Selain dari manchester united dan metal music...aku jugak adalah hantu filem..cuma sekarang memang jarang ahh ke pawagam walaupun panggung wayang betul2 kat sebelah opis aku..bukak pintu opis je dah nampak skrin besar yg tayang gezet2 filem...poster2 filem...awek panggung jual popcorn...tapi sehingga hari ni memang tak pernah aku masuk kat dalam tu...tambah2 pulak sejak dah pandai download ni...rapidshare...torent..pirate rules...hehe
Kalau dulu2 aku suka citer action letup sana sini...tapi sekarang aku done with that kind of movie...aku lebih prefer movie2 yang ada jalan cerita yang kuat contohnya seperti movie yang nak cerita kali ni...Almost Famous...kebetulan tertengok cerita ni kat HBO minggu lepas..
Ni movie lama...tahun 2000..ditulis dan di arahkan oleh Cameron Crowe, seorang pengarah yang cukup aku minat terutamanya filem2 beliau seperti Singles (kisah budak2 grunge kat Seatle),Vanilla Sky,Elizabethtown dan filem beliau yang paling terkenal Jerry Maguire (dapat percalonan Best Film lagi)
Almost Famous ni sebenarnya berdasarkan kisah benar...kisah hidup Cameron Crowe sendiri...mengisahkan William Miller (watak fictional Crowe lakonan Patrick Fugit) seorang budak sekolah berumur 15 tahun yang bercita2 manjadi journalist dan mendapat peluang untuk menulis artikel dalam majalah muzik terkenal Rolling Stone.Pertemuan beliau dgn seorang awek groupies, Penny Lane..akhirnya memberi peluang kepada beliau dari hanya untuk mendapatkan interview akhirnya dapat pula bersama2 mengikuti tours sebuah band rock yg sedang meningkat naik ketika itu iaitu Stillwater.
Stillwater bersama William dan awek2 groupies di depan tour bas mereka
Pengembaraan beliau sepanjang tours tersebut mengajar beliau erti sex,drug and rock n roll...kehidupan seorang rockstar...perbalahan siapa frontman antara gitarist dan vocalist...jatuh cinta...awek2 groupies (nyum..nyum..hehe) dan persahabatan beliau dgn lead gitarist band tersebut.
William dan Penny...aduh...comel betul Kate Hudson ni...hehe
Filem coming of age yang berlatarbelakangkan tahun 1973 ini bagi aku amat menarik dari segi watak2 dan pelakonnya...memang nampak real...maklum lah...ianya berdasarkan kisah benar...terutamanya lakonan Kate Hudson (nyum..nyum..) untuk watak Penny Lane awek groupie tu dan Patrick Fugit sendiri pertama kali berlakon dlm filem besar...dan juga watak gitarist Stillwater Russell Hammond (lakonan Billy Crudup) dan tak lupa juga watak ibu William dilakonkan oleh Frances McDormand..seorang ibu yang tidak menyukai muzik rock dan tak mau anaknya terpengaruh (bukankah semua ibu kita jugak begitu...hehe) sangat berkesan pada aku.
Stillwater dibelakang pentas
oh ye boleh jugak tengok Jason Lee bukan ngan watak2 komedinya...jadi vocalist...manakala pakaian dan set filem ni memang best...betul2 rasa macam kat tahun 1973...zaman flower power...jauh nak banding ngan citer ROCK Mamat Khalid dgn rambut palsu kejungnya tu...hehe
Biasa tengok Jason Lee ngan komedi contohya My Name Is Earl tetapi kali ni beliau menjadi rockstar..
Kumpulan Stillwater dalam cerita ini pun nampak amat real ...sampai dulunya aku ingatkan kumpulan ini benar2 ujud...mana taknya...Selama 2 bulan Peter Frampton mengajar dorang bermain gitar dan aksi live di pentas...tu yg nampak real tu time adegan dorang buat konsert...dan lagu2 Stillwater dalam filem ni dicipta sendiri oleh Cameron Crowe bersama isteri beliau Nancy Wilson (kumpulan Heart) dan juga Peter Frampton yang moodnya memang 70's..
ada gaya Tony Iommi ahh Billy Crudup ni
Satu lagi yang menarik tentang soundtrack filem ni...lagu2 dari Simon & Garfunkel,The Who,Yes,Beach Boys,The Allman Brothers,Lynyrd Skynyrd,Led Zeppelin dll dipilih sendiri oleh Cameron Crowe berdasarkan lagu2 yang dia sendiri minat di era tersebut...Mendengar sountrack ni memang rasa macam hidup di zaman awal 70an ahh...best...sayang takder pulak lagu Black Sabbath...menurut ceritanya di set pengambaran...lagu Iron Man menjadi pilihan Crowe untuk dimainkan di set bagi mendapatkan mood 70's...
Rating di 8.00 di IMDM membuktikan filem ini memang menarik...tapi awas...bagi sesiapa yg berharapkan adegan tembak menembak kungfu fighting letup meletup memang tak der la...err...love scene?...ada la skit2 yang tak merbahaya hehehe...mungkin ada termengatuk dipertengahan jalan...tapi bagi yang sukakan drama dan mementingkan jalan cerita macam aku...memang best la cerita ni.
aku kena cari ni cite ni. mesti. huhuhu
ReplyDeletetak pernah nengok lagi..
