Monday, December 4, 2017

The Wake of Magellan

Yang dah 20 tahun pada 15 September yang lalu...


Savatage - The Wake of Magellan (1997)

Terlepas nak buat entri ni pada bulan September yang lepas. Makin lama rasa makin malas untuk menulis. Tetapi disebabkan ini adalah album Savatage dan saya adalah "kipas susah nak mati" mereka, maka ulang tahun ke 20 The Wake of Magellan ini memang wajib untuk ditulis. Mungkin dengan secara ringkas. Nak lebih mendalam, sila google...heheh...

Savatage di penghujung hayat mereka telah menghasilkan 3 konsep album yang boleh dipanggil sebagai masterpiece. Tetapi ianya tertakluk kepada selera anda juga. Jika anda bukannya jenis yang suka duduk berejam menghayati lirik dari satu lagu ke satu lagu yang lain. Jenis album sebegini sememangnya tidak sesuai untuk anda. Tetapi jika anda sukakan muzik metal yang progressif, symphonic dengan unsur-unsur opera, mungkin juga ianya boleh masuk kepala anda. Tetapi jika tidak...tak payah la buang masa dengar. Anda sememangnya tak akan faham.

Ini adalah yang kedua terakhir dari mereka. Projek Trans-Siberian Orchestra lebih buat duit. Sedih tapi benar. Tetapi itulah hakikatnya. Jon Oliva lebih berminat ke arah itu. Tetapi tiada siapa yang boleh menyangkal kehebatan Jon Oliva bersama penerbit Paul O'Neil dalam menghasilkan sebuah konsep album yang lagu-lagunya begitu "ngam" dengan jalan ceritanya. Bak kata orang kampung saya "fit together nicely".


Ini juga adalah album terakhir Zak Stevens menyanyi untuk mereka. Walaupun ada peminat lama yang sukakan vokal Jon Oliva, tetapi untuk saya Zak telah melakukan yang terbaik sejak Edge of Thorns. Mungkin Jon juga beranggapan begitu kerana Zak masih tetap bersama dalam projek TSO. Saya juga meminati band beliau selepas Savatage, Circle II Circle.

Kesimpulannya lagu sedap. Kerja gitar Chris Caffery dan Al Pitrelli menyebabkan kita boleh menerima kenyataan yang Savatage masih boleh bernyawa selepas kematian Criss Oliva. Kalau tak bagus takkan lah Al Pitrelli dapat kerja dengan Megadeth.

Fantastic album!



3 comments: