Showing posts with label Journey. Show all posts
Showing posts with label Journey. Show all posts

Tuesday, October 4, 2016

Raised On Radio

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada bulan mei yang lalu...


Journey - Raised On Radio (1986)

Ini yang terakhir dari trilogi 3 album Journey era 80an yang saya suka. Escape, Frontiers dan yang menyambut ulangtahun ke 30 pada tahun ini, Raised On Radio.

Sebelum heavy metal, inilah genre muzik yang saya dengar disamping muzik pop new wave 80an. Terpengaruh dengan abang, Journey adalah salah satu band AOR yang menarik minat saya pada ketika itu.


Album ini sebenarnya yang paling kurang saya minat berbanding 2 album lainnya. Sebab utamanya mungkin kerana album ini lebih kepada selera Steve Perry selepas beliau berjaya dengan album solo beliau. Malah beliau juga memecat pemain bass dan drum mereka dengan alasan arah tuju muzik yang berlainan. (Randy Jackson American Idol bermain bass untuk album ini).

Bagi saya ianya kurang lagu yang menyengat. Lagunya ok tetapi kecuali lagu "Girl Cant Help It" dan "Suzanne", tiada yang betul-betul melekat.

Tetapi berkemungkinan besar sebab utamanya adalah saya sendiri. Ini adalah tahunnya saya telah mula terjebak dengan heavy metal. Muzik AOR sebegini tidak lagi menjadi pilihan hati.





Friday, May 24, 2013

Frontiers

Album rock klasik yang dah 30 tahun...


Journey - Frontiers (1983)

Dulu saya ada kasetnya. Cetak rompak milik abang. Inilah albumnya yang mengenalkan saya kepada mereka. Sehingga sekarang...kalau di sebut genre AOR...pasti secara otomatiknya saya terbayangkan mereka.

Di zaman kegelapan genre progressif rock di penghujung 70an dan kejayaan band-band yang dipanggil "corporate rock" seperti Foreigner contohnya, banyak band-band progressif berubah arah. Journey salah satu darinya. Seperti juga Yes dan Styx, Journey juga menempa kejayaan dengan perubahaan tersebut.

Bermula dengan kejayaan Escape (1981), Journey mula dikenali sebagai band "corporate rock" atau sekarang lebih dikenali sebagai AOR. Frontiers adalah kesinambungan kepada Escape. Kalau Escape mempopularkan mereka dengan  lagu-lagu seperti "Don't Stop Believin'" dan "Open Arms", Frontier pula dikenali kerana "Separate Ways (Worlds Apart)", "Send Her My Love" dan "Faithfully".



Intro lagu "Separate Ways (Worlds Apart)" adalah antara intro keyboards yang paling saya suka selepas intro "The Final Countdown". Video muziknya agak janggal dan lawak...tetapi lagu ini lah yang mula membuatkan saya meminati Journey. Tambahan pula lagu balada yang menarik  "Send Her My Love" dan lagu balada yang menjadi antara all time favourite saya (dan isteri saya juga)  "Faithfully" menjadikan album ini tak kalah. Kalau diikutkan, Escape lebih menarik...tetapi atas dasar nostalgianya, saya memilih Frontiers sebagai favourite.

Sebenarnya album ini sepatutnya lebih bagus jika lagu "Only the Young" dan "Ask the Lonely" di masukan sekali. Lagu yang dimuatkan untuk soundtrack filem yang diriliskan lebih kurang sama masanya dengan Frontiers. Saya bernasib baik kerana cd remastered saya ini mengandungi kedua2 lagu tersebut.

Album yang menarik jika anda mahu mendengar AOR.




Sunday, December 25, 2011

Escape

Sempena 30 tahun dah usia album ni...




Journey - Escape (1981)

Aku tau Deaf suka band ni...abang aku pun sama...dari beliau lah aku kenal Journey...masa tu (awal 80an)..aku pun tak rock lagi...tapi kami adik beradik memang into muzik omputeh...hari2 layan Radio 1 Singapore...salah satu lagu yang popular time tu adalah lagu2 Journey..mula ambik tau pasal Journey bila abang aku beli kaset  Frontiers..gitarist dia Neal Schon jadi penyebab mengapa aku suka Journey... tapi bila masuk pertengahan 80an...aku mula giler heavy metal...Journey pun aku tinggalkan...

Tapi bila masuk pertengahan 90an...zaman aku slow down dengan metal2 ni semua...kebetulan Journey pun buat reuinon dengan album Trial By Fire...aku mula balik dengar Journey...tu jam aku cari balik 3 album dorang yang paling aku familiar...Escape, Frontiers dan Raised On Radio...tapi tak dapat cari cdnya sehinggalah beberapa tahun yang lepas...cd Escape aku ni adalah edisi special edition 2005...ada bonus track...kira best la...banyak gambo2 tour semua...





Aku ada terbaca orang tulis "Journey are the masters of guilty pleasure bands"...sedikit sebanyak aku setuju....sapa la yang tak cair dengar lagu2 AOR cengini kan... walaupun Escape bukanlah fav album Journey aku...tapi album ni la yang buat dorang terkenal seluruh dunia...3 lagu masuk carta ("Dont Stop Believing", "Who's Crying Now" dan "Open Arms")...1.4 juta copy terjual satu dunia...kita hanyalah golongon minoriti kalau nak kata album ni tak best...

Mereka patut berterimakasih kapada Glee...rancangan tv ni la yang buat budak2 generasi sekarang kenal Journey..sampaikan anak pompuan aku pun tetiba kenal Journey...padahal dah bertahun dah cd Journey ni ada kat rak cd...patut Glee kaver lagu Iron Maiden pulak...baru la anak aku tetiba nak dengar Maiden....hahaha...


