Thursday, September 29, 2016

Somewhere In Time

Hari ini, 29hb September adalah hari ulangtahun ke 30 bagi....


Iron Maiden - Somewhere In Time (1986)

Inilah album yang memberi pengaruh besar dalam hala tuju muzik yang saya gemari. Ianya juga adalah album kegemaran sepanjang zaman. Bukan sahaja kerana lagu-lagunya tetapi juga kenangan disebaliknya.


Ketika album ini diedarkan, saya adalah seorang budak yang awal remaja yang pada ketika itu baru mula terjebak dengan heavy metal. "Timing" album ini memang kena pada masanya. Selamat tinggal John Taylor dan Duran Duran. Steve Harris dan rakan-rakannya adalah hero yang baru


Kata orang tu kalau nak pergi pulau kena bawa satu jer album lagu. Memang ini lah albumnya yang menjadi pilihan hati. Terlampau banyak sangat kenangannya terutamanya yang mengimbau zaman persekolahan. Lagu-lagunya pun sedap-sedap belaka.


Sayangnya versi kaset entah hilang kemana. Tak dapatlah nak riak "gila format". Huhu...



Selamat Hari Jadi Somewhere in Time!!!





Monday, September 26, 2016

Triumph or Agony

Yang menyambut ulang tahun ke 10 pada hari ini, 26hb September...


Rhapsody of Fire - Triumph or Agony (2006)

Ini adalah bandnya yang membuatkan saya kembali mendengar dan membeli muzik terutamanya metal selepas konon-kononnya nak pencen selepas berkahwin dan mendapat anak pada hujung 90an.

Lagu Dawn Of Victory dari album Rhapsody - Dawn Of Victory (2000) benar-benar membuka selera saya untuk kembali terjebak dengan hobi duniawi ini. Pada saya muzik symphonic power metal pembawaan band bangsa Itali ini benar-benar kena dengan jiwa. Maklumlah zaman tersebut adalah zaman Nu Metal. Genre yang agak kurang berkenan di hati.


Tetapi bila terdengar muzik Rhapsody, ianya mengingatkan saya kepada heavy metal lama ala Monowar dan dicampur pula dengan neoclassical metal ala Yngwie Malmsteen. Muzik sebegini membuatkan semangat kembali berkobar-kobar. Dan dari situlah bermulanya minat saya pada Rhapsody dan genre power metal secara amnya.

Triumph or Agony adalah album ke 7 mereka. Album pertama yang mereka terpaksa menggunakan nama Rhapsody Of Fire atas isu copyright. Ianya sebuah album yang sedikit berbeza dari Rhapsody yang lama. Muzik dan soundnya masih Rhapsody tetapi elemen "speed"nya sudah berkurangan. Lagu-lagunya lebih kepada mid tempo di mana mereka lebih mengutamakan elemen symphonic dan theatrical membuatkan kita merasa seolah-olah di dalam soundtrack sebuah filem.


Walaupun begitu susah nak cakap ianya tak sedap. Banyak lagu lagunya bagus. Tak kisah lah kalau  Luca Turilli sedikit kurang dengan gitar solonya. Tak kisahlah juga kalau kurang perisa "power metal' nya. Tetapi lagu-lagunya sememangnya mempunyai melodi yang cukup kuat. Sukar nak pilih lagu mana yang paling digemari. Semua menarik.

Sesuai untuk pengemar genre symphonic power metal tetapi saya tak pasti samada semua pengemar Rhapsody yang lama dapat menerimanya...




Friday, September 23, 2016

Gila Format - State Of Euphoria

Dah lama tak buat gila format...

Anthrax - State of Euphoria (1988)




Gambar covernya adalah antara sebab kenapa album ini patut saya "gila format"kan. Memang tertarik sejak kali pertama melihatnya.

