Sempana MCO yang bersambung lagi 14 hari ni biasalah aktiviti kembur...susun...kembur...susun cd untuk memenuhi masa lapang...Terjumpa pula artikel tentang US Power Metal ni... katanya untuk belajar tentang apa itu muzik US Power metal, sebagai permulaannya kena dengar 5 album ni.
Hmmmm....Hasil mengembur koleksi cd dalam simpanan, ada 4 dari 5 yang di cadangkan...ok lah tu,,,kira lulus dah ni... π
Sebenarnya genre sebegini sememangnya muzik kegemaran. Makanya tak pelik lah kalau memang ada cd-cdnya dalam simpanan. Memang sedap pun...
Hmmmm....Tak pasal-pasal pulak nak kena cari cd Helstar - Nosferatu pulak... π
Saturday, March 28, 2020
Wednesday, March 25, 2020
Rise
Tom Keifer Band - Rise (2019)
Saya adalah peminat Tom Keifer. Dia adalah pemuzik yang lengkap. Menyanyi, mencipta lagu, menulis lirik, menerbit, bermain gitar dan boleh juga menyolo dengan baik. (Solo beliau dalam lagu Nobody's fool memang syahdu)
Sayangnya masalah 2 kali kehilangan suara menyebabkan karier beliau bersama Cinderella terbantut. Beliau adalah Cinderella. Tanpa beliau Cinderella pun berkubur.
Kini selepas beberapa siri pembedahan yang berjaya, beliau kembali. Ini adalah album solo beliau yang ketiga selepas kali pertama membuat kemunculan semula pada tahun 2013. Dah nama pun album solo, sudah semestinya agak berbeza dengan Cinderella.
Tetapi yang pastinya suara beliau dah pulih. Dah macam dulu-dulu. Boleh tonton di youtube. Harapnya selepas ini beliau tergerak hati untuk menghidupkan kembali Cinderella. Bukannya album solo ini tak bagus. Tetapi mungkin bila bersama Cinderalla beliau akan lebih hard rock dan rock n roll berbanding lagu-lagu yang agak bluesy dalam album-album solo beliau.
Labels:
2019,
cd,
Cinderella,
rock omputeh,
Tom Keifer Band
Saturday, March 21, 2020
The Age of Entitlement
Bosan-bosan sempana MCO...
Acid Reign - The Age of Entitlement (2019)
Sebuah lagi album "comeback". Kali terakhir Acid Reign muncul dengan album penuh adalah pada tahun 1990. Mereka adalah generasi awal thrash metal dari UK sezaman dengan Xentrix, Onslaught, Sabbat, Re-Animator, Sacrilege, Slammer dan lain-lain. Mereka bagus tetapi agak sukar untuk menandingi Bay Area Thrash mahupun Teutonic Thrash yang lebih awal dan lebih di kenali.
Anggota asal yang tinggal hanyalah Howard "H" Smith (vokal). Sebab itulah beliau lebih gemar menggunakan perkataan "reboot" untuk kemunculan semula ini. Walaupun ahli baru, tetap muzik mereka tetap kedengarn seperti Acid Reign yang lama. Pengaruh Anthrax masih jelas kedengaran.
Sesuatu yang tidak di duga adalah penampilan istimewa Suzzane Vega (walaupun sedikit di awal lagu). Lagu asal Blood Makes Noise dari Suzzane Vega ini berjaya di"Acid Reign"kan menjadi sebuah lagu punky thrash yang menarik. Ianya mengingatkan saya ke era Persistence Of Time - Anthrax. Dah cakap kan. Pengaruh Anthrax dari dulu lagi memang ada pada mereka.
Kalau tolak "sentimental value" yang ada pada album-album lama mereka, The Age of Entitlement mungkin adalah album pilihan saya dari mereka. Penulisan lagu, kualiti produksi, kemahiran pemuziknya adalah di tahap terbaik. Tak dapat dinafikan. Ini adalah antara album British Thrash yang terbaik untuk era ini.
Tak jemu dengar...

Wednesday, March 18, 2020
Perintah Berkurung
Untung lah kepada yang dapat cuti atau berkerja dari rumah sepanjang 2 minggu tempoh kawalan pergerakan ni. Bagi yang terpaksa berkerja demi kelangsungan ekonomi dan keselamatan negara, kita adalah serupa π’
Dah siap-siap dah kononnya nak buat aktiviti menyusun cd mengikut abjad kalau-kalau dapat cuti...hahaha...Tapi apa kan daya... tanggungjawap demi mencari sesuap nasi harus diteruskan....
