Tuesday, October 18, 2016

Game Over

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 7hb Oktober yang lalu...


Nuclear Assault - Game Over (1986)

Album yang berkongsi harijadi dengan Reign In Blood. Walaupun pengaruh, kesan dan popularitinya tidak sebesar Reign In Blood tetapi ianya tetap sebuah album penting untuk genre thrash.

1986 sememangnya antara tahun gemilang untuk thrash metal. Banyak betul album album menarik dari genre ini diterbitkan pada tahun tersebut. Yang bestnya kesemua mereka mempunyai sound yang berbeza antara satu sama lain. Tambah pula Nuclear Assault datang dari pantai timur USA (New York). Sudah semestinya pengaruh hardcore ada dalam muzik mereka. Maklumlah scene hardcore di New York memang cukup hebat pada ketika itu. Mungkin ada juga yang menganggap Game Over dalam kategori muzik crossover tetapi pada saya ianya masih pekat pengaruh metalnya jika hendak dikatakan begitu.


Seperti Reign In Blood, Game Over juga agak lambat saya dengar. Kalau tak silap di awal tahun 90an. Nuclear Assault yang pertama saya adalah album Handle With Care. Satu lagi yang unik tentang Nuclear Assault pada saya adalah vokal John Connelly. Memang lain dari yang lain. Ada masanya saya terbayangkan thrash dengan vokal ACDC.

Mereka tidaklah sepopular jiran sekampung mereka, Anthrax. Nuclear Assault pun tertubuh selepas pengasasnya Dan Lilker ditendang dari Anthrax. John Connelly juga pernah bersama Anthrax. Malah mereka juga agak ketinggalan dari segi populariti dan jualan album berbanding dengan sebuah lagi band thrash pantai timur US iaitu Overkill.

Namun begitu, mereka tetap ada tempatnya dalam sejarah thrash metal dan Game Over sudah semestinya album yang patut anda tahu jika anda berminat dengan thrash metal.




3 comments:

  1. Album ni la aku cari tak dpt2 lagi.versi sedut je ada

    ReplyDelete
  2. banyak album2 lama yang aku tahu dari blog ni.. ni album pun baru ni kali tgk..

    ReplyDelete
  3. nuclear assault ni lebih kurang macam satu lagi band italian thrash metal yang terpinggir iaitu 'Necrodeath'.. senasib mereka berdua nie.. huhuh

    ReplyDelete