Showing posts with label Cromok. Show all posts
Showing posts with label Cromok. Show all posts

Saturday, August 24, 2024

Gila Format - Image Of Purity

Antara yang terkini berjaya di "gila format"kan...


Cromok - Image Of Purity

Akhirnya ianya dikeluarkan juga dalam bentuk piring hitam. Sebagai seorang yang ada penyakit gila format sudah semestinya TERPAKSA beli...hahaha...


Tiada apa lagi yang nak diceritakan tentang Image Of Purity. Ianya sudah menjadi album lagenda. Membeli kenangan sebegini sememangnya bukanlah murah...


Tetapi baru perasan yang versi cd ini adalah cd cetakan awal yang menggunakan gambar cover demo bukannya seperti cover kaset terbitan VSP.  Arghhh sudah....nampak gayanya terpaksalah kena cari cd yang sama pula gambar covernya...ini memang penyakit...hahaha...



Thursday, April 7, 2022

Tanpa Prejudis

 Pendengaran rawak ketika bekerja dari rumah...

Amuk - Tanpa Prejudis (1998)

Siapa disebalik Amuk bukanlah lagi satu rahsia. Tetapi pada suatu ketika dahulu ianya memang satu misteri. Memang tiada gambar dan info tentang mereka di inlay cd. Membelinya dahulu secara cuba jaya selepas terbaca satu artikel promosi tentangnya di surat khabar. Ianya lebih kepada perasaan nak tahu bagaimana muzik Cromok dinyanyikan dengan lirik berbahasa melayu. 

Mereka adalah di antara beberapa buah band yang menggunakan perkataan "metal" secara mainstream yang meletop di pasaran selepas kejayaan XPDC. Ketika itu (penghujung tahun-tahun 90an), memang banyak band-band yang berkonsep sebegini. Dan saya pula pada ketika itu baru kembali untuk cuba mendengar rock melayu turut terbabit untuk membeli sebahagian darinya. Amuk hanya saya ikuti (beli) hingga ke album no. 2 (Tak Relevan). Selepas dari itu hanya tahu lagu-lagu mereka yang keluar di radio..


Sebenarnya agak janggal juga apabila mendengar muzik Cromok dinyanyikan dalam bahasa melayu. Mungkin kerana dah terbiasa dengan growl Sam Cromok yang tak faham bunyi butir tu...haha... Tetapi sebenarnya saya lebih tertarik dengan lagu-lagu bukan Cromok dari album ini. Ianya menjadi identiti mereka untuk album-album yang seterusnya.

Rasanya kalau saya mendengar album Lang Buana dari Febians terlebih dahulu, pastinya dari awal lagi saya tidak perlu untuk berteka teki siapakah dia Bandi Amuk sebenarnya...


Wednesday, December 26, 2018

Forever In Time - Piring Hitam

Yang terkini di pasaran...


Cromok - Forever in Time - (piring hitam 2018)

Kali pertama di keluarkan dalam bentuk piring hitam.


Ni album lejen. Tak payah cerita panjang pun semua dah tahu.


Tak ada nak komplen pun pasal sound. Sememangnya keluaran piring hitam reissue kebelakangan ini makin bagus soundnya.


Lain-lain memang tak ada nak komplen. Semuanya perkara yang sama. Dah banyak kali dah cerita. Ada duit lebih... Beli. Tak ada... nak buat macamaner...



Thursday, December 8, 2016

VII Years VII Days Part II

Lagi yang dah 20 tahun...


D'Cromok - VII Years VII Days Part II (1996)

Cerita mereka walaupun tak serupa tapi ada ala-ala Metallica dan Megadeth. Tak pasti apa puncanya tetapi kalau bukan kerananya maka tak akan ujud D'Cromok. Sayangnya hayat Arwah Khairuddin Muhammad, pengasas, penulis lagu/lirik, penyanyi dan gitaris asal Cromok tidak panjang. Malah kalau bukan kerana beliau berkemungkinan juga Cromok sendiri pun tak akan ujud.

