Saturday, December 30, 2017

Battle Of The Bands Round 2 vinyl

Yang terkini di pasaran...


Battle Of The Bands - Round 2 (piring hitam 2017)

Selepas Battle Of The Bands di piring hitamkan, kini giliran Round 2 pula. Sebuah album yang tak perlu di perkenalkan lagi. Memang tak rock la kan kalau tak tau. Ianya adalah kenangan terindah bagi muda mudi yang membesar di zaman tersebut. Diam tak diam dah 31 nak masuk 32 tahun. Yang dulunya muda belia ketika membeli kaset ini pun kurang-kurangnya dah masuk umur 40 tahun dah...cepat betul masa berlalu.


Piring hitam ini semenangnya sesuai untuk collectors dan mereka yang hendak mengimbau kenangan silam. Nak kata istimewa pun tak juga. Packaging simple. Gatefold yang di dalamnya sekadar lirik. Gambar covernya kurang sharp. Ada muka band member yang memang tak nampak apa. Seperti biasa ayat 'klise'nya...biar ada dari tak ada..


Dari segi sound tak ada nak komplen sangat. Biasa la volume kena up dari biasa. Tak pasti sumbernya dari mana. Mungkin juga dari cd. Seperti yang dikatakan awal tadi, lp ini memang sesuai untuk collectors dan mereka yang mengimbau kenangan silam. Nak beli yang asal memang susah nak dapat dan harga pun tak masuk akal.


Tapi tu la....harga lp-lp reissue ini pun sebenarnya agak mahal juga. Berbalik pada point asal...Memang ianya hanya untuk collectors dan mereka yang ada kenangan silam (macam saya).



***harapnya Juara Juara Rock juga akan dipiringhitam walaupun nanti hati gembira kocek menangis...




Tuesday, December 26, 2017

Bukan dari The Big Four

Bila malas dan tiada idea untuk menulis, maka akan keluarlah entri-entri riak cdwi.. 😀

10 album terbaik thrash yang bukan dari Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mengikut loudwire.com. Seperti biasanya lain orang akan lain pendapatnya.


10 - Overkill - The Years of Decay (1989)
9 - Annihilator - Alice in Hell (1989)


8 - Death Angel - Frolic Through the Park (1988)
7 - Suicidal Tendencies - Lights, Camera, Revolution (1990)


6 - Flotsam & Jetsam - Doomsday for the Deceiver (1986)
5 - Dark Angel - Time Does Not Heal (1991)


4 - Nuclear Assault - Handle with Care (1989)
3 - Kreator - Extreme Aggression (1989)


2 - Exodus - Bonded by Blood (1985)
1- Testamant - The Legacy (1987)

Semua ni sebenarnya berpuluh tahun kumpul. Membeli apa yang suka. Tak kisahlah versi apa. Yang penting janji ada. Kadang-kadang bila buat entri macam ni baru perasan apa yang kita tak ada. Extreme Aggression pun hanya setakat versi NSR rupa-rupanya. Tapi yang pastinya Frolic Through the Park adalah misi ebay saya yang seterusnya.






Saturday, December 23, 2017

Identiti

Dah dekat-dekat hujung tahun sebelum terlupa...


Metalian - Identiti (1987)

Satu lagi album rock melayu yang menyambut ulang tahun ke 30. Rasanya dalam 5 buah band Juara Juara Rock, mereka adalah yang pertama mengeluarkan album solo. May - Dilema,  Febians - Febians dan Burnmark - Burnmark's semuanya dikeluarkan dalam tahun 1988.

Antara band rock terawal dengan imej mat pejabat. Walaupun begitu muzik mereka tetap rock. Banyak lagu yang catchy. Tetapi ntah kenapa ianya agak kurang mendapat sambutan. Sayang, band yang bagus dengan lagu-lagu ciptaan sendiri seperti mereka kurang mendapat perhatian.


Namun begitu, lagu "Erti Persahabatan" agak popular juga di radio berbahasa melayu Singapura suatu masa dahulu. Memang sedap lagu ni. Tetapi untuk saya ada 2 buah lagu yang cukup saya suka. Pertamanya lagu mid tempo, "Khayalan" dan satu lagi lagu slow, yang ada solo "Turned To Stone" dan "Strangers In The Strangeland", "Senyum Bukan Tangisan".

