youtube, spotify atau apa sahaja cara untuk cuba dengar lagu ini. Kemudiannya, dengar pula lagu "Antara Syurga Dan Neraka" dari "Helter Skelter". ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜



***Pembelian cd hanya kerana minat satu lagu....hmmmm...ini adalah penyakit...kalau orang lain.. download sudah....



Wednesday, October 23, 2019

The Great War



Sabaton - The Great War (2019)

Band yang bagus ada di mana-mana. Cuma kita yang tidak mahu mencari. Begitulah dengan Sabaton. Tahun ni dah masuk ulangtahun ke 20 mereka. Tetapi baru beberapa tahun kebelakangan ini terpanggil untuk mendengar mereka. Itupun disebabkan lagu "In The Army Now - Status Quo" yang mereka cover. Tak sangka pula sekali dengar lagu-lagu mereka yang lainnya terus jadi suka.


Masalah besar bagi band-band power metal adalah untuk menghasilkan sesuatu yang segar dan berbeza. Kelainan untuk Sabaton adalah dari segi liriknya. Mereka lebih selesa dengan lirik sejarah dan perperangan berbanding "dungeon and dragon" dan "metal heroes". Suara vokalisnya juga bukannya tipikal "high pitch" seperti kebanyakan band power metal yang lain.

The Great War liriknya berdasarkan kepada sejarah Perang Dunia Pertama. Epik, bombastic, melodic, catchy, singalong chorus, solo dan rif yang membunuh, semua perisa untuk power metal ada dan di adun dengan secukup rasa. Memang sedap.


Banyak album power metal yang cepat membuatkan rasa jemu dan bosan. Tetapi ini tidak. Mungkin kerana lagu-lagunya agak pendek. 38 minit untuk keseluruhan sebuah album dengan majoriti lagu di bawah 4 minit bagi genre power metal memang agak asing, Tetapi ianya menjadikan kita tak sempat untuk merasa bosan.

Muzik heavy dan power metal sebegini sememangnya kena dengan jiwa. Makanya sesiapa yang sejiwa bolehlah cuba-cuba untuk merisik album-album mereka.





Sunday, October 20, 2019

cd Sentenced

Antara cd-cd terkini yang di beli…



Siapa sangka 5 keping cd ini di beli dengan harga hanya RM60 siap pos. Tak sangka dalam dunia kapitalis harga yahudi zaman sekarang, masih ada insan yang menjual dengan harga yang penuh kasih sayang.

Bak kata Deaf, "Jika kita tak nak simpan, bagilah orang lain yang berminat untuk simpan. From one music lover to another music lover…."

Terimakasih Zan yang menjadi orang tengah. Dan sudah tentu-tentunya terimakasih Tuan Rizal, vocalist Suffercation era "Karisma...Realiti...Abadi" yang menjual cd ini. Semoga tuan dimurahkan lagi rezeki.

Tabik!



Wednesday, October 16, 2019

Search - Kaset



Bulan september yang lalu, maka lengkaplah 5 album awal Search zaman Polygram di keluarkan semula dalam bentuk kaset. CBM, LDB dan MMDUT dah keluar lebih awal. Di Pintu Sepi dan Berpaling yang terakhir dan dikeluarkan secara serentak berserta kotak. Bila disusun kira macam box set lah jadinya.


Yang ini beli sekali harung 5. Senang. Malas nak beli satu-satu. Lagipun format kaset bukanlah satu keutamaan. Cd masih utama. Kaset ni sama macam piring hitam. Malas nak tukar dari side A ke side B. Kadang-kadang tu lebih mudah guna spotify ๐Ÿ˜


Membelinya lebih kepada nilai nostalgia. Kenangan membeli ketika ianya baru diterbitkan. Mungkin juga sebagai penebus kesalahan membeli CBM, LDB dan MMDUT versi cetak rompak. Maklumlah zaman budak sekolah. Kalau nak minta kat bapak, mahu kena belangkung apa ni dengar lagu-lagu hantu...hahaha...

Ini satu-satunya kaset asal yang tinggal. Ni pun dah tak ingat adakah ini cetakan yang asal...

Kemudiannya ada juga beli versi asli, tapi dah hilang. Yang tinggal cuma LDB. Tapi lain pula ceritanya dengan Di Pintu Sepi dan Berpaling. Jenuh zaman tu menunggu album baru dari mereka. Kes mahkamah punya pasal. Bila keluar Di Pintu Sepi. Memang teruja. Terus beli. Versi asli (dah hilang juga). Tapi kecewa. Ingatkan album baru. Tapi rupa-rupanya cuma ada 2 lagu baru. Bila Berpaling keluar. Memang tak beli dah. Boikot kononnya...kami mahukan album baru...hahaha...



