Kasi habis cerita tentang abum-album terbitan 2023...
Sadus - The Shadow Inside (2023)
Ketika saya mula terjebak dengan muzik thrash, Sadus dengan album Swallowed in Black (1990) adalah antara album yang wajib pada ketika itu. Boleh dikatakan majoriti kawan-kawan yang sukakan muzik ekstrim memiliki kasetnya.
Tetapi entah mengapa saya agak ketinggalan untuk mengikuti album-album mereka selepas dari itu. Saya hanya mendegar album A Vision of Misery (1992) sambil lalu. Dan kemudiannya Sadus seakan hilang dari radar pendengaran. Tak pasti mengapa. Mungkin keutamaan yang berbeza.
Muzik mereka adalah lebih berat dari band-band thrash yang lain. Boleh juga kalau nak dikatakan yang mereka berada didalam sempadan Death Metal.
Percubaan mendengar The Shadow Inside di spotify menyebabkan tergerak hati untuk membeli. Saya tidak pasti dengan album-album yang sebelum ini, tetapi The Shadow Inside adalah seperti Sadus yang saya ingat pada awal tahun 90an dulu.
Tanpa Steve Di Giorgio (band member yang paling dikenali). Sadus kini tinggal berdua. Tabik buat gitaris/vokalist Darren Travis dan drummer Jon Allen kerana masih terus bersemangat untuk menghidupkan Sadus.
Nak kata bagus sangat mungkin tidak berapa tepat. Tetapi yang penting ianya tidaklah mengecewakan. Ini adalah masalah biasa bagi mana-mana band yang dah mencapai tahap puncak mereka. Untuk menghasilkan sesuatu yang lebih atau sekurang-kurang mencapai tahap tersebut bolehlah dikatakan suatu misi yang mustahil. Ditambah pula dengan nilai nostagianya.
Tetapi mereka membuktikan yang umur hanyalah angka. Mereka masih agressif, masih teknikal. The Shadow Inside adalah antara album "comeback" thrash yang terbaik untuk tahun 2023. Semoga mereka mendapat lebih ramai pendengar baru dari generasi yang baru.
No comments:
Post a Comment