Sunday, November 8, 2026

Death or Glory

Ulang tahun ke 37

Running Wild - Death or Glory (08/11/1989)

Dengan “Death or Glory”, Running Wild telah mencapai kemuncak kebolehan mereka dengan menghasilkan album-album cemerlang secara berturut-turut. 

Bagi saya ini adalah antara yang terbaik, bukan sahaja untuk mereka tetapi untuk genre power metal secara amnya. Mereka menggabungkan tema lanun bersama muzik power metal dengan sangat cemerlang.

Saturday, November 7, 2026

War to end all Wars

Ulang tahun ke 26

Yngwie J. Malmsteen’s Rising Force - War To End All Wars (07/11/2000)

Album ini  bagus sebenarnya. Dari kulit album, lagu-lagunya, vokal Mark Boals, apatah lagi kerja gitar Malmsteen. Semua pun bagus. Tapi sayangnya, produksi soundnya agak mengecewakan. 

Friday, November 6, 2026

Coma of Souls

Ulang tahun ke 36

Kreator- Coma of Souls (06/11/1990)

Mungkin ada yang lebih suka dengan album-album sebelumnya tetapi ini adalah album kegemaran Kreator saya. 

Mungkin lebih kepada nilai nostalgia kerana ini adalah kaset Kreator pertama yang dibeli menggunakan duit sendiri. Frank Blackfire menjadikan Kreator lebih mudah dan melodic.

Thursday, November 5, 2026

Reckless

Ulang tahun ke 42

Bryan Adams- Reckless (05/11/1984)

2 tahun lepas dah tulis dah. Tak apa la , tulis lagi sekali…

All time favourite. Kalau ada satu album kena pilih bila terperangkap di pulau, mungkin ini adalah albumnya. 

Wednesday, November 4, 2026

Symphonies of Sickness

Ulang tahun ke 37

Carcass - Symphonies of Sickness (04/11/1989)

Deathgrind, Goregrind, semua istilah ini tak pernah dengar dan tahu pun pada ketika itu. Tetapi ini sememangnya pengenalan saya kepada muzik yang lebih extreme selain Scum, Altars of Madness dan Slowly We Rot. 

Ia bukanlah sesuatu yang mudah hadam jika anda bukan pengemar muzik ekstrem.

Tuesday, November 3, 2026

Keep The Faith

 Ulang tahun ke 34.

Bon Jovi - Keep The Faith (03/11/1992)

Jujurnya agak kecewa dengan perubahan muzik dan imej mereka pada ketika itu. Ditambah pula dengan selera muzik saya ke arah muzik yang lebih berat. 

Tetapi seiring dengan peningkatan usia, kini saya rasakan ianya tidaklah seburuk mana. Banyak juga lagu sedap dan Richie Sambora masih dengan shredding solonya.



Monday, November 2, 2026

Scream for me Brazil

Ulang tahun ke 27

Bruce Dickinson - Scream for me Brazil (02/11/1999)

Salah satu rakaman live terbaik Bruce Dickinson, khususnya untuk bahagian vokal. Ditambah pula dengan twin guitar attack dari Adrian Smith dan Roy Z, serta penonton Brazil yang terkenal dengan passion mereka. 

Ini senemangnya wajib ada jika anda adalah peminat The Chemical Wedding dan Accident of Birth.




Sunday, November 1, 2026

Reach For The Sky

 Ulang tahun ke 38.

Ratt - Reach For The Sky (01/11/1988)

Album yang ok tetapi bukan yang terbaik dari mereka. Masih ada beberapa lagu yang bagus tetapi secara keseluruhannya tidak mencapai tahap album-album sebelumnya. Berkemungkin mereka sudah melepasi zaman kemuncak dan untuk mendaki semula senemangnya sukar.



Saturday, October 31, 2026

Beyond the Gates

Ulang tahun ke 40

Possessed - Beyond the Gates (31/10/1986)

Album ini sedikit berbeza dari album pertama, Seven Churches. Ianya lebih thrashy. Tak ada masalah pun tentang itu. Yang menjadi masalah adalah produksi soundnya. Ianya seperti mendengar dalam tin.


Friday, October 30, 2026

Giler Format - The Dark Ride

Ulang tahun ke 26

Helloween - The Dark Ride (30/10/2000)

Album yang memgembalikan minat saya kepada Helloween setelah agak lost selepas keluarnya Michael Kiske.

Ianya juga antara album kegemaran dan membuatkan saya menerima Andi Deris ke dalam Helloween.

