Thursday, December 14, 2017

Search Sepuluh Tahun


Search - Sepuluh Tahun Limited Gold Disc Edition (2017)


Banyak betul produk Search dipasaran. Ini adalah salah satu darinya. Cd yang dulunya dikhabarkan sebagai "rare" di pasaran. Tapi mungkin sekarang dah tak berapa nak rare bila diterbitkan semula dalam bentuk gold disc.

Tetapi ianya juga tak lari dari kontroversi. Isu hak milik menjadi sebabnya ianya tertangguh. Hanya dijual secara meluas pada konsert mereka 2hb Disember yang lalu. Sejujurnya saya agak kurang berkenan dengan cara mereka menangani isu ini. Mencari gaduh dengan peminat tegar bukannya peminat "Isabella" adalah satu langkah yang kurang bijak. Tapi itulah...mungkin bagi mereka peminat tegar yang membeli segala muzik fizikal ini tidak penting. Spesies yang macam ni walaupun rasa bengang macam mana pun beli tetap beli juga kan?


Ok la entri ini sekadar berkongsi perbezaan antara cd ini dengan versi kaset yang asal. Yang paling nyata adalah gambar-gambarnya. Memang berlainan. Tak pasti pula adakah cd yang asal juga sememangnya berbeza gambarnya. Sesiapa yang ada mungkin boleh tolong bagi penjelasan.


Itu sahaja lah nak cerita. Cd ini lebih kepada untuk pengumpul tegar atau collector barangan Search. Yang setakat minat Isabella rasanya tak akan beli kot...

Pernah juga merapu pasalnya 5 tahun yang lalu... >SINI<



5 comments:

  1. Gambar cover album ni konsert kat Stadium Negara, masa ni dia orang baru balik dari show kat USA. Antara konsert yang best, Yan jadi bassist. Seperti biasa ada segmen solo gitar, drum, kali ni solo dari Yan mengoreng bass pun ada :)

    ReplyDelete
  2. Benar nilai cd 1st press jatuh merudum haha.. aku teruja gak nak beli cd ni. Sbb kaset aku soundnya sudah mendap.. rasa nak beli semua cd gold disc search ni. Nampak kualiti banding ngan rilisan rusa tu.. kat kaset ada lirik kan

    ReplyDelete
  3. kaset tu dah boleh jual dengan harga kapitalis yang kejam.heheh

    ReplyDelete
  4. cd ori takde hitam nye panel logo besar giler tu
    anyway, sila review sess live

    ReplyDelete
  5. Aku tak sempat dengar lagi. Takder CD 1st press,so tak boleh buat comparison sound

    ReplyDelete