Untuk yang dapat duduk rumah tu...tak payah lah keluar. Duduk sahaja lah kat rumah. Janganlah menyusahkan dan membahayakan kami yang kena keluar berkerja ni. Astro pun dah bagi saluran movie purcuma. Layan sahajalah drama korea tu sampai termuntah...hahaha...
Hari pertama kawalan pergerakan. Jalan yang biasanya antara palik sesak di Johor Bahru sampaikan nak melintas pun payah. Petang ni jadi lengang... macam cerita zombie la pulak....
Seronok betul memandu balik kerja hari ni. Bukan senang nak jumpa Jalan Tebrau langsung tak jem. Kalaulah hari-hari biasa pun keadaannya macam ni...
Sambil - sambil tu jom layan lagu Perintah Berkurung dari Belantara. Lagu yang masih relevan walaupun dah 30++ tahun usianya... Hmmmm... masih tak boleh move on dari penangan 20022020...

Thursday, March 12, 2020
Belantara live @ DPAC - 20022020
Lama dah terperap. Kekekangan masa dan idea... Kalau Covid-19 kena kuarantin 2 minggu...Yang ini dah masuk 3 minggu dah...haha...
Ok la... jom mula merepek sambil layan gambar yang tak seberapa...(buat entri pasal band lain tak kisah sangat...mereka bukannya baca... tapi kalau Belantara ni...hmmmm...pressure dan segan pula jadinya π..)
Kalau tak kerana penantian 33 tahun, tak larat dah rasanya nak memandu balik hari JB -KL semata-mata kerana nak pergi tengok konsert. Bukannya makin muda. Tapi, Belantara punya pasal...sampai rumah pukul 4 pagi pun tak ada hal...π
Tidak seperti Megadeth atau pun Helloween, perjalanan kali ini dengan co-driver yang baru. Sahabat yang biasa jadi peneman tak dapat pergi. Kali ini ditemani oleh Dr Rizal. Antara collector cd tersohor. Peminat Aceh Search pun mesti kenal dia kan? (kah kah kah). Tapi seriously, peminat seni muzik Malaysia patut berterimakasih kepada beliau. Dia adalah individu yang paling aktif dalam mengemaskini info album-album tempatan dalam Discogs. Terimakasih Doc.
Bertolak dalam pukul 11 pagi dari JB. Singgah Sham Alam untuk temu janji makan tengahari dengan orang kuat Jo Wings, Zan Bassist. (Terimakasih untuk makan tengahari). Selepas 2,3 kali juga tersalah dan terlajak simpang walaupun menggunakan Waze dan Google Map, akhirnya sampai juga di tempat kejadian (DPAC Empire Damansara) sekitar 5 petang. Nak elak jem tapi awal sangat sampai. Masih tak ramai. Sempat la jumpa Amir dan Sofi sambil tengok merchadise yang di jual.
3 helai tshirt dari hari tersebut. Sebenarnya yang gambar logo tu dah dapat awal dari Abang Shuk. Yang cover merah tu ambil di tempat kejadian. (Masa ni tak kenal lagi yang mana satu Tuan Badlishah). Dan yang tulisan Belantara tu dapat secara percuma π ..Ada lagi satu design gambar band member...yang itu tak beli.
Selain 3 design t-shirt dan topi, ada juga jual tag, lanyard, poster dan buku lirik untuk dijadikan kenangan. Disebabkan masih awal, kami meninggalkan lokasi kejadian untuk seisi mengeteh.
Terimakasih sahabat baru, Azizi untuk teman minum petang. Selalu komen dalam blog, baru kali ni berpeluang untuk bertentang mata. Handsome rupa orangnya. Dan juga untuk Laili Basir, berkenalan di meja makan hingga membawa ke bilik hotel...haha...(terimakasih bagi kami bertiga tumpang solat dan kongsi pengalaman menarik)
Datang semula ke tempat kejadian dalam pukul 8.30. Dah ramai dah. Yang menariknya tentang showcase ini, selain nak tengok hero-hero Belantara beraksi, dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan lama. Dah macam reunion pun yer juga. 20++ tahun dah tak jumpa Nizam Belantan. 9 tahun dah selepas Iron Maiden Singapore dapat jumpa balik Hafiz (rakan dari zaman Forum Metal Terus). Jumpa juga d'Atok Akeem (orang kuat untuk cd/lp reissue) Ada juga muka-muka yang biasa tengok kat FB dan group Whatsapps. Tapi malu lah nak tegur. Jumpa juga Uneh. Yang ini kena tegur. Siap bergambar lagi. Ketua Perusuh la kan...hahaha...