Thursday, October 29, 2026

American Hardcore

Ulangtahun ke 30

L.A Guns - American Hardcore (29/10/1996)

Penyanyi baru dan arah muzik yang baru. Satu lagi contoh band rock 80an yang cuba berevolusi untuk menarik peminat baru 90an. Sayangnya seperti majoriti yang lain, ia percubaan yang gagal. Malah ianya bukan sahaja tak  dapat menarik peminat yang baru tetapi mereka juga hilang peminat yang lama.  

Friday, October 23, 2026

9 bulan

Diam tak diam dah 9 bulan dah cucu Tok Abah…




Friday, October 16, 2026

Come This Madness

Europe - Come this Madness (2026)

Mereka jarang mengecewakan. Antara calon album kegemaran 2026.


Saturday, October 3, 2026

Cronos



Pengenalan saya kepada Cronos dan Venom adalah sekitar tahun 1987 apabila menonton video vhs konsert mereka di rumah seorang rakan sekolah. 

Tetapi logo dan nama Venom itu sendiri telah saya ketahui dari majalah dalam setahun lebih awal tanpa mengetahui bagaimana muziknya. Asalnya agak takut dan tak paham. Maklum pada ketika itu bukanlah sesuatu yang biasa mendengar muzik seperti mereka.

Pagi semalam terbaca yang Cronos telah pun meninggal dunia. Baru sebulan yang lepas saya membeli album terbaru Venom versi beliau yang bertajuk Into Oblivion. Tak sempat pun nak mendengarnya dengan betul.

Bila kita yang remaja pada ketika itu pun dah mencapai tahap atuk, makanya berita kematian lejen semasa kita membesar seperti ini memang akan kerap berlaku,

Conrad “Cronos” Lant  (1963 - 2026)

Thank you for the music

Tuesday, September 29, 2026

Somewhere in Time

Remembering my youth - 40th anniversary.


Iron Maiden - Somewhere in Time (29/09/1986)

Ini sememangnya masuk kategori satu album untuk di bawa ke pulau.
Terlampau banyak sangat kenangannya. 

Ianya juga boleh lah dikatakan antara album kegemaran sepanjang zaman dan ianya juga menyedarkan yang saya dah tua… haha…


 

Wednesday, September 23, 2026

Third Stage

Remembering my youth - 40th anniversary.

Boston - Third Stage (23/09/1986)

Saya dikenalkan kepada Boston melalui lagu More Than A Feeling. Tetapi Third Stage adalah album penuh mereka yang pertama saya dengar melalui kaset di radio kereta kepunyaan abang kepada seorang rakan. Dan semestinya Amanda adalah lagu kegemaran.  


Wednesday, September 9, 2026

Last Look at Eden

17th anniversary.

Europe - Last Look at Eden (09/09/2009)

Ada band yang menjadi lebih santai dan matang apabila meningkat usia. Europe adalah salah satu darinya. 

Tidak mungkin mereka akan kembali kepada asal tetapi yang pastinya vokal Joey Tempest dan kerja gitar John Norum tidak pernah mengecewakan. 

Harapnya album baru mereka nanti juga bagus.

Wednesday, September 2, 2026

Built to Destroy

Remembering my youth - 43rd anniversary

Michael Schenker Group - Built to Destroy (02/09/1983)


Saya akan sentiasa mempunyai soft spot kepada Michael Schenker. Beliau bersama gitar flying V nya adalah antara gitar hero yang terawal untuk saya. 

Built to Destroy lebih kepada AOR tetapi solo-solo beliau tidak pernah mengecewakan. Ini adalah antara album kegemaran.


Sunday, August 23, 2026

His Majesty at the Swamp

Remembering my youth - 33rd anniversary

Varathron - His Majesty at the Swamp (20/08/1993) 

ini adalah antara album yang saya tak sangka akan jatuh suka. Maklumlah, saya bukannya pendengar muzik black metal. Tetapi bila muziknya sarat dengan pengaruh heavy metal dan doom metal era 80-an yang sangat melodic, memang susah untuk mengatakan tidak. 

Cuma kalau nak komplen pun hanya tentang durasinya yang panjang, ianya boleh mengundang sedikit kebosanan.


Wednesday, August 19, 2026

Rough Boy

Saya bukanlah peminat besar ZZ Top. Tetapi telah dikenalkan dengan muzik mereka oleh abang sejak dari awal 80an lagi melalui album Eliminator (1983). 

Tetapi lagu yang betul-betul jadi minat sejak kali pertama mendengarnya adalah Rough Boy dari album ini (Afterburner - 1985). Memang tak jemu dengar. Thank you for the music.