Tapi aku tak minat pun lagu "Dont Stop Believing" tu...bagi aku Escape ada 2 lagu yang aku cukup suka...tak kisahlah kalau peminat tegar Journey suka "Who's Crying Now" atau "Open Arms"...tapi bagi aku kalau lagu slow...aku suka "Still They Ride"..terutama part gitar solo Neal Schon tu...mengingatkan aku kenapa aku suka beliau at the 1st place...sampaikan projek band dia  macam Bad English dan Hardline pun aku follow...memang feel la dia punya solo....


Satu lagi adalah lagu "Mother,Father"...pada aku ni lagu paling terbaik dari Escape...lagu yang ada unsur2 progressif rock...genre asal muzik Journey sebelum kemasukan Jonathan Cain (Keyboards)...mungkin Journey takder jodoh ngan progressif rock...Jonathan Cain benar2 mengubah hala tuju Journey...tapi apa ada hal...AOR ni la yang buat dorang terkenal dan kaya...sekali lagi dengarkan petikan gitar Neal Schon kat lagu ni...memang terbaik la..



Neal Schon ngan gaya rambutnya tu sekali pandang dah macam Brian May la pulak kan...heheh



Apa2 pun...memang aku dengar Journey pasal Neal Schon....dialah satu2nya gitar hero aku yang bukan dari kalangan band heavy metal...tapi mungkin  dulu2 Journey di labelkan dalam kategori tu jugak kot...kalau tak...tak kan lah Dio panggil beliau untuk projek Hear 'n Aid kan....


Tapi pada aku la...Journey dan album Escape ni la yang patut diberikan kredit ...atau disalahkan (ikut selera korang)...bila band2 macam Bon Jovi dan banyak lagi band2 hair metal tu gunakan formula Escape dan berjaya...tetiba muzik pop-friendly hard rock...atau pun pop metal...atau tak kisah la apa korang nak panggil meletup masa penghujung 80an dulu...semuanya memang pasal Jouney...


Tuesday, November 8, 2011

lima belas



Sorry...ni entri jiwang...

Hari ni adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 15...pejam celik pejam celik dah 15 tahun rupanya...pergh...
mungkin akan menyambutnya dengan makan malam bersama masakan daging kurban yang baru dapat semalam kot...heheh...

Thanks dear for all the wonderful years...

Just nak share satu lagu...walaupun kami berbeza dari segi selera muzik...tapi setiap kali terdengar lagu ni kat radio terutamanya sewaktu dalam kereta...kami boleh together gether menyanyi bersama2...

aku punya all time favourite dari Journey...tak pernah jemu arr layan lagu ni...

"Faithfully"



I'm forever yours....Faithfully

Saturday, August 27, 2011

AOR

Ok la...atas permintaan En Hafiz yang nak tau sangat apa tu AOR...hari ni kita belajo pasal genre muzik...aku pun bukannya pandai sangat...tapi setelah puas aku google...akhirnya aku jumpa jugak maksud AOR yang lebih kurang sama dengan kepahaman kat kepala otak aku...cekidot -SINI-

"AOR (Adult Oriented Rock) is a sub-genre of Rock that emerged in the late '70s and early '80s as an amalgamation of Rock, Hard Rock and Progressive Rock. It is characterized by a rich, layered sound, slick production and a heavy reliance on pop/rock hooks, which led to its huge popularity in the late '70s and early '80s.

AOR songs are almost always synthesizer driven and catchy and very often include harmonized vocals. The catchy choruses combined with relatively short song lengths make AOR a very radio friendly genre. The songs are more melodic than straight-ahead, regular Hard Rock, but still not nearly as light as Pop/Rock.

Some of the earliest - and also the most well known - AOR bands include names like Asia, Boston, Foreigner, Journey, Survivor and Toto.

Although AOR experienced a decline in popularity in the '90s, there has been a resurgence in recent years. Some of the notable groups in this later era include Brother Firetribe, Frederiksen/Denander, Place Vendome and Pride of Lions.

Note! The genre AOR is not to be confused with the radio format AOR (Album Oriented Rock), which is a term used mostly in North America and can mean practically any Rock album ever released."




Sejak dulu kepahaman aku AOR ni adalah genre yang terletak ditengah2 antara pop rock dan hard rock...tidak terlalu ringan seperti pop rock (contoh Chicago,Air Supply,Michael Learns To Rock,Roxette) dan tak terlalu berat seperti hard rock (Deep Purple,Bon Jovi,Aerosmith,Kiss)...

Tapi nak kata satu2 band tu betul2 AOR pun susah jugak...banyak band2 yang berubah2...contoh Bon Jovi...awal2 dulu lebih pada Hard Rock...sekarang dah lebih macam AOR....tapi antara band yang kekal dari dulu sampai sekarang boleh masuk kategori AOR dan yang paling aku suka sekali dan paling tepat nak describe genre AOR adalah Journey.



kenapa dipanggil adult oriented pun aku tak tau...mungkin lagu2 cengini sesuai unyuk golongan yang matang ataupun lebih tepat dah tua...heheh...tapi leceh la genre2 ni kan...kalau sedap kat telinga layan ajer la...bagi aku secara peribadinya...kalau lagu tu sedap terutama yang jenis2 guitar oriented...memang aku suka...kalau metal sekalipun tapi tak sedap...memang aku menyampah (read : Nu Metal...hahaha)...tapi ntah kenapa...Hip Hop, dangdut (err...K Pop pun...) memang langsung aku tak bleh terima...

Ok..harap En Hafiz berpuashati...sekurang2nya ini lah pemahaman aku pasal AOR...kalau salah atau orang lain ada permahaman lain...tu dia punya pasal...heheh...