Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Tuesday, December 22, 2020

Mysterium

 Antara cd yang baru di beli...

Manilla Road - Mysterium (2013)

Seperti entri sebelum ini (Mekong Delta - Tales of a Future Past), Manilla Road juga adalah satu nama band yang pada penghujung 80an sekadar tahu nama melalui pembacaan di majalah-majalah rock berbahasa inggeris tetapi tak pernah mendengar lagu-lagunya. Cukup teruja nak dengar terutamanya album Crystal Logic (1983) tetapi langsung tak pernah jumpa albumnya sehinggalah munculnya zaman MP3.

Seperti juga Cirith Ungol, mereka juga adalah antara band heavy metal / power metal dari USA yang agak kurang dikenali. Mungkin boleh masuk kategori "obscure" kerana agak sukar juga untuk mendapatkan album-album mereka suatu ketika dahulu. Tetapi sejak zaman pembelian secara on-line, semuanya jadi mudah. Yang pentingnya duit!

Pembelian cd ini pun sebenarnya adalah secara tidak sengaja. Asalnya mencari cd-cd awal (80an) dari mereka. Cubaan di youtube yang memuaskan hati dan di tambah pula dengan harga yang mampu milik berbanding cd mereka yang lain membuatkan akhirnya "ter"beli. 

Mereka asalnya trio. Tetapi atas faktor usia, Mark Shelton (pengasas/vokal/gitar) telah mengambil seorang vokalis lain untuk membantunya menyanyi. Suara mereka agak serupa menyebabkan agak sukar nak cam yang mana satu suara beliau. 

Album ini mungkin bolehlah dikatakan sebagai "back to 80s". Muziknya agak hampir dengan Crystal Logic. Tetapi ada beberapa beberapa lagu yang pada saya agak meleweh dan cepat bosan. Maklumlah mereka bukannya straight forward heavy metal (makanan kegemaran) tetapi heavy metal yang mempunyai perisa doom (yang saya susah sikit nak hadam).

Tetapi secara keseluruhannya walaupun tidak konsisten, ianya tidaklah mengecewakan. "The Battle Of Bonchester Bridge", "Hallowed By The Grave", The Grey God Passes" dan balada "The Fountain" pada saya cukup menghiburkan dan menjadi penyelamat. Ini adalah antara lagu yang saya ulang-ulang dengar ketika menyiapkan tulisan ini.

Walaubagaimanapun band ini dah pun berkubur. Mark "The Shark" Shelton telah pun meninggal dunia pada tahun 2018. Beliau adalah Manilla Road. Tanpa beliau rasanya tiada siapa pun yang berhak mengunakan nama tersebut.


Wednesday, April 8, 2015

Pop Redemption





Pop Redemption (2013)

Sebuah lagi filem berkisar tentang muzik Metal. Kalau Metalhead sebuah filem drama yang serius tetapi Pop Redemption pula adalah sebuah filem "road trip" komedi.

Filem yang berasal dari Perancis ini mengisahkan tentang The Dead Makabés, sebuah kumpulan black metal yang mendapat peluang untuk beraksi di Hellfest. Mereka sebenarnya hampir berpecah kerana usia yang semakin meningkat, ditambah pula sudah berkeluarga dan perlu memikirkan kerjaya tetap sedangkan karier muzik mereka masih tidak kemana.

Hanya si vokalis yang masih bersemangat. Peluang bermain di Hellfest menggantikan sebuah band lain merupakan peluang terakhir mereka merasakan kegemilangan. Apa yang berlaku sepanjang perjalanan berkereta mereka untuk ke Hellfest adalah tunjang utama filem ini. Dituduh membunuh dan menyamar sebagai "Beatles tribute band "adalah antara yang berlaku.


Tahan kereta tengah malam dalam hutan pakai corpse paint? Ada ker yang nak berhenti...hahaha...Memag lawak la ceritanya. Gang-gang black metal tak perlu lah terasa sangat. Pasal sememangnya ini filem komedi. Paling suka bab pengenalan kepada setiap genre metal. Itu memang menarik.

Sila tonton. Dijamin lawak dan tidak membosankan. Tetiba teringat pulak kepada filem Detroit Metal City.





.