Ok cukup cerita jejak kasih. Kita nak cerita pasal Belantara. DPAC ni memang tak besar. 200 tempat duduk. Just nice untuk showcase berskala kecil. Memang rapat dengan stage. Tambah pula bila dapat seat paling depan. (Terimakasih YB Amir, minta seat belah JP, betul-betul depan JP dia bagi...ternganga tengok JP menyolo depan mata...best!).
Tiket malam pertama ni sold out. Maknanya kesemua 200 tempat duduk penuh. Kalau perhati keliling memang boleh dikatakan hampir 90 peratus adalah mereka yang nampak macam tua di luar tetapi sebenarnya masih tetap muda di dalam...hahaha... Alaa...berapa kerat la yang umurnya bawah 40an tahu atau pernah dengar lagu Belantara?... Tapi iyer juga... mungkin anak kita tahu...anak-anak saya memang tahu...tapi mereka lebih tahu Kpop dari Belantara...sedih π
Maaf, Tak banyak gambar. Tak ambil video juga. Malam ni niatnya memang nak simpan handphone. Belantara bukan datang tiap-tiap tahun. Datang memang semata-mata nak menikmati persembahan. Tak kisah la kalau ada yang terkucil dan tak sampai. Apa ada hal. Malam ini adalah malam meraikan kemunculan semula Belantara. Kembalinya mereka ke atas pentas selepas 30 tahun itu pun dah cukup bagus...cukup mengujakan...
Kalau tengok setlist memang tak puas la. Mana cukup 13 !!!!! Kami mahu 30!!!!... Mana lagu "Daya Tarikan"??? mana "Menari Di Dalam Hujan"? mana "Nostalgy"? mana "Pelangi dan Nafiri"?, mana "Destinasi Infiniti"? mana... mana...ikut hati memang nak taip semua lagu...πππ
Tapi jujurnya kami faham. Belantara bukan pemuzik sepenuh masa dan bukan juga semakin muda π 6 lagu dari album Merah, 4 dari Kuning dan 3 dari Biru memang lebih dari boleh dah...alaa...dapat tengok dorang bertiga berdiri atas stage bersama-sama pun dah cukup mengujakan dah...
*sedikit penambahan dari setlist, lagu "Dewi" dimainkan sekali lagi selepas encore utuk lagu terakhir. Tapi malam kedua tak pasti pula adakah "Dewi" juga dimainkan 2 kali...
Bila dengar intro lagu Belantara berkumandang, memang rasa macam mimpi. Teringat 33 tahun dulu bagaimana kali pertama mendengarnya. Kini boleh pula tengok depan mata. Siapa sangka kan?... Dari seorang remaja berumur16 tahun hingga dah nak boleh keluar akaun 2 KWSP tahun depan ... akhirnya dapat juga tengok mereka beraksi di depan mata...π
Tak kisah pun jika ada kekurangan. Kami menyanyi bersama-sama. Ini bukan pertandingan Juara Lagu yang mencari kesempurnaa. Ini adalah malam rock and roll. Tak kisah apa pun jawatan...apa pun latar belakang...malam ini majoriti daripada kami bersatu hati berseragam hitam untuk meraikan memori silam. Lagu-lagu yang menjadi soundtrack kehidupan kami dari zaman remaja. Terimakasih Belantara kerana 20022020 benar-benar menjadikan kami remaja semula. Tak kisah lah walaupun ianya hanya untuk satu malam.
Tiada apa yang nak di komplen sangat. Sound sistem pun sedap. Tak bingit walaupun duduk tepi.(Khabarnya di bawah kendalian Mus Satira). Tempat yang tak berapa besar dan suasana indoor memang banyak membantu. Mengingatkan saya kepada konsert Helloween. Paling best dapat dengar jelas solo-solo JP. Memang puas hati.