Dengan adanya cd reissue 2016, dapat jugalah mengimbau kenangan silam walaupun sound cd tersebut memang banyak yang boleh dipertikaikan.

Untuk edisi merapu 7 tahun yang lalu...klik >SINI<










Wednesday, December 20, 2017

Under Jolly Roger

Lagi yang dah berusia 30 tahun pada tahun ini...


Running Wild - Under Jolly Roger (1987)

Lama tunggu nak dapat pegang album ni secara fizikal. Dulu di penghujung tahun 80an sekadar membaca tentangnya di dalam majalah Metal Hammer. Imej Lanun Johor di cover albumnya menarik perhatian. Tambahan pula ulasan album dan konsert mereka mendapat rating yang agak tinggi juga dalam Metal Hammer.


Mereka adalah pelopor kepada apa yang digelar sebagai Pirate Metal. Sebenarnya dari segi muzik tiada bezanya antara mereka dengan lain-lain band heavy metal dan power metal 80an. Yang bezanya hanya dari segi lirik.

Muzik sebegini sememangnya makanan saya. Maka misi menghabiskan duit yang seterusnya sudah tentu-tentulah untuk mencari cd-cd mereka yang lainnya pula.




Monday, December 18, 2017

Wayang

Lama dah tak ke panggung...ni 3 yang baru ditonton dalam bulan ini...



Ingatkan ceritanya sekadar cerita lawak seperti kebiasaan cerita animasi untuk kanak kanak. Tak sangka pula ada bahagiannya yang boleh menitiskan air mata. Terasa sedihnya, tambah pula jika anda seorang ayah.

Sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Jalan cerita dan twist yang menarik. Paling kagum bab animasinya. Lawa sungguh.

Rekomended!




Awalnya tak menaruh harapan tinggi. Jumanji 1995 dengan Robin Williams sememangnya lejen. Zathura 2005 pun boleh tahan. Apalagi yang boleh kita jangkakan untuk kali ketiganya.

Ternyata saya silap. Menukarkan board game kepada video game menjadikan Jumanji kali ini lebih up to date dan segar. Walaupun pengakhirannya mudah di jangka tetapi ceritanya memang lawak. Sangat lawak.

Jack Black dan Kevin Hart sememangnya menghiburkan. Ternyata ianya melebihi dari apa yang saya jangkakan. Rasa tak nak keluar panggung pula bila lagu Welcome To The Jungle berkumandang ketika penghujung cerita. Singalong dulu baru balik...haha

Err...dan salah satu kerektornya juga adalah seorang metalhead....tu pun dah buat saya tersenyum...

Rekomended juga.




Yang ni tak payah cakap banyak. Kalau anda peminat Star Wars pastinya anda akan berpuas hati.

Tak nak tulis lebih. Takut terspoiler pula nanti. Hormat kawan kawan yang belum tengok.

Sangat rekomended...hanya jika anda peminat Star Wars...kalau yang tak minat tu cakap apa pun tak guna...yer tak?







Thursday, December 14, 2017

Search Sepuluh Tahun


Search - Sepuluh Tahun Limited Gold Disc Edition (2017)


Banyak betul produk Search dipasaran. Ini adalah salah satu darinya. Cd yang dulunya dikhabarkan sebagai "rare" di pasaran. Tapi mungkin sekarang dah tak berapa nak rare bila diterbitkan semula dalam bentuk gold disc.

Tetapi ianya juga tak lari dari kontroversi. Isu hak milik menjadi sebabnya ianya tertangguh. Hanya dijual secara meluas pada konsert mereka 2hb Disember yang lalu. Sejujurnya saya agak kurang berkenan dengan cara mereka menangani isu ini. Mencari gaduh dengan peminat tegar bukannya peminat "Isabella" adalah satu langkah yang kurang bijak. Tapi itulah...mungkin bagi mereka peminat tegar yang membeli segala muzik fizikal ini tidak penting. Spesies yang macam ni walaupun rasa bengang macam mana pun beli tetap beli juga kan?


Ok la entri ini sekadar berkongsi perbezaan antara cd ini dengan versi kaset yang asal. Yang paling nyata adalah gambar-gambarnya. Memang berlainan. Tak pasti pula adakah cd yang asal juga sememangnya berbeza gambarnya. Sesiapa yang ada mungkin boleh tolong bagi penjelasan.