Frank Lee Beard (11/06/1949 - 18/08/2026)

Gone but not forgotten. 😔


Wednesday, August 12, 2026

Black album

Remembering my youth - 35th anniversary


Metallica - Metallica (12/08/1991) 

Ini bukanlah Metallica yang saya suka. Tapi album ini membuka pintu untuk mereka menembusi pasaran yang lebih besar. Dan banyak pun band thrash lain yang mencuba untuk menjadi seperti mereka tetapi gagal. 

Album ini punca untuk saya tidak lagi teruja dengan mereka. Tapi tak kisah lah. Ramai jer orang lain yang suka.

Wednesday, August 5, 2026

Rise of the Damnation Army - United World Rebellion: Chapter Two

12th anniversary.

Skid Row - Rise of the Damnation Army - United World Rebellion: Chapter Two EP (05/08/2014). 

Tak ramai boleh menerima Skid Row selepas era Sebastian Bach. Perubahan muzik mereka juga menjadi antara punca. 

Tetapi EP ini dan Chapter One mungkin boleh menjadi penyebab untuk peminat seperti saya kembali mendengar mereka.


Tuesday, July 28, 2026

Ride The Lightning

Remembering my youth - 42nd anniversary

Metallica - Ride the Lightning (27/07/1984) 

It's my favourite album from them. Period!


Saturday, July 25, 2026

Lightning Strikes

Remembering my youth - 40th anniversary

Loudness - Lightning Strikes (25/07/1986)

Satu lagi album yang mengembalikan kenangan zaman sekolah. Album ini dan Thunder in the East merupakan antara pengaruh besar kepada budak-budak baru up nak up pada ketika itu. Semua pun belajar main gitar pasal nak jadi macam Akira.


Thursday, July 23, 2026

The Dark Saga

Remembering my youth - 30th anniversary

Iced Earth - The Dark Saga (23/07/1996)

Entah kenapa saya agak terlambat dengan Iced Earth. Hanya mula mendengar mereka ketika album Something Wicked This Way Comes dan terus jatuh minat.

Kemudiannya mula mencari album-album yang sebelumnya dan The Dark Saga adalah kedua dan ianya tidak mengecewakan.

Thursday, July 16, 2026

Hail to England

Piala dunia dah nak habis dah. Langsung tak ada cerita pasalnya kali ini. Entahlah...semakin meningkat usia semakin kurang rasa teruja untuk menonton. Memang tak lah nak berjaga malam atau bangun awal pagi menontonnya secara langsung macam dulu-dulu.

Lagipun bukan Malaysia yang bertanding. Nak menyokong negara orang memang rasa tak best, lainlah kalau ianya di peringkat kelab.

Sekadar untuk memeriahkan suasana rasa teringin juga nak tengok England menang di separuh akhir semalam. Bukan nak sokong sangat pun tetapi disebabkan cucu lahir dan ada surat beranak England, adalah sedikit soft spot kat situ...haha...

Tapi apakan daya. Melingkup pulak 😅


Monday, June 29, 2026

Megadeth

Dengan adanya Youthanasia makin hampir complete dah discography studio album Megadeth dalam bentuk piring.


Harapnya khabar angin yang mengatakan Cryptic Writings dan Risk juga akan dikeluarkan semula dalam bentuk piring akan jadi kenyataan.

Boleh dah pencen Megadeth bila dapat dua tu 😁


Tuesday, June 23, 2026

Cucu Tok Abah

 



Dah namanya pun cucu Tok Abah 😁


Friday, June 19, 2026

Ole ole dari Middlesbrough

Anak balik bercuti. Mestilah ada yang manis-manis dari HMV Middlesbrough.



Sunday, June 7, 2026

Gila Format - Hey Man

 


Mr. Big - Hey Man (RSD 2026 - 30th Anniversary Edition)

Lagi pembelian Record Store Day 2026. Cadangnya nak beli satu sahaja untuk RSD 2026 ni , tapi seperti biasa cadangan memang tak boleh di pakai...


Thursday, May 28, 2026

Gila Format - The Final Countdown

Remember my youth - 40th anniversary.

Europe - The Final Countdown (26/05/1986)

Satu lagi mesin masa yang membawa saya kembali ke zaman persekolahan. Antara kaset yang akan saya pasang setiap kali pulang dari sekolah. 

Sayangnya kaset asal tersebut dah hilang entah kemana. Kaset digambar saya beli beberapa tahun yang lalu sebagai pembelian kenangan untuk zaman tersebut.


