Sunday, February 28, 2021

Hollyweird

Antara cd yang terkini dalam simpanan...

Poison - Hollyweird (2002)

Tak pernah tahu tentang Hollyweird sebelum ini. Tak berapa mengambil tahu tentang Poison selepas kurang berminat dengan hala tuju Native Tongue (1993). Rupa-rupanya ini adalah album studio penuh dari klasik lineup mereka.

Dengan kembalinya C.C. DeVille, Poison kembali kepada diri mereka yang asal. Straight forward happy rock and roll bukannya blues-based rock ketika zaman Richie Kotzen ataupun Blues Saraceno. Walaupun kedua-dua mereka adalah shredder yang hebat, tetapi nadi dan trademark Poison adalah sound gitar C.C. 

Walaupun ada di antara lagu-lagunya yang kedengaran agak moden untuk bernostalgia ke era 80an, tetapi ada juga lagu-lagunya yang boleh membawa kita kembali kepada zaman Open Up and Say... Ahh! (1988) dan Flesh & Blood (1990).

Hollyweird tak akan menjadi album terbaik Poison, tetapi ianya juga tidak akan mengecewakan peminat awal mereka.



Thursday, February 25, 2021

Ariwatan

 Kenangan rock melayu...

Ariwatan - Ariwatan (1990)

Sebuah lagi album rock melayu yang tak pernah di ambil tahu pun kewujudannya suatu masa dulu.

Cd reissue ini pun sejak di beli 5 tahun yang dulu (2016), memang tak pernah dipasang. Beli...buka plastik... belek inlay....lepas tu simpan!.

Artikel Dr Taki di Facebook sekali lagi menyebabkan rasa terpanggil untuk mendengar. Agak susah juga nak masuk pada awalnya. Mungkin mendengarnya ketika mood yang tak berapa nak sesuai. Memang ada masanya menjadi masalah bila mendengar sesuatu album yang bukan pada ketika zamannya. "Feel"nya memang tak akan sama.

Saya adalah peminat Aris terutamanya album Aris (1994). Vokal beliau memang bagus. Album ini telah membuktikan yang vokal beliau dari mula pun memang dah bagus. Sayangnya pada saya album ini tidak mempunyai lagu yang benar-benar boleh memikat. Selain Rockamania (Hulkamania?..), mungkin ada satu dua lagi lagu yang saya rasa agak ok. Entahlah...mungkin saya kena dengar lagi dan lagi. Tetapi untuk saya ianya bukanlah sebuah album yang sekali dengar dah suka. Lain tekak lain seleranya.

Tetapi saya tertarik dengan sususan lagu-lagunya. Ianya agak berbeza dengan cara biasa. Lagu perlahan tidak diletakan di track kedua sebaliknya di track ketiga. Sesuatu yang berbeza untuk album keluaran tahun 1990.

Kesimpulannya, nama M Nasir tidak semestinya menjanjikan kejayaan. Ariwatan mungkin menjadi antara nama yang dilupakan kalau bukan kerana Aris masih menggunakan nama Aris Ariwatan. 



Tuesday, February 23, 2021

Metal Commando

 Lagi album terbitan dari tahun lepas...

Primal Fear -Metal Commando (2020)

Antara band power metal yang dibeli kasetnya ketika zaman kemaruk dengan genre sebegini pada awal-awal tahun 2000 dulu. Jaws of Death (1999), Nuclear Fire (2001) dan Black Sun (2002) masih tersimpan kasetnya dalam koleksi.

Namun begitu agak susah juga untuk mengingati lagu popular mereka tanpa bantuan google. Mereka adalah band yang dibeli kasetnya semata-mata kerana sukakan vokal Ralf Scheepers. Memang minat dengan vokal beliau semejak dari zaman Gamma Ray. Tetapi jujurnya Primal Fear adalah antara band yang jarang-jarang dimainkan kasetnya. Beli, dengar sekali dua, dan terus simpan.

Album ini adalah percubaan untuk mendengar semula muzik mereka. Semenjak kembali terjebak dengan genre sebini rasa bersemangat pula untuk terus membeli cd-cd dalam genre yang begini.