Itu sahaja lah nak cerita. Cd ini lebih kepada untuk pengumpul tegar atau collector barangan Search. Yang setakat minat Isabella rasanya tak akan beli kot...

Pernah juga merapu pasalnya 5 tahun yang lalu... >SINI<



Monday, December 11, 2017

The Grinding Wheel


Pejam celik...dah nak habis 2017 dah. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam teringin nak buat senarai album pilihan 2017. Tapi tak banyak mana yang dibeli pun. Banyak dengar guna spotify. Tetapi ini adalah salah satu album pilihan saya untuk 2017.


Overkill - The Grinding Wheel (2017)

Mereka adalah antara yang paling aktif menghasilkan album baru. Ini album yang ke 18. Dan yang paling menarik mereka tetap dengan thrash. Ada sedikit terpengaruh dengan groove metal di awal 90an tetapi paksi mereka tetap thrash. Tiada nu metal. Tiada industrial. Tiada juga Lulu (heheh).

Selagi Bobby "Blitz" Ellsworth dan D.D. Verni masih ada. Selagi itu Overkill tetap ujud. Tak kira siapa pun gitarisnya. Sound Overkill tetap sama. Semenjak Ironbound (2010) mereka terus menghasilkan album album thrash yang berkualiti.


Semua lagu sedap. Seperti juga Testament, Death Angel, Suicidal Tendencies (sekadar menyebut beberapa nama), band-band generasi lama ni makin tua makin berisi.

Jika anda suka thrash. Ini sememangnya untuk anda. Makin lama dengar makin rasa ianya adalah saingan bagi Kreator - Gods of Violence untuk menjadi album pilihan 2017 saya.




Saturday, December 9, 2017

Samarkand



Bloodshed - Samarkand (1987)

Masuk bulan disember ni kalau tak silap dah 30 dah usia album ni. Masih ingat dulu beli kasetnya dapat poster kalendar tahun 1988. Bertahun juga poster tu bertampal kat bilik sehinggalah mak buat make over bilik habis semua poster kena buang.

Ini antara album terbaik rock melayu. Sayangnya kat Malaysia ni dari syarikat rakaman hinggalah yang kononnya peminat rock memang buat tak tak tau atau tak ambik tau tentang tarikh dan sejarah.

Kalau orang puteh ni dah tentu tentu akan adanya terbitan semula sempena ulang tahun dengan bermacam macam terbitan dan bonus track. Tapi kat Malaysia ni mimpi la. Berapa kerat jer yang nak beli...dan kalau buat pun jadilah macam Search Fenomena Made in USA....kata orang tu pun sekadar menangguk di air keruh...

Ok la...harap satu hari nanti Samarkand ni akan keluar juga versi piring hitam...come on record company...take my money.... 😁





Thursday, December 7, 2017

Release From Agony

Yang dah 30 tahun pada 1hb Disember yang lalu...


Destruction - Release From Agony (1987)

Mereka adalah the big four ataupun disebut juga sebagai the big three of teutonic thrash. Sebuah nama yang cukup. besar dalam dunia thrash metal.

Mereka adalah band yang saya cuba untuk suka di sebabkan status mereka tersebut. Sayangnya bagi seorang poseur seperti saya, Destruction adalah sebuah band yang agak sukar untuk saya mengingati lagu lagunya. Bukan tak bagus. Tetapi lagu lagu mereka bukan jenis yang mudah untuk melekat dalam kepala. Dengar. Hanguk hanguk kepala. Best. Tapi lepas tu lupa.

Relase From Agony adalah salah satu contohnya. Walaupun ianya adalah salah satu album terbaik mereka. Tetapi adakalanya agak membosankan juga jika mendengarnya secara berterusan. Walaupun mereka menjadi lebih teknikal tetapi kurangnya melodi yang mudah hadam menjadikan ianya agak sukar melekat.


Jangan salah anggap. Ia sebuah album thrash yang bagus. Jika anda thrasher, sudah pasti album ini akan anda suka. Lagu yang menjadi tajuk album, "Release From Agony" memang sedap. Mungkin juga  "Unconscious Ruins" dan "Incriminated". Tetapi yang lainnya biasa biasa sahaja.

Bagi saya, agak sukar juga untuk mereka menyaingi Kreator ataupun Sodom. Malah ada masanya saya lebih menyukai Tankard lebih dari mereka.