Friday, March 13, 2015

Metalhead




Málmhaus (aka Metalhead) (2013)

Saya dah dengar perihal cerita ini sejak tahun lalu. Tetapi pada ketika itu agak susah juga untuk mendapatkannya walaupun secara on-line atau pun versi sedut. Dvd apatah lagi, maklumlah cerita ini bukanlah cerita Hollywood.Memang susah nak dapat dan hampir-hampir terlupa sehinggalah terbaca kisahnya di blog D'arsil >SINI<.

Filem ini berasal dari Iceland, Tak pernah terpikirpun akan ada filem bertemakan metal dari sana. Pengarahnya, Ragnar Bragason adalah seorang metalhead maka tak hairanlah kenapa beliau boleh memilih topik berkaitan metal untuk filem beliau.


Untuk yang belum menonton, filem ini bukanlah berkenaan dunia metal secara khususnya. Tetapi lebih kepada drama berat yang berlatarbelakangkan muzik metal. Agak perlahan dan meleweh juga jalan ceritanya terutama di bahagian pertengahan. Kisah berkenaan trauma seorang budak perempuan dan keluarganya dalam menghadapi kematian abangnya yang kebetulannya adalah seorang metalhead.

Walaupun saya agak kurang bersetuju bila seoarang metalhead digambarkan sebagai seorang yang mengalami tekanan perasaan, trauma, keliru, bermasalah, moody, dalam kesedihan, menyendiri...hey!!!...mana dia metal supposed to be fun!! Mat Grunge ok la kot...hahaha...Agak hampa juga bila seoarang metalhead (pengarah) mengambarkan seorang metalhead sebagai begitu...seolah-olah mengiyakan kepada dunia luar sememangnya metalhead adalah orang begitu. OK...saya faham. Ini cuma cerita yang kebetulan berlatarbelakangkan muzik metal. Bukanlah metalhead seacara amnya. Tetapi bila tajuk filemnya Metalhead, ini membuatkan saya rasa agak kurang seronok.

Tetapi bagi seorang metalhead seperti saya, poster-poster, t-shirt dan seleksi lagu-lagu metal yang dimainkan sudah cukup untuk membuatkan saya bersabar dan teruja untuk menontonnya sehingga tamat. Mana taknya...Mendengar riff "Strange Wings" dari Savatage dimainkan oleh Hera (watak utama) di depan kubur abangnya sudah cukup membuatkan saya rasa nak melompat "excited". Mana nak jumpa beb filem lain main lagu Savatage dan saya sememangnya peminat besar Savatage. Satu lagi poster Annihilator - Never, Neverland di dinding pintu. Arghhh...Benar-benar mengamit memori bilik tidur saya di kampung suatu masa dahulu.

Filem ini berlatarbelakang tahun 1983 hingga ke 1992. Ini memang zaman saya. Maka bagi sesiapa yang sebaya saya membesar di tahun 80an memang pasti akan seronok dengan seleksi lagu-lagu dari filem ini. Pengarah sebenarnya mahukan lagu-lagu Iron Maiden terutamanya “Children of the Damned” untuk filem ini (beliau peminat tegar Iron Maiden). Sayangnya polisi pengurusan Maiden tidak membenarkan lagu-lagu mereka digunakan untuk filem mengagalkannya. Ada beberapa lagu lain yang dia cuba tetapi tidak berjaya. “I Wanna Be Somebody” daripada WASP contohnya. Blackie Lawless tidak memberikan keizinan kerana tidak bersetuju dan tidak mahu lagu beliau ada kaitan dengan filem yang ada adegan bakar gereja. Dia dah jadi alim kot sekarang...hahaha...


Seleksi lagu-lagu yang bagus. Pemandangan kawasan pendalaman Iceland yang cantik. Lakonan Thora Bjorg Helga yang asalnya bukanlah seorang metalhead atau pemain gitar juga adalah cemerlang. Ini sudah cukup untuk menjadi penyebab mengapa filem ini perlu ditonton. Tambahan pula saya sukakan penutupnya bila mereka sekeluarga bergembira bersama-sama dengan lagu 'Symphony Of Destruction' dari Megadeth. Bagi saya itulah konsep metal yang sebenarnya. Having Fun!

btw...sedap jugakan lagu demo black metal Hera tu dan saya tertarik juga bila lagu itu dinyanyikan dengan "clean vocal". Ada kelainan. Dan babak mamat-mamat black metal yang datang dari Norway tu adalah antara adegan-adegan yang suka dari filem ini.