Stage simple tapi cantik. Back drop logo tu memang lawa. Lampu warna warni pun cantik. Kecuali ketika tragidi solo tak nampak pasal gelap pakai spek hitam (kah kah kah...Ampun Atok...err...Abang JP πππ)...
Tapi memang nampak Zaid sedikit nervous. Biasalah bukan selalu berdiri atas stage. Nasib tag line "Do you want to say something Shuk?" menjadi penyelamat....hahaha... Tapi jujurnya, Belantara masih hebat. Tak sangka vokal pun masih power. Tapi siapa sangka JP yang dah bertahun tak bermain gitar secara serius, masih dapat menghasilkan sound, rif dan solo-solo yang sebiji macam dalam album. Bayangkan lah kalau beliau berlatih hari-hari.... perghhhhhh....
Tak ada nak komplen pun pasal persembahan. Kalau ada komplen pun cuma pasal MC yang rasanya tak kena tema. Bukan salah ko dik...cumanya maybe wrong place at the wrong time.. Satu lagi bab security. Apa yang korang nak beriya-iya sangat. Ia sepatutnya sebuah showcase dan meet and greet yang santai. Semua dah tua-tua dik... kalau nak merusuh pun kang ada yang nanti kena gout πππ
Nasib tak pergi malam kedua... tak tergamak nak dengar YB Amir menyanyi...hahaha....
The one and only Uneh. Tiada siapa yang lebih Belantara dari beliau. Patut bagi dia jadi MC.
Haaa... yang ni boleh kerek sikit. Kabarnya ada 10 helai sahaja yang di cetak. Boleh masuk frame dah tshirt ni. Sayangnya tak ada sign. Terimakasih YB Amir. Tak sia-sia kena paksa bergambar berposing ala-ala Kris Kross 29 tahun yang lalu...kah kah kah...
Ni memang gaya idola. Love u JP (orang sekampung....kena lah bodek lebih πππ). Terimakasih Belantara atas kenangan malam 20022020 yang memang susah nak move on. Terimakasih juga kepada Zul Basir, Samsul Cairel dan Umar yang melengkapkan malam tersebut. Sayangnya kalau lah Bro Benson juga dapat bersama. Teringin nak tengok twin gitar solo JP/Benson ala-ala Murray/Smith atau KK/Tipton mahupun Wilton/DeGarmo.
Tak lupa juga Bro Nen dan Shidi....harapnya masa akan datang bolehlah panggil dorang jamming sekali.
Hari tu kalaulah jarak JB ke KL tu satu setangah jam perjalanan....konpem dah sampai dah untuk malam kedua π
Last...bersama Bro Syuk. Anggota Belantara yang paling cool dan handsome π. Malam tu bass meletup-letup....terimakasih pasal sudi bergambar dan juga menurunkan tandatangan di atas cover piring hitam walaupun security dah tak bagi dah....sayangnya siapa la yang ambil gambar ni sampai blur muka tu....kah kah kah...
Tak tahu nak tulis apa lagi dah. Maaf kalau ada yang terlupa. Semua pun best...semua pun puas hati...termasuk la croissant masa refreshment tu. Tak sangka pula ada makan-makan. Terasa macam pergi kursus la pulak...haha...
Apa-apa pun harapnya perancangan untuk keluarkan cd/dvd malam bersejarah ini akan berhasil...Pasti beli!
Puas hati walaupun sampai rumah pukul 4 pagi!

Undilah saya sebagai YB! |
Rilek bro... Jangan merush dulu... |
Haaa... yang ni boleh kerek sikit. Kabarnya ada 10 helai sahaja yang di cetak. Boleh masuk frame dah tshirt ni. Sayangnya tak ada sign. Terimakasih YB Amir. Tak sia-sia kena paksa bergambar berposing ala-ala Kris Kross 29 tahun yang lalu...kah kah kah...
Ni memang gaya idola. Love u JP (orang sekampung....kena lah bodek lebih πππ). Terimakasih Belantara atas kenangan malam 20022020 yang memang susah nak move on. Terimakasih juga kepada Zul Basir, Samsul Cairel dan Umar yang melengkapkan malam tersebut. Sayangnya kalau lah Bro Benson juga dapat bersama. Teringin nak tengok twin gitar solo JP/Benson ala-ala Murray/Smith atau KK/Tipton mahupun Wilton/DeGarmo.
