Sunday, September 26, 2021

War Within Me

Sambung dari entri lepas pasal Blaze dan Iron Maiden...album terbaru 2021

Blaze Bayley - War Within Me (2021)

Kalau tak silap ini adalah album studio beliau yang ke 11 selepas ditendang keluar dari Iron Maiden. Memang sangat produktif. Tidak hanya bergantung kepada nostalgia dan populariti lagu-lagu Iron Maiden, beliau terus menerus berkarya.        

Sejujurnya saya tidak pernah membeli album-album solo beliau. Hanya sekadar di spotify dan membacanya di blog "Ada Apa Dengan Ijau?". Percubaan mendengar album baru ini di spotify ditambah dengan semangat "Senjutsu" membuatkan akhirnya terjebak juga membeli.

Ini bukannya cd yang dibeli secara cuba jaya. Memang dah dengar di spotify dan jadi suka. Semua 10 lagunya sedap. Sebuah album melodic heavy metal yang "simple", tidak mencari kelainan tetapi ianya tersangat bagus. Solo-solo gitar yang melodic banyak mengingatkan kepada Iron Maiden.

Blaze juga seorang penulis dan pencerita yang baik. Lirik-liriknya memang bagus. 303 dan 18 Flights adalah antaranya. Tetapi trilogy sains, "The Dream Of Alan Turing", "The Power Of Tesla" dan "The Unstoppable Of Stephen Hawking adalah yang paling menarik.

Sayangnya karya-karya beliau jarang dipandang kerana persepi kurang baik ketika beliau bersama Iron Maiden. Tak pasti adakah ini adalah karya terbaik beliau kerana tidak memiliki album-album beliau yang lainnya. Tetapi mungkin ini adalah yang paling konsisten. 

Rekomended!

4 comments:

  1. serius, Infinite Entanglement trilogy pun aku belum habis kumpul (cuma ada part III)... inikan pula WWM

    ReplyDelete
  2. kualiti vokal blaze ni pun not bad sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer... memang bagus... tapi aura Bruce Dickinson tu kuat sangat...susah dia nak lawan

      Delete