Thursday, September 25, 2014

Warm Bodies



Warm Bodies (2013)

Saya tertarik untuk menonton filem ini setelah membaca ulasan Saudara Raimi Faithcraft dalam blognya Khusyuk Kematian >SINI<

Sayangnya saya tidak dapat mencari masa untuk menontonnya sehinggalah ianya di tayangkan Astro HBO HD 2 malam yang lepas.

Apa yang Saudara Raimi tidak sebut secara khusus adalah berkenaan soundtracknya. Kalaulah beliau katakan yang zombie bernama R (hero filem), mempunyai koleksi vinyl dan memutarkan pula lagu-lagu seperti Missing You – John Waite, Patience – Guns N’ Roses, Hungry Heart – Bruce Springsteen dan Shelter from the Storm – Bob Dylan. Sudah pasti saya tidak akan berlengah-lengah untuk menontonnya.

Iyer...ianya sebuah filem cinta. Tetapi ideanya pada saya agak asli. Jarang kita dapat menonton filem zombie dari pandangan seorang(?) zombie itu sendiri. Tipikalnya zombie itu jahat. Tetapi filem ini membawa kita kepada sudut yang berlainan. Menarik!

Nak baca ulasan yang lebih mendalam, sila ke blog Khusyuk Kematian. Cerita yang ada riff "Rock You Like a Hurricane" didalamnyanya walaupun setakat beberapa saat adalah wajib di tonton oleh semua mat rock walaupun ceritanya tak rock...hahaha...

Oh ya...zombie pun tahu kenapa dia memilih vinyl. Anda pula bagaimana?...rachun...rachun...huhu...




Thursday, January 23, 2014

Gravity

Selepas Dallas Buyers Club, ini adalah filem ke 2 yang tercalon untuk anugerah filem terbaik Academy Awards 2014 yang sempat aku tonton.


Gravity (2013)

Macam biasa versi sedut. Maaflah...situasi berkeluarga macam aku memang tak berapa nak ada masa untuk menonton kat panggung. Macam tahun lepas aku cuba untuk tonton semua yang tercalon. Itupun kalau dapat semuanya dalam versi sedut.

Macam biasa sipnosis atau jalan ceritanya sila google dan tonton sendiri. Cuma apa yang aku nak cakap kat sini kepada sesiapa yang berminat kepada genre drama sci-fi, ini memang wajib tonton!

Pada aku ianya seperti versi angkasa untuk filem Cast Away. Daripada tersangkut seorang kat pulau, Gravity pula tersangkut berseorangan di angkasa. Seorang bermakna sudah tentu-tentunya jimat dari segi pelakon tapi berbelanja besar untuk CGI. 2 orang pelakon sahaja. Itupun 80 hingga 85 peratus filemnya dilakonkan oleh Sandra Bullock secara berseorangan. Maka tak hairanlah jika beliau tercalon untuk anugerah actress terbaik. George Clooney pun cuma muncul untuk beberapa minit sahaja selebihnya hanya suara.

Tetapi yang paling menarik teknik CGInya. Cantik betul pemandangannya. Dapatlah juga kita merasa bagaimana suasananya menjadi angkasawan. Menontonnya seolah-olah kita yang berada di sana. Memang terasa sunyi dan saspennya. Kalaulah berpeluang menontonnya secara 3D. Mesti lagi hebat.

 Taknak cerita lebih...nanti "spoiler". Tapi sememangnya antara filem terbaik untuk tahun 2013.

Rekomended!






Thursday, January 16, 2014

Dallas Buyers Club

Banyak movie yang di tonton seminggu dua ni...tetapi antara yang menarik perhatian adalah....


Dallas Buyers Club (2013)

Memasuki tahun baru bermakna pengiat filem akan mula berfestival. Mungkin aku patut menonton kesemua yang tercalon untuk kategori filem terbaik macam yang aku buat tahun lepas. Tapi senarai Anugerah Academy Awards 2014 pun tak keluar lagi. Tapi salah satu yang aku yakin akan tercalon kalau tidak pun sekurang-kurangnya untuk anugerah pelakon terbaik adalah filem ni.