Metal Commando (cheesy betul tajuknya ) adalah sebuah album heavy/power metal yang biasa. Tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang. Ianya sepeti mendengar album-album lama mereka. Memang sedap. Memang melodic. Memang catchy. Setiap lagunya bagus. Cumanya bila mendengar secara berterusan akan mula terasa "lost" atau "kebosanan" bila menghampiri suku terakhir cd. Masalah biasa untuk saya dalam mendengar genre sebegini. Nasib juga track terakhirnya "Ifinity" sedap.

Jika suka power metal tak ada masalah untuk mengatakan ini antara yang terbaik dalam genenya bagi tahun 2020.


Sunday, February 21, 2021

Gila Format - Appetite for Destruction

 Lagi yang berjaya di gila formatkan.

Guns N' Roses - Appetite for Destruction (1987)

Pernah cerita pasal album ini suatu masa dahulu >SINI<

Kedua-dua versi kaset dan vinyl sebenarnya hanya baru dimiliki pada tahun yang lalu. Dulunya hanya sekadar kaset dubbing pinjam dari kawan.

Versi cd pula dah lupa dari mana dan bila ianya dibeli. 

Yang menarik atau mungkin agak "rare" untuk versi cd ini adalah covernya yang terbalik. Gambar tengkorak bersalib terletak di bahagian dalam cover. Ianya bukanlah cd made in Malaysia tetapi cd import. Mungkin juga versi ini adalah untuk pasaran negara-negara Islam atau negara yang sensitif dengan gambar tengkorak bersalib.

Macam biasalah, mana-mana album yang diminati ditambah pula yang banyak kenangan mengenainya memang akan cuba di gila formatkan… (hobi jahanam ni ...hahaha)

Akan datang yang akan menyusul… G N' R Lies dan Use Your Illusion 2.



Friday, February 19, 2021

No Parole From Rock 'n' Roll

 Antara peneman sepanjang PKP 2.0

Alcatrazz - No Parole From Rock 'n' Roll (1983)

Selepas Steeler, ini adalah persinggahan kedua Malmsteen sebelum menjadi artis solo. Pengaruh utama Malmsteen adalah Ritchie Blackmore. Makanya tak rasa pelik pun bila dia bergabung bersama Graham Bonnet yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan Rainbow.

Muzik Alcatrazz sendiri mempunya pengaruh melodic hard rock / heavy metal ala Rainbow dan Deep Purple. Memang catchy. Peminat Malmsteen era 80an pasti akan suka. Hala tujunya sudah nampak ke arah neo classical yang menjadi trademark beliau. Shredding solo beliau yang laju. "Eargasm" lah bagi yang minat muzik sebegini.

Lagu-lagu seperti "Jet to Jet", Hiroshima Mon Amour" dan "Kree Nakoorie" adalah lagu-lagu yang sering di mainkan Malmsteen walaupun selepas bergelar artis solo. Kalau rajin boleh cari di youtube. Versi beliau bersama Jeff Scott Soto pun menarik.

Sebagai peminat Malmsteen, album ini memang wajib dibeli!.



Wednesday, February 17, 2021

Nasty Savage

 Kenangan zaman remaja...

Nasty Savage - Nasty Savage (1985)

Kali pertama tahu pasal Nasty Savage adalah melalui kaset kompilasi Metal Massacre VI (1985). Mendengar menggunakan walkman sepanjang perjalanan bas dari JB ke Segamat jadi terhafal lagu mereka yang berjudul XXX. Tapi itu sahajalah yang tahu pasal mereka. Tak pernah terjumpa kasetnya di kedai mahukan di koleksi rakan-rakan walaupun ada juga terbaca tentang mereka di majalah-majalah rock antarabangsa.

Dah tua-tua ni lah baru berpeluang memilikinya cdnya. Walaupun mereka disebut sebagai band thrash, tetapi sebenarnya mereka adalah disempadan di antara heavy/speed metal dan thrash. Biasalah di tahun-tahun yang istilah thrash pun belum wujud, muzik sebegini agak susah juga nak di kategorikan. Ada bunyian Iron Maiden dan banyak juga persamaan dengan King Diamond.

