Thursday, December 7, 2017

Release From Agony

Yang dah 30 tahun pada 1hb Disember yang lalu...


Destruction - Release From Agony (1987)

Mereka adalah the big four ataupun disebut juga sebagai the big three of teutonic thrash. Sebuah nama yang cukup. besar dalam dunia thrash metal.

Mereka adalah band yang saya cuba untuk suka di sebabkan status mereka tersebut. Sayangnya bagi seorang poseur seperti saya, Destruction adalah sebuah band yang agak sukar untuk saya mengingati lagu lagunya. Bukan tak bagus. Tetapi lagu lagu mereka bukan jenis yang mudah untuk melekat dalam kepala. Dengar. Hanguk hanguk kepala. Best. Tapi lepas tu lupa.

Relase From Agony adalah salah satu contohnya. Walaupun ianya adalah salah satu album terbaik mereka. Tetapi adakalanya agak membosankan juga jika mendengarnya secara berterusan. Walaupun mereka menjadi lebih teknikal tetapi kurangnya melodi yang mudah hadam menjadikan ianya agak sukar melekat.


Jangan salah anggap. Ia sebuah album thrash yang bagus. Jika anda thrasher, sudah pasti album ini akan anda suka. Lagu yang menjadi tajuk album, "Release From Agony" memang sedap. Mungkin juga  "Unconscious Ruins" dan "Incriminated". Tetapi yang lainnya biasa biasa sahaja.

Bagi saya, agak sukar juga untuk mereka menyaingi Kreator ataupun Sodom. Malah ada masanya saya lebih menyukai Tankard lebih dari mereka.




5 comments:

  1. Kenal destruction ni pun dari album ni.album lain mmg taktau

    ReplyDelete
  2. tidak memiliki koleksi mereka walaupun versi donlod. hehee

    ReplyDelete
  3. serius tak pernah dengar destruction, tapi cover art album ni memang kult

    ReplyDelete
  4. Perna tgk sekali dorang live di metalcamp.. harap nanti satu hari aku dpt beli album ni haha

    ReplyDelete
  5. start layan band ni tahun 86 .. lagu mad butcher yang paling famous time tu. Beli kaset pasar malam split dengan Earthshaker.. asalnye nak dengar lagu nombor earthshaker tu jer..ops T.o.k.y.o. Album Destruction yang paling aku minat - Life Without Sense.

    ReplyDelete