Lagi cd terkini yang sempat di sambar...
Lizzy Borden - My Midnight Things / TNT - XIII / Ghost -Prequelle / Dee Snider - For the Love of Metal
3 darinya adalah apa yang digemari sejak dari zaman remaja manakala yang satu lagi adalah antara band terkini yang berjaya memikat hati.
Showing posts with label TNT. Show all posts

Monday, September 10, 2018
Monday, August 21, 2017
Tell No Tales
Yang 30 tahun...
TNT - Tell No Tales (1987)
Norway lebih dikenali dengan band-band black metal atau mungkin juga A-Ha dan Ole Gunnar Solskjær. Ok yang last tu peminat bola jer kot yang tahu. Tapi TNT ni mungkin ramai yang langsung tak tahu. Bercerita perihal TNT sudah semestinya 2 nama ini yang paling penting. Ronni Le Tekrø dan Tony Harnell.
Mendengar kerja gitar terutamanya solo-solo dalam album ini memang terasa nak ber"air guitar". Memang hebat. Ronni Le Tekrø memang berbakat. Sayangnya nama beliau agak kurang dikenali. Nak kata kerana berasal dari Norway, John Norum (Europe) pun terkenal juga. Bezanya mungkin John Norum dan Europe ada lagu hits yang terkenal satu dunia dan TNT tidak. Walaupun "10,000 Lovers (In One)" agak popular juga di MTV tetapi tidak cukup besar seperti "Carrie" apatah lagi "The Final Countdown".
Selain itu, keistimewaan TNT terletak pada vokalisnya, Tony Harnell. Beliau memang tak ada masalah untuk note - note yang tinggi. Sebenarnya Tell No Tales mempunyai formula sempurna utuk menjadi sebuah album glam/hair metal yang baik. Virtuoso guitar dengan vokal yang bagus. Lagu-lagunya pun melodic. Memang sedap. Sayangnya mungkin kerana kurang promosi menyebabkan ianya agak kurang dikenali.
Sejujurnya saya memang menyukai album ini. Sesuai untuk yang minat hard rock 80an.

Labels:
1987,
cd,
rock omputeh,
TNT,
Youth Gone Wild 80's
Friday, August 29, 2014
Knights of the New Thunder
Sebelum black metal di Norway...mereka telah wujud dahulu....sempena 30 tahun...
TNT - Knights of the New Thunder (1984)
Mungkin tak ramai yang tau perihal album dan kumpulan ini. Tetapi jika ada peminat gitar terutamanya shredder dengan lagu-lagu melodic heavy metal 80an yang mempunyai pengaruh power metal, anda patut mencuba TNT dan terutamanya album ini.
Saya dikenalkan kepada muzik mereka melalui album Intuition (1989) kepunyaan abang. Pertama kali mendengarnya saya sudah merasa kagum dengan gitaristnya, Ronni Le Tekrø. Memang dasat. Beliau dikenali dengan trademark "machine gun technique". Apa yang saya tidak ketahui ketika itu, album Intuition adalah zaman pop metal mereka. Kalau itu pun dah dahsyat kerja gitarnya, apatah lagi zaman-zaman awal mereka yang lebih kearah heavy dan power metal.
Ternyata tekaan saya betul. Album ini memang cemerlang kerja gitarnya. Lagu lagu seperti "Seven Seas"," Knights of the Thunder" dan "Deadly Metal" memang klasik heayy metal. Giler sedap. Tambah-tambah pula suara vokalisnya Tony Harnell yang mempunyai pitching yang tinggi. Kalau suka gaya vokal Dickinson, Halford, Kiske, Tate ataupun LeBrie, ini memang makanan anda.
TNT mengingatkan saya kepada band scandinavian seangkatan iaitu Europe. Muzik mereka awalnya hampir sama. Tetapi nasib Europe lebih cerah. "The Final Countdown" bertuah. Walaupun mungkin Ronni Le Tekro lebih hebat dari John Norum ataupun Tony Harnell lebih bagus dari Joey Tempest tetapi bakat tanpa tuah anda tetap tidak akan kemana. Sayang sungguh. Percubaan mereka berubah dengan konsep yang lebih pop dan komersial dengan album-album yang berikutnya juga agak kurang berjaya.
Berbaloi dimiliki walaupun hanya kerana kerja gitar Ronni Le Tekro dan suara high pitch Tony Harnell...Terbaik!

1984,
cd,
rock omputeh,
TNT,
Youth Gone Wild 80's
Subscribe to:
Posts (Atom)