Dari segi kerja gitarnya memang sedap tetapi dari segi lagunya agak kurang yang boleh melekat. Mungkin kerana itulah mereka antara band yang jarang disebut bila bercerita tentang thrash metal 80an.



Monday, February 15, 2021

Renegades

Lagi album baru dari tahun lepas...

L.A.Guns - Renegades (2020) 

Agak terpedaya juga sebenarnya dengan album ini, Ingatkan ianya adalah L.A.Guns reunion dari Phil Lewis dan Tracii Guns seperti album "The Missing Peace (2017)" dan "The Devil You Know (2019)". Rupa-rupanya ia adalah versi L.A.Guns yang lain. Ianya adalah versi Steve Riley (drums) dan Kelly Nickels (bass) yang juga merupakan 2/5 dari klasik line up mereka. 

Nampaknya bukan XPDC sahaja yang ada 2 versi, L.A.Guns pun sama...haha..... Kes album ini pun dah masuk kes mahkamah. Tunggulah nanti versi siapa yang berhak guna nama L.A.Guns.

Tapi sebenarnya ok jugak versi yang ini. Ada beberapa lagunya yang mirip kepada L.A.Guns era "Cocked & Loaded (1989)". Maklumlah Kelly Nickels adalah orang yang bertanggung jawap menghasilkan lagu "The Ballad of Jayne" (lagu mereka yang paling dikenali). Tambahan pula suara vokalis baru mereka agak mirip dengan suara Phil Lewis.

Sepatutnya mereka bergabung, barulah dapat 4/5 dari klasik lineup. Tanpa solo-solo gitar dari Tracii Guns, album ini rasa seperti kurang perencah.



Friday, February 12, 2021

The Beavis and Butt-Head Experience

 Kenangan dari zaman remaja...

MTV's Beavis And Butt-Head - The Beavis and Butt-Head Experience (1993)

Kadang-kadang ada satu lagu atau album yang mengingatkan kita kepada seseorang atau keadaan yang tertentu. Entah kenapa album (kaset) ini mengingatkan saya kepada kereta saya yang pertama. Ianya kereta 2nd hand Toyota Corolla 1.6GL 1987 putih dengan plat no. JAY1017.

Gambar hasil Google


Ianya dibeli pada penghujung tahun 1993. Ketika itu saya baru mendapat jawatan tetap yang stabil dengan salah satu anak syarikat milik kerajaan negeri Johor. Duit mukanya ditanggung oleh Abah. Maklumlah baru berkerja. Mana nak ada duit simpanan. Keluarga kami tidak mempunyai kereta. Orang Felda lah katakan. Disebabkan saya tinggal bersama kelurga, makanya ianya juga menjadi kenderaan rasmi untuk kami sekeluarga. Salah satu sebab yang lainya, abah tak mahu saya menjadi mat rempit kalau membeli motor...hahaha..

Duit gaji ketika itu RM1,200.00. Ansuran keretanya mungkin kalau tak silap dalam sekitar RM360 hingga ke RM410. Dah tak boleh nak ingat dah. Nasib juga tiada sewa rumah. Sesak nafas jugaklah nak tunggu hujung bulan bila baki duitnya di jolly sakan dengan membeli kaset, tengok wayang dan belanja aweks...hahaha..

The Beavis and Butt-Head Experience (kaset) ini dibeli sekitar penghujung 1993. Zaman yang tengah kemaruk nak pegang stering. "99 Ways To Die" dari Megadeth adalah antara lagu yang di ulang -ulang dengar ketika memandu pada waktu itu. Cher dengan lagu "I Got You Babe" juga menjadi memori pada waktu.

Entah tak ingat sangat lagu yang lainnya. Anthrax dengan cover Beastie Boys, "Looking Down the Barrel of a Gun" pada saya agak membosankan. Sekali dua buat lagu rap memang ok. Tetapi bila dah 3 kali jadi menyampah pula. Satu lagi lagu yang menarik dari album ini adalah Aerosmith - "Deuces Are Wild".