Semasa menontonnya aku dah terpikir...Matthew McConaughey dan Jared Leto sepatutnya layak mendapat pencalonan untuk anugerah pelakon dan pelakon pembantu terbaik. Tak sangka pula rupa-rupa hari tu mereka dah menang untuk Golden Globe Awards. Ternyata tekaan aku tepat.

Aku hampir-hampir tak kenal mereka terutamanya Jared Leto. Berlakon sebagai pengidap AIDS mereka berdua menjadi kurus kering. Mathew kehilangan 23 kg manakala Jared 14 kg. Hebat betul mereka berdua dalam menghayati watak.

Bukan penampilan sahaja, malah lakonan mereka berdua memang hidup. Jared Leto sebagai mak nyah bukanlah macam pelakon-pelakon Malaysia menjadi lembut. Aku harap mereka berdua boleh menang anugerah Academy walaupun sudah pasti saingannya sengit.

Filem ini berdasarkan kisah benar. Jalan ceritanya tontonlah sendiri. Ini bukan filem aksi atau komedi...tapi rating 8.1 di IMDB adalah alasan yang cukup kuat untuk kenapa anda patut menonton filem ini. (malangnya ianya bukan untuk tontonan sekeluarga...ada banyak juga adegan 18sx)

Rekomended!




Monday, November 4, 2013

Jobs




Jobs (2013)

Ini adalah filem biography Steve Jobs. Tetapi jika dibandingkan dengan "The Social Network", sebuah lagi filem yang bertema begini, Jobs memang masuk kategori hampeh. Ashton Kutcher sebagai Steve Jobs juga tidak banyak membantu. Walaupun pujian patut diberikan atas usaha beliau untuk mejayakan watak tersebut tetapi membayangkan Ashton Kutcher adalah Steve Jobs memang macam tak kena.

Ceritanya lebih berkisarkan ketika tahun 1971 hingga 2000. Tentang bermulanya Apple dan jatuh bangunnya. Sayangnya jalan ceritanya agak bersepah. Kesinambungan dari satu babak ke satu babak yang lain tak lancar. Banyak tergantung dan melompat-lompat. Contohnya cerita tentang anak perempuannya. Tergantung. Sedar-sedar anaknya dah besar dah. Tiada langsung certa berkenaan pembabitannya dengan Pixar atau Disney. Filem ini memang tidak menyentuh langsung tentang kehidupan Steve Jobs di luar Apple. Ianya lebih kepada cerita Apple berbanding Steve Jobs sendiri. Mungkin lebih sesuai tajuknya Apple bukannya Jobs.

Pada saya jika anda inginkan cerita Steve Jobs yang lebih bagus, cari Pirates of Silicon Valley (1999). Ini jauh lebih menarik. Atau tunggu sahaja filem-filem lain berkenaan beliau yang dikhabarkan dalam proses pembikinan.

Mengecewakan.





Thursday, October 24, 2013

The World's End



The World's End (2013)

One Night. Six Friends. Twelve Pubs. Total Annihilation.

Sebuah lagi filem berkenaan apocalypse, kiamat atau pengakhiran dunia. Seperti This Is the End, The World's End juga adalah bergenre komedi. Walaupun The World's End lebih kepada science fiction comedy tetapi disebabkan keduanya diriliskan pada tahun yang sama maka perbandingan terhadap keduanya memang tidak dapat dielakkan. US vs British comedy. Yang mana lagi bagus.

Jika anda peminat "Shaun of the Dead" (2004) atau "Hot Fuzz" (2007), pastinya anda akan suka The World's End. Sememangnya ini adalah trilogy Edgar Wright yang sekali lagi mengabungkan  Simon Pegg dan Nick Frost. Ternyata ianya tidak mengecewakan.

Saya memang lebih mengemari komedi ala British. Lawaknya bukanlah lawak bodoh atau seks yang keterlaluan. Simon Pegg sekali lagi tidak mengecewakan. The World's End memang kelakar. Walaupun agak susah untuk menyaingi Shaun of the Dead tetapi ianya jauh lebih bagus jika nak dibandingkan dengan This is the End.




