Friday, August 12, 2016

Gersang

Lagi perihal album keluaran semula...


Gersang - Gersang (1988) - keluaran semula 2016

Ini antara wish list. Akhirnya tertunai juga. Ianya merupakan kenangan di zaman persekolahan. Sayangnya ia tidak seperti yang diharapkan. Cover dan inlaynya langsung tak sama dengan versi asal. Satu gambar band member pun tak ada. Alasan kononnya mengikut versi piring hitam. Tetapi pada saya ia lebih kepada pihak pengeluar yang mengambil jalan mudah. Khabarnya pihak yang berusaha dah bagi pun cover yang asal. Tapi mereka tak nak, nak buat macamana. Sedih!

versi cdr
Tak puashati punya pasal. Saya mencari versi cdr. Walaupun ianya sekadar untuk koleksi peribadi tetapi ianya sangat berbaloi. Cover dan inlay yang asal. Cantik. Malah kualiti bunyinya juga telah di touch-up semula. Memang puashati. Maaf. Saya tidak menyokong cetak rompak. Tetapi kualitinya memang setanding dengan yang asli.

Ok. Tinggalkan bab tersebut. Sedikit mengenai kisah albumnya. Dulu memang malu la nak mengaku suka Gersang. (hahaha...) Walaupun dressing ala mat smart tetapi sebenarnya album pertama mereka ini lebih rock dari kebanyakan band rock tahun 90an. Album ini hanya mengandungi 3 lagu perlahan. Lainnya memang hard rock/ heavy rock n roll.

versi cdr, versi asli sekeping gambar pun tiada
Semua lagu bagus. Yang rancak dan perlahan semua pun sedap. Perbezaan (ciptaan Din Mayat), Gelora, Perwira Bakti, Kaca Kaca Kota dan Jiwa Rock n Roll adalah antara yang paling diminati. Yang 3 lagu perlahan tu sememangnya kegemaran orang rumah. Gersang ni terutama Man Bai dan Kid, kemudiannya Acis memang budak- budak perempuan suka la. Kiut katanya...hahaha..

Permainan muzik dorang pun bagus. Banyak juga lagu yang mereka cipta sendiri. Saya juga tertarik dengan pemain keyboard jemputan mereka  Islah. Tak tau siapa dia ni. Ada 2 lagu yang beliau cipta. Walaupun ada ala-ala David Bryan (Bon Jovi).  Cuba dengarkan lagu Perwira Bakti yang ada pengaruh Bon Jovi - Runnaway. Tetapi antara highlight album ini selain ketukan drum Jojet, adalah kerja gitar Kid. Saya cukup suka petikan beliau dalam lagu Kaca Kaca Kota. Tapi tu lah...bila Gersang menjadi lebih pop dalam album kedua mereka. Nama Kid pun terpalit sama. Selamanya susah la peminat Hillary nak terima beliau dalam Search. Patutnya Kid buat reunion Gersang. Mungkin ianya lebih bagus.



Satu kagi kenangan saya pasal album ini adalah button badge. Di dalam kasetnya dulu ada borang untuk anda membeli button badge logo Gersang dan pelbagai band rock melayu yang lain. Tak ingat berapa ringit tapi saya ada membelinya. Tapi malu pula nak pakai.

Apa-apa pun album ni memang rock. Tapi saya meninggalkan Gersang selepas dari ini. Masa tu dah jadi mat thrash. Apa barang nak dengar dan pakai button badge Gersang. Poser sungguh....hahaha...




11 comments:

  1. Lain org lain ragam..he he..aku tak kisah sangat pasal cover2 nie...paling penting kualiti audio, lepas tu info + lirik dalam inlay, kalau dapat cover asal tu bonuslah..kalau audio tak ok, baik download je yg org rip dr kaset, lp etc tu, atau beli cdr macam bro bert buat...

    tak pernah dengar satu album penuh sebelum ni, tapi aku memang suka sbb byk lagu2 best, lagu pilihan ialah Perbezaan..

    ReplyDelete
  2. Aku pon kecewa sgt dgn cover gersang ni.....tu belom sentoh part sound tu...faham2 sendirilaa

    ReplyDelete
  3. Perghh..kaset tu kalo jual harga boleh lagi kejam dari kapitalis tu..heheh

    ReplyDelete
  4. Gersang, memang dah gersang sejak dari album pertama mereka.. masuk jer album ke-2 dah tak berapa nak gersang lagi.. meleweh laa pulak.. tapi nasib baik B29 telah mengembalikan semula kegersangan mereka.. gitulah al-kisahnya

    ReplyDelete
  5. Geli geli ngilu ngilu aku baca posting ni.

    ReplyDelete
  6. dah agak lama tak beli cd re-issued

    ReplyDelete
  7. Gersang ni kam dulu man bai kata mereka sebenranya tiada identiti tetap.. jd bila selepas album ni mereka menjurus kepada muzik pop.. pasal lagu Masih aku terasa tu dh berjaya masuk finalis ajl.. then mereka buat album dlm tahun yg sama untuk lagu2 yg rasanya boleh layak masuk ajl.. jd sudah tentu lgu yg masuk ajl lgu2 slow jiwang aje kiki

    ReplyDelete
  8. best pulak baca review gersang ni, balik rumah dengar balik la :) tq

    ReplyDelete
  9. best pulak baca review gersang ni, balik rumah dengar balik la :) tq

    ReplyDelete