Europe - Come this Madness (2026)
Mereka jarang mengecewakan. Antara calon album kegemaran 2026.
Remembering my youth - 43rd anniversary
Michael Schenker Group - Built to Destroy (02/09/1983)
Saya akan sentiasa mempunyai soft spot kepada Michael Schenker. Beliau bersama gitar flying V nya adalah antara gitar hero yang terawal untuk saya.
Built to Destroy lebih kepada AOR tetapi solo-solo beliau tidak pernah mengecewakan. Ini adalah antara album kegemaran.
Remembering my youth - 40th anniversary
Loudness - Lightning Strikes (25/07/1986)
Satu lagi album yang mengembalikan kenangan zaman sekolah. Album ini dan Thunder in the East merupakan antara pengaruh besar kepada budak-budak baru up nak up pada ketika itu. Semua pun belajar main gitar pasal nak jadi macam Akira.
Dengan adanya Youthanasia makin hampir complete dah discography studio album Megadeth dalam bentuk piring.
Mr. Big - Hey Man (RSD 2026 - 30th Anniversary Edition)
Lagi pembelian Record Store Day 2026. Cadangnya nak beli satu sahaja untuk RSD 2026 ni , tapi seperti biasa cadangan memang tak boleh di pakai...
Remember my youth - 40th anniversary.
![]() |
Europe - The Final Countdown (26/05/1986)
Satu lagi mesin masa yang membawa saya kembali ke zaman persekolahan. Antara kaset yang akan saya pasang setiap kali pulang dari sekolah.
Sayangnya kaset asal tersebut dah hilang entah kemana. Kaset digambar saya beli beberapa tahun yang lalu sebagai pembelian kenangan untuk zaman tersebut.
Darkthrone - Pre-Historic Metal (08/05/2026)
Mungkin saya adalah antara golongan minoriti yang lebih suka mereka dengan konsep muzik heavy/doom metal sebegini berbanding zaman black metal hutan berkabus mereka.
29th anniversary.
Slaughter - Revolution (20/05/1997)
Kebelakangan ini saya cuba untuk mendengar apa yang saya tertinggal pada satu ketika dahulu. Ini adalah percubaan Slaughter untuk menyesuaikan keadaan semasa pada ketika itu.
Secara keseluruhan, album ini mungkin bukan pilihan utama peminat lama, tetapi bagi yang sukakan evolusi ke arah bunyi yang lebih moden, album ini ada tarikannya tersendiri. Tidak sempurna, tetapi jauh lebih baik daripada yang saya sangkakan.
Lagi berkongsi pembelian terkini...
Remembering my youth - 43rd anniversary.
Iron Maiden - Piece of Mind (16/03/1983)
Sebuah lagi album kegemaran. Antara kenangannya dulu masa zaman sekolah, cikgu lantik untuk jadi pelukis ilustrasi majalah tahunan sekolah. Cover album ini saya lukis di ruangan sajak tentang penyalahgunaan dadah.
Nasib zaman tu cikgu pun tak tahu pasal Iron Maiden 😁. Nak kena cari balik lah kat mana majalah tu.
Kalau ada satu rilisan RSD 2026 yang teringin nak beli sememangnya yang ini. Dan akhirnya berjaya juga dimiliki.
Terimakasih kepada seorang rakan yang tolong membelikannya khas di Jepun.
Dah jadi rare dah piring ni. Kalau ada pun yang jual memang harga pergi haji balik hari.
Remembering my youth 30th anniversary
Manowar - Louder Than Hell (29/04/1996)
Jika boleh nampak cover kaset dalam gambar ini, tajuk album ini dinamakan sebagai "Louder" khas untuk pasaran di Malaysia. Tapi saya tak ingat adakah ianya juga ada dikeluarkan dalam bentuk cd.
Bagi saya ini adalah album Manowar terakhir yang saya betul-betul suka. Walaupun ianya agak komersial, tetapi boleh dikatakan kesemua lagu-lagunya sedap dan catchy. Memang jenis seronok untuk singalong.
Ulangtahun ke 40
Search - Langit dan Bumi (1986)
Album Search yang paling bernostalgia dan diminati untuk saya. Mungkin sebab ia diterbitkan ketika muzik heavy metal mula berkembang pesat di Malaysia. Dan saya sendiri sedang melalui fasa perubahan dari peminat tegar Duran Duran kepada peminat heavy metal.
Ianya juga terasa lebih berat dari album pertama mereka. Menjelang album berikutnya, saya sudah mula lebih kemaruk dengan muzik heavy metal orang putih.
Remembering my youth - 38th anniversary
Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son (11/04/1988)
Setiap album kegemaran pastinya bagaikan mesin masa yang membawa ke suatu masa tertentu. Dan SSOASS membawa saya kembali ke tahun terakhir di zaman persekolahan. Ini antara album yang didengar bersama rakan-rakan dan sering jadi topik perbualan.
Sayangnya ada diantara rakan tersebut yang dah tiada, lost contact dan majoritinya pula tidak lagi berminat dengan muzik.
Semestinya sebuah lagi album kegemaran sepanjang zaman.
Remembering my youth - 37th anniversary
Sepultura - Beneath the Remains (07/04/1989)
Ada satu ketika dulu saya memang gila dengan album ini. Kasetnya sampai lunyai dimainkan berkali-kali. Inner Self bagaikan satu anthem.
Sayangnya saya dah hilang kaset tersebut. Kaset di gambar dibeli semula sebagai peringatan saya untuk zaman tersebut.
Remembering my youth - 46th anniversary
Saxon - Wheels of Steel (03/04/1980)
Mereka sezaman Iron Maiden dan Def Leppard dan antara watak penting dalam pergerakan New Wave of British Heavy Metal. Tetapi sayangnya populariti mereka tidak sebesar 2 band tersebut. Nasib tidak menyebelahi. Bak kata vokalis mereka Biff Byford, mungkin mereka tidak cukup handsome untuk jadi popular 😁.
Tetapi tidak boleh dinafikan ini adalah antara album terpenting untuk era NWOBHM.
Remembering my youth - 35th anniversary
White Lion - Mane Attraction (02/04/19991)
Satu lagi band dan gitaris kegemaran. Kerja gitar Vito Bratta dan kombinasi lagu-lagu beliau bersana Mike Tramp tidak pernah mengecewakan. Sayangnya ini adalah album terakhir dari mereka dan Vito Bratta hilang dari radar dunia muzik selepas dari ini. Mungkin tak ada peluang untuk mereka bergabung semula tetapi “Blessing in disguise”nya kita dapat James LoMenzo dalam Megadeth.
Remembering my youth - 33rd anniversary
Savatage - Edge of Thorns (02/04/1993)
Savatage dan Criss Oliva akan sentiasa menjadi antara band dan gitaris kegemaran sepanjang zaman untuk saya. Dan masterpiece ini adalah salah satu yang terbaik dari mereka. Sayangnya ini adalah album terakhir Criss.
Thank you for the music, Criss 🤘