Thursday, October 17, 2013

This Is The End





This Is the End (2013)

Kebelakangan ini memang banyak filem-filem berkenaan apocalypse, kiamat atau pengakhiran dunia. This Is The End adalah salah satu darinya. Bezanya ianya dalam genre R-rated komedi. Jika anda gemarkan filem-filem seperti Pineapple Express, Superbad, Knocked Up dan lain seangkatan dengannya sudah pasti cerita ini untuk anda.  Tetapi jika tidak, tak payah la membuangkan masa kerana mungkin ini hanyalah cerita lawak bodoh ala David Teoh versi Hollywood.

Ini adalah filem Seth Rogen dan kroni-kroniya iaitu pelakon-pelakon komedi alaf baru Hollywood seperti Jay Baruchel, James Franco, Craig Robinson, Jonah Hill dan Danny McBride. Ditambah pula dengan penampilan istimewa Emma Watson, Michael Cera, Rihanna, Channing Tatum dan yang paling best Backstreet Boys (hahaha..)

Yang menariknya mereka menggunakan watak dan nama mereka sendiri walaupun ada diantara watak tersebut sememangnya membodohkan diri mereka sendiri. Sipnosisnya macam biasa sila baca sendiri. Tak nak spoiler. Memang ada part yang lawak tapi ada juga yang mengjengkelkan terutama lawak-lawak seks dan gay mereka.

Ceritanya memang mengarut. Tapi seperti yang saya katakan tadi. Jika anda beranggapan ianya sekadar hiburan kosong dan anda suka humor yang begini memang ianya tidak menjadi hal. Malah rating di IMDB dan Rotten Tomatoes pun agak tinggi.





Thursday, September 12, 2013

Now You See Me

Yang sempat ditonton minggu lalu...



Now You See Me (2013)

Siapa lah yang tak minat silap mata atau magic. Gusti dan magic adalah 2 benda yang budak-budak zaman aku paling senang terpengaruh. Dulu hampir-hampir aku nak percaya David Copperfield tu bela jin...hahaha. Selepas The Prestige (2006) and The Illusionist (2006), ini adalah filem bertema magic yang aku tunggu-tunggu. Ternyata ianya berbaloi.

Lama dah tak rasa perasaan "feel good" dalam menonton movie. Now You See Me memberikan aku perasaan tersebut. Walaupun sedikit rasa terperdaya pada penghujungnya. Mungkin itulah magic macam tagline movienya "Come in close, because the more you think you see, the easier it'll be to fool you". Tekaan aku siapa the Fifth Horsemen tak mengena. Memang twistnya langsung aku tak sangka. Tak nak cerita banyak nanti spoiler.

Jalan cerita menarik, pace ceritanya bergerak pantas dari satu plot ke plot, tak boring. Mengumpulkan pelakon-pelakon hebat mengingatkan aku kepada Ocean's Eleven. Walaupun bukanlah dari A-list. Tetapi lakonan Morgan FreemanMark Ruffalo dan Woody Harrelson memang hebat. Menarik juga bila melihat Jesse Eisenberg dengan watak yang berlainan dan gaya yang lebih tampan (heheh...)

Mungkin ada beberapa perkara dalam filem ini yang menimbulkan persoalaan dan tak logik. Tetapi macam menonton persembahan magic, ada perkara yang memang kita tak boleh nak explain. Betul atau sekadar ilusi.

Pada aku, filem ini memang menghiburkan. Best!





Tuesday, September 3, 2013

Before Midnight

Akhirnya...dalam sibuk-sibuk beraya...sempat juga menonton..


Before Midnight (2013)

Sila rujuk entri Before Sunrise dan Before Sunset untuk lebih memahami apa yang saya bebelkan untuk entri ini.

Rating tinggi di IMDB dan Rotten Tomatoes membuatkan saya bersemangat untuk menonton. Apakah penantian selama 9 tahun (atau 18 tahun keseluruhannya) adalah berbaloi?. Tetapi sebelum itu sekali lagi diingatkan, filem ini bukanlah untuk mereka yang gemarkan filem aksi. Kalau tak tahan menonton cerita genre drama yang banyak cakap, anda di nasihatkan jangan menonton. Konpem akan tertidur. Tetapi bagi yang bercadang untuk menonton dan telinga anda tak cukup tajam untuk menangkap apa yang dibualkan, sila cari sarikata. Sememangnya kekuatan filem ini selain lakonan bersahaja Ethan Hawke dan Julie Delpy adalah dialog-dialog yang diucapkan oleh mereka berdua.

