Thursday, February 29, 2024

Hammersmith

 Sudah Sampai Sini - Hammersmith

Hari tu semasa menggunakan perkhidmatan tube di London, rasa teruja pula bila nampak nama salah satu stesennya. Dan kebetulan pula berhenti di stesen tersebut untuk menukar laluan. Memang tak lepas peluanglah untuk mengambil gambar hinggakan anak-anak pun pelik apa istimewanya tempat ini?

Sebagai peminat muzik apatah lagi seorang mat rock tua 😁 , nama Hammersmith sememangnya sinonim dengan album-album live. Di Hammersmith Odean (sekarang di panggil Apollo) lah terabadinnya salah satu lokasi untuk album live kegemaranan, Live After Death. Walaupun tak berkesempatan melihat lokasinya, dapat singgah di stesen undergroundnya pun jadilah...haha...



antara album yang menggunakan Hammersmith sebagai tajuk album

*ketika menggunakan perkhidmatan bas express dari Manchester ke London, bas tersebut berhenti di stesten bas Milton Keynes untuk menukar pemandu. Ini satu lagi lokasi konsert rock dan festival muzik contohnya Milton Keynes Bowl yang dulunya selalu dibaca di majalah Kerrang!. Sayangnya bas hanya berhenti sekejap dan tak sempat pula untuk mengambil gambar. Sememangnya bila berada di sini, bermacam-macam lokasinya akan mengingatkan kita kepada rock dan bolasepak.

Monday, February 26, 2024

Sudah Sampai Sini - The Theatre of Dreams

Old Trafford - 12/02/2024



Bila sesekali berpeluang menjejakkan kaki ke tanah Inggeris, memang tak lepas peluang lah untuk berkunjung dari stadium ke stadium. Maklumlah sebagai peminat bolasepak terutamanya bagi kita di Malaysia sememangnya lebih terdedah kepada bolasepak Inggeris.


Lain orang lain cara berhiburnya. Rugilah kan kalau dah sampai ke sana tak pergi ke stadium-stadiumnya. Nasib kat sana tak ada muzium Iron Maiden…hahaha…





Dalam tempoh 8 hari berada disana, sempat juga berkunjung ke 8 buah stadium tetapi yang paling di dalam impian sudah semestinya Old Trafford.



Ini impian sejak kecil. Dari mula melihatnya di kaca tv dalam rancangan Big League Soccer ketika zaman kanak-kanak dahulu sememangnya memasang angan-angan untuk kesini. Siapa sangka selepas 40++ tahun akhirnya Old Trafford di depan mata.



Sayangnya ketika di sana, minggu tersebut adalah minggu "away game". Makanya tak berpeluang untuk menonton secara langsung. Dapat buat lawatan "stadium tour" pun jadilah. Itupun hampir-hampir tak berjaya kerana hampir kesemua slot untuk stadium tour "sold out", walaupun menempahnya 3 hari awal. Tetapi ianya adalah perbelanjaan £30 yang berbaloi.
 


Dari Bryan Robson ke Bruno Fernandes... there's only one United!
Glory Glory Man United!




Thursday, February 22, 2024

Sudah Sampai Sini - Stadium Tour


Riverside Stadium (Middlesbrough F.C.) - 10/02/2024



St. James' Park (Newcastle United F.C.) - 11/02/2024



Etihad Stadium (Manchester City F.C.) - 12/02/2024



Goodison Park (Everton F.C.) - 13/02/2024



Anfield (Liverpool F.C.) - 13/02/2024



Stamford Bridge (Chelsea F.C.) - 14/02/2024



Emirates Stadium (Arsenal F.C.) - 15/02/2024




Tottenham Hotspur Stadium (Tottenham Hotspur F.C.) - 15/02/2024




Tuesday, February 20, 2024

Make Them Beg for Death

 Album pilihan 2023

Dying Fetus - Make Them Beg for Death (2023)

Dying Fetus bukanlah sebuah band baru. Entah mengapa sebelum ini tiada rasa teruja untuk betul-betul mendengar mereka. Tetapi gambar cover album terbaru dari mereka ini benar-benar membuatkan rasa teruja untuk mencuba. 

Gambar ala-ala filem seram grade B tahun 80an sememangnya bersesuai dengan imej Brutal Death Metal mereka. Muzik sebegini bukanlah sesuatu yang baru atau boleh menjadi penanda aras. Tetapi Dying Fetus tahu bagaimana untuk menghasilkan irama death metal yang betul dan kemas. 