Penyakit sebenarnya beli ni. Bukannya dengar pun. Memang jadi perhiasalan la jawapnya...hmmm...









Saturday, October 12, 2019

Cdholic - pelbagai

Lagi berkongsi gambar. Bila kekangan masa dan kemalasan melanda. Inilah yang terbaik untuk blog ini terus hidup.

Kongsi lagi antara cd-cd yang baru di perolehi. Tak memilih genre. Janji yang boleh masuk telinga.

Dissection - Reinkaos (2006)
Baru mencuba dengar. Agak ketinggalan dalam bab-bab metal akar kayu (gelaran rakan-rakan di group whatsapp blogger terhadap band-band black metal ๐Ÿ˜) Pertama kali dengar terus suka terutamanya album "Storm of the Light's Bane". Melodinya memang terkesan. Sayangnya belum dapat dimiliki. Dapat yang ini pun ok juga. Walaupun sedikit berbeza, tapi sedap. Reinkaos adalah album mereka yang terakhir. Memang tak ada dah lepas ni. Jon Nรถdtveidt pun dah mati.

Roxx Gang - Things You've Never Done Before (1988)
Roxx Gang adalah salah satu lambakan band-band hair/glam metal di zaman kemuncak genre tersebut. Mereka adalah antara yang kurang bernasib baik. Agak underated. Dulu sekadar membaca di majalah. Tak berpeluang untuk mendengarnya sehinggalah ujudnya zaman Internet. Mereka bagus sayangnya mungkin "timing" dan nasib tidak nenyebelahi. Di cadangkan jika anda suka pada genre sebegini.

Paul Young - From Time To Time - The Singles Collection (1991)
Sebelum terjebak dengan metal, inilah muzik yang menjadi soundtrack kehidupan. Banyak betul lagu-lagu beliau yang sedap. Ada piring hitamnya dalam koleksi >SINI<  Tak pernah pula ada cd. Bila terjumpa cd kompilasi ini dengan harga RM10 memang sesuatu yang tak boleh dilepaskan. Kenangan terindah di tahun-tahun 80an...


Wednesday, October 9, 2019

Cd 2019 - Bahagian 11

Banyak juga habis duit tahun ni beli cd. Ini antara yang terbaru di beli.



Kali ini kedua-duanya dalam genre yang tak banyak beza. Dan yang lebih istemewanya kedua-duanya berasal dari negara yang sama, Sweden. Tambah menarik mereka akan mengadakan tour bersama-sama di USA dan Canada bagi mempromosikan kedua-dua album ini nanti.

Lama dah "follow" Hammerfall. Sejak awal tahun 2000 lagi. Memang antara band kegemaran. Mereka adalah antara band metal yang terawal didengar selepas konon-kononya nak pencen apabila berumahtangga...haha...

Sabaton pula baru beberapa tahun kebelakangan ini. Susah nak jumpa kaset atau cdnya di jual di sini. Itu sebabnya kenapa tak mengikuti mereka sejak dari awal lagi. Tapi bila dah dengar...hmmm..terjebak pula untuk mencari album2 awal dari mereka...

Kedu-duanya memang best!





Sunday, October 6, 2019

Burn The Night



Riot City - Burn The Night (2019)

Daru dulu lagi Canada banyak menghasilkan band  metal yang bagus. Riot City adalah penyambung kepada warisan tersebut. Di tubuhkan pada 8 tahun yang lalu dan ini adalah album penuh mereka yang pertama.

Riot City adalah antara band generasi baru yang membawakan muzik heavy metal cara lama. Antara band yang disebut dalam pergerakan "New Wave Of Traditional Heavy Metal". Generasi mereka tak ramai tetapi masih tetap ada.


Dari gambar kulit albumnya pun dah boleh agak muzik mereka berpaksi ke arah mana. Mereka menjadikan band-band heavy/speed metal 80an sebagai rujukan. Kalau Greta Van Fleet itu Led Zeppelin, mungkin Riot City adalah Judas Priest, Accept atau mungkin juga King Diamond.

Sesiapa yang masih bernostalgia di zaman 80an tetapi mahukan sesuatu yang baru, Burn The Night adalah satu pilihan.







Wednesday, October 2, 2019

Cdholic - obscure metal

Sekadar berkongsi gambar...(bila tiada idea untuk menulis)

Selain cd-cd baru keluaran tahun 2019, ada juga cd-cd lama yang baru diperolehi. Ada diantaranya memang lama dah mencari. Dulu-dulu sekadar membaca ulasan dan melihat gambar kulit albumnya di dalam majalah rock antarabangsa.

Chastain - Mystery Of Illusion (1985)

Cirith Ungol - One Foot In Hell (1986)

Living Death - Vengeance Of Hell (1984)

Album-album sebegini ramai yang tak tahu. Tak popular pun kecuali dikalangan pengemar muzik heavy metal 80an yang betul-betul mencari. Ianya bolehlah dikatakan sebagai underated atau hidden gems pada yang minat. Tak minat tak boleh nak buat apa lah....

