Tuesday, December 13, 2022

Gila Format - Freak of Nature

Ayu Azhari punya laki punya band selepas White Lion....

Freak of Nature - Freak of Nature (1993)

Ini adalah band Mike Tramp selepas White Lion. 

Tahun 90an banyak menenggelamkan band-band hard rock dan yang ada kaitan dengan glam/hair metal. Freak of Nature adalah salah satu darinya. Mereka hanya sempat mengecap sedikit populariti di Eropah tetapi gagal menembusi pasaran di US.

Sebenarnya muzik sebegini bukanlah tidak bagus tetapi ianya lebih kepada keadaan semasa pada ketika itu. Fenomena "Nirvana" dan "Grunge" serta media mainstream yang tidak lagi mempromosikan band-band seperti ini menjadikan generasi 90an menganggap mereka tidak lagi "cool" dan ketinggalan zaman.

Freak Of Nature sedikit berbeza dari White Lion. Soundnya lebih kasar bersesuaian dengan era rock moden pada ketika itu. Lagu-lagunya sedap. Mike Tramp membuktikan yang tanpa Vito Bratta, beliau masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang baik. 

Walaupun saya adalah peminat besar Vito Bratta, tetapi perlu saya akui yang kerja gitar dari 2 gitaris yang bermain untuk Freak Of Nature ini sangat bagus dan tidak boleh dipertikaikan. Tanpa "signature sound" dari Vito, Mike Tramp berjaya melarikan diri dari imej White Lion. Sayangnya cap mohor "hair metal" telah sebati dengan nama beliau....

Kaset dibeli pada tahun ianya diterbitkan. Cd ketika zaman pandai e-bay di tahun-tahun 2000an. Manakala lp adalah versi reissue dari tahun 2021 yang baru berjaya dibeli pada beberapa minggu yang lalu.


No comments:

Post a Comment