Ternyata menonton filem ini bagi generasi yang sebaya saya, sudah pastinya terasa dekat di hati. Before Sunrise ketika saya remaja (zaman bercinta). Before Sunset dizaman awal dewasa (zaman baru berkahwin) dan Before Midnight adalah zaman life begins at 40. Maka topik perbualannya untuk kali ini adalah bab-bab masaalah rumahtangga. Boleh dikatakan hampir 70% nya berkisar hal tersebut. Hidup berumahtangga tidak selalunya indah. Ini lah realiti yang cuba diceritakan oleh Richard Linklater.

Disebabkan topiknya topik orang dewasa, cerita ini sememangnya tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Banyak dialog dan ada adegan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Pertama kali saya menonton franchise Before ini bersama isteri. Walaupun awalnya beliau mengeluh mengantuk. Tetapi bila melepasi halangan 20 minit pertama, ternyata dialog-dialognya filem ini menyegarkan matanya. Kalau isteri saya yang sering tertidor semasa menonton dapat menghabiskannya. Maka bolehlah dikatakan cerita ini sememangnya berjaya.

Pendapat saya ianya tidak sebaguslah 2 filem awalnya. Bagus tu bermaksud topik perbualan mereka. Yang lainnya semua bagus. Lakonan mereka tetap tip top. Kegemaran saya tetap kepada Before Sunrise. Zaman mereka remaja. Mungkin kerana saya masih terkenang-kenangkan zaman remaja saya juga. Julie Delpy pun dah nampak tua.

Apa-apa pun saya mengharapkan ada lagi sambungannya 9 tahun akan datang. Kalau kali ini lokasinya Greece, ntah mana pula lokasi untuk seterusnya. Dan boleh juga guna tajuk Before Noon atau mungkin sahaja Before Dawn. Tetiba pula teringatkan lagu Judas Priest.



Tuesday, May 14, 2013

Mama

Antara movie baru yang sempat dilayan...


Mama  (2013)

Asalnya ingin menulis dengan lebih panjang tetapi memandangkan rakan bloger seperti Dr Ben dan Adi Herman dah pun menulis review mereka di >SINI< dan >SINI<. Dan saya juga amat bersetuju dengan ulasan mereka. Maka saya akan cuba meringkaskannya sahaja.

Sebenarnya ini adalah antara movie yang saya tertunggu-tunggu terutamanya setelah trailernya berkali-kali saya tonton hampir setiap hari ketika melalui ciniplex di hadapan opis saya. Tetapi setelah menontonnya saya sedikit hampa.

Ianya adalah jenis cerita yang awalnya sungguh mengujakan, konsep dan idea cerita hantu yang agak berlainan, agak asli, penggunaan teknik CGI pun menarik tetapi penghujung ceritanya sedikit mengecewakan. Bak kata Dr Ben ending macam fairytales...tambahan pula teknik CGI watak mama di babak akhir tersebut pun agak terlampau kartun...hilang dah rasa seramnya seolah-olah anda sememangnya melihat babak cerita kartun.

Jika anda mengharapkan cerita hantu yang ada twist, ini memang lah bukan movienya. Tapi untuk kelainan jalan cerita, ianya menarik juga untuk ditonton.






Thursday, April 11, 2013

Bola Kampung : The Movie




Bola Kampung : The Movie (2013)

Layan anak tengok kartun masa cuti sekolah. Last tengok wayang kat panggung adalah pertengahan tahun lepas...genre yang sama tempat yang sama di TGV Tebrau City. Kalau dulu kartun omputeh Madagascar 3, kali ni kartun tempatan Bola Kampung.

Bukanlah rajin sangat nak ke panggung, tetapi secara kebetulan salah satu anak syarikat co. tempat orang rumah bekerja menjadi penaja untuk cerita ni. Maknanya dapat tengok free. TGV buat 3 tayangan khas untuk staff co. orang rumah. Sayangnya tidak dalam 3D...apa nak buat...nengok free...2D pun 2D la....

Walaupun tajuknya bola kampung, cerita ni takder la kampung sangat pun. Animasinya, jalan ceritanya pada aku kira standard antarabangsa. Animasinya lebih cantik dari sirinya di TV. Nampaknya walaupun standard filem kat Malaysia agak ketinggalan, tapi dari segi filem animasi, kita takder lah ketinggalan sangat.