D'Cromok pada saya lebih kepada sound Cromok yang asal. Raw dan kasar. Cromok tanpa beliau pula menjadi lebih bersih. Apatah lagi bila mereka mula menggunakan sessionist dari kalangan pemuzik metal mainstream di Malaysia. D'Cromok pula sebaliknya. Pemuzik dan penyanyi undangannya adalah dari kalangan pengiat metal bawah tanah.

Banyak lagu lagunya yang sedap. Pada saya beliau sangat berbakat dan kreatif. Rugi juga kerana ini sahaja yang sempat beliau kongsikan untuk kita. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau. Saya cukup tertarik dengan lirik dari album ini. Penuh makna yang mendalam jika anda rajin untuk mengkajinya.

Saya hanya mempunyai kaset part 2. Tak ingat jika saya pernah membeli bahagian pertamanya. Cari tak jumpa, Bagus juga kan kalau satu hari nanti akan ada juga versi cd reissuenya. 


Namun begitu, untuk tujuan riak cdwi (hahaha..) saya mempunyai versi kedua-duanya yang dimuatkan dalam satu cd terbitan tahun 1997. Di kotaknya masih terlekat sticker Salem Power Station dengan tarikh 12hb Dec 1997.(kenangan betul kedai kaset di Ampang Point ni...)


***saya tertarik dengan tulisan arwah pada inlay....seolah-olah macam ada maksud yang hendak beliau sampaikan..

"Ira: You better follow me to Mecca very soon. My fantasy not to be in tropical paradise but to be Sufi and completely released from earthly doings. Ask certain people (you’ll not find in daytime) in white clothe, he’ll tell you about me and the rest (I’m still bad, though)…"

Semoga Roh Arwah Khairuddin Muhammad di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.




Wednesday, November 23, 2016

Yours Truly

Yang menyambut ulangtahun ke 20...


Cromok - Yours Truly (1996) - keluaran semula 2016

Tak pernah terlepas membeli setiap kaset Cromok ketika ianya diriliskan. Tetapi saya bukanlah peminat tegar mereka. Ada kalanya beli tetapi bukanlah untuk di dengar sangat pun. Ini penyakit gatal tangan setiap kali menyinggah ke kedai kaset. Tengok-tengok mesti akhirnya terbeli juga.

Yours Truly adalah dalam kategori tersebut. Tak berapa nak dengar sangat pun. Cromok yang betul-betul saya dengar dari kulit ke kulit hanyalah sehingga Forever In Time. Muzik mereka saya rasakan sedikit berubah selepas dari itu. Tak pasti berapa lagu yang solonya dimainkan oleh Khalid Mobin (Rusty Blade) tetapi memang agak jelas perbezaannya. Ketukan drumnya pun begitu. Bunyinya lebih padu. Mungkin juga kerana penangan Zan (Rusty Blade).


"Siblings", "Stranger", "Maram Perapu Kepunden Paran Sekeper" dan "Final Ticking" adalah yang paling menarik. Lainnya ada sedikit kurang bagi pendengaran telinga saya. Biasa -biasa sahaja.

Tetapi penyakit di zaman kaset berterusan. Walaupun dah ada cdnya dalam koleksi cd Anthology (2009) tetapi tetap gatal tangan juga dengan membeli cd reissue ini....








Thursday, October 25, 2012

Deafening Silence

Ni pun dah 10 tahun,


Cromok - Deafening Silence (2002)

Saya tidak pernah terlepas dari membeli setiap rilisan Cromok. Namun begitu album mereka yang benar2 saya dengar cumalah sehingga Forever In Time. Album mereka selepas itu saya cuma membelinya sebagai tanda sokongon walaupun sebenarnya saya tidak berapa mendengarnya.

