Wednesday, July 31, 2019

Kaset lagi...Nightmare Scenario

Lagi kenangan pasal kaset. Baru beli beberapa minggu yang lalu...


Slammer - Nightmare Scenario (1991)

Kaset ini sememangnya mengimbau kenangan silam. Dulu beli di dalamnya ada borang untuk dapatkan singlet hitam berlogo Slammer secara percuma. Hanya perlu lengkapkan slogan seperti gambar di bawah.


Ramai yang berkenan. Ramai yang minta. Tapi memang tak lah kalau nak bagi. Memang lawa dan terasa bertapa thrashnya ketika pakai...haha... Zaman tu zaman belajar. Mana lah ada duit nak beli tshirt hantu banyak-banyak. Masa tu cuma ada 3 tshirt band. Metallica Justice, Helloween Keeper 2 dan Carcass Symphonies.


Kemudiannya bila mula bekerja. Merantau di Kuala Lumpur. Terus lupa tentangnya. Maklumlah dah ada duit untuk beli tshirt hantu yang lain. 😁  Kasetnya pun hilang entah kemana. Tetapi beberapa tahun selepas itu, balik kampung baru perasan yang singlet tu tak hilang kemana pun. Rupa-rupanya orang tua yang pakai buat baju basahan kat rumah... haha...


***Slammer adalah salah satu band thrash dari Britain yang seangkatan dengan Onslaught , Acid Reign , Xentrix dan lain-lain. Mereka agak kurang popular berbanding yang lain. Ini adalah album penuh mereka yang kedua dan terakhir. Muzik mereka agak kuat pengaruh american thrash tetapi lagu-lagunya agak kurang konsisten. Ada yang menarik tetapi majoritinya biasa-biasa sahaja. 


4 comments: