Wednesday, July 15, 2020

Speedy's Coming

Bukan pasal Scorpions. Tapi nak cerita tentang kedai Speedy yang buat jualan diskaun sempena nak tutup. Bukanlah pelanggan tetap mereka. Dulu-dulu rajin la juga pergi. Tetapi sejak-sejak Speedy ni lebih banyak jual dvd berbanding cd, memang tak rajin dah. Tambah pula kebelakangan ni banyak cd cina dan korea jer pun dorang jual. Memang dah tak kumpul movie sejak pupusnya zaman vcd. Makanya memang jarang dah singgah Speedy.

Tapi diskaun punya pasal, singgah la juga Speedy di Mid Valley SouthKey. Yang kaki movie rasanya memang berbaloi. Ada yang 10 keping dvd = RM10, ada yang 7 = RM35. Yang cerita-cerita series memang hampir nak terbeli juga. Memang murah. Dah pegang-pegang Northern Exposure, tapi disebabkan tak ada S01 dan S02 tak jadi beli. Tapi bila balik rumah rasa nyesal pulak tak beli...hahaha...


Cd memang tak ada yang best. Tapi dari pulang dengan tangan kosong beli juga lah box set cd pirate made in china dengan harga promosi 2 keping = RM30.


Bon Jovi memang pasal tak ada lagi cd ini dalam simpanan manakala Guns N' Roses pula pasal semata-mata nampak cantik covernya.


Kotak cantik. Cdnya pun cantik ala-ala piring hitam. Tapi bab inlay memang memang hampeh. Ntah awek cina mana la dah masuk ganti Axl Rose dan Slash...kah kah kah...



8 comments:

  1. Salam...lama tak komen.
    Movie tak beli ke..hihihi
    Baru tau box set tu pirates made in China..hampir beli gak GNR tu, tapi tak jodi sebab fokus kat movie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak der tempat simpan dah kalau nak collect movie... Haha... Tapi beli juga la dvd konsert sikit...

      Delete
  2. bye2 speedy.. tempat aku sudah tutup. nasib sempat abadikan kenangan sob sob sob.. sekali saja aku beli cd ni. kotak memang cantik sekali bab inlay dan cd dia hampehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Speedy ni aku tak rasa ralat sangat... Pasal aku tak kumpul movie... Tapi tu lah... Sedih satu satu kedai cd tutup...

      Delete