Monday, May 25, 2026

Pre-Historic Metal

 


Darkthrone - Pre-Historic Metal (08/05/2026)

Mungkin saya adalah antara golongan minoriti yang lebih suka mereka dengan konsep muzik heavy/doom metal sebegini berbanding zaman black metal hutan berkabus mereka.



Thursday, May 21, 2026

Revolution

29th anniversary.

Slaughter - Revolution (20/05/1997)

Kebelakangan ini saya cuba untuk mendengar apa yang saya tertinggal pada satu ketika dahulu. Ini adalah percubaan Slaughter untuk menyesuaikan keadaan semasa pada ketika itu. 

Secara keseluruhan, album ini mungkin bukan pilihan utama peminat lama, tetapi bagi yang sukakan evolusi ke arah bunyi yang lebih moden, album ini ada tarikannya tersendiri. Tidak sempurna, tetapi jauh lebih baik daripada yang saya sangkakan.


Tuesday, May 19, 2026

Saturday, May 16, 2026

Gila Format - Piece of Mind

Remembering my youth - 43rd anniversary.

Iron Maiden - Piece of Mind (16/03/1983)

Sebuah lagi album kegemaran. Antara kenangannya dulu masa zaman sekolah, cikgu lantik untuk jadi pelukis ilustrasi majalah tahunan sekolah. Cover album ini saya lukis di ruangan sajak tentang penyalahgunaan dadah. 

Nasib zaman tu cikgu pun tak tahu pasal Iron Maiden 😁. Nak kena cari balik lah kat mana majalah tu.

Saturday, May 9, 2026

Hidden Treasures

 


Megadeth - Hidden Treasures (RSD 2026)

Kalau ada satu rilisan RSD 2026 yang teringin nak beli sememangnya yang ini. Dan akhirnya berjaya juga dimiliki.

Terimakasih kepada seorang rakan yang tolong membelikannya khas di Jepun. 

Dah jadi rare dah piring ni. Kalau ada pun yang jual memang harga pergi haji balik hari.


Thursday, May 7, 2026

Wednesday, April 29, 2026

30 tahun Louder Than Hell

Remembering my youth 30th anniversary

Manowar - Louder Than Hell (29/04/1996)

Jika boleh nampak cover kaset dalam gambar ini, tajuk album ini dinamakan sebagai "Louder" khas untuk pasaran di Malaysia. Tapi saya tak ingat adakah ianya juga ada dikeluarkan dalam bentuk cd. 

Bagi saya ini adalah album Manowar terakhir yang saya betul-betul suka. Walaupun ianya agak komersial, tetapi boleh dikatakan kesemua lagu-lagunya sedap dan catchy. Memang jenis seronok untuk singalong.


Thursday, April 23, 2026

30 tahun Langit dan Bumi

Ulangtahun ke 40

Search - Langit dan Bumi (1986)

Album Search yang paling bernostalgia dan diminati untuk saya. Mungkin sebab ia diterbitkan ketika muzik heavy metal mula berkembang pesat di Malaysia. Dan saya sendiri sedang melalui fasa perubahan dari peminat tegar Duran Duran kepada peminat heavy metal. 

Ianya juga terasa lebih berat dari album pertama mereka. Menjelang album berikutnya, saya sudah mula lebih kemaruk dengan muzik heavy metal orang putih.


Thursday, April 16, 2026

Blaze of Obscurity

Remembering my youth - 37th anniversary

Pariah - Blaze of Obscurity (15/04/1989)

Thrash metal yang menghiburkan dengan sentuhan speed/heavy. Ada elemen technical yang menarik. Walaupun ia bukan sesuatu yang groundbreaking, tetapi ianya merupakan hidden gem bagi peminat besar thrash seperti saya. 

Santai, simple, solid, dan memang sedap layan.


Sunday, April 12, 2026

Gila Format - Seventh Son of a Seventh Son

Remembering my youth - 38th anniversary

Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son (11/04/1988)

Setiap album kegemaran pastinya bagaikan mesin masa yang membawa ke suatu masa tertentu. Dan SSOASS membawa saya kembali ke tahun terakhir di zaman persekolahan. Ini antara album yang didengar bersama rakan-rakan dan sering jadi topik perbualan.

Sayangnya ada diantara rakan tersebut yang dah tiada, lost contact dan majoritinya pula tidak lagi berminat dengan muzik.

Semestinya sebuah lagi album kegemaran sepanjang zaman.


