Monday, January 29, 2024

Babylon

 Lagi album terbitan tahun 2023...

Lynch Mob - Babylon (2023)

Bila dah beli Dokken kena juga beli yang ini. 

Rasa sedikit terkejut bila dapat tahu yang Lynch Mob ada album baharu. Maklumlah nama "Lynch Mob" berbau perkauman untuk sesetengah pihak. George Lynch sendiri pun pada tahun 2020 pernah memberi kenyataan yang beliau tidak akan menggunakan lagi nama tersebut. Tetapi nampaknya beliau dah berubah fikiran.

Tak ada dah anggota asal lain dari zaman Wicked Sensation (1990). Tetapi kita mendengar Lynch Mob sememangnya kerana kerja gitar George Lynch. Tak kisah sangat pun siapa anggota yang lain. Kita tahu yang George Lynch dah lama "move on" dari sound Dokken. Tetapi album ini soundnya bukan sahaja tidak berbunyi Dokken malah tidak juga seperti Lynch Mob yang lama. Soundnya lebih ke arah hard rock 90an (band seperti Saigon Kick contohnya).

Asalnya tidak berapa suka. Tetapi setelah beberapa kali pendengaran saya rasakan sedap juga. Solo-solo George Lynch memang hebat dan tak boleh dipertikaikan. Cumanya kali ini beliau lebih kepada "team player" berbanding "gitar hero".

Kalau nak dibandingkan dengan album baru Dokken yang lebih mudah menangkap, yang ini lebih "grower". Semakin lama dengar mungkin akan lebih jatuh suka. Tambahan pula vokalisnya, Gabriel Colon mempunyai vokal yang bagus. Maklumlah masih muda. Ada masanya beliau kedengaran seperti Axl Rose

Bagus! 

 

Friday, January 26, 2024

Heaven Comes Down

Sambung lagi album-album terbitan 2023...

Dokken - Heaven Comes Down (2023)

Album ke 12. Kali terakhirnya adalah pada tahun 2012 (Broken Bones). Tanpa Mick Brown yang dah bersara, anggota asal hanya tinggal Don seorang. Tetapi dah sememangnya Don adalah Dokken dan Dokken adalah Don. Tiada siapa yang boleh mempertikaikannya.

Beliau sekarang lebih selesa menggunakan Jon Levin sebagai gitaris. Walaupun selalu juga George Lynch membuat kemunculan bersama di atas pentas tetapi dari segi ego mungkin lebih mudah untuk beliau berkerjasama dengan Jon Levin. Tambahan pula ini adalah album ke 4, semenjak dari Hell to Pay (2004) yang Jon Levin di posisi gitar.

Apa yang tidak saya duga, album ini benar-benar berbunyi seperti Dokken yang lama. Rasa 80an tetapi dengan sound yang terkini. Ternyata Jon Levin sememangnya pilihan yang tepat. Rif dan solo-solo gitar beliau membuatkan kita lupa tentang George Lynch

Sesuatu yang berbeza cuma vokal Don. Atas faktor usia, beliau tidak lagi boleh menyanyi dengan nada yang tinggi. Keseluruhan albumnya menggunakan nada yang rendah dan mendatar. Sekurang-kurangnya beliau tidak akan bermasalah untuk menyanyikan lagu-lagu dari album ini secara live.

Kesimpulannya, ia adalah album yang sedap dan mengembalikan nostalgia ke era 80an. Itupun jika keadaan vokal Don sekarang bukannya satu masalah untuk anda. 


Monday, January 22, 2024

Power Games

 Yang dah 40 tahun pada 6hb Januari yang lalu...

220 Volt - Power Games (1984)

220 Volt adalah senegara dan seangakatan dengan Europe. Tetapi sayangnya mereka tidak mencapai tahap populariti seperti Europe.

Mereka bolehlah dikatakan sebagai salah satu band awal dalam pergerakan muzik heavy metal dari Sweden bersama Heavy Load, Torch, Overdrive, Axenwitch, Glory Bells, Europe dan beberapa nama lain.

Seperti kebanyakan band-band heavy metal pada ketika itu (awal 80an sehingga pertengahan 80an), muzik mereka sememangnya melodic dan disertakan dengan rif-rif berat dan chorus yang sangat "catchy". Saya sememangnya sukakan sound euro-metal yang sebegini. Tetapi kebanyakan dari mereka berubah menjadi lebih pop pada penghujung 80an.

