Saturday, March 2, 2019

Triumphant Hearts

Antara yang terkini dalam simpanan...

Jason Becker - Triumphant Hearts (2018)

Satu perkataan. Kagum! Itulah yang boleh disimpulkan tentang kegigihan dan semangat kental Jason Becker. Walaupun beliau tidak lagi boleh bermain gitar disebabkan penyakit ALS. Beliau berjaya merealisasikan irama yang bermain-main di minda beliau menjadi sebuah album.

Hasil crowd funding dari peminatnya, album ini berjaya diterbitkan pada 7hb Disember yang lalu. Semua lagu adalah ciptaan beliau yang dizahirkan hanya melaluinya pergerakan mata. Banyak nama-nama besar dalam dunia gitar turut terlibat membantu. Marty Friedman, Joe Satriani, Steve Vai, Uli Jon Roth, Chris Broderick, Steve Morse, Michael Lee Ferkins, Paul Gilbert, Neal Schon, Greg Howe, Jeff Lomis, Richie Kotzen, Gus G, Joe Bonamassa dan lain-lain lagi.


Lagu-lagunya bukanlah menumpukan kepada solo gitar semata-mata. Bak kata Jason sendiri, album ini bukanlah untuk menunjuk kehebatan dan mencari populariti, sebaliknya ia lebih kepada mencari kewarasan dalam dirinya yang lumpuh keseluruhan anggota.

Di sebalik solo-solo hebat guitar hero yang terlibat, ada juga lagu-lagu yang berbunyi seperti muzik tradisional Jepun. Pangaruh dari Marty Friedman mungkin.


Terdapat juga lagu yang menggunakan rakaman lama ketika beliau bersama Cacophony dan David Lee Roth.

Secara keseluruhannya memang sedap. Kalaulah lah beliau masih boleh berrmain lagi...

A true guitar hero. Respek!







5 comments:

  1. Salam.

    Abang cari cd2 kt area johor bahru dekat mana ye. Macam sendu je johor sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... Memang sendu pun... Lama dah tak beli di kedai... Semua on line...

      Delete
  2. Tinggal kita dua jer ni... Haha.. Tapi group WhatsApp aktif 😁

    ReplyDelete
  3. mesti angkat ni.. Best!! cOVER bUMI FLAT LAK TU..

    ReplyDelete