Conrad “Cronos” Lant (1963 - 2026)
Thank you for the music
Conrad “Cronos” Lant (1963 - 2026)
Thank you for the music
Remembering my youth - 40th anniversary.
Ini sememangnya masuk kategori satu album untuk di bawa ke pulau.
Terlampau banyak sangat kenangannya.
Ianya juga boleh lah dikatakan antara album kegemaran sepanjang zaman dan ianya juga menyedarkan yang saya dah tua… haha…
Remembering my youth - 40th anniversary.
Boston - Third Stage (23/09/1986)
Saya dikenalkan kepada Boston melalui lagu More Than A Feeling. Tetapi Third Stage adalah album penuh mereka yang pertama saya dengar melalui kaset di radio kereta kepunyaan abang kepada seorang rakan. Dan semestinya Amanda adalah lagu kegemaran.
17th anniversary.
Europe - Last Look at Eden (09/09/2009)
Ada band yang menjadi lebih santai dan matang apabila meningkat usia. Europe adalah salah satu darinya.
Tidak mungkin mereka akan kembali kepada asal tetapi yang pastinya vokal Joey Tempest dan kerja gitar John Norum tidak pernah mengecewakan.
Harapnya album baru mereka nanti juga bagus.
Remembering my youth - 43rd anniversary
Michael Schenker Group - Built to Destroy (02/09/1983)
Saya akan sentiasa mempunyai soft spot kepada Michael Schenker. Beliau bersama gitar flying V nya adalah antara gitar hero yang terawal untuk saya.
Built to Destroy lebih kepada AOR tetapi solo-solo beliau tidak pernah mengecewakan. Ini adalah antara album kegemaran.
Remembering my youth - 33rd anniversary
Varathron - His Majesty at the Swamp (20/08/1993)
ini adalah antara album yang saya tak sangka akan jatuh suka. Maklumlah, saya bukannya pendengar muzik black metal. Tetapi bila muziknya sarat dengan pengaruh heavy metal dan doom metal era 80-an yang sangat melodic, memang susah untuk mengatakan tidak.
Cuma kalau nak komplen pun hanya tentang durasinya yang panjang, ianya boleh mengundang sedikit kebosanan.
Saya bukanlah peminat besar ZZ Top. Tetapi telah dikenalkan dengan muzik mereka oleh abang sejak dari awal 80an lagi melalui album Eliminator (1983).
Tetapi lagu yang betul-betul jadi minat sejak kali pertama mendengarnya adalah Rough Boy dari album ini (Afterburner - 1985). Memang tak jemu dengar. Thank you for the music.
Frank Lee Beard (11/06/1949 - 18/08/2026)
Gone but not forgotten. 😔
Remembering my youth - 35th anniversary
Metallica - Metallica (12/08/1991)
Ini bukanlah Metallica yang saya suka. Tapi album ini membuka pintu untuk mereka menembusi pasaran yang lebih besar. Dan banyak pun band thrash lain yang mencuba untuk menjadi seperti mereka tetapi gagal.
Album ini punca untuk saya tidak lagi teruja dengan mereka. Tapi tak kisah lah. Ramai jer orang lain yang suka.
12th anniversary.
Skid Row - Rise of the Damnation Army - United World Rebellion: Chapter Two EP (05/08/2014).
Tak ramai boleh menerima Skid Row selepas era Sebastian Bach. Perubahan muzik mereka juga menjadi antara punca.
Tetapi EP ini dan Chapter One mungkin boleh menjadi penyebab untuk peminat seperti saya kembali mendengar mereka.
Remembering my youth - 42nd anniversary
Metallica - Ride the Lightning (27/07/1984)
It's my favourite album from them. Period!
Remembering my youth - 40th anniversary
Loudness - Lightning Strikes (25/07/1986)
Satu lagi album yang mengembalikan kenangan zaman sekolah. Album ini dan Thunder in the East merupakan antara pengaruh besar kepada budak-budak baru up nak up pada ketika itu. Semua pun belajar main gitar pasal nak jadi macam Akira.
Remembering my youth - 30th anniversary
Iced Earth - The Dark Saga (23/07/1996)
Entah kenapa saya agak terlambat dengan Iced Earth. Hanya mula mendengar mereka ketika album Something Wicked This Way Comes dan terus jatuh minat.
Kemudiannya mula mencari album-album yang sebelumnya dan The Dark Saga adalah kedua dan ianya tidak mengecewakan.
Piala dunia dah nak habis dah. Langsung tak ada cerita pasalnya kali ini. Entahlah...semakin meningkat usia semakin kurang rasa teruja untuk menonton. Memang tak lah nak berjaga malam atau bangun awal pagi menontonnya secara langsung macam dulu-dulu.
Lagipun bukan Malaysia yang bertanding. Nak menyokong negara orang memang rasa tak best, lainlah kalau ianya di peringkat kelab.
Sekadar untuk memeriahkan suasana rasa teringin juga nak tengok England menang di separuh akhir semalam. Bukan nak sokong sangat pun tetapi disebabkan cucu lahir dan ada surat beranak England, adalah sedikit soft spot kat situ...haha...
Tapi apakan daya. Melingkup pulak 😅
Dengan adanya Youthanasia makin hampir complete dah discography studio album Megadeth dalam bentuk piring.
Mr. Big - Hey Man (RSD 2026 - 30th Anniversary Edition)
Lagi pembelian Record Store Day 2026. Cadangnya nak beli satu sahaja untuk RSD 2026 ni , tapi seperti biasa cadangan memang tak boleh di pakai...
Remember my youth - 40th anniversary.
![]() |
Europe - The Final Countdown (26/05/1986)
Satu lagi mesin masa yang membawa saya kembali ke zaman persekolahan. Antara kaset yang akan saya pasang setiap kali pulang dari sekolah.
Sayangnya kaset asal tersebut dah hilang entah kemana. Kaset digambar saya beli beberapa tahun yang lalu sebagai pembelian kenangan untuk zaman tersebut.
Darkthrone - Pre-Historic Metal (08/05/2026)
Mungkin saya adalah antara golongan minoriti yang lebih suka mereka dengan konsep muzik heavy/doom metal sebegini berbanding zaman black metal hutan berkabus mereka.
29th anniversary.
Slaughter - Revolution (20/05/1997)
Kebelakangan ini saya cuba untuk mendengar apa yang saya tertinggal pada satu ketika dahulu. Ini adalah percubaan Slaughter untuk menyesuaikan keadaan semasa pada ketika itu.
Secara keseluruhan, album ini mungkin bukan pilihan utama peminat lama, tetapi bagi yang sukakan evolusi ke arah bunyi yang lebih moden, album ini ada tarikannya tersendiri. Tidak sempurna, tetapi jauh lebih baik daripada yang saya sangkakan.