Harap-harap ada lah kerajinan untuk menulis tentangnya....



Sunday, September 29, 2019

Brutal - Piring Hitam



XPDC - Brutal (versi piring hitam 2019)

Pertama kali dikeluarkan dalam bentuk piring hitam. Seperti kebiasaan keluaran Life Records, ianya versi gatefold dan mengekalkan segala yang ada dalam inlay cd.


Kongsi gambar jer lah. Tak perlu ulas kot. Album ini semua orang pun dah tahu. Dengan ini kira dah lengkaplah album kegemilangan mereka di zaman Mael di piringhitamkan.


Malas lah nak cerita pasal sound kalau sendiri pun tak ada sound sistem yang elok. Beli lah sendiri. Tak ada masalah pun tentang sound. Sokonglah kalau ada duit lebih. Bak kata Mus Speedrider pun, dah beli baru lah ada lesen untuk komplen ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Dulu tak beli versi kaset. Cuma ada versi cd. Kalau tak, boleh dah buat edisi "gila format"




Friday, September 27, 2019

Kau Pergi....


‎ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†

Satu Penghormatan untuk Arwah Yazit Bin Ahmad



3 album awal Search adalah "soundtrack" kehidupan bagi yang membesar sezaman dengan saya. Ketukan drum arwah dalam lagu "Isi Atau Kulit" yang kali pertama di dengar 34 tahun yang lalu mengubah citarasa muzik dari Duran Duran kepada heavy rock. Thanks for the music abang.



Yazit Ahmad
10.5.1962 - 26.9.2019
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" 
 "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."



Tuesday, September 24, 2019

Brotherhood Of Metal



The Rods - Brotherhood Of Metal (2019)

Comeback yang kedua setelah kali pertamanya pada tahun 2011. Sebelum tu lama mereka menyepi selepas album terakhir mereka pada tahun 1986.

Tak banyak tahu pasal The Rods. Zaman 80an dulu tak berpeluang nak dengar lagu-lagu mereka. Tetapi katanya lagu - lagu mereka seperti White Lightning dan Rock Warriors dari album Let Them Eat Metal (1984) telah di "cover" oleh Rahim Maarof & Whitesteel ketika zaman Battle Of The Bands. Tapi iya lah...masa tu tak tahu pun itu lagu siapa.


Ada juga ternampak kasetnya dulu. Tetapi disebabkan kekangan kewangan seorang pelajar dan ada lagi kaset band-band lain yang lebih popular, maka dah tentu pilihannya kepada band-band yang lebih popular. Hanya mula mendengar mereka ketika zaman youtube. Setakat ini sudah memiliki 3 cd zaman 80an mereka tetapi sayangnya masih gagal untuk mendapatkan cd Let Them Eat Metal.

Ok berbalik kepada Brotherhood Of Metal, tajuknya sahaja sudah mengambarkan bagaimana muziknya. Ianya adalah sebuah album heavy metal yang simple. Shredding solo, catchy riff, sing a long chorus dengan lirik yang agak chessy. Kisah ke mereka jika album ini sekadar recycle beratus atau beribu album yang sama konsepnya dari 30++ tahun yang dulu lagi?... Sudah tentu tidak. The Rods adalah sekadar band orang lama yang memainkan apa yang mereka suka. Tak perlu nak pening-pening kepala. Selepas seharian penat bekerja. Kadang-kadang album sebeginilah yang kita perlukan untuk mengembalikan tenaga.


Tak ada yang buruk tentang Brotherhood Of Metal. Kecuali jika anda mahukan kelainan dan keaslian.

No ballad...just pure heavy metal, song after song....Sit back, relax and just enjoy the music!.



Friday, September 20, 2019

Best of Wings - versi digipak gold disc




Wings  - Best Of (2019 - versi digipak gold disc) 

Dah ada 1st press (riak 1st presswi ๐Ÿ˜). Asalnya tak mahu beli. Tak suka format digipak. Susah nak simpan kat rak dan senang rosak pula kulit luar dan gamnya. Tetapi itulah...pandai pula teknik pemasaran dia orang kali ni. Bila keluar versi yang tak sama dari asal. Tak pasal-pasal terbeli juga. Walaupun terus terang cakap agak kurang berkenan dengan packaging cd ini...Hmmmm...saya hanyalah seorang insan yang lemah...๐Ÿ˜”


Tetapi yang paling ramai nak tahu pastinya soalan berkenaan "sound". Bagaimana sound "made in USA" ini? Sedap ker?....Hmmm...album ini asalnya pun dah dalam zaman digital. Memang dah pernah dikeluarkan dalam bentuk cd pun dulunya. Makanya memang tak ada masalah pun dari segi sound. Yang asal pun dah ok. Kalau tak remaster semula pun tiada hal. Lainlah isunya kalau ianya mahu dipiringhitamkan. Nanti ada yang kata lp berbunyi cd ๐Ÿ˜….