Cromok di zaman Hillary sedikit berbeza berbanding Karl. Secara jujurnya saya lebih suka zaman Karl kerana saya rasa solo2 Karl lebih melodic. Mungkin jugak kerana pengaruh neo classical Malmsteen ataupun power metal Kai Hansen yang menjadi inspirasi Karl manakala Hillary pula lebih ke arah rock n roll (Eddie Van Halen contohnya)


Tapi jangan salah anggap, saya sebenarnya peminat Hillary. Search tanpa Hillary memang saya kurang berkenan. Saya meninggalkan Search selepas album Fenomena. Cuma beberapa tahun kebelakangani ni sahaja saya mula mendengar Search semula (zaman Kid). Tapi mungkin telinga saya sudah terbiasa dengan Cromok yang melodic dan kemelayuan menyebabkan sedikit sukar untuk saya menerima sepenuhnya album ni.

Walaubagaimanapun Hillary tidak pula melembutkan Cromok. Deafening Silence tetap sebuah album thrash. Lagu2 seperti  "Enough?", "Whisper", "Struggle" dan "Frontliner" dll masih mengekalkan ciri2 Cromok. Kecuali instrumental "Who Cares What You Think" yang sedikit berlainan. Ini membuktikan yang Hillary adalah seorang gitaris yang sangat versatile.

Apa2 pun selagi Sam dan Miji ada...tak kisah lah siapa pun gitaristnya. Cromok tetap Cromok.




Saturday, April 7, 2012

Anthology

Sempena reunion Cromok 8hb ni...



CROMOK - ANTHOLOGY (2009)

Ok...aku tak pegi...urusan keluarga adalah lebih penting dari segala urusan duniawi...hahaha...
layan cd jer la...cerita pasal cd anthology ni...nak kata best...berbaloi...mungkin dengan reganya RM50 kira berbaloi kot...iyer la...mana nak dapat semua 6 album Cromok ada dalam ni...tapi dari segi lainnya bagi aku memang hampeh...ntah kenapa syarikat rakaman kat Malaysia ni memang suka meriliskan album2 yang  di riliskan semula biasanya sekadar melepaskan batuk di tangga...lebih kepada untuk mengaut kentungan berbanding kepada kepuasan pembeli...

Mungkin bagi orang2 biasa yang sekadar mendengar...cd anthology ni kira dah cukup bagus dah...tapi peminat tegar...ataupun pengumpul cd tegar...rilisan macam ni memang mengecewakan...kalau takat dapat 6 keping cd tanpa inlay ataupun booklet yang  berinfomasi...gambo band member pun takder...rasa macam lebih baik download dan burn ajer...




Patutnya buat la sikit biography ker...kata pengantar dari band member ker...cerita2 di sebalik rakaman...gambo2...baru la best....tapi tu la...mungkin market peminat/collector muzik kat Malaysia ni tak besar kot...kat buat macam2...rega jadi mahal...berapa kerat jer yang beli....akhirnya...dari takder langsung baik ada....iskh...aku harap sangat la satu hari nanti ada syarikat rakaman rilis balik album2 Belantara dan Bloodshed...yang bodoh2 camgini pun jadi la...dari takder langsung kan...

So pada sapa2 yang gi konsert reunion ni....enjoy...aku tunggu review korang jer la....



Friday, December 3, 2010

Image Of Purity

Satu lagi entry untuk album2 rilisan tahun 1990...kali ni pasal Image Of Purity dari Cromok...walaupun ianya diedarkan secara atas tanah di Malaysia pada tahun 1991...tapi rasanya versi asal kaset demo ni diriliskan secara bawah tanah di Australia pada tahun 1990...betulkan kalau aku tersilap...so..boleh masuk kategori tahun 1990 jugak la kan...entry2 lain rilisan 1990 boleh cekidot kat >SINI<



Rasanya sesapa yang minat metal kat Malaysia ni kompem kenal siapa Cromok kan???...ada ker yang tak tau???...ada???....iskh...kalau ada ni mesti kes ingat Hujan tu band metal...heheh..