ReplyDeleteni ko dah cakap best nanti aku keep a lookout untuk cerita ni
HIGHLY RECOMMENDED!
ReplyDeleteDulu aku ada yang special edition 2 DVD + 1 CD Stillwater EP (ada 5 lagu). Sebelum aku belah ozz, aku jual le pulak.
Tapi memang best gila cerita ni. Soundtrack pun yummy!
cerita2 yg ada related dgn rock scene ni memang gua suka... ini baru rock journal!
ReplyDeletegua suka cerita ni, lagi cerita mcm rockstar, empire records, that thing u do, air heads, wayne's world...
hanya jauhari yg mengenal manikam.
Selain dari filem2 yg disebutkan dewanaga, satu lagi filem pasal rock star yang wajib ditonton oleh mat rock ialah "This Is Spinal Tap" dari tahun 1984.
ReplyDeleteRockumentary yg paling lawak aku pernah tengok. HIGHLY RECOMMENDED!Kalau boleh dapatkan DVD sbb banyak extra.
Rating di IMDB 8/10
Almost Famous.... mmg best pastu baik tengok This is spinal tap plak!!!! aku hari ada DVD dia tapi ntah d mana dah .. macam nak tengok balik plak hahahahah
ReplyDeleteok la...gua memang dah cadang nak review This Is Spinal Tap..kebetulan dah ada yg sebut...nanti wa cari dvd dia la..tengok balik dan review
ReplyDeleteAlmost Famous..
ReplyDeleteAku dapat director's cut kat Batu Feringgi.
Rasanya ada penambahan scene dari version vcd masa aku mula2 tengok dulu.
Memula William ni nak try interview Black Sabbath kan, alih2 dapat StillWater je.
Filem ni sama rare macam rockstar & that thing you do pada aku. Banyak sangat falsafah dalam filem2 ni...
p/s: Jangan la lu nak banding Mamat Khalid ngan dorang ni bro. Sian Bang Mamat. Dia buat rock tu pun dah seribu rahmat. nak harap Yusuff Selam or Prof? Bohsia lagi untung kot!
Zan..
ReplyDeletebukan aku nak banding sangat pun...tapi at least benda macam rambut panjang palsu tu cari la yg real skit...jangan la kejung camgitu...tak real langsung...bukan mahal pun rambut tu kan...
ni problem filem melayu..selalu lupa benda2 camgini walau pada dorang benda kecik...tapi pada aku yg hidup zaman rock...besar beza dia tu...betul tak?
Mungkin kat kampung mamat khalid ada rocker rambut kejung kot? hahaha. Melawak jer.
ReplyDeleteKalau nak ikut banyak benda nak kena adjust dlm rock tu. public phone biru, keter kancil, gig bag gitar baru.. Tapi bak kata abg Yazid Search la.."kalau betul nak buat balik filem pasal rock dulu2, kena robohkan Maju Junction tu"..huhuhu
Cuma produksi Almost Famous ni memang dahsyat. Sampaikan dia boleh buat band stillwaters tu macam real, macam still dragon dalam rockstar & the wonders dalam that thing you do. Apa2 pun, taste ko memang sama macam aku kecuali team setan merah ko tu..hahaha
beb email aku please
ReplyDeleterealdeafforever@yahoo.com
thanks aku takde email ko la.
tengok dressing diorangpun dah kuat, pekat, likat bau aura 70an. kena plak dengan gibson tu. arghhh! selain 'almost famous', satu lagi buah tangan mr.crowe ialah filem 'single' yang ditujukan khas pada grunge!
ReplyDeleteada beberapa lagi filem/dokumentari hebat ( dan mengarut tapi best! )pasal rock/metal ni antaranya; JACKASS:THE MOVIE. ada henry rollins.HEAVY METAL PARKING LOT, TENACIOUS D:THE COMPLETE MASTERWORKS,SID&NANCY, BILL&TED'S EXCELLENT ADVENTURE, ROCK N' ROLL HIGH SCHOOL, VH1 BEHIND THE MUSIC-MOTLEY CRUE, THE DECLINE OF WESTERN CIVILIZATION, PART 11:THE METAL YEARS, DETROIT ROCK CITY
THIS IS SPINAL TAP memang rock movie paling hebat dan paling lawak tak ingat sepanjang zaman! masa filem ni ditayangkan, metallica masih bemain kat kelab!
oh lagi 1 jgn lupa "crossroad" (bukan crossroad britney tu)..yg ni citer pasal shredder, steve vai berlakon ngan budak yang berlakon citer karate kid. ermm lagi "year punk broke" tahun 1991, "Pariah" lebih kepada scene punk dan lagi aku lupa la.
ReplyDeleteaduhai
ReplyDeleteBrapa kali dah nampak DVD cter ni kat Jb tapi tak angkat jugak.... hmm rugi rugi... takut dah takdek je ... ingatkan tak best? lupalak nak wiki dulu,...
Minggu ni gak balik 1 Mei g kedai DVD CikLa. Pasti!
(sambil start keta n balik kg, bukak lagu Pasti-search)