Tetapi untuk menjawap juga persoalan tersebut memang yer. Sound bagus. Mungkin juga lagi bagus dari cd asal. Siapa yang belum ada boleh lah beli. Nak beli cd yang asal memang dah harga yahudi.



Tuesday, September 17, 2019

Berserker


Amon Amarth  - Berserker (2019)


Ada permintaan untuk buat ulasan yang lebih detail. Tetapi dengan faktor kemalasan sejak-sejak semakin tua berumur ni menyebabkan rasa susah pula nak buat macam tu...๐Ÿ˜

Amon Amarth adalah antara band yang tidak banyak berevolusi. Berserker mengesahkannya. Tidak seperti tuan punya blog yang semakin tua semakin "slow" dan pemalas untuk menulis, Amon Amarth masih tetap sama dan tidak jauh berbeza dari album-album sebelumnya. Ianya masih mengekalkan tema viking dengan irama death metal yang melodic.


Tapi nak kata ianya sebuah album yang bertambah baik. Tak berani juga. Benda subjektif. Band yang dah capai kemuncak memang susah nak mengulangi tahap tersebut. Boleh la dikatakan ini adalah album "play safe" dari mereka. Nanti kalau mereka bereksperimantasi, ada pula fans yang tak suka.

Maaf jika ulasannya pendek. Album yang senang hadam kadang-kadang susah juga untuk di ulas. ๐Ÿ˜

Senang cerita ianya best tapi bukanlah yang terbaik.



Thursday, September 12, 2019

cd 2019 - Bahagian 10

Lagi yang baru di beli...


Kedua-duanya menggunakan gambar cover binatang besi. Makanya dah boleh agak lah kan bagaimana bentuk muziknya.

The Rods adalah antara band underated heavy metal Amerika dari tahun 80an yang membuat kemunculan semula manakala Riot City pula adalah generasi baru NWOTHM yang berasal dari Canada.

Macam biasa... nanti-nanti kita cerita dengan lebih detail...


Saturday, September 7, 2019

Silver and Gold

Sempena 30 tahun…


ASaP - Silver and Gold (1989)

Lama dah tak buat entri berkenaan ulangtahun sesuatu album. Hmmm… malas betul la nak buat "research" dan menulis.

30 tahun dulu ada beli kaset ni. Tapi dah hilang entah kemana. Paling tak boleh lupa ada seorang rakan metal akar kayu * bertanya lepas dengar 2, 3 lagu dari album ni, "kenapa beli kaset ni? Kau tau ker ni kumpulan apa...atau kau beli ni pasal gambo inlay kat dalam ni??**."


Ok. Untuk yang tak tahu. ASaP (Adrian Smith and Project) adalah band projek solo Adrian Smith ketika dia masih lagi dalam Iron Maiden sebelum keluar ketika album No Prayer for the Dying.  Sebab tu kawan tu tanya. Album ini tidak seperti yang dia harapkan. Langsung tak ada bunyi Iron Maiden. Silver and Gold lebih kepada hard rock atau AOR working class music macam Bruce Sprinsteen atau mungkin juga Bryan Adams pasal vokal Adrian pun dah kasar macam Byan Adams.

Aku jawap dia, "Hellooo... ini Adrian Smith la beb...Gitar hero aku...Apa-apa muzik atau band yang dia main pun tetap best pada aku...tetap sedap...tetap sokong..."


Tapi itulah... kawan-kawan jenis metal akar kayu tak sokong. Kawan-kawan AOR rasa pelik pula nak beli album gitaris metal main muzik pop rock. Hasilnya album ini memang gagal kat pasaran. Hanya fan boy yang beli dan sokong. Akhirnya ASaP berkubur.



*Dalam group whatsapp geng2 bloger, Zan Bassit gelar mat metal true ni sebagai metal akar kayu sempena logo2 band yang susah nak baca dan macam akar kayu…kah kah kah…)

**siapa pernah tengok inlay dalam dia faham la apa maksudnya



Wednesday, September 4, 2019

Dup Dap Dup Dap lagi...

10 tahun yang lalu...

8 tahun yang lalu...

Kini...

Anak bongsu pula menghadap rutin hidup sebagai seorang pelajar... Dah kali ke 3 dah anak tempuh UPSR... Tapi dup dap dup dap abahnya tetap sama....

Untuk Norma Irdina dan anak rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang bermula hari ini, kita doakan mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG.

Semoga 6A dalam gengaman. INSYALLAH!!


*lama dah tak buat entri berbentuk peribadi macam ni...