Sunday, February 23, 2025

It's Five O'Clock Somewhere

Sempena ulangtahun yang ke 30 pada 14hb Februari yang lalu...

Slash's Snakepit - It's Five O'Clock Somewhere (1995)

Slash memilih bluesy hard rock / rock n roll untuk album solo beliau. Ianya berbeza dari muzik Guns N Roses yang kita kenali. Saya kurang berkenan dan tiada juga lagu yang melekat. 

Seorang gitaris yang hebat tak semestinya boleh juga menghasilkan lagu yang hebat. Saya tertarik dengan kata-kata seorang rakan yang Slash kalau di Malaysia umpama Kid dan Nordin Search. Tanpa band mereka tidak kemana.

Percubaan mendengarnya selepas 30 tahun pun masih tidak berjaya menangkap. Saya meletakkan album ini paling bawah diantara album-album solo band member GnR selepas album Duff McKagan - Believe in Me, Gilby Clarke - Pawnshop Guitars dan Izzy Stradlin and the Ju Ju Hounds.


Monday, February 17, 2025

My Years with UFO

 Lagi album tahun lepas (2024)...


Michael Schenker - My Years with UFO (2024)

Wajib ada bagi peminat Micheal Schenker dan UFO. Ianya adalah rakaman semula  lagu-lagu popular beliau ketika bersama UFO.

Ditambah pula dengan barisan pemuzik/vokalis undangan yang hebat-hebat belaka. Antaranya Dee Snider, Joe Lynn Turner, Jeff Scott Toto, Biff Byford, Axl Rose, Joey Tempest, Kai Hansen, Stephen Pearcy, John Noum, Slash, Adrian Vandenberg, Roger Glover dan beberapan nama besar yang lain.


Walaupun ada lagu yang mendapat sentuhan baru dan sudah semestinya atas nilai sentimentalnya kita pasti akan sukakan yang asal. Tetapi disebabkan ini adalah lagu-lagu beliau sendiri, maka saya tidak mempunyai masalah dengannya. Tambah pula barisan vokalisnya memang hebat.

Antara kegemaran dari tahun lepas.




Thursday, February 13, 2025

Gila Format - The Great Radio Controversy

Sempena ulangtahunnya yang ke 36 pada 1hb Februari yang lalu...

Tesla - The Great Radio Controversy (1989)

Antara yang baru berjaya di"gila format"kan. Lama betul mencari versi piringnya. Antara yang susah nak dapat. Kalau ada pun harganya tak pernah yang mampu milik. Tetapi akhirnya tanpa disangka terjumpa pula ianya dijual dengan kondisi baru dan masih berplastik oleh penjual tempatan dengan harga yang sangat munasabah.

Ianya adalah versi Record Store Day 2020 dengan Obi strip  - French Import yang hanya dikeluarkan sebanyak 1000 unit.

Kalau ada pun lagi album Tesla yang teringin di"gila format"kan adalah album Bust A Nut terbitan tahun 1994.


Thursday, February 6, 2025

The Last Will and Testament

Lagi album dari tahun lepas... 

Opeth - The Last Will and Testament (2024)

Antara album yang cuba nak suka tetapi tak berjaya. Opeth semakin menjadi progressif. Bak kata Deaf pun ini adalah muzik untuk bijak pandai. 

Bukanlah nak kata tak bagus. Tetapi ia tidak kena dengan selera, Saya kurang enjoy dengan muzik sebegini. Selepas penat berkerja saya cuma mahukan muzik yang rock n roll dan mudah hadam. Tak perlu lagi stress kan kepala. Tetapi bagi yang sukakan muzik progressif, The Last Will and Testament mungkin adalah album terbaik 2024 pilihan anda.

Mereka kembali menggunakan vokal growl di beberapa bahagian.  Dan ianya mengingatkan yang mereka secara dasarnya masih sebuah band death metal.

Album yang bagus tetapi bukan untuk saya.