Monday, December 4, 2017

The Wake of Magellan

Yang dah 20 tahun pada 15 September yang lalu...


Savatage - The Wake of Magellan (1997)

Terlepas nak buat entri ni pada bulan September yang lepas. Makin lama rasa makin malas untuk menulis. Tetapi disebabkan ini adalah album Savatage dan saya adalah "kipas susah nak mati" mereka, maka ulang tahun ke 20 The Wake of Magellan ini memang wajib untuk ditulis. Mungkin dengan secara ringkas. Nak lebih mendalam, sila google...heheh...

Savatage di penghujung hayat mereka telah menghasilkan 3 konsep album yang boleh dipanggil sebagai masterpiece. Tetapi ianya tertakluk kepada selera anda juga. Jika anda bukannya jenis yang suka duduk berejam menghayati lirik dari satu lagu ke satu lagu yang lain. Jenis album sebegini sememangnya tidak sesuai untuk anda. Tetapi jika anda sukakan muzik metal yang progressif, symphonic dengan unsur-unsur opera, mungkin juga ianya boleh masuk kepala anda. Tetapi jika tidak...tak payah la buang masa dengar. Anda sememangnya tak akan faham.

Ini adalah yang kedua terakhir dari mereka. Projek Trans-Siberian Orchestra lebih buat duit. Sedih tapi benar. Tetapi itulah hakikatnya. Jon Oliva lebih berminat ke arah itu. Tetapi tiada siapa yang boleh menyangkal kehebatan Jon Oliva bersama penerbit Paul O'Neil dalam menghasilkan sebuah konsep album yang lagu-lagunya begitu "ngam" dengan jalan ceritanya. Bak kata orang kampung saya "fit together nicely".


Ini juga adalah album terakhir Zak Stevens menyanyi untuk mereka. Walaupun ada peminat lama yang sukakan vokal Jon Oliva, tetapi untuk saya Zak telah melakukan yang terbaik sejak Edge of Thorns. Mungkin Jon juga beranggapan begitu kerana Zak masih tetap bersama dalam projek TSO. Saya juga meminati band beliau selepas Savatage, Circle II Circle.

Kesimpulannya lagu sedap. Kerja gitar Chris Caffery dan Al Pitrelli menyebabkan kita boleh menerima kenyataan yang Savatage masih boleh bernyawa selepas kematian Criss Oliva. Kalau tak bagus takkan lah Al Pitrelli dapat kerja dengan Megadeth.

Fantastic album!



Saturday, December 2, 2017

Slow Hand

Yang dah 40 tahun pada 25hb November yang lalu...


Eric Clapton - Slow Hand (1977)

"Wonderful Tonight" adalah antara lagu terawal yang di ajar kepada saya ketika saya mula kenal gitar. Mainnya tak pandai mana tetapi lagunya menjadi antara lagu zaman 70an yang saya minati.

Rasanya lagu ini agak popular juga dikalangan mat rock awal 80an. Malah Sweet Charity juga ada merakamkan lagu ini dalam album Penunggu dengan tajuk "Dia". Mamang ianya menjadi antara lagu wajib bagi budak-budak kampung berkumpul main gitar tong di tepi tembok.

Cd ini dibeli semata-mata kerana mahukan lagu tersebut. Tak banyak yang saya tahu mengenai Eric Clapton. Zaman metal memang tak berapa nak ambil tahu tentang artis-artis genre lain. Tetapi lagu beliau dari soundtrack Rush, "Tears in Heaven" agak popular juga di awal 90an. Sedap juga lagu tu.


Slowhand adalah sebuah album rock 70an dengan pengaruh blues. Dari ulasan yang saya baca, ini bukanlah album terbaik beliau. Walaupun begitu ianya mengandungi 2 lagu penting dalam karier solo beliau. Selain "Wonderful Tonight", "Cocaine" adalah salah satu lagi lagu beliau yang cukup popular. Selain itu, album ini juga mengenalkan saya kepada Eric Clapton seorang gitaris, bukan sahaja sebagai seorang penyanyi.

Saya bukanlah pengemar album sebegini tetapi saya cukup sukakan sound dan feel 70annya. Sangat lazat dan lemak berkrim. Susah zaman sekarang nak dapat sound yang sebegini. Ni kalau dengar menggunakan piring hitam tentu feelnya rasa lebih tinggi.