Tak lupa juga Bro Nen dan Shidi....harapnya masa akan datang bolehlah panggil dorang jamming sekali.
Hari tu kalaulah jarak JB ke KL tu satu setangah jam perjalanan....konpem dah sampai dah untuk malam kedua π
Last...bersama Bro Syuk. Anggota Belantara yang paling cool dan handsome π. Malam tu bass meletup-letup....terimakasih pasal sudi bergambar dan juga menurunkan tandatangan di atas cover piring hitam walaupun security dah tak bagi dah....sayangnya siapa la yang ambil gambar ni sampai blur muka tu....kah kah kah...
Apa-apa pun harapnya perancangan untuk keluarkan cd/dvd malam bersejarah ini akan berhasil...Pasti beli!
Puas hati walaupun sampai rumah pukul 4 pagi!
Labels:
2020,
Belantara,
live,
Piece Of Mind,
rock melayu
Sunday, March 8, 2020
In Cauda Venenum
Cadang nak buat entri Belantara 20022020.... tapi kekangan masa dan idea buat ianya tersangkut. Hmmmm....layan yang ini dulu lah... ni pun dah berbulan tersangkut dalam draf...
Opeth - In Cauda Venenum (2019)
Kalau sebut Opeth, teringat zaman bertukar-tukar cd mp3 dengan rakan-rakan dari Forum Metal Terus. Hujung 90an...awal 2000an gitu kot. Tak berapa ingat dah. Zaman tengah kemaruk chatting di chat room dan forum. Internet pun masih guna dial up Jaring 1511 ataupun TM 1515 dengan modem Aztech 56k. Tu pun dah kira canggih zaman tu...hahaha...
Sekarang Forum Metal Terus pun dah tak ujud. Ramai juga yang sekarang menjadi rakan di FB. Tapi itulah...meriahnya dah tak macam dulu dulu. Semua pun dah berusia. Zaman tu belum pandai download lagu. Napster pun baru ujud kot. Nak beli cd pun belum ada e-bay. Jadi pilihan yang paling murah adalah membeli atau trade cd mp3 album-album yang tak jumpa di pasaran Malaysia. Satu cdr tu boleh sumbat lebih kurang 10 album. Pandai juga dorang meniaga.
Opeth adalah salah satu band yang saya kenal melalui pembelian cd mp3 dari rakan-rakan. Zaman mereka masih growl bukannya clean vocal macam sekarang. Zaman album-album seperti Orchid, Morningrise, My Arms Your Hearse dan Still Life. Tetapi memang tak pernah membeli cd original mereka. Tak pasti kenapa. Mungkin susah nak jumpa ianya di jual di pasaran Malaysia.
Lama juga meninggalkan muzik mereka. Album-album popular mereka selepas dari itu seperti Blackwater Park dan Ghost Reveries pun setakat dengar sambil lalu. Entahlah... mungkin kurang bersesuaian dengan jiwa. Bukannya muzik mereka tak bagus. Tetapi muzik yang terlampau progresif macam mereka memang ada sedikit masalah untuk saya hadam.
In Cauda Venenum pun beli secara rawak. Suka gambar covernya. Mereka sudah sampai tahap yang tak perlu meletakkan nama di cover album. Begitulah besarnya mana Opeth pada zaman sekarang. Terutamanya untuk yang bergenre progressive metal atau rock.
Kalau anda peminat progressive, ini memang makanan anda. Memang bagus. Majoriti memberikan rating yang tinggi dalam ulasan mereka. Dengarlah nasihat pakar...saya bukan!...hahaha...

Monday, March 2, 2020
GIla Format : Di Pintu Sepi
Ini adalah pembelian piring hitam yang terakhir dari tahun 2019. Sebuah lagi album Search yang di "piring hitam" kan
Tak ada nak cerita apa pasal album ni. Dulu masa keluaran semula cdnya pada tahun 2015 dah pernah buat. Kalau rajin boleh cari dan baca.
Tak ada nak komplen. Sound sedap. Gambar covernya pun sharp. Tak la "blur" macam kebanyakan keluaran semula piring hitam yang lain.
Akhirnya berjaya di "gila format" kan walaupun kesemua format bukanlah dari keluaran yang asal...

gila format,
kaset,
LP,
rock melayu,
search
Subscribe to:
Posts (Atom)