Tuesday, April 24, 2018

Firepower

Yang terkini di pasaran...


Judas Priest - Firepower (2018)

Baru bulan April...tetapi saya tidak teragak-agak untuk mengatakan yang ini adalah antara calon album terbaik pilihan saya untuk tahun 2018. Orang lain seleranya lain. Tetapi untuk yang selera muziknya tersangkut di era heavy metal 80an, ini memang antara yang terbaik.

Ianya mengembalikan nostalgia Stained Class, Defender of the Faith dan juga Painkiller. Rif yang melodic dan lagu-lagu yang mudah hadam. Semenjak kembalinya Rob Halford ke dalam Judas Priest, inilah album yang pada saya sekali dengar sahaja sudah menangkap melodinya. Memang sedap.


Judas Priest membuktikan yang mereka masih hebat. Masih bertenaga. Masih boleh menghasilkan lagu-lagu heavy metal bermutu. Sesuatu yang berbeza mungkin tiadanya lagi solo-solo berhantu dari gandingan KK/Tipton/KK/Tipton/KK/Tipton yang biasa kita lihat. Glenn Tipton pun dah sakit. Berapa banyak sumbangan beliau dalam album ini pun kita tak pasti. Tetapi ianya tidaklah terasa sangat. Pengganti KK Downing, Richie Faulkner pun bukanlah calang-calang orangnya.

Bagi saya, Firepower berada di kalangan karya terbaik mereka. Sama ada mereka akan terus bertahan tanpa Glenn Tipton, itu tidak pasti. Tetapi yang pastinya Firepower adalah peringatan bahawa muzik heavy metal akan tetap berterusan.




3 comments:

  1. beli redeemer of souls & angel of retribution 5-6 bulan lepas, tapi baru layan start minggu lepas, kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Tggu jugak album ni masuk sini.tak masuk2 lagi

    ReplyDelete