Akhirnya selepas 27 tahun dan 4 kereta yang berikutnya berjaya juga mememilikinya dalam bentuk cd. tak pernah tengok pun siri kartun Beavis and Butt-Head ni di tv. Memang tak akan masuk tv Malaysia pun cerita yang macam ni. Tv Singapura pun tak ada. Tetapi soundtrack nya memang agak popular juga pada ketika itu.



Wednesday, February 10, 2021

Dark Revolution

 Album dari tahun lepas...

Tokyo Blade - Dark Revolution (2020)

Sejak bergabung semula dengan klasik line-up, mereka nampaknya semakin aktif mengeluarkan album baru. Ini adalah yang kedua selepas Unbroken pada tahun 2018. 

Dark Revolution tidak jauh berbeza dari Unbroken. Mereka masih mengekalkan formula yamg sama. Mereka memainkan apa yang Tokyo Blade sepatutnya bermain. Lagu-lagunya sedap. Cumanya agak sukar juga untuk memilih lagu yang betul-betul "stand out" atau menonjol. Ada beberapa ketikanya yang kita akan rasa tempo dan melodi yang berulang-ulang dari satu lagu ke satu lagu yang lainnya. Ianya jenis sedap tetapi agak sukar untuk melekat di dalam kepala.

Secara ringkasnya, Dark Revolution mencapai tahap apa yang peminat mahukan tetapi dalam masa yang sama ianya bukanlah satu album rujukan jika anda hendak bercerita tentang Tokyo Blade. Jujurnya saya lebih menyukai album yang sebelumnya (Unbroken)



Monday, February 8, 2021

Ilusi Sebuah Mimpi

Kenangan zaman remaja...

Bloodshed - Ilusi Sebuah Mimpi (1987)

Ada beberapa album yang tak pernah jemu di dengar walaupun usianya dah melebihi 30 tahun. Ilusi Sebuah Mimpi adalah salah satunya darinya. Bayangkan dari usia teruna suci 16 tahun hinggalah dah mencecah ke usia boleh keluar akaun 2 KWSP 😀, masih tetap tak jemu-jemu didengar tanpa perlu "skip" mana-mana lagu.

Sememangnya ini adalah album Bloodshed yang menjadi kegemaran. Samarkand juga bagus. Tetapi ada lagu yang kurang berkenan. "Tangisan Salju Di Khatulistiwa" adalah lagu yang selalu kena "skip" sejak dari zaman kaset. Mendayu sangat. Walaupun "Restu" dalam Ilusi Sebuah Mimpi juga mendayu, tetapi ianya mengingatkan saya kepada lagu "So Tired - Ozzy Osbourne".

Satu lagi yang menarik tentang Ilusi adalah soundnya yang "raw" dan di tambah pula dengan kerja gitar Hamdan Reko. Memang sedap. Memang harap sangatlah ianya akan dikeluarkan semula dalam bentuk piring hitam. (walaupun dikhabarkan Samarkand yang akan dikeluarkan semula). Maklumlah...nak dapat yang asal memang harga yahudi mabuk todi 😁 



Friday, February 5, 2021

Even The Devil Believes

Album dari tahun lepas.....

Stryper - Even the Devil Believes (2020)

Best album ini. Ianya mengembalikan kenangan kepada album-album awal mereka di tahun 80an. Mereka kembali ke asal. Tiada lagi eksperimentasi. Malah beberapa album terakhir mereka sebelum ini juga tidak mengecewakan. 

Apa yang dulu-dulu kita dengar dan suka dari mereka itulah apa yang dapat kita dengar dan suka dalam Even the Devil Believes. Chorus dengan vokal harmoni. Twin gitar solo dari Ozz dan Michael Sweet. Rif - rif yang catchy. Ditambah pula dengan produksi soundnya yang tip-top. Memang tiada yang salah untuk album ini. Ia sememangnya sebuah album melodic heavy metal yang bagus. Salah satu album terbaik 2020 untuk genre yang sebegini.

