Monday, February 12, 2018

Stained Class

Yang menyambut ulantahun ke 40 pada 10hb Februari yang lalu...



Judas Priest - Stained Class (1978)

Kalau nak dibandingkan dengan album-album hard rock pada tahun tersebut, mungkin ini adalah antara yang paling berat. Mereka menjadi penyambung kepada Black Sabbath dengan muzik yang kemudiannya dikenali sebagai heavy metal.

Mungkin juga Stained Class bolehlah dikatakan sebagai "blue print" kepada pergerakan yang dikenali sebagai "New Wave Of British Heavy Metal". Dengan album ke 4 ini, Judas Priest telah menemui hala tuju mereka. Tiada lagi pengaruh blues dan progressif. Hanya "Beyond the Realms of Death" yang masih ada pegaruh progressif rock. Yang lainnya memang total heavy metal hard rock (zaman tu tak wujud lagi kot terma "heavy metal")

Saya sebenarnya hanya betul-betul mendengar album ini secara serius selepas membeli cdnya sekitar tahun 2010. Sebelum itu rasa susah nak masuk. Maklumlah sebagai pendengar Judas Priest zaman glam metal (Turbo) dan zaman speed metal (Painkiller), muzik rock 70an mereka agak kurang di hayati. Tetapi Stained Class adalah sebuah album yang "grower". Makin lama dengar makin sedap.

Bayangkan kalau lagu "Exciter" di rakamkan di zaman "Painkiler". Sudah tentu-tentunya ia akan menjadi sebuah lagu speed metal yang hebat.



Senang kata, dengan Stained Class maka bermulalah era cemerlang heavy metal Judas Priest.






9 comments:

  1. saya hanya ada satu je album dorang, scream for vengeance...

    ReplyDelete
  2. Album ni mmg tak penah dengo lagi

    ReplyDelete
  3. baru baca berita gitaris dia kena Parkinson

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK Downing dah lama keluar...Glenn Tipton pulak kena Parkinson...rasanya dah tak lama la hayat Judas Priest.

      Delete
  4. album terbaru baru je kuar lak tu.. Haillzzz Judas Priest...

    ReplyDelete
  5. album terbaru baru je kuar lak tu.. Haillzzz Judas Priest...

    ReplyDelete
  6. ni aku takde album ori. ingin memiliki lain kali

    ReplyDelete