Aku tak berapa follow sirinya kat TV, anak bongsu aku tak minat...cerita bola cerita  lelaki katanya....lainlah kalau Boboiboy....ada Yaya...tapi rasanya kalau tak pernah tonton siri tvnya pun takder masaalah...walaupun wataknya sama, tapi cerita ni takder kena mengena dengan siri tv.

Kalau anak aku yang tak minat siri tvnya kata filem ni best...aku ikut ajer la...dah ceritanya memang untuk bebudak macam dia kan...dia kata best...best la maknanya tu...



Monday, March 25, 2013

Rock Oo!




Rock Oo! (2013)

Entri ni bukanlah bertujuan nak me"review" sangat. Nak baca review aku rasa dah melambak2 dah blog lain buat (ni aku perasan masa nak search gambar poster kat atas tu)... nak baca review dari metal blogger pun boleh jer baca kat blog Xyrus Zone...(btw nice review bro)

Cuma nak sentuh beberapa perkara ajer...(kepada yang belum tengok...jangan takut...tak der spoiler..)

1- Cerita ni memang lawak...kalau anda biasa dan suka dengan komedi kartun Mamat Khalid...tentu Rock Oo! tak jadi masaalah...dah memang trademark filem dia macam tu kan....banyak adegan yang buat aku tersengeh...thumbs up!...cumanya sama seperti filem Rock (2005) aku mengharapkan ianya tidaklah kartun sangat...jalan cerita dah bagus dah...tapi bila dah kartun sangat...jadi kurang sikit la...tapi nak buat macamana...dah trademark di gitu kan..an..an...

2- Pasal kostume...aku rasa kekadang macam over sangat....atau mungkin memang Mamat Khalid saja jer buat camgitu...dia memang suka parodi kan...satu lagi rambut palsu tu...dari Rock (2005) pun...sungguh irritating...mungkin sekali lagi ianya hanyalah parodi Mamat Khalid...

3- Dari segi lakonan...Que Haidar dan Khir Rahman memang bagus...jalan cerita pun bagus...sayangnya aku rasa penghujung ceritanya macam terlalu cepat...macam nak cepat2 abis...aku rasa kalau cerita ni panjangnya 2 jam pun takder siapa nak komplen...mungkin budget constraint kot...

4- Rock Kapak (aku tak tau mana datang term ni...dulu2 masa 80an tak pernah ujud pun)..menurut filem ni rock kapak mati selepas tahun 1990...selepas kes potong rambut...kes gomen haramkan rock...sebenarnya aku tak berapa nak setuju sangat dengan statement ni...kalau di barat...hair/glam metal mati pasal grunge...tapi kat kat Malaysia ni mati pasal masuk tahun 1990...ujudnya kumpulan2 rock majalah..jenis takat pandai bergambar kat majalah...main muzik hancus...rakaman pun orang lain main, main lagu2 meleweh...cintan...satu album cuma ada 2,3 jer lagu heavy...lain semua leleh...mungkin jugak salah syarikat rakaman dan media...rock terus parah bila munculnya kumpulan2 huruf "S"...Spring,Spoon,Scoin,Scan dan ntahapahantah lagi....yang lebih menonjolkan lagu leleh....peminat rock sebenar (penulis antaranya) jadi meluat dan mula mendengar muzik yang lebih keras...thrash, death metal dan munculnya berderet2 band2 underground...itulah punca yang sebenarnya...mana nak jumpa band yang betul rock lepas 1990...SYJ (Sofea) yang ganas dari Hati Syaitan, Anak Liar pun jadi lembik dengan Mimpi dan Airmata....semua jadi leleh...filem ni pun sama...lebih banyak mempromosikan lagu2 leleh...mana lagu2 heavy???...sampaikan generasi sekarang kenal Rock Kapak adalah lagu "Suci Dalam Debu"...hampeh!!!...

Ok la...tu ajer...sekurang2nya nengok cerita ni boleh la bernostalgia 80an...paling seronok bila nengok poster2 yang tertampal...ada yang dulunya aku ada...bab2 ni memang betul2 mengamit memori...


REKOMENDED walaupun anda bukan mat rock pun..