Saya mengenali nama mereka dari majalah Metal Hammer. Artikel tentang konsert mereka dengan ulasan yang baik menyebabkan rasa teringin nak dengar. Malangnya album mereka tidak pernah ada di jual di Malaysia.

Power Games bolehlah dikatakan kesemua lagunya sedap. Mereka sepatutnya berhak menjadi lebih besar. Jika anda sukakan album-album Europe yang awal, sudah sepatutnya juga akan sukakan album ini.

Best!.


Wednesday, January 17, 2024

MCMLXXXIV

Sempena ulang tahunnya yang ke 40 pada 9hb Januari yang lalu...

Malas lah nak menulis...tampal sahajalah dari Facebook. Satu cakap melayu satu lagi konon-konon speaking London.

Van Halen - MCMLXXXIV (1984)




Monday, January 15, 2024

The Sinner Rides Again

Kasi habis album-album terbitan 2023...

KK's Priest - The Sinner Rides Again (2023)

Album kedua mereka. Seperti yang pertama ianya adalah terpaling Judas Priest berbanding dari Judas Priest sendiri. Tak boleh nak salahkan KK kalau beliau masih menghasilkan lagu-lagu seperti Judas Priest. Kerana muzik sebegini adalah apa yang beliau mainkan sepanjang hidup beliau. Tak ada keperluan untuk beliau bermain muzik lain dan tiada apa lagi yang perlu dibuktikan .

Beliau tahu bagaimana untuk menghasilkan lagu heavy metal yang bagus. Mungkin lagu sebegini bukanlah penanda aras atau akan menjadi klasik. Tetapi sebagai salah seorang hero heavy metal, muzik sebegini adalah apa yang peminat seperti saya mahukan.

Ditambah dengan vokal hebat Tim Ripper Owens yang kadang kala jeritannya kedengaran seperi Rob Halford, peminat Judas Priest era Painkiller pastinya akan terhibur. 

Saya tak sabar untuk menunggu album terbaru dari Judas Priest. Tetapi dari 2 single yang telah dikeluarkan, keduanya setakat biasa-biasa sahaja. Tetapi mungkin juga 2 lagu itu adalah lagu yang paling tak bagus dari mereka...tetapi buat masa sekarang untuk pilihan yang lebih bagus, The Sinner Rides Again adalah tempatnya.


Friday, January 12, 2024

Pleasuredome

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada awal tahun hari tu...

Disharmonic Orchestra - Pleasuredome (1994)

Ini antara album yang tak sangka jatuh suka. Kalau album sebelumnya (Not to Be Undimensional Conscious - 1992) pun mereka dah bereksperimen bukan lagi death metal yang asli, yang ini lagilah pula.

Nak kata death metal lagunya tak ganas, nak kata progressif lagunya tak pulak berbelit. Riff nya agak melankolik. Sebenarnya agak susah juga untuk mengkategorikan muzik mereka. Ada lagu-lagunya yang mengingatkan saya kepada Faith No More dan ada pula Suicidal Tendencies. Mungkin juga muzik sebegini boleh digelar sebagai Avant-garde. 

Mungkin kalau 30 tahun dulu tak suka. Tapi seiring dengan usia dan keadaan semasa, rasa seronok pula mendengar album sebegini. Paling suka lagu "Where Can I Park My Horse". Lagu-lagu "happy" macam ni memang senang nak masuk kepala.



Wednesday, January 10, 2024

Belantara Showcase 2.0

Bukan nak cerita pasal showcase nya. Tak dapat hadir pun. Ada hal yang tak boleh dielakkan. Tapi nak cerita tentang cenderahati dari showcase tersebut.

Nak kata rugi tak pergi… memang la rugi…. Tak nak buat macamana…bukan rezeki…

Bila tak dapat pergi, dapat cenderahati untuk kenangan macam ini pun jadilah. Buku lirik dan lanyard sempena showcase. Tabik buat YB Amir dan team. Tak banyak atau mungkin hampir tak ada band di Malaysia yang buat buku lirik untuk show sebagai kenangan.


Beli juga sehelai tshirt. Tetapi bukannya tshirt official showcase….


Tetapi thsirt official crew… Kasi lengkap showcase 1 (20/02/2020) dan 2 (07/12/2023) 😁

Terima kasih sekali lagi untuk my bro, Amir atas cenderahati dan tandatangan setiap anggota band.
 

"Insan berakal..hormatilah memasuki naungannya"



Saturday, January 6, 2024

Defenders of the Faith

Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada 04hb Januari yang lalu....