Memori pertama aku pasal Cromok masa tahun 1990 (kalau tak silap)...zaman kat ITM...tu jam baru balik dari cuti semester...mid term break...tengah borak2 beg baju pun lum kemas lagi...sorang member aku ni budak KL datang bawak satu kaset dubbing..."nah...ko dengar ni"...sekali dengar...mak aiii...ulik mayang ni...band mat salleh mana pulak ni...start dari tu la kenal Cromok...lepas dari tu satu ITM Segamat demam Cromok...

Tu jam kan zaman thrash...sebelum tu ada jugak dengar demo band2 Malaysia...tapi selalunya sound hampeh...buat sakit telinga jer...sekali bila ada band anak melayu yang main thrash camgini...rilis demo dengan produksi rakaman yang pro...lagu sedap...rilis kat Australia lak tu...mak aii...rasa bangga la pulak...apa yang aku tak leh lupa...bebudak yang tak metal pun sibuk nak dengar lagu Metallurgical...part yang ulik mayang tu la...masuk part berdentum tu dorang pening kepala...haha...



Seingat aku cover kat kaset demo yang asal tak sama macam yang diriliskan kat Malaysia ni...aku pun tak pernah ada versi asal...dulu biasa la dubbing atas dubbing...cover pun ntah berapa kali photostate...(aku rasa Bentara Krenmaut ada kaset demo asal ni...korang selongkar la blog dia cari sendiri....)



Bila demo ni diriliskan secata atas tanah kat Malaysia oleh syarikat rakaman VSP...memang berebut la semua beli...siap ada dapat poster lagi...dulu tampal kat bilik tido aku...abis dah mak aku koyak bila dia buat makeover kat bilik tu...sayang arrr tak simpan...kalau aku tak silap...kaset ni memang meletup la kat pasaran sampaikan label besar EMI pun sign dorang...apa tak...yang tak metal pun beli..(ni kes benar...budak kampung aku sorang ni...dok kemaruk dengar intro ulik mayang tu siap beli kaset lagi...pastu paling tak boleh blah...kononnya dia ingat bila dah dengar Metallurgical dan jadi metal sangat la konon...pastu dia gi beli Napalm Death Utopia Banished...gila...dia ingat muzik Napalm Death ni macam Search agaknya...tobat pastu tak beli lagi kaset2 metal dah...sampai sekarang kaset tu ada pada aku...haha...

Apa yang menarik bagi aku...Cromok ni agak berlainan dari band2 thrash lainya...tak kira la band mat salleh maupun melayu nak jadi mat salleh...sound dorang unik...ada elemen2 kemelayuan...bukan takat Ulik Mayang kat lagu Metallurgical ajer...dengarkan lagu2 lainnya contoh macam Misty dan Journey...muzik berat tapi memang penuh ngan lengok melayu...tu yang unik tu...formula ni jugak la yang menyebabkan album2 mereka terjual dengan jayanya walaupun lagu tak pernah keluar radio pun...



Cd ni pulak aku tak sure keluar tahun bila...kat inlay cd tak tulis...aku pun tak ingat tahun bila aku beli...semua 8 lagu sama macam versi kaset...cuma ada tambahan lagu Metallurgial dan Misty versi live...ikut kat inlay dirakamkan pada July 1992 di Life Centre...apa yang aku perasan versi live ni tempo dia agak slow skit...tapi solo gitar Karl memang terbaik la...(dulu2 aku pernah terbaca dia ni peminat Helloween dan Malmsteen...tu pasal solo2 dia memang melodic...)

Aku Cromok ni yang betul2 follow sampai album Forever In Time ajer...yang lepas2 tu ada gak yang aku beli kasetnya...tapi tak berapa dengar sangat...tapi baru2 ni aku beli Cromok Anthology...konon2nya macam boxset la...tapi hampeh...memang ada 6 cd untuk semua 6 album Cromok...tapi langsung dalamnya takder info maupun gambo...menyampah betul aku ngan syarikat rakaman Malaysia ni...tau nak untung ajer...memang hampeh!!!...nanti la bila2 rajin aku tampal sini...