Lagi album dari tahun 1990...diam tak diam banyak jugak dah rupa2nya...kali ni dari salah sebuah band glam/hair metal kegemaran aku Stryper...ni album ke 5 mereka bertajuk Against The Law..
Mungkin secara kebetulan...kebanyakan band2 yang aku suka meriliskan album2 yang berbeza daripada kebiasaanya pada tahun 1990 dan selepasnya...mungkin kerana alaf baru...dorang mahukan sound yang baru...sound2 80an sudah mula dianggap ketinggalan...jika tidak berubah mereka bimbang akan di cop sebagai tidak mengikut peredaran zaman...tapi adakah formula ni akan berjaya kepada semua band...hmmm...tentu sekali tidak...mungkin Metallica berjaya...tetapi tidak kepada semua band yang lainnya...
Stryper ni pun sama...turut berubah...tengok cover album dah boleh agak dah perubahannya...tiada lagi imej hitam kuningnya (teringat pulak jersey bola Malaysia..) logo Stryper jugak sudah berubah...takder dah tulisan Isaiah 53:5...dengan tajuk Against The Law....jelas lah mereka seolah2 mau lari dari imej Cristian band...dressing mereka jugak berubah...tiada lagi celak dan gincu...Oz Fox pun dah berjambang...tapi adakah lagu2 dan lirik2 mereka jugak berubah???...jawapannya YA!
Kalau album sebelum ni In God We Trust lebih pada pop metal...lagu2 mereka kini lebih heavy...lebih kepada straight hard rock...tetapi macam biasa...tetap melodic...chorus catchy...dan yang paling best masih mengekalkan trademark twin guitar solo antara Michael Sweet dan Oz Fox...ni benda yang paling aku suka pasal dorang la...tambah pulak album ni dia punya bunyi gitar lebih heavy...lebih umphhh...satu lagi takder dah lagu2 melewah pakai piano macam "Honestly" dan "Always There for You" tu...suara Michael Sweet pun sedikit berbeza...tak la 24 jam guna suara kecik tu..
Dari segi lirik...mereka jugak berubah...tapi takder la berubah 360 darjah buat lirik2 puja setan...mereka tetap sama...lirik baik2...cuma kali ni lebih kepada cerita rock n roll dan relationship...atas sebab ni la jugak peminat2 cristian metal anggap dorang sell out..hingga album ni kurang mendapat sambutan...dan akhirnya mereka berpecah...
Secara peribadinya...aku suka album ni...sayangnya...macam aku cakap tadi la...tak semua band peminatnya dapat terima perubahan...majoriti lagu2nya pada aku bagus...antara album Stryper yang aku suka...lagu2 seperti "Two bodies (one mind one soul)", "Lady", "Rock the hell out of you", "All for one", "Caught in the middle" dan "Ordinary man" adalah antara yang aku suka dari album ni..
Meraka juga mencover lagu klasik "Shining Star" dari Earth, Wind and Fire...syok jugak lagu ni...dan jangan tak tau...lagu ni bass nya dimainkan oleh Randy Jackson...pengkiritik American Idol tu...tak dapat bayang...macamana la agaknya kalau Randy join Stryper atas stage...pakai uniform hitam kuning tu...pergh...priceless...
Selain Randy...vokalist Malmsteen kegemaran aku...Jeff Scott Soto pun turut menyumbangkan suara untuk album ni...aku tak sure berapa banyak lagu...tapi yang pastinya lagu Caught In The Middle tu dapat tangkap bunyi suara dia kat backing vocal...
Kesimpulannya kalau tak pernah dengar Stryper...terus dengar album ni...mungkin korang tak akan tau Stryper ni glam/hair metal band...tapi mungkin bagus jugak kot kalau tak tau...tak yah nak susah2 bandingkan dengan album2 lama...tapi yang pasti dengarkan twin gitar solo Michael Sweet dan Oz Fox..terbaik beb!
aku suka tengok cover depan belakang dia..cantik
ReplyDelete"kalau ikutkan hati, gua nak tukar warna belang hitam kuning kat logo stryper dan pakaian seragam kami!"
ReplyDeletetak ingat siapa yang kata, mr. oz fox atau michael sweet pasal band stryper dalam satu intebiu. dan album 'againts the law' mereka melakukan perubahan. font logo band berubah, tak ada belang hitam kuning dan menjadi lebih heavy tapi tetap glam!
rock the hell out of you