Judas Priest - Defenders of the Faith (1984)

Sekejap dah 40 tahun. Entah bila masa pun tak sedar. Defenders of the Faith kenangannya adalah The Sentinel. Ianya adalah antara lagu terawal Judas Priest yang di dengar. Seronok betul kalau dengar menggunakan head/ear phone. Solo gitar KK/Glenn berselang seli di telinga kiri dan kanan. The Sentinel ni sampai sekarang pun masih tak jemu dengar. Ianya antara lagu kegemaran sepanjang zaman.

10 tahun lepas ada buat entri sempena ulang tahun ke 30 >SINI<. Dari segi rasa tiada yang berbeza. Lagu-lagunya memang tak lapuk dek zaman. Yang berbeza cuma dari segi fizikal. Dari sekeping cd dah beranak ke sekeping piring...hahaha...

Semua lagu sedap. Rekomended untuk yang baru nak belajar dengar Judas Priest.



Thursday, January 4, 2024

The Shadow Inside

Kasi habis cerita tentang abum-album terbitan 2023...

Sadus - The Shadow Inside (2023)

Ketika saya mula terjebak dengan muzik thrash, Sadus dengan album Swallowed in Black (1990) adalah antara album yang wajib pada ketika itu. Boleh dikatakan majoriti kawan-kawan yang sukakan muzik ekstrim memiliki kasetnya. 

Tetapi entah mengapa saya agak ketinggalan untuk mengikuti album-album mereka selepas dari itu. Saya hanya mendegar album A Vision of Misery (1992) sambil lalu. Dan kemudiannya Sadus seakan hilang dari radar pendengaran. Tak pasti mengapa. Mungkin keutamaan yang berbeza. 

Muzik mereka adalah lebih berat dari band-band thrash yang lain. Boleh juga kalau nak dikatakan yang mereka berada didalam sempadan Death Metal.

Percubaan mendengar The Shadow Inside di spotify menyebabkan tergerak hati untuk membeli. Saya tidak pasti dengan album-album yang sebelum ini, tetapi The Shadow Inside adalah seperti Sadus yang saya ingat pada awal tahun 90an dulu. 

Tanpa Steve Di Giorgio (band member yang paling dikenali). Sadus kini tinggal berdua. Tabik buat gitaris/vokalist Darren Travis dan drummer Jon Allen kerana masih terus bersemangat untuk menghidupkan Sadus.

Nak kata bagus sangat mungkin tidak berapa tepat. Tetapi yang penting ianya tidaklah mengecewakan. Ini adalah masalah biasa bagi mana-mana band yang dah mencapai tahap puncak mereka. Untuk menghasilkan sesuatu yang lebih atau sekurang-kurang mencapai tahap tersebut bolehlah dikatakan suatu misi yang mustahil. Ditambah pula dengan nilai nostagianya.

Tetapi mereka membuktikan yang umur hanyalah angka. Mereka masih agressif, masih teknikal. The Shadow Inside adalah antara album "comeback" thrash yang terbaik untuk tahun 2023. Semoga mereka mendapat lebih ramai pendengar baru dari generasi yang baru. 



Monday, January 1, 2024

2024

SELAMAT TAHUN BARU 2024!

Sedikit imbasan tahun 2023...

Dari segi hobi…masih sama..masih membeli muzik secara fizikal. Tetapi kebelakangan ini agak jarang membeli vinyl. Harganya yang semakin melampau membuatkan lebih selektif dalam membuat pembelian. Tambah pula majoriti album yang nak di"piring"kan telah pun berjaya dimiliki. 

Tetapi untuk cd, masih cergas membeli. Untuk tahun 2023 ini sahaja kalau tak silap ada dalam lebih 30 keping cd baru terbitan tahun 2023 yang dibeli. Itu belum masuk pembelian cd-cd terbitan lama dan terpakai. 

Iyer lah...nak buat macamaner...Ianya adalah hobi...bukannya pekerjaan yang ada tempoh untuk bersara. 😅

Dari segi kehidupan. Tahun 2023 adalah tahun bertambahnya ahli keluarga dalam group whatsapp. Macam tak percaya dah bermenantu. Jiwa masih “18 & Life”… tetapi dengan rambut yang semakin memutih, maka tak hairanlah kalau sering di sapa sebagai "pak cik" di kedai makan. Kenalah sedar diri...eheehee..eheehee...(gelak Hail Amir 80an).

Semogga 2024 kita diberikan keimanan, kesihatan, kesejahteran dan menjadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insya Allah!