Tetapi sebab yang paling utamanya adalah kenangan zaman remaja. Ianya adalah antara album yang membuatkan saya terjebak dengan thrash metal. Sehingga sekarang intro Be All, End All sahaja sudah cukup mengujakan setiap kali saya mendengarnya.


http://berteromber.blogspot.my/2009/11/state-of-euphoria.html




Wednesday, September 21, 2016

Dah 20 tahun





dua-dua ni dah 20 tahun dah...inlay dan kotak pun dah hilang...tinggal togel...sound pun dah kriak kriuk dan tenggelam...lama dah tak dengar...harap-harap ada cd reissuenya satu hari nanti....




Monday, September 19, 2016

Peace Sells...But Who's Buying?

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini...


Megadeth - Peace Sells...But Who's Buying? (1986)

Saya pernah kata Rust In Peace ataupun Countdown To Extinction adalah album kegemaran Megadeth saya tetapi inilah album yang mula mula membuatkan saya jatuh cinta dengan mereka.


Mungkin juga inilah albumnya yang mula membuatkan saya terjebak dengan thrash metal. Saya mendengar Megadeth lebih dulu dari Metallica. Ketika itu baru perasan ada lagi yang lebih berat dari Iron Maiden dan ada lagi yang lebih laju dari Motley Crue.

Perkara pertama yang buat saya tertarik dengan Peace Sells adalah kerja gitarnya. Banyak betul riff dan solo solo gitar yang catchy lagi sedap. Dengan Peace Sells Mustaine membawa muzik thrash menjadi lebih teknikal. Ia juga mengangkat imej beliau sebagai seorang gitar hero.


Tak ingat tahun bila dengar. Tapi kasetnya dibeli pada tahun 1988. Ketika itu kesedaran tentang cetak rompak dah meluas. Kedai kaset di pekan Ulu Tiram tempat saya membeli kaset juga telah mula menjual kaset asli. Mungkin juga ini kaset orang putih original saya yang pertama. Tak ingat sangat tetapi yang paling saya ingat adalah video clip lagu Peace Sells dari tape vhs Kerrang! Kompilation 2. Syiok betul ulang-ulang tengok video clip tu. Tambah tambah pula bila nampak adanya bendera Malaysia di dalamnya.



Sudah semestinya antara album Megadeth terbaik. Tambah pula jika anda sukakan produksi 80an yang raw. Semua lagu pun sedap. Wajib beli/ada jika anda kata anda pengemar thrash apatah lagi jika anda sukakan Abang Mus.

Ada rezeki pastinya album ini akan saya gila formatkan. Terbaik!!!






Friday, September 16, 2016

Train To Busan



Train to Busan (2016)

Cerita ni untuk tontonan 18 tahun ke atas. Tapi tak kira tetap juga bawa 2 anak perempuan bawah umur untuk menonton. Maklumlah bila sebut nak tengok cerita korea budak budak memang excited. Kuat betul pengaruh kpop pada budak budak sekarang.

Mungkin elemen ganas menyebabkan ianya di label sebagai 18 tahun ke atas. Tetapi Train To Busan bukanlah sekadar kisah zombie yang ganas. Kisah kasih sayang dan pengorbanan antara si bapa dan anak perempuannya pada saya lebih menonjol dari isu ganasnya sang zombie. Ianya bersesuaian dengan "Dad and daughter day out" yang kami lakukan. Di bawah bimbingan saya rasa anak anak saya faham apa itu zombie.

Nak kata Train To Busan lain dari yang lain tak juga. Maklumlah dah melambak cerita zombie di pasaran. Zombie laju pun World War Z dah buat. Mungkin zombie blur dalam gelap itu satu idea yang baru (haha.) Tetapi isu-isu kemanusian di sebalik trajedi zombie itu yang pada saya menarik.

Seperti kebanyakan cerita zombie ianya adalah kisah "survival". Cuma kali ini ianya dalam keretapi". Maaf, saya kurang sikit bab kpop ni. Tak kenal pun siapa siapa pelakonnya. Tetapi lakonan mereka bagus. Watak baik membuatkan satu panggung bersedih dan watak jahat tu memang rasa nak tumbuk jer mukanya.