Ianya laju - brutal - bagi bernafas sekejap - laju - dan laju.... Brutal Death Metal yang teknikal tetapi dalam masa yang sama ianya masih melodic dan solo-solo gitar yang menarik. Memang best!

Ianya membangkitkan semula semangat untuk saya kembali mendengar irama sebegini. Hasilnya kebelakangan ini, album-album seperti Cannibal Corpse – Chaos Horrific, Cattle Decapitation – Terrasite, Obituary – Dying Of Everything, Horrendous – Ontological Mysterium dan Crypta – Shades of Sorrow menjadi peneman didalam perjalanan pergi dan balik kerja. 

Tidak boleh dinafikan yang Make Them Beg for Death adalah salah satu album kegemaran saya untuk tahun 2023.



Tuesday, February 6, 2024

Gila Format - Bon Jovi

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 21hb Januari yang lalu...

Bon Jovi - Bon Jovi (1984)

Sebenarnya ini adalah kali ketiga menulis tentang album ini. Kali pertama pada tahun 2009>SINI< dan keduanya 10 tahun yang (ulangtahun yang ke 30) >SINI<.

Tidak apa lagi yang nak diceritakan. Semuanya boleh dibaca pada 2 entri tersebut. Cuma yang berbezanya dalam tempoh 10 tahun tersebut album ini telah berjaya saya "gila format' kan. Cuma susunannya terbalik. Biasanya dari kaset beranak ke cd dan lp...tetapi kali ini dari cd menjadi lp dan akhir sekali kaset.

Sesuatu yang menarik menarik tentang album-album awal Bon Jovi adalah kerja gitar Richie Sambora. Ini adalah zamannya yang lagu-lagu Bon Jovi masih menonjolkan beliau sebagai seorang shredder.

Selain Slippery When Wet, album pertama Bon Jovi ini sememangnya mempunyai nosltagia yang tersendiri. Runaway kerana ianya adalah lagu pertama Bon Jovi yang saya dengar dan tahu. Manakala "She Dont Know Me" akan sentiasa mengingatkan saya kepada "crush" zaman sekolah yang tak kesampaian.


Sunday, February 4, 2024

Sin

 Lagi album pilihan dari 2023

Vandenberg  - Sin (2023)

Ini adalah album kedua bagi Adrian Vandenberg selepas kembali meggunakan nama Vandenberg. Album sebelum ini pernah saya tulis di >SINI<. 

Dari segi muziknya tiada yang berbeza kecuali kali ini beliau meggunakan Mats Levén (Yngwie Malmsteen, Therion) sebagai vokalis. Menariknya juga kerana Ronnie Romero sudah terlampau "overexpose" dengan bermacam-macam projek lain. 

Mats Levén mempunyai vokal blusey yang ada masanya menyerupai David Coverdale. Dengan sejarah Adrian sebagai gitaris Whistenake, maka album ini memang tidak boleh lari dari kedengaran seperti Whitesnake. Lagu yang menjadi tajuk album, "Sin" sememangnya benar-benar seperti lagu Whitesnake.

Adrian Vandenberg sekali lagi membuktikan yang beliau bukan hanya seorang gitaris yang hebat, tetapi boleh juga menghasilkan lagu-lagu yang sedap.

Tambah menarik adalah kulit albumnya. Ianya mengembalikan nostalgia kepada album-album Vandenberg di tahun 80an. Dan jangan tak percaya, ianya dilukis sendiri oleh Adrian seperti juga di album-album lama beliau. Ternyata beliau adalah seorang yang sangat berbakat.


Thursday, February 1, 2024

Blackrose

Satu lagi produk reissue cd rock tempatan... lama dah beli, baru sekarang nak buat entri...

Blackrose - Blackrose (1991) keluaran semula 2023

Merujuk kepada komen dibawah (dari entri Black Rose reissue 2016) - terimakasih Elmanemran, saya sememangnya teruja dengan cd keluaran semula 2023 ini dan telah pun membuat pra pesanan awal sejak mendapat berita tentangnya.

Versi 2006 sememangnya menghampakan. Baik dari segi kualiti sound dan packagingnya. Tetapi versi baru 2023 ini sememangnya tip top. Tiada apa yang hendak di komplen. 


atas kiri - versi 2023, atas kanan versi 2006
bawah kiri - versi cdr , bawah kanan - kaset asal 1991

Entri ini sekadar berkongsi gambar. Kalau ada yang berminat nak membeli, sememangnya rekomended!.