Saturday, April 11, 2026

Long live Rock N Roll

Remembering my youth - 48th anniversary

Rainbow - Long Live Rock N Roll (09/04/1978)

Selain Scorpions dan Deep Purple, Rainbow adalah pengenalan awal saya kepada muzik rock dan heavy metal. 

Walaupun pada ketika itu saya masih terlalu muda untuk memahami apa itu muzik tetapi lagu-lagu mereka termasuk dari album ini telah memberikan pengaruh besar dalam membentuk selera muzik saya sehingga sekarang.


Thursday, April 9, 2026

Gila Fornat - Beneath the Remains

Remembering my youth - 37th anniversary

Sepultura - Beneath the Remains (07/04/1989)

Ada satu ketika dulu saya memang gila dengan album ini. Kasetnya sampai lunyai dimainkan berkali-kali. Inner Self bagaikan satu anthem.

Sayangnya saya dah hilang kaset tersebut. Kaset di gambar dibeli semula sebagai peringatan saya untuk zaman tersebut.


Wednesday, April 8, 2026

Ratt & Roll 81 - 91

Remembering my youth - 35th anniveesary

Ratt- Ratt & Roll 81 - 91 (06/04/1991)

Ratt adalah mesin masa yang sentiasa membawa saya kembali ke zaman remaja. Ini adalah album kompilasi lagu-lagu terbaik/popular mereka dari EP Ratt (1983) hingga ke Detonator (1990). 

Seperti kebiasaan album-album kompilasi band yang kita minat, pastinya ada lagu yang kita suka tidak tersenarai. Untuk kes ini bagi saya adalah "Closer to My Heart".


Monday, April 6, 2026

Live the island years

Remembering my youth - 32th anniversary

Anthrax - Live the island years (05/04/1994)

Album ini diterbitkan ketika Joey Belladonna telah pun 2 tahun keluar dari Anthrax. Ianya sekadar pelengkap kontrak. Anthrax sendiri tidak terlibat dalam produksi penerbitan, maka sudah semestinya ia tidak melalui proses touch up dan soundnya kurang elok. 

Tetapi ini Dan Spitz dan klasik Anthrax, sudah semestinya tetap berbaloi untuk peminat tegar.


Sunday, April 5, 2026

Wheels of Steel

Remembering my youth - 46th anniversary

Saxon - Wheels of Steel (03/04/1980)

Mereka sezaman Iron Maiden dan Def Leppard dan antara watak penting dalam pergerakan New Wave of British Heavy Metal. Tetapi sayangnya populariti mereka tidak sebesar 2 band tersebut. Nasib tidak menyebelahi. Bak kata vokalis mereka Biff Byford, mungkin mereka tidak cukup handsome untuk jadi popular 😁. 

Tetapi tidak boleh dinafikan ini adalah antara album terpenting untuk era NWOBHM.


Friday, April 3, 2026

Mane Attraction

Remembering my youth - 35th anniversary

White Lion - Mane Attraction (02/04/19991)

Satu lagi band dan gitaris kegemaran. Kerja gitar Vito Bratta dan kombinasi lagu-lagu beliau bersana Mike Tramp tidak pernah mengecewakan. Sayangnya ini adalah album terakhir dari mereka dan Vito Bratta hilang dari radar dunia muzik selepas dari ini. Mungkin tak ada peluang untuk mereka bergabung semula tetapi “Blessing in disguise”nya kita dapat James LoMenzo dalam Megadeth.


Thursday, April 2, 2026

Gila Format - Edge of Thorns

Remembering my youth - 33rd anniversary

Savatage - Edge of Thorns (02/04/1993)

Savatage dan Criss Oliva akan sentiasa menjadi antara band dan gitaris kegemaran sepanjang zaman untuk saya. Dan masterpiece ini adalah salah satu yang terbaik dari mereka. Sayangnya ini adalah album terakhir Criss.

Thank you for the music, Criss 🤘


Sunday, March 29, 2026

Gila Format - Arise

Remembering my youth - 35th anniversary

Sepultura - Arise (25/03/1991)

Ada satu ketika dulu Sepultura adalah band yang paling saya minati terutamanya ketika era Beneath the Remains dan Arise. Sayangnya muzik mereka semakin berubah selepas dari ini. Dan saya mula menjauhkan diri dari muzik mereka. 

Walaubagaimanapun sudah semestinya Arise adalah antara album kegemaran sepanjang zaman.


Saturday, March 28, 2026

Ross the Boss

Thank you for the music.

Ross 'The Boss' Friedman

(January 3, 1954 – March 26, 2026)