Lagi layanan rawak bekerja dari rumah...
Dah 2 entri pasal band aweks...tambah lagi satu...
Phantom Blue - Phantom Blue (1989)
Pengemar produk dari Shrapnel Records dan Roadrunner records pastinya tahu atau sekurang-kurangnya pernah terbaca nama Phantom Blue. Album ini sering di iklankan bersama-sama dengan band-band dan shredder lain dari label tersebut.
Paling tak lupa ianya diiklankan sebagai album yang diterbitkan secara bersama oleh Marty Friedman. Manalah tak teruja nak dengar. Tambah-tambah pula ini adalah band awek-awek rockers. Selain dari Vixen, memang sudah nak jumpa band-band rock wanita ni.
Sayangnya tak pernah terjumpa ianya dijual dikedai-kedai di sekitar Ulu Tiram-Johor Bahru-Segamat. Memang tak pernah dengar dan langsung terlupa tentangnya sehinggalah terjumpa cdnya di jual beberapa bulan yang lalu.
Ternyata muzik mereka lebih berat dari Vixen. Ianya adalah heavy metal berbanding hard rock dari Vixen. Suara vokalisnya memang hebat. Sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada Doro. Permainan muzik terutamanya bahagian gitarnya memang hebat. Shredder lah kan. Kalau tak..tak kan lah dapat mengikat kontrak bersama Shrapnel Records.
Kekurangan mereka berbanding Vixen (dari segi wajah memang tak kalah la...memang comel-comel belaka) adalah dari segi lagu yang menangkap atau catchy. Ada sekadar dua tiga lagu (Going Mad, Why Call It Love adalah antaranya) yang sekali dengar dah rasa sedap. Yang lainnya agak sukar dengan sekali dua pendengaran. Sebab lainnya mungkin juga kurang dari segi promosi.
"dari segi wajah memang tak kalah la...memang comel-comel belaka"
ReplyDeleteya, in 1989 ��
Dari segi wajah memang susah nak bezakan lelaki dan perempuan zaman tu🤔 Susah betul nak dpt cd ni kat ebay. Kalau ada harga beratus ringgit. Tapi akhirnya dpt jugak Russian edition. Dua cd sekaligus. Debut dan second album built to destroy.
ReplyDeleteyer...Russian Press adalah jawapan untuk cd2 yang rare dah out of press yang susah nak dapat dan kalau ada 2nd hand pun harganya tak mampu milik...
Delete