Wednesday, June 22, 2016

Throwback : Surat Khabar Lama


Keratan akhbar lama yang adik ipar saya terjumpa ketika mengemas rumah di kampung..kertasnya masih elok walaupun usianya lebih tua dari sebahagian dari anda.


berapa ramai dari anda yang telah lahir pada tarikh ini?


Tiga gadis melayu ni pun kalau masih hidup dah jadi tiga nenek melayu...


iklan minyak caltex...sayang suratkhabarnya dah terpotong separuh...



Bayangkan kehidupan 42 tahun yang lalu...tv pun cuma ada 2 saluran...dan bukannya 24 jam...dan tak banyak pun yang mampu beli.

Kalau dapat terjumpa satu suratkhabar penuh tentu lebih menarik...walaupun saya lebih teruja kalau kemas-kemas rumah terjumpa piring hitam atau kaset lama...heheh...




14 comments:

  1. tv ada 2 saluran saja...nak tgk cerita combat duduk kat tangga rumah orang

    ReplyDelete
  2. Ada cerita Count of Monte Cristo tu..

    ReplyDelete
  3. Fuh..back to the future betul ni.aku pun lom lahir lagi.sehingga tahun 80an,siaran tv pun bermula jam 4 ptg berakhir jam 12.30 mlm gitu.tak mcm skarang 24 jam.
    Agak2 3 nenek melayu tu ada buat reunion tak..heheh

    ReplyDelete
  4. Rumah nenek aku dulu rumah dinding kayu.. ada part dinding kt umah dia tu lapik dinding dgn suratkhabar era 70an.. tp xde cter pasal retis.. ade citer pasal politik je.. hehe

    ReplyDelete
  5. Kenapa azan Maghrib dan Isyak sgt cepat siarannya?? Agak2 kenapa ekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni jam kita di semenanjung lambat 1/2 jam dari sabah sarawak...masa 1hb jan 1982 baru diseragamkan. Maknanya jam di semenanjung dicepatkan 1/2 jam...kalau pukul 7 jadi pukul 7.30....tu pasal waktu azan zaman tu cepat...

      kecik2 dulu aku ingat masa tu peristiwa ni orang panggil jam mahathir...hehehe...

      Delete
  6. aku ada terjumpa jugak sokaba lama waktu kemas stor rumah (kuarters gomen), tahun 90an punya taklah trobek sangat... tapi tersengih jugak bila tengok iklan handphone

    ReplyDelete
  7. Wah.. Paper lama ni betul2 rare ni Bert.
    Baik kau simpan elok2,kasi laminate ke, frame ke, masuk freezer ke, taruh dlm bilik kebal ke, atau apa apa lagi yg difikirkan sesuai ke.. Hehe
    10 tahun lagi tentu Arkib Negara nak beli tu, buat simpanan diorang.. Masa tu harga paper lama ni, mungkin dah melonjak naik Jadi ribu ribu RM tu bro..
    Who knows..? Huhuh

    ReplyDelete
  8. Aah.. Terlupa pulak tadi satu hal.. Paper tadi tahun 1974 kan..!
    Kejap.. Aku nak check, tahun ni Aku dah lahir ke belum lagi ni.. Nak kena Tengok Surat Beranak dulu ni, kena confirm betul2, samada Aku dah lahir ke tidak Zaman ni..
    Alamak..!! Surat Beranak pulak tak jumpa cari ni.. Kihh Kihh
    Tunggu dulu lah, lain Kali Aku siasat lagi.. Hih Hih

    ReplyDelete
  9. take note ok, time tu rangkaian pertama start jam 5.00 petang hingga 11.52 malam. 6.36 magrib, 7.48 isya'. berita sekejap je, belas minit. rangkaian kedua start jam 6.00 petang hingga 12.00 malam.

    thanks share ni bro, penting utk aku yg kerja kat rangkaian ni hehehe

    ReplyDelete
  10. fuhh kena letak dalam bingkai ni, rare tu 42 tahun...

    ReplyDelete
  11. saya antara yang lahir pada tarikh berkenaan. tapi tahunnya lagi empat.

    ReplyDelete
  12. melangkau terowong masa nih.. paper nie dah bley kira artifak sejarah, yang ada tulisan jawi mesti lg rare.. haha

    agaknya macam mna kehidupan 70 an dulu, tanpa fb..

    ReplyDelete
  13. Even early 80s, tak semua rumah ada telepon. Tak semua rumah ada tv hitam putih.
    istimewa sangat zaman tu. Gembira sangat.

    ReplyDelete