Bagi peminat filem zombie seperti saya, Train To Busan ni sebenarnya ok ok sahaja. Mungkin yang menyebabkan filem ini menarik dan meletup kerana ianya zombie Korea bukannya orang putih yang biasa kita lihat. Sayang juga zombie KL tak sebagus ini. Produksi filem Korea memang sudah jauh kedepan.



Tuesday, September 13, 2016

Hey Man

Yang dah 20 tahun..


Mr Big - Hey Man (1996)

Album ke 4 dan album terakhir Paul Gilbert bersama Mr Big. Muziknya sedikit berubah. Lebih perlahan. Mungkin pengaruh usia.

Tiada lagi lagu laju di track pertama seperti Addicted To That Rush (Mr Big), Daddy,Brother,Lover,Little Boy (Lean into It), atau Colorado Bulldog (Bump Ahead). Lagu track pertama album ini, Trapped in Toyland lebih santai.

Namun begitu mereka tetap dengan genre hard rock. Tak terpengaruh langsung dengan grunge. Paul Gilbert masih tetap dengan shredding solonya.
Billy Shehan tetap dengan bunga bass yang meletup-letup.


Salah satu perkara yang menarik tentang Mr Big adalah lagu-lagu slow rocknya.Memang tidak pernah mengecewakan. Vokal Eric Martin memang lunak bila menyanyikan lagu yang begini.

Hey Man membuktikan yang hard rock masih terus hidup di tahun 90an...



Friday, September 9, 2016

Dari Selatan ke Utara

Hampir seminggu tak update...mc...demam teruk...tapi sebelum tu sempat juga menjelajah dari selatan ke utara...


RNR Pagoh, Johor


RTC Gopeng, Perak


RNR Juru, Pulau Pinang


Padang Besar, Perlis


Bukit Kayu Hitam, Kedah


Disamping itu sempat juga ke acara makan.....


Durian klon di Perak


Tomyam kelapa di Padang Besar


Teh Buih di Changloon


Sebenarnya tujuan utama adalah kesini


Kali terakhir kesini 20++ tahun yang lalu...


Dulu hantar adik dan adik ipar...sekarang hantar anak...pekan Changloon pun dah jauh berubah....sekejap betul masa berlalu....





Saturday, September 3, 2016

Destroyer

Yang 40 tahun pada 15hb Mac yang lalu...


KISS - Destroyer (1976)

Kalau anda mahukan hanya satu album KISS dalam simpanan anda selain album kompilasi terbaik, ini adalah albumnya. Sekurang-kurangnya itulah pendapat saya. Lain orang mungkin lain pilihannya. Walaupun saya bukanlah seorang KISSARMY, tetapi banyak lagu mereka yang saya suka. Dan Destroyer mengandungi banyak lagu terbaik mereka. Detroit Rock City, God of Thunder, Shout It Loud, Do You love Me? dan lagu balada syahdu kegemaran saya, Beth.

Destroyer agak berbeza dengan 3 album awal mereka. Soundnya lebih bersih dan lebih komersial. Ianya adalah album "breakthrough" mereka. Awalnya ia kurang berjaya sehinggalah secara tiba-tiba lagu side B dari single Detroit Rock City, Beth yang dinyanyikan oleh pemain drum mereka, Peter Criss meletup. Beth adalah lagu pertama mereka yang berjaya menembusi carta Top 10 di Amerika.


Semuanya tidak akan terjadi kalau tidak kerana penerbit mereka, Bob Ezrin. Beliau lah yang bertanggungjawap dalam mengumpul, mengubah, memilih, menyusun idea dari anggota KISS sehingga menjadi muzik dan lagu yang bagus. Malah khabarnya solo gitar didalam album ini pun semuanya hasil dari idea beliau. Beliau menjadikan KISS dari sebuah band yang biasa biasa kepada band yang terkenal di seluruh dunia.

Dengan Destroyer, KISS membuktikan mereka bukanlah sekadar band gimmick dengan make-up semata mata. Suka atau tidak, anda perlu mengakui yang lagu-lagu mereka kebanyakannya memang sedap.