Tapi seperti biasalah, ramai yang rasa tak selesa dengan mesej kristianisasi dalam lirik-liriknya. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, mendengar Stryper samalah juga seperti mendengar black metal. Jaga akidah. Abaikan sahaja liriknya dan enjoy the melodies...



Wednesday, February 3, 2021

Fracmont

Lagi album dari tahun 2020

Messiah – Fracmont (2020)

"Comeback" album dari band yang berasal dari Switzerland. Mereka adalah seangkatan dengan band-band thrash/death metal 80an senegara dari mereka seperti Celtic Frost dan Coroner. Mereka tidaklah sepopular 2 band tersebut. Saya sendiri ingat-ingat lupa bila kali pertama mendengar mereka.

Seperti sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini mana-mana band lama yang kembali membuat "reunion" dengan album baru akan cuba bermain seperti mana mereka dikenali suatu masa dahulu. Tiada lagi eksperimen muzik yang mengarut. Messiah juga begitu. Muzik mereka masih dalam sempadan antara thrash dan death metal. 

Tetapi yang sedikit ketara perbezaannya adalah adanya pengaruh progressif di dalam beberapa lagu mereka. Ada lagu-lagunya yang agak panjang. Lagu yang menjadi tajuk album hampir mencecah ke 10 minit. Tempo lagu-lagunya berubah-ubah. Ianya bukanlah jenis lagu yang sentiasa laju memanjang. Ada bahagain yang perlahan, ada juga akustik gitar dan bahagian-bahagain yang catchy dan melodic. .

Rasanya kalau ada peminat lama mereka nak komplen pun mungkin dari segi produksinya yang bersih. Tapi iyer lah kan... zaman dan teknologi dan berubah. Tetapi ianya masih mengekalkan ciri-ciri Messiah yang dulu.

Kalau anda minat thrash yang mirip ke death metal...mungkin anda boleh suka album ini.



Monday, February 1, 2021

Posto dari Singapura

Pemberian dari seorang sahabat dari Singapura...


Ingatkan dia nak bagi sekadar sekeping dua cd dan lp tetapi rupa-rupanya sekotak besar yang tiba. nak bayarkan duit pos pun dia tak mahu. Terharu sungguh....


Saxon - Unplugged and Strung Up (double disc special edition cd), Unisonic - Light of Dawn  (Double disc special edition cd + For The Kingdom Ep) dan Iced Earth - Alive In Athens (special 3 disc cd/dvd Japanese with OBI)

UFO - A Conspiracy Of Stars ( Double 12″ Blue Vinyl in Gatefold Sleeve) dan UFO - BBC Radio 1 Live in Concert cd)


Diamond Head - Canterbury (vinyl), Rage - Extended Power (Mini lp vinyl), Camouflage - Voices & Images (vinyl) dan Class Acts (vinyl)


Wild Dogs - Reign of Terror (cd), Savage Messiah - The Fateful Dark (cd), Trivium - Ascendancy (special edition cd/dvd) dan Witchseeker (Singapore) - When The Clock Strikes (cd)


Ross The Boss - Australia - New Zealand 2019 Tour t-shirt (dibeli masa dia tengok tour ni di Australia)


Iron Maiden - Run To The Hills (Single 7" /with Phantom Of the Opera), Iron Maiden - Run To The Hills (Single 7" /with Total Eclipse) dan Iron Maiden - Twilight Zone (Single 7" /with Wratchild)

Dan yang paling mengujakan.... Iron Maiden - The Book Of Souls ( Limited Edition Triple Vinyl), Iron Maiden - Twilight Zone (Single 12" vinyl), Iron Maiden - The First Ten Years vinyl III - Purgatory / Maiden Japan, Iron Maiden - The First Ten Years vinyl X - The Clairvoyant / Infinite Dreams, Iron Maiden - The First Ten Years vinyl V - Flight of Icarus / The Trooper.